No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Cili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cili. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2018

Kakunodate Kaimono

 Antara tempat-tempat persinggahan semasa di pekan Kakunodate, Akita (related posting klik sini) ialah mencuci mata dekat kedai-kedai yang membekalkan sumber dan perkhidmatan untuk penduduk tempatan sini. Syukur Alhamdulillah dah hari ketujuh di bumi Jepun ini berkesempatan akhirnya masuk ke kedai nursery Jepun. Kebetulan lalu nampak nursery terus terbuka mood nak shopping. Apalagi langkah kanan lah masuk.  
 Dearest Suami pun dah agak ni isteri mesti lama ni kalau singgah nursery belek-belek. Jadi diminta izin dahulu ke kedai jam yang dilaluinya selang beberapa kedai dengan nursery ini untuk baiki jam tangan. Tetapi katanya kedai buka tapi dipanggil banyak kali tiada siapa pula yang datang ke depan kedai. Biasalah kedai kawasan kampung tidak risau dengan security. Kebiasaannya pokok hiasan popular di kawasan sejuk ialah ornamental kale ni yang nampak macam kubis ini. Sayur jenis kale atau cabbage ni memang banyak jenis.  Tersenyum tengok jenis kale yang batang dan urat ungu daun curl tu ditanam dengan ornamental kale. Ada Tukang Kebun tanam dulu tapi suami jadi allergic gatal-gatal badan jadinya lepas dijadikan lauk.
 Jika di cuaca pekan Kakunodate sekarang adalah musim untuk menanam bawang-bawang bunga tulip, lilium dan lain-lain. Sebiji bawang tulip yang jenis biasa-biasa yang dalam bekas di atas pun dah dalam RM15 kita, memandangkan duit Ringgit Malaysia adalah rendah ketika itu. Bawang-bawang bunga kali ini, Tukang Kebun tak belilah. Tetapi adalah Tukang Kebun risik-risik Tuan Kedai nursery ada tak benih-benih lepas musim panas punya yang tak terjual. Sebab sekarang ni di kedai nursery akan hanya susun benih-benih yang sesuai dengan musim sejuk pada ketika itu. Syukur Alhamdulillah akhirnya ada juga stok berlebihan musim panas tahun lepas untuk Tukang Kebun pajak. Juga ada dah yang habis kami jual juga dari stok kedai sini. Sebagai contoh, biji benih seri pagi pun beberapa pek kami borong dari Tuan Kedai ini. 
 Ada juga Tukang Kebun sempat beli cover tangan untuk souvenir big boss buat kerja di kebunnya. Rancak jugalah berborak dengan Tuan Kedai sambil panaskan badan. Anak-anak pula tanpa segan silu main black board tulis dengan kapur dekat dalam kedai ni. Ada juga jualan indoor ornamental plant untuk musim sejuk ni yang tak tahan sejuk seperti gerbera dan bromeliads. Tumbuhan yang tak tahan salji disusun dalam kedai.
 Tukang Kebun perhatikan orang Jepun suka betul buat cili pelangi ni sebagai hiasan di rumah mereka. Yang teringin nak tanam cili pelangi ini ada stok biji benihnya dari Jepun.

~ 1 original Japan packaging ornamental rainbow chilli RM6.00 (1ml isipadu kandungan benih) ~
 Pokok bunga ini juga popular sebagai hiasan musim Christmas di Jepun. Tengok pokok ini teringat dekat Julie M tuan tanah My Wonderful Timez yang suka pokok ini. Lama tak dengar khabar Julie, moga sihat sekeluarga.
Dalam perjalanan balik ke stesen keretapi Kakunodate sempat jugalah singgah kedai sayur dan buah-buahan. Di sini sempat jugalah beli buah epal yang pelbagai jenis. Jenis buah epal kalau belah Tohoku ni saiznya lebih besar dari masa zaman kami merantau di Adelaide, Australia Selatan. Jenis-jenis epal yang ditanam pun berbeza, rasanya lebih manis. Dulu kalau di Adelaide, Tukang Kebun masa mengandung si Rayyan dan Abby suka yang jenis epal pink lady sebab rasanya crispy dan masam-masam sikit. Jika epal yang warna hijau dan kekuningan besar di kawasan Akita ni bukan macam Granny Smith yang masam-masam tu. Rasanya lebih manis dan isinya lembut lagi. Kami beli yang satu pek ada empat jenis epal tempatan di Akita yang 270 Japanee Yen tu, salah satunya 'Akita Gold". "Akita Gold" share makan sebiji pun , dua orang boleh kenyang. Ada juga beli 1 pek buah limau mandarin.
  Berkesempatan juga di sini Tukang Kebun dapat belikan Big Boss ubi keledek Jepun dan baby potato McCain dari Hokkaido. Review Big Boss ubi keledek yang kami bawa balik sedap manis sekejap je habis. Musim luruh punya ubi keledek memang masih segar-segar lagi dituai, yang kami makan di tempat penginapan pun manis-manis. Patut Tukang Kebun belikan lagi untuk Big Boss.
 Ternampak pula kedai retro lama jual seluar panjang corak Jepun, singgah sekejap beli sepasang memandangkan tak bawa sekali seluar tidur atau rumah. Lepas melawat Kakunodate dah tak duduk hotel, sewa apartment je di Tokyo melalui AirBnB. Atuk tua jaga sorang-sorang di kedai ni. Nampak kawasan Kakunodate ni ramai kedai berusaha untuk fasihkan diri mereka dengan berfasih Bahasa Inggeris. Nampak usaha mereka untuk memudahkan pelancong-pelancong asing lebih ramai melawat ke Kakunodate ni.
 Ingatkan nak belilah juga pelbagai jenis mee di sini tapi yang pegang duit dah jauh ke hadapan. Bila dipanggil dah buat tak tau katanya nanti tak sempat nak melawat ke jalan warisan rumah-rumah Samurai tu. Dah bagi hint allocation budget spending untuk hari ketujuh dah almost limitlah tu hehehe....lagipun hari semalamnya dah beli pelbagai jenis mee juga masa melawat di Hiraizumi . Ada rasa menyesal jugalah tak beli, sebab bila dah cuba pelbagai jenis mee soba, rasa seronok pulalah sebab daerah lain-lain rasanya berbeza. Yang offer di atas adalah jenis mee udon. Dulu masa merantau di Jepun teringin nak makan laksa, biasanya kami gunakan mee udon ni.

Selasa, 19 Disember 2017

Jambatan Shinkyo

 Destinasi Jalan-Jalan Jepun pada hari kedua ialah melawat Nikko yang sangat terkenal sebagai kawasan UNESCO World Heritage yang menjadi tumpuan para pelancong dari dalam negeri dan luar negara. Sebelum keluar dari Tobu Nikko Station sempatlah si Rayyan dan si Abby bergambar dulu jadi orang bangsawan zaman dulu.
 Destinasi yang ingin dituju adalah kena lalu dulu jambatan shinkyo. Kalau jambatan shinkyo biasanya ambil masa 20 minit berjalan. Sebab anak-anak ini pace dia lain dan asyik curious je tengok display di luar-luar kedai jadi nak sejam kut sampai jambatan famous shinkyo tu atau dipanggil juga Nikko Sacred Bridge.
 Memang banyak kedai menariklah sekitar kawasan Nikko dari stesen keretapi sampai nak ke jambatan shinko. Sebagai contoh yang menarik perhatian Rayyan yang seni naga ini juga antara masuk dalam senarai tripadvisor attraction sites rasanya. Seni dengan one brush stroke hasilkan lukisan seni naga begitu lah.
 Si Rayyan mood exploring masa nak jalan ke jambatan shinkyo, ini dia hairan bentuk bunga jadi begini. Yang besar tu adalah pokok kekwa hiasan. Kalau musim bunga, Jepun terkenal dengan musim bunga sakura kan. Kalau musim luruh, ikut tempat dalam bulan Oktober-November bagi Orang Jepun adalah musim bunga kekwa (Chrysenthemum). Bunga kekwa dalam bahasa Jepun panggil 'Kiku' juga adalah lambang simbol raja mereka. Zaman student di Jepun dahulu, Tukang Kebun hampir setiap tahun juga pergi tengok pesta bunga kekwa di Yahiko Shrine (aktiviti tahunan kuil ini). Mana tah Tukang Kebun simpan koleksi gambar-gambar pesta bunga tu, jika jumpa InsyaAllah akan dikongsikan. Saiz-saiz bunga kekwa yang besarnya ada besar muka orang. Tiap-tiap tahun banyak pertandingan bunga kekwa.
 Kebetulan salah satu hidangan pilihan buffet dinner malam di hotel Kinugawa Onsen Gyoen pada malam tersebut ada hidangan bunga kekwa yang dalam mangkuk kecil bentuk hati tu. Ada jenis bunga kekwa memang boleh dimakan kelopaknya. Biasanya pokok bunga kekwa ini boleh dilihat di tanam di sampingan tepi batas dekat kebun macam orang Malaysia tanam pokok kari la. At one corner, pokok tetap bila nak pakai tuai kan. Dulu Tukang Kebun ada buat part time mengajar Bahasa Malayia (semua student tua dari Tukang Kebun kebanyakkan warga emas), jadi ada makcik ajak ke rumahnya ajar macam mana nak sediakan juadah gunakan bunga kekwa. Biasa kelopak bunga kekwa ini akan dicelur terlebih dahulu baru letak dressing la. Kekadang boleh juga campur dressing dengan roasted paste sesame seeds (pes bijan panggang). 
 Tukang Kebun perhatikan banyak deretan kedai di Nikko ini suka hias kedai mereka dengan jenis cili ini yang berwarna-warni. Gardeners yang berminat untuk cuba tanam pokok cili seperti ini, Kebun Bahagia Bersama ada dapatkan benihnya dari Jepun Original Packaging 1 packet RM12.
 Belum lagi separuh perjalanan, dah nampak kerusi ambil kesempatan duduk berehat adik beradik ni. Depan kedai ini pula dihiasi dengan pokok bunga French Marigold yang sedang meriah berbunga.
 Bila lalu depan kedai yang ada jual anak patung tradisional dipanggil 'Kokeshi' ni tengok belakang kedai dia yang terdedah menarik pula. Semulajadi dinding batu begitu tak kacau nature dia. Terkejut kat belakang tepi dinding kedai ada pasu ditanam pokok bunga seri pagi masih berupaya berbunga dengan angin mula sejuk ni. Pandai tuannya cara nak bekalkan pantulan haba kepada pokoknya, itu disimpan betul-betul di tepi dinding bangunan yang tak begitu terdedah dengan angin. Ini contoh, bagaimana pokok bunga matahari ditanam dalam pasu sederhana dipasang pancang siap-siap supaya boleh melilit tinggi naik ke atas. Boleh semai anak pokok dalam 4 pokok kongsi satu pokok bagi jarak.
  Yang tertunggu-tunggu biji benih bunga seri pagi Jepun ada stok sudah beberapa jenis. Sebagai contoh gambar di atas adalah seri pagi Jepun jenis Kikyozaki (1 original packaging from Japan RM18.00 while stock last).
 Akhirnya sampai jugalah kami di jambatan shinkyo yang famous di Nikko ini. Dah berjaya sampai ambil gambar kenangan. Sebab Tukang Kebun target masa travel ke Jepun adalah musim luruh jadi mungkin cantiklah nak ambil gambar di shinkyobashi ini sebab ada background kemerah-merahan complement dengan jambatan yang warna merah itu. Antara sebab masuk Nikko dalam Travel Jepun kali ini. Kali terakhir Tukang Kebun ke sini, masa winter season 2006.
 Hai geram betul, beberapa kali ambil gambar tak dapat nak capture warna sungai sebenar in reality yang supposedly lebih kebiruan-biruan. Kami tak posing atas jambatan shinkyo sebab ada yuran tu nak berada atas jambatan ni. Harga total yurannya boleh beli lunch kami.
 Mood dan energy Abby dah makin low ni rambut jadi gitu. Semua anak-anak asyik tanya berapa lama lagi nak sampai kena jalan ni hehehe....belum lagi separuh jalan ooooo....dengan pace ni bila nak sampai. Jika destinasi pertama anda nak ke mouseloum Tokugawa Ieyasu yang popular UNESCO World Heritage Site tu, depan jambatan shinkyo ini lintas jalan ada tangga depan tu daki ya. Kami pergi tempat lain dulu yang paling hujung kami nak lawat sebab nanti patah balik boleh singgah lagi tempat ni.
 Elok jalan depan sikit lagi dari jambatan ini dalam 100 meter ada convenience store family mart. Jadi kami isi perut dululah beli pau kacang merah dengan riceball (budget). Siap ada servis tolong hangatkan riceball dari cashier. Luar convenience store ada meja boleh lepak makan. Siapa nak ke tandas sini pun ada.
 Sudah isi perut, mari kita sambung jalan-jalan. Abby bad mood kena sakat dengan abang Ilhan, pasal muffler je. Bila bad mood jadi alasan nak minta dukung. Convenience store Family Mart sebelah kiri kena lintas jalan.
 Destinasi yang pertama ingin dilawat di Nikko ini dekat sebelah sungai jadi kami ikut je lah sebelah sungai ini sambil menikmati pemandangan.

Khamis, 3 Disember 2015

Garlic and Chili Seasoning???

  Pokok bunga memanjat yang suka melilit naik tinggi untuk mendapatkan banyak belaian dari matahari ialah seperti pokok bunga garlic vine. Apabila diramas-ramas daunnya berbau seperti bawang putih. Pokok jenis ini daunnya tidak begitu merimbun tetapi kuntuman bunganya amat banyak ketika musim bunganya.

  Pokok bunga garlic vine memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga dengan lebih baik dan lebat. Tidak akan beberapa nak berbunga apabila diletakkan dalam tempat terlindung. Jadi bila dah lama sayang-sayang sangat letak di tempat teduh, tak tumbuh sangat tibalah masa untuk pindahkan pokok garlic anda kepada kawasan yang menerima pendedahan cahaya matahari yang banyak sepanjang hari. Lebih-lebih lagi musim hujan ini adalah musim yang baik untuk memindahkan pokoknya ke tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. 

   Kadangkala bila dah sayang sangat pokok-pokok yang sukar didapati, takut cepat mati kita simpan di tempat teduh lama-lama. Tapi perlu kita go back to basic, fikir faktor persekitaran yang jenis tumbuhan tersebut gemari. Sebagai contoh, pokok bunga garlic vine tidak mempunyai batang pokok yang besar tetapi sifatnya adalah jenis pokok memanjat dan boleh memanjat tinggi kerana mencari cahaya matahari yang banyak untuk dirinya. Sebagai contoh, gambar No. 1 di atas memanjat tinggi dah sama tinggi dengan wayar elektrik di luar.

  Kadangkala Tukang Kebun pun lupa akan nasib si garlic vine apabila sibuk kemaskan kawasan lain. Suatu hari apabila Tukang Kebun sibuk mengemas di tepi kolam, kelihatan batang-batang garlic vine yang sudah panjang meninggi di situ yang terlindung dengan rimbunan pokok mickey mouse yang dililitnya nampak botak tiada daun-daun lagi macam dah mati gitu. Setelah cerahkan kawasan tersebut dengan buat hard pruning beberapa hari kemudian kelihatan tunas-tunas baru keluar dari batang garlic vine seperti gambar No. 2 & No. 3. Macam baru bernafas semula pokoknya. Barulah Tukang Kebun sedari kekadang bukan masalah pembajaan atau air tetapi kita lupa yang pokok garlic vine keperluannya juga ialah penerimaan pancaran matahari secara langsung yang banyak. Akibat pencahayaan yang kurang akan menyebabkan pokok garlic vine jadi segan nak hidup.

 Antara tips penjagaan garlic vine yang dapat dikongsi hari ini, lebih-lebih lagi musim hujan ini boleh mengakibatkan garlic vine tenggelam apabila pokok di kelilingnya pesat merimbun kita kena pastikan yang garlic vine tidak terlindung untuk mendapatkan pancaran cahaya matahari yang banyak.

More info on garlic vine boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~1 pot garlic vine RM8.00 ~
  Di kawasan asal pokok garlic vine di Amerika Selatan, kekadang daunnya juga digunakan pengganti bawang putih sebagai perencah. Bila terlihat tuaian Big Boss di KingFisher terfikir boleh buat gabungan seasoning daun garlic vine dan cili. Nak tunggu bawang putih membesar bukannya sekejap terutamanya di kawasan tropika ini. Untuk mereka yang adventure, bolehlah cuba daun garlic vine sebagai rencah.
  Big Boss hampir setiap minggu jika tuaian cili nya lumayan menjual hasil tersebut di kedai Fresh Mate Taman KingFisher. Minggu lepas sekilogram cili adalah RM10. Minggu ini pula sekilogram cili adalah RM12 di Kota Kinabalu. Walaupun melalui gambar tak nampak banyak tuaian cili di atas, sebenarnya dah setengah bakul penuh dengan cili tu. Cuti sekolah ini bolehlah si Ilhan Mikhail tolong nenek kutip cili.

Selasa, 13 Oktober 2015

Tumbuk Lada

  Antara snapshot yang sempat diambil untuk hasil tuaian Kebun Bahagia Bersama bagi pesanan-pesanan minggu lepas. Antara pesanan utama diterima minggu lepas adalah seperti buah cili burung dan buah citrus mixed.
  Terjumpa pula gambar-gambar yang diambil semasa membawa anak-anak melawat Muzium Negara beberapa tahun lalu. Salah satunya mengenai senjata traditional yang dipanggil 'Tumbuk Lada'. Ada juga nama senjata dipanggil 'Tumbuk Lada'. Rasanya gambar yang diambil di bawah sebelah kiri adalah contoh-contoh 'Tumbuk Lada'.
  Tukang Kebun dari dulu lagi sebenarnya teringin nak tengok live performance 'wayang kulit', belum lagi tertunai hajat kecil tersebut. Sekiranya ada sesiapa tahu ada show 'wayang kulit' yang akan dibuat, tinggallah pesanan dekat Tukang Kebun. Bolehlah jika ada kelapangan Kebun Bahagia Bersama Team Members boleh take a break tengok 'wayang kulit'.
  Tukang petik cili burung di Kebun Bahagia Bersama sekarang adalah Tukang Kebun Kecil si Ilhan Mikhail. Bergotong-royong dapat diagih-agihkan kerja di dalam kebun. Jadi cepat sikit kerja siap, bolehlah kita bersantai-santai sekejap kalau ada pondok seperti di bawah. 
  Tukang Kebun Ilhan pun makin rajin menolong sebab kira dapat upahnya bila pesanan-pesanan buah cili burung diterima. Gembira nampak raut wajahnya tanya kenapa Ilhan dapat duit ni Mama? Sebab Ilhan rajin buat kerja tolong mama jaga kebun. Kalau rajin berbudi pada tanah, InsyaAllah ada rezeki. Minggu lepas sebab papanya outstation, bila mama tanya Ilhan nak duit belanja tak hari ini. Kalau dia dah dapat upah hasil dari jualan cili burung, biasanya Ilhan kata tak perlu lagipun ada biskut dan air sebagai bekalan.
 Gambar di atas pula antara pesanan-pesanan dari Seksyen 11 Shah Alam iaitu buah cili burung, pucuk muda daun ubi kayu dan citrus mixed. Yang Tukang Kebun tumpangkan ialah telur ayam mutiara.
  Syukur Alhamdulillah sekarang ini kelihatan pokok limau kapas rajin dan lebat berbunga setiap minggu. Memang biasanya musim peak buah limau kapas di Kebun Bahagia Bersama ialah penghujung tahun. Gambar di bawah ini yang sedang ayam jantan 'Shiro' ikut buat inspection ialah untuk tuaian pesanan-pesanan dari Pinggiran USJ.
Fresh produce Kebun Bahagia Bersama yang available untuk self-collect minggu ini ialah:

~ Buah Cili Burung 1 pek RM1.00 .
~ Buah Citrus Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Canistel/Kuning Telor 1 kilogram RM5.00 .
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.00 .
~ Buah Pisang Abu 1 sisir RM5.00 .
~ Pucuk Muda Daun Mulberry 1 ikat RM1.00 .
~ Pucuk Muda Daun Assam Gelugor 1 ikat RM1.00 .
~ Ayam Kampung Dara Organik sudah diproses seekor RM25.00 .
~ Kelapa Parut 3 biji RM5.00 .
~ Buah Kelapa Tua 3 biji RM2.00 .
  Soalan yang kerap diterima, buah katak puru minggu ini not available. Gambar di atas adalah antara pesanan dari bandar Sunway. Juga available minggu ini ialah telur itik sebutir 70sen.
   Self-Collect Schedule This Week:

~ 14hb Oktober 2015 Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di depan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 17/18hb Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).


Isnin, 13 Julai 2015

Musim Pelam

  Hujung minggu lepas pada 25 Ramadhan, teringin sangat nak minum air kelapa muda untuk berbuka. Walaupun saiznya masih kira sangat muda tuai jelah sebab kelapa gading je masih mudah nak tercapai dengan tangga. Kalau yang lain tinggi sangat buahnya walaupun ada banyak masa musim Ramadhan ni tak cukup tenaga nak panjat galah. Isinya masih nipis dan sangat lembut lagi.
  Antara kerja yang dapat dilakukan bersama-sama dearest husband hujung minggu lepas ialah menanam bibit-bibit nenas madu Sabah dan keratan-keratan ubi kayu di belakang nun jauh dekat tembok sempadan tanah belakang. Bibit-bibit nenas madu Sabah ada limited available stok tinggal (1 bibit sulur tangkai RM5). Cuma sesudahnya Ramadhan berlalu takut tiada sudah stok jika diizinkan masa dan kudarat semuanya Tukang Kebun selamat tanam.
  Pada 25 Ramadhan juga sembelih beberapa ayam dara dan teruna untuk pesanan yang diterima. Sambil berehat ambil nafas tahan dahaga berlegar-legar mencari cili-cili burung untuk stok dapur yang baru. Cuaca panas sangat kekadang beberapa hari letak di dapur pada suhu bilik dah boleh jadi cili kering
  Syukur Alhamdulillah nak dekat Aidilfitri ni bekalan cili-cili burung memang banyak sehingga burung-burung pun ada bahagian untuk mereka seperti di gambar bawah yang kesan telah disantap oleh burung.

~ 1 pot anak pokok cili burung RM4 ~
  Minggu ini banyak pula sarang semut hitam keliling pokok katak puru, habis buah-buah yang dah masak kena grill dengan semut. Yang mana dah kena grill tu dearest hubby kupas untuk Abby sebab katanya sayang kalau semua nak kasi ayam sebab isinya masih elok lagi cuma berlubang. Nak masuk Syawal kelihatan dah nak mula musim pokok buah belimbing buloh juga di Kebun Bahagia Bersama.
 Syukur Alhamdulillah sekarang pun asyik musim mempelam juga di Kebun Bahagia Bersama.
  Dearest husband request buatkan mempelam asam boi sebab asyik batuk-batuk tak baik dalam bulan puasa ini tekak kering rasa pahit. Bolehlah malam ni moreh mempelam asam boi. Baru siap buat tadi. Jenuh nak kupas sebesen sambil Abby teman tumpang makan sekali. Eloklah cili burung pun banyak lagi stok kutipan dari semalam boleh juga dijadikan bahan untuk spice up sikit mempelam asam boi.
 Adik perempuan balik beraya ke Sabah semalam, jadi Big Boss pesan bawakan untuknya daun-daun puding belacan dan daun-daun salam (Nusantara BayLeaf) untuk rendang style orang negeri lah tu. Tukang Kebun selitkan lengkuas dan buah-buah mempelam telur yang masih banyak ready stok dekat dapur tak perlu tergesa-gesa nak tuai di luar.

~ Pokok puding belacan sebekas RM6.00 ~
  Sebab lauk buat untuk Nasi Tomato seperti ayam masak merah dan acar masih ada extra lagi, jadi berbuka puasa hari ke-25 masak Nasi Tomato lagi tapi kali ini lebih puas hati pakai beras basmathi. Lagipun susu sejat pun masih ada balance. Cuma tambahan lauk buat telur dadar dan goreng papadam. Syukur Alhamdulillah stok telur ayam pun masih banyak bekalan dari livestock sendiri. Nak get ready masuk kerja kat dapur pula ni.

Hari ini berbuka puasa dengan apa?