No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Asam Jawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Jawa. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2016

Kampung Ketek

  Hari ini masih sambungan kisah Cuti-Cuti Melaka kurang daripada 16 jam. Dari Masjid Kampung Kling (related posting klik sini) kami ingat nak menuju ke Makam Hang Kasturi yang sehaluan dengan Kuil Cheng Hoon Teng. Generasi Ilhan sekarang dah tak berapa tahu Hikayat Hang Tuah dan sahabat-sahabat. Banyak sangat pengaruh characters animation super hero macam Ninja Go dan Pokemon. Jadi untuk menarik minat mereka membaca cerita yang ada unsur-unsur hikayat teladan, tunjuklah tempat bersejarah dahulu. Bila dah pergi, perasaan ingin tahu itu akan berkembang secara semulajadi.

  Menurut signboard terus sahaja ke arah belah Kuil Cheng Hoon Teng, kalau di gambar atas nampak bangunan di hujung macam architecture kuil Cina itu berhadapan dengan Kuil Cheng Hoon Teng sudah. Tidak jauh jaraknya dengan Masjid Kampung Kling. Rupa-rupanya di antara kuil Cina tersebut dan warisan Rumah Melaka Lama tersebut ada sebuah jalan yang juga tersimpan tempat-tempat bersejarah menarik di Melaka. Rumah Melaka lama ini sebenarnya tak perasan jika kita tak berjalan kaki di hadapannya diapit dengan bangunan-bangunan lain yang berukiran pengaruh dari negara Cina kurun dahulu.
  Setelah mengamati ukiran-ukiran atau corak-corak lama di Kuil Cheng Hoon Teng, baru perasan di hadapan kuil Cina ini ada Makam Syamsuddin Al-Sumatrani. Semasa Portugis ingin menakluk kota Kerajaan Melaka pada awal kurun ke-16, Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani adalah salah seorang pahlawan Acheh yang membantu mempertahankan Kota Melaka dengan pahlawan-pahlawan lain. Alang-alang sudah di sini, kami singgah masuk melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani dan kawan-kawannya juga.

  Lepas beransur dari melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ada kami singgah beli air mata kucing di tepi masuk jalan ini seperti gambar di atas. Pengalaman anak-anak kekok minum air dalam plastik pegang biasa. Itulah zaman sekarang kan lebih mudah air paling kurang beli di pasar diisi dalam cawan plastik. Geleng-geleng kepala maknya suruh pegang pun banyak ngomel, macam mana ni nanti air terkeluarlah, macam mana nak peganglah blahblahblah...zaman Tukang Kebun dulu tapau air isi dalam plastik biasa je kan.
  Ikut arah anak panah Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani masuk ke dalam di situlah tersoroknya Kampung Ketek yang sudah berkurun-kurun dibuka sejak zaman Belanda memerintah lagi. Sebenarnya di rumah depan ini adalah muzium boleh masuk dilawati. Jika dibandingkan dengan info blog-blog lalu untuk bertahun-tahun lepas mengenai Kampung Ketek dulunya seperti tidak berpenghuni, sepi sikit suasananya sebab baru dibangunkan semula setelah UNESCO declare kawasan ini sebagai warisan sedunia (rujukan lain klik sini, dan klik sini). Sekarang ini lebih bagus sudah kawasan ini dijagai kerana diberikan care-taker rumah muzium ini duduk berjaga di rumah ini dengan ada annex bangunan di belakang jadi nampak lebih hidup kawasan kampung ini jadi tidaklah nampak lama-kelamaan terbiar begitu.

  Di belakang rumah kampung Melaka warisan ini, telah disambung dengan bangunan baru di belakangnya untuk care-taker selesa duduki untuk kehidupan harian biasa. Semasa kami berlegar-legar di depan rumah ini, ada nenek dan cucu pelawa masuk. Kalau anak nak masuk makcik bukakan pintu depan, baru tadi ada pelawat lain datang melawat. Cuma aku malu tak bertempat sebab kami tergesa-gesa dengan masa yang suntuk nak tinggalkan Bandar Melaka maka terpaksa kami menolak naik ke atas rumah. Tak syok pula kalau pusing-pusing begitu keluar tanpa berkenalan dengan nenek tersebut rasa kurang manis. Berborak sekejap sahaja dengan soalan biasa-biasa seperti asal datang dari mana begitu. InsyaAllah lain kali jika ada rezeki kami datang lawat muziumnya.
 Lalu kami masuk ke dalam Kampung Ketek ke arah kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani. Tiba-tiba si Rayyan ini nak pergi ke tandas pula. Minta tunggu kejap nanti kita patah balik ke tempat penginapan. Tahanlah si Rayyan sekejap. Nasib baik sebenarnya dalam perkarangan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani  ada facility tandas yang boleh digunakan. Nasib si Rayyan baik siap nak keluarkan saham besar pula. Papa Rayyanlah yang meneman sementara Tukang Kebun skodeng tanaman-tanaman penghuni kawasan Kampung Ketek ini. Subur juga pokok limau kasturi, kunyit dan kemuning yang ditanam dalam pasu. Kelihatan sedang menyemai benih-benih bendi dengan beberapa anak-anak pokok bendi sedang membesar di dalam pasu. Tukang Kebun perhatikan pokok kunyit dan limau kasturi adalah antara tanaman popular yang ditanam dalam pasu di kawasan Jonker Walk.

Anak pokok kemuning/Orange Jessamine ( 1pot RM10) ada stok kembali dalam senarai Kebun Bahagia Bersama.

More info on Kemuning/Orange Jessamine klik sini

 Mula-mula tak sedar sebenarnya rumah yang dihujung sekali di deretan masuk ke Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini adalah warisan rumah Munshi Abdullah antara lagenda penulis lama Melayu yang juga pakar dalam beberapa bahasa. Yang itu sahaja rumah berwarna putih di deretan rumah kayu bercat coklat. Ingatkan rumah orang mula-mula sebab ada tilam dijemur di situ. Rupa-rupanya adalah rumah bersejarah juga.
 Kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani amat dijaga dengan baik. Bersih kawasannya dan redup. Selesa untuk beristirehat. Kemas betul Tukang Kebunnya menjaga kawasan ini. Elok pangkasan pokok-pokok buah-buahan nampak cantik versi bongsai. Dekat dengan makam Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini bersebelahan dengan pintu masuk itu adalah pokok melaka. Ketika kami melawat sedang berbuah pokok Melakanya seperti gambar di atas. Bulat-bulat buah melaka berwarna hijau macam kuih onde-onde atau kuih buah melaka. Pokok Melaka daunnya memang mirip dengan pokok petai dan pokok assam jawa. Tukang Kebun lihat di area bangunan Stadhuys besar pokok melakanya macam saiz pokok assam jawa seperti gambar di atas. Elok betul Tukang Kebun Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani memangkas pokok melaka jadi pokok renek. Tahun 2017 akan datang ini lepas habis musim buah assam jawa, nak dipangkas juga kasi renek pokok assam jawa di Kebun Bahagia Bersama tu.
 Di Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh sekarang sedang meriah buah assam jawa sedang bergayutan. Yang teringin nak makan celagi muda, boleh booking pesanan buah celagi muda boleh dipos atau self-collect tetapi kena tunggu tahun depan.

~ 1 kilogram buah assam jawa/celagi muda RM5.00 ~

More info on assam jawa refer to previous postings (click here).
 Selain dari buah assam jawa, ikut musim rezeki Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan anak pokok, pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa.

Pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa juga boleh dimakan dan khasiat yang bagus.

~ 1 ikat pucuk muda daun assam jawa RM1.00 .

~ 1 ikat bunga assam jawa RM1.00 .

~ 1 pot anak pokok assam jawa RM25.00 (self-collect sahaja).

Talian internet tiada jadi email semalam dan hari ini belum dapat terjawab ya. Ini posting dah automatic schedule sebab kami masih di kampung.

Happy Holidays!

Isnin, 23 Mei 2016

Edible Tamarind Flower

  Jika ada kawan-kawan yang berminat, Kebun Bahagia Bersama buka semula tawaran bekalan buah assam jawa segar untuk self-collect Ahad akan datang ini atau Hari Isnin/Selasa depan. Yang jauh, tidak dapat datang self-collect, boleh juga dipos pada Hari Isnin depan. Ada kebarangkalian batch atas pokok ini bercampur ada yang masak dan ada yang muda. Sebab bulan Mac lalu, pokok asam jawa Kebun Bahagia Bersama berbunga dan pada ketika itu ada juga buah yang sedang meranum (related posting klik sini). 

~ 500 gram buah asam jawa RM5.00 ~

Self-Collect End May Schedule:

~ 28th/29th/30th/31st May 2016 Saturday/Sunday/Monday/Tuesday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah walaupun dengan cuaca fenomena El-Nino ini nampaknya lebih rajin si pokok assam jawa berbunga tahun ini. Jangan diingatkan buahnya sahaja untuk kita ambil sebagai sumber makanan. Bunga dan pucuk asam jawa juga boleh dijadikan bahan masakan. Boleh dimasak sekali ala-ala gulai kari, lemak putih ataupun masak lemak cili api. Rasanya masam-masam menepati citarasa selera masakan tradisional orang Malaysia ini. Jadi rasanya tidak hairanlah kenapa di Malaysia ini ketika musim panas bahang, pokok yang menghasilkan buah masam-masam rajin berbuah. Kenapa eating seasonal food is better to follow with the nature flow. The nature knows what is the best vitamin for us during that time. Eat local seasonal food is the healthier way. Bukankah makan seasonal local food ini adalah rezeki yang sudah ditetapkan OlehNYA.

Info lanjut khasiat bunga dan daun assam jawa, boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok Asam jawa ketinggian lebih 1 meter RM25.00 (self-collect sahaja) ~
  Syukur Alhamdulillah bulan Mac lalu, dapatlah berkongsi dengan Awin milik Petak Hijau pucuk dan bunga asam jawa. Awin balik rumah buat campur bahan dengan kari ikan katanya. Rasanya masam-masam sedap. Lama tak dengar khabar Awin, kami doakan Awin sekeluarga sihat belaka.
  Sebagai catatan, Tukang Kebun perhatikan musim buah asam jawa di Tamu Tuaran ini ada awal bulan May lalu untuk daerah Tuaran. Pernah juga terserempak di Tamu Gaya awal tahun ini beberapa kali masa trip ke sana. 

  Bunga asam jawa yang pemurah bukan sahaja bunganya boleh dibuat sumber makanan untuk manusia. Tetapi juga antara sumber makanan utama bagi serangga penghisap madu.
Antara Fresh Goodies yang boleh self-collect di Kebun Bahagia Bersama:

~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 (boleh pos).
~ 1 pek buah Ceri Barbados RM2.00.
~ 1 biji buah kelapa muda RM2.00 .
~ 3 biji kelapa kukur RM5.00.
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh pos).
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (boleh pos).
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 biji buah nenas madu Sabah RM5.00 .
~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 (boleh pos) .
~ 1 sisir buah pisang bantan/lemak manis RM3.00 (boleh pos) .
~1 kilogram buah ciku RM4.00 (boleh pos).
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 (boleh pos) .
~ 500gram buah limau mixed RM3.00 (boleh pos_.
~ 500gram akar pokok kapas RM25.00  (boleh pos).
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .

Isnin, 28 Mac 2016

Musim buah-buahan Hujung Mac 2016

  Syukur Alhamdulillah walaupun bulan March ini sangat panas dan kering di sini, ada juga pelbagai musim buah-buahan di Kebun Bahagia Bersama. Buah-buahan ini pula sebenarnya bila tak banyak hujan lebih tinggi kandungan vitamin C yang diberikannya. Ada dibincangkan di posting sebelum ini mengenai kandungan khasiat buah belimbing buloh dan perbezaan kandungan vitamin C mengikut musim (klik sini). Lebih kurang sama pula bila dilihat pada tahun 2014 di mana musim buah belimbing buloh adalah dalam bulan 3. Seperti tahun 2014, bulan March 2016 ini juga cuaca agak panas dan kering menjadikan musim buah belimbing buloh amat menjadi. Pokok nadir buah belimbing buloh ini merupakan pokok yang sukakan ada musim panas kering yang nyata untuk membuatnya teruja menghasilkan buah. Tahun 2015 ada juga berbuah tapi not as prolific macam bila musim panas dan kering. 

   Terima kasih banyak-banyak di atas pesanan buah belimbing buloh yang diterima hujung minggu baru-baru ini. Buah belimbing buloh masih boleh dibekalkan hujung minggu depan bagi yang berminat boleh self-collect atau dipos Isnin depan.

~ 500gram buah belimbing buloh RM3.
  Pokok kapas juga asyik mengeluarkan bunga dan menghasilkan kapas-kapas putih yang banyak berterusan bulan Mac ini. Pokok jambu batu yang berdekatan dengan sangkar itik juga sudah mula musim buahnya. Rajin juga sudah pokok jambu batu ini menghasilkan buah semenjak ada penghuni banyak dalam sangkar tersebut.
  Pokok-pokok pinang juga rancak berbuah dan mula juga musim bunganya di kebun. Pokok pinang ini sebenarnya cepat membesar. Pokoknya takdelah besar cuma cepat meninggi. Elok juga letak di luar pagar.

~ 1 pokok pinang RM10.00 (self-collect sahaja dah tinggi) ~
atau jika nak bibit yang dah bertunas juga boleh 1 bibit RM5.00 untuk dipos.

~ 5 biji pinang muda RM2.00 (boleh dipos).

atau 3 biji pinang masak RM2.00 (boleh dipos).
Self-Collect schedule this week:

~ 2nd/3rd March 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway exit).
 Antara hasil segar juga yang dapat dibekalkan hujung minggu akan datang ini adalah:

~ Buah Pisang Nangka 1 sisir RM5.00 (boleh juga dipos, freshly harvest on Next Saturday/Sunday).
~ Buah Limau Mixed sekilogram RM4.00 .
~ 3 biji kelapa parut RM5.00 .
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 .

  Terima kasih juga atas pesanan buah asam jawa yang diterima hujung minggu baru-baru ini. Buah-buahnya masih muda-muda. Memandangkan cuaca bulan Mac ini panas dan kering jadi pokoknya walaupun buahnya masih muda telah teruja untuk masuk musim bunga lagi sekali. Jadi nak biarkan bunga-bunga tersebut menghasilkan buah maka diberhentikan seketika membekalkan buah-buah asam jawa sehingga hujung bulan depan.

Sabtu, 19 Mac 2016

Bunga Asam Jawa

  Secara lazimnya apabila kita dengar perkataan asam jawa, apa yang terbayang di kepala adalah buahnya yang setelah masak rasa masam masam manis. Isi buah asam jawa adalah antara bahan yang kebiasaannya mesti ada dalam stok dapur orang yang rajin masak di tanahair kita ini. Lebih-lebih lagi jika duduk belah Selatan Semenanjung Malaysia, rasa kurang bahan nak masak asam pedas tanpa paste asam jawa. Bukan hanya asam keping yang berikan rasa mencukupi untuk asam pedas kan.

  Tetapi tahukah anda sebenarnya bunga dan daun asam jawa juga boleh dimakan/edible? Bukan kawan-kawan je tak tau, Tukang Kebun pun tak tahu sehingga buat bacaan mengenai manafaat bunga dan daun asam jawa hari ini. Tukang Kebun teruja nak mengetahui lebih lagi mengenai bunga asam jawa bila melihat bunganya yang berwarna kuning merah berbelang ini. Bukan Tukang kebun  sahaja tertarik dengan bunga-bunga asam jawa yang kembang mekar. Dalam pemerhatian beberapa tahun setiap kali musim bunga asam jawa pasti banyak anak-beranak lebah sibuk menghisap makanan dari bunga asam jawa. Ya memang bunga asam jawa salah satu bunga kegemaran penghisap madu.
  Ada sumber bacaan kata sedap bunga dan daun asam jawa. Boleh juga nak cuba buat kari bukan sahaja gunakan paste asam jawa dari isinya tetapi boleh gulaikan sekali daun dan bunganya ataupun sup campuran bunga dan daun asam jawa.

Kegunaan bunga asam jawa/ daun asam jawa secara tradisional:

~ ekstrak jus bunga asam jawa dapat membantu mengurangkan pendarahan dalaman (piles/hemorrhoids).

~ daun-daun asam jawa dilumat-lumatkan dan ditempel di bahagian yang mengalami sengal-sengal tulang untuk relief for arthiritis, bengkak atau terseliuh.

~ Air rebusan daun asam jawa dikatakan boleh meredakan demam kuning (jaundice) ataupun ulcer.

~ Teh dari daun asam jawa dapat meredakan demam malaria.
  Hari ini mahu buka minda yang sempit ini seketika, asyik teringat buah asam jawa sahaja ada pelbagai kegunaan khasiat. Tak terbuka pula hati selama ini nak manfaat bahagian-bahagian lain dari pokok asam jawa. Tukang kebun ingat nak pangkas-pangkas sedikit dahan pokok asam jawa yang merimbun Sabtu depan. Rasanya masih ada buahnya walaupun tidak banyak. Belum kesempatan nak check isinya bagaimana masih muda atau dah masak. Jika yang teringin dan jika ada rezeki buahnya isi okay lepas Tukang Kebun check kutip buah random masa pangkas dari dahan yang tinggi, boleh self-collect hari Ahad depan (27hb Mac 2016) atau dipos pada hari Isnin (28hb Mac 2016).

~ 500gram buah asam jawa RM5.00 .

Yang ingin dapatkan bekalan pokok asam jawa pun ada ready stock tapi self-collect sahaja. Sebab ready stock yang ada sekarang tinggi-tinggi, ada juga yang dah lebih 1 meter tingginya.

~ 1 pokok asam jawa RM25.00 .

  Setiap awal tahun memang tak pernah menghampakan pokok asam jawa ini musim buahnya lebat. Bulan lepas pun ada dearest husband pangkas beberapa dahannya dan agihkan buah-buah asam jawa yang muda kepada kawan-kawan yang suka makan. Unggas di kebun belakang pun mendapat banyak teduhan dari pokok asam jawa ini terutamanya musim panas dan kering seperti gambar di atas berada di bawah kanopi pokok asam jawa hari ini. Sebelah kanan gambar boleh nampak batang pokok asam jawa.

  Menarik perhatian jika anda adalah penternak untuk telur unggas ataupun menyimpan impian menjadi pembekal telur unggas apabila melihat article research di bawah ini. Ramai orang takut nak makan telur sebab kandungan kolestrol kan. Tetapi jika kita menjaga diet unggas-unggas penelur kita, buah asam jawa dalam diet campuran mereka dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam telur. Tambahan lagi dapat meningkatkan production telur yang dihasilkan oleh unggas juga.

  Syukur Alhamdulillah kadang-kadang kalau buah-buah asam jawa yang dah masak betul jika ada hujan atau angin kuat kekadang banyak jatuh bertimbun-timbun buahnya di tanah. Jadi kenyanglah unggas-unggas di belakang ada jamuan besar. Patutlah itik-itik pun rajin juga nak bertelur musim panas kering ini agaknya. Yang berminat boleh juga dapatkan free range duck eggs dari Kebun Bahagia Bersama pada pagi Ahad esok ataupun minggu depan. Kebun Bahagia Bersama duck eggs are from ducks that can freely roam in the kebun during the day and good foragers which eat assorted organic food everyday in their diet. Sampai rumpai pun dah makin berkurangan sejak bela itik ini save duit petrol cut cost potong rumput belakang kebun. Alas, those ducks are also notorious baby banana plants eater. Well you can't have everything looking perfect or goes your way, that is how life balance in the kebun.

~ 10 biji telur itik RM7.00 ~


  Dengan cuaca sekarang, rancak sungguh pokok-pokok belimbing buloh di kebun berbuah. Pokok belimbing buloh di gambar atas ini tak disiram pun tapi lebat dan besar buahnya kali ini. Boleh kelihatan pokok-pokok orkid Dancing Queen dan Pigeon Orkid yang bertenggek menghuni di bahagian bawah pokoknya. Sebelah kiri gambar kelihatan daun pokok kantan bunga putih.

  Yang berminat nak dapatkan bekalan buah belimbing segar juga available di Kebun Bahagia Bersama sekarang. Boleh self-collect pagi esok atau hujung minggu depan.

~ 500gram buah belimbing buloh RM3.00 ~

 Self-Collect Schedule:

~ 20th/25th/26th/27th March 2016 Sunday/Friday/Saturday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh exit from Guthrie Corridor Highway).


Rabu, 11 Mac 2015

Hasil Tumbuhan dan Haiwan Sabtu Lepas

  Lama tak buat catatan progress work di kebun untuk hujung minggu sebab bulan Februari lepas asyik banyak urusan di hujung minggu tak lekat di kebun jadi kerja banyak tergendala. Antara tuaian pada Sabtu lepas sambil-sambil mengemas selepas memotong rumput beberapa jam ialah ubi sengkuang, terung telunjuk, asam jawa, sayur manis dan ubi kayu. Asam jawa untuk dibuat air soda assam jawa pernah dicerita di posting tahun lepas (klik sini), dearest hubby teringin nak minum. Sekarang di Kebun Bahagia Bersama memang musim buah asam jawa jatuh-jatuh dari pokok cuma tak cukup tangan dan masa nak pergi rajin kutip. Sabtu lepas pun dikerahkan Ilhan dan Rayyan tolong papa kutip yang digoncang-goncang dahan jatuh ke bumi.
  Tukang kebun teringin nak makan home-made kerepek ubi kayu lalu kekanda-ku dituailah sepohon. Permata=permata hati kami suka sangat makan ikan bilis, jadi mereka pun sekarang dah enjoy makan ikan bilis campur ubi kayu stick goreng. Kadang-kadang buat style berlada juga. Kekadang juga makan dengan beras bukit pandan wangi sihat dan cepat kenyang. Kebetulan minggu lepas makan bersama dengan ikan talapia masak merah. Dulu tukang kebun tak suka makan ikan talapia ini, entah tahun ini kami sekeluarga dengan anak-anak dah boleh masuk tekak ikan talapia. 

 Tuan Tanah ada juga pesan kalau dikemaskan dan set up semula filter kolam tembok depan bolehlah kami buat projek bela ikan makan. Kalau kami berdua sahaja at the moment tak larat nak clean up kolam berlumpur tu. Dahlah gelap entah apa ada kat dalam, silap-silap ikan toman yang dulu cousin tangkap campak kat dalam situ pun dah saiz giant kut. Nak kena tunggu semua Kebun Bahagia Bersama Team Members cuti balik gotong-royong barulah boleh nak buat big pool cleaning. Lagipun kami tak faham mechanism kolam tu sekarang nak kena yang menjaganya dulu tunjuk cara dulu (Big Boss). Banyak juga nak menabung repair yang patut dekat kolam itu juga mesti tukang kebun beringat-ingat kalaulah pasang cita-cita bela ikan makan pula.

 Yang teringin nak mencuba Beras Bukit Pandan Wangi masih ada stok lagi 1 kilogram RM12.00 .

 Yang nak tanam ubi kayu sendiri buat home-made kerepek ubi kayu sendiri pun keratan ubi ada kami bekalkan 7 keratan RM5.00 .
 Minggu lepas pula mencuba-cuba sengkuang tumis dengan udang kering bersama cili pula sebagai lauk sayur. Dah rasa inti popiah pula. Tinggal nak masukkan dalam kulit popiah, gulung dan goreng. Mungkin lain kali boleh cuba gitu pula.
 Al-Kisah ingat tak ayam daging KFC live tukang kebun purchase awal-awal bulan ini, terpaksa korbankan 3 ekor Sabtu lepas walaupun saiz tiny gebu lagi. Bila tukang kebun buat inspection keadaan kesihatan mereka, seekor tak boleh bangun walaupun nampak tak moyok (terseliuh ke apa), seekor lehernya pelik macam terkehel senget dan ayam-ayam lain asyik patuk-patuk its butt, pastu lagi seekor ngeri pula tengok isi dekat leher dah terkeluar mungkin terkena dawai yang tak syok tengoknya anak-anak ayam lain asyik patuk lehernya sampai terkeluar segala isi (horrifying cannibal chicks). So berbincang-bincang dengan dearest hubby baik yang mana nampak keadaan tak baik kita sembelih sahaja. Lagipun Rayyan asyik tanya mama dia, bila nak makan KFC mama ni, so cepatlah mereka rasa.
 Jadi kami ambil peluang untuk ajar hero-hero kami cara nak sembelih ayam. Bagilah Ilhan peluang pegang dulu cara nak tolong pegang untuk orang yang sembelih. Masa sembelih tukang kebun yang pegang, nanti takut si Ilhan pegang tak betul masa ayam menggelupur terlepas.
 Disebabkan masih muda lagi anak ayam daging KFC ini nak cabut bulunya pun mudah. Esoknya dibuat Nasi Ayam, budak-budak riang makan dengan gembira ayam daging KFC mama baru bela seminggu katanya sedap. Nasib baiklah diorang ni boleh tengok ayam kena sembelih takde rasa takut dan boleh pula makan dagingnya tanpa fikir apa-apa. Macam ini tak rugilah tukang kebun bela ayam sendiri sebab members semua okay je makan ayam sembelih sendiri. Siap Rayyan tanya ada lagi dah besar ke ayam KFC mama yang boleh sembelih lagi.
 Jadi sekarang tinggallah 39 ekor anak ayam daging KFC tukang kebun dalam sangkar No. 4. Yang 3 ekor ayam daging dikorbankan minggu ini setelah keluarkan organ-organ mereka jumlahnya 1.5 kilogram. Jadi tukang kebun consider agak nilainya RM11.25 (ambil kira harga pasaran sekilo RM7.50). Lepas-lepas ni nak kena buat report dekat hubby balik modal atau tidak bela ayam daging sendiri ni.

Minta maaflah hari ini menunjukkan gambar yang kurang menyenangkan, tapi inilah reality generasi dulu-dulu cara sembelih ayam. Sekarang ni dah siap packing kan? Nak jugalah tukang kebun didik permata-permata hati sendiri macam mana nak sembelih ayam. Itupun berkali-kali Ilhan tanya papa dia, "Macam mana papa tahu sembelih ayam? Tok Ki yang ajar papa cara sembelih ayam ke?" Ilhan bertanya.

Isnin, 20 Oktober 2014

Keladi Mawar Kak Ros Jasin

 Al-kisah pada hari Sabtu lepas, seperti biasa tukang kebun dan dearest husband keluar dating pada sebelah pagi. Biasalah ke mana lagi kalau bukan ke kebunlah tengok mood nak buat projek apa pula. Memandangkan Sabtu sebelum tu kami dah kemas Petak A dan Petak B, maka kami sambunglah projek mengemas Petak C dan Petak D pula. Petak C ni lagi lah lama tak dikemaskan rasanya tahun ini ada sekali dua je merumput.
  Sementara tukang kebun hard pruning pokok mulberry di Petak F, dearest husband tolong cabut rumput di Petak C dan Petak D. Suburnya rumput kalau ada lembu memang dia kenyang makan bak kata hubby. Gambar di atas tu setelah merumput baru nampak tanah. Pokok-pokok sayur manis di Petak C kesemuanya tukang kebun dah bagi hard pruning. Dalam Petak C ini juga pada asalnya ditanam ada 3 pokok keladi mawar pemberian Kak Ros yang menetap di Jasin, Melaka. Tukang kebun pun lupa nak tuai cepat-cepat ubinya jadi ada yang dah reput. Sulur-sulur anak-anak pokok keladi baru semua dikeluarkan dan disusun berbaris di Petak C ini semula sama tapak seperti di gambar.
  Sementara tukang kebun mengemas dan aturkan semula tumbuhan di Petak C, dearest husband buat pruning pokok asam jawa yang dah merimbun dahannya menghadap Petak D menjadikan kawasan keliling makin teduh. Musim-musim hujan ni nak kena kasi cerah sikit kawasan tempat menanam. Kalau musim kemarau tidak mengapa jadi natural shade diberikan oleh pokok asam jawa. Tukang kebun ada pindahkan batang-batang serai wangi dari rumpunan dahulunya dihadiahkan oleh Eila (Sepang) ke Petak D dan Petak F.
 Dahan-dahan pokok asam jawa sekarang dipenuhi dengan buah-buah asam jawa muda. Rayyan dan Papa Rayyan suka meratah buah-buah asam jawa yang muda. Biasanya musim buah asam jawa di Kebun Bahagia Bersama macam bulan February tapi sebab fenomena cuaca El-Nino pokoknya tiba-tiba teruja berbunga lagi sekali beberapa bulan lalu. Tengok gayanya musim buah asam jawa (dah masak) lagi sekali bulan November~December akan datang ni.
 Yang tumbuhan utama di Petak C adalah sebahagiannya dipenuhi oleh pokok-pokok ubi kayu. Pokok-pokok ubi kayu ni bila tukang kebun semak nota semula ditanam pada Disember 2013 lepas (klik sini). Jadi usianya dah cukup elok untuk mula dituai. Ubi Kayu dalam Petak C ini tukang kebun panggil Ubi Kayu El-Nino sebab masa kitaran pertumbuhannya tak banyak hujan kemarau memanjang dan tidak disiram langsung.  Kemudian diambil kira yang ianya tumbuh dalam keadaan awal-awal full sun kemudian jadi partial shade sebab pokok-pokok besar dikeliling menjadi lebih teduh. Berdebar-debar juga nak tarik tadi tengok ada isi ke tidak sebab tak hiraukan dia dan kurang pencahayaan yang didedahkan. Syukur Alhamdulillah ada juga ubinya dan nampaknya slim dan panjang sebab akarnya cuba bergerak jauh ke dalam tanah mencari air untuk batch ubi kayu El-Nino.
   Sakitnya mata tengok bila potong rumput tak sampai 2 minggu dah naik meriah semula, jadi bincang dengan dearest hubby dari terbiar kosong antara pokok rambutan gading dan pokok pisang tu lebih baik kita tanam ubi kayu di situ stock for next year pula. Jarak-jarakkan agak-agak mesin rumput boleh lalu in between. Hujung tahun ini dengan cuaca Lembah Klang banyak hujan dah elok nak tanam ubi kayu by the time masuk musim kemarau tahun depan dah tak perlu siram pun tak pe kalau tak de masa.  Bukan susah nak tanam batang ubi kayu hanya perlukan parang sahaja pun dah cukup nak buat lubang selitkan batang ubi kayu. Sekali kala boleh tuai pucuk muda untuk buat sayur.
 Syukur Alhamdulillah walaupun tak banyak habiskan masa di Petak C tahun ini tak rugi berbudi pada tanah jika invest masa dan tenaga setiap pagi Sabtu mencari harta karun sambil-sambil mengemas. Dapatlah juga nak rasa ubi keladi mawar dan ubi kayu yang ditanam sendiri Ahad lalu. Buah mulberry pula courtesy pokok dari Petak B lagi. Kemudian tampaka (bawang serai) pula tuaian dari Petak F. Tampaka dan Sunroot yang dituai minggu lepas bolehlah masukkan sekali di dalam sup tulang untuk lauk hujung minggu.
 Antara tuaian pada Sabtu lepas seperti gambar atas dan bawah. Pokok ciku juga dah mula ada buah-buah yang boleh dituai. Jambu kampung baka dari Sabah pun yang mana dah pegang je boleh terpetik dituai kalau tak banyak habuan ke tupai banyak dah kena gigit atau bila hujan bertaburan di tanah. Nasib baik kemas Petak D kalau tidak tak perasan yang ada buah betiknya dah ranum, itu pun sebiji dah hampir habis dimakan di sebelah buah betik yang dituai ada rezeki untuk anak-anak.
  Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama yang sudah confirm semalam dan tinggal tunggu tukang kebun pos, hari ini akan dipos walaupun slot dikatakan untuk 27hb November 2014. Available next slot for reservation ialah 3rd November 2014. Jika ada rezeki kebarangkalian shipment untuk Pasar Online pada 27hb November dan 3rd November 2014 jadi Pasar Online Canistel & Ciku (2C) Kebun Bahgaia Bersama.

Rabu, 9 Julai 2014

Coconut Station

 Rasanya dah 10 hari kita berpuasa (kalau tukang kebun silap betulkan ya sebab ini posting auto-published takut tersilap kira) mesti pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Biasanya bila dah masuk minggu kedua berpuasa, perut tu dah biasa, bila dah berbuka lebih nak kenyang minum air basahkan tekak. Jika berbelanja pastilah sebahagiannya membeli air untuk berbuka puasa. Kalau nak berjimat pastilah nak memikir apa jenis air boleh kita sediakan sendiri bertukar-tukar dalam 1 minggu. Hari pertama berpuasa kami sekeluarga berbuka dengan air kelapa muda dari kebun sendiri. Tiada keluar belanja cuma keluarkan tenaga nak memetiknya dan mengupasnya. Syukur Alhamdulillah banyak juga kelapa yang dapat membasahkan tekak ketika berbuka adalah lebih 10 biji (Jimat 10 biji X RM4 = RM40). Dekat coconut station, keliling banyaklah mahkluk yang menunggu nak minta kongsikan isi kelapa.
Hasil kumpulkan kutipan buah markisa dapatlah juga buat jus markisa 1 bekas (Anggaran pasaran 3 biji RM2 X 3 tompok = RM9).
 Sekali-kala nak pelbagaikan minuman yang ada untuk berbuka di meja, tukang kebun buatlah juga air telang sebab budak-budak ni suka minum (Anggaran beli sebungkus air di pasar jimat RM2).
 Kalau rajin bolehlah juga buat air soda assam jawa (klik sini). Yang bagus untuk hilangkan rasa sebu dekat perut tu baik standby air serai (klik sini). (Jimat dari beli air sebungkus seplastik RM2).
 Kalau ada rezeki tuaian adik-beradik citrus di kebun, bolehlah buat teh atau air limau kasturi/lemon. Syukur Alhamdulillah ada yang dapat sediakan air minuman limau kasturi untuk berbuka juga dari kandungan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih berikan ilham, tukang kebunnya pun terlupa yang dia ada banyak stock di kebun. Jangan lupa ya buah canistel yang dah masak juga boleh dibuat jus (klik sini).
 Tak lama lagi pula untuk berbuka puasa, dapatlah tukang kebun buat air roselle pula untuk budak-budak. Tukang kebun memang dah cuba nak timing yang roselle ditanam akan mula berbuah masa bulan puasa. Cuma tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kami, tahun ni pada cuaca begini mencabar sedikit, tidak seperti tahun lepas. Baru teringat seperti ada kedondong yang tak dituai-tuai, bolehlah buat jus kedondong asam boi kan.
 Saja syok sendiri kira-kira berapa yang boleh jimat dengan menyediakan air minuman sendiri. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma nak cari ilham, kekadang tukang kebun pun lupa apa yang ada boleh buat minuman. Jadi tukang kebun buatlah nota untuk masa hadapan lebih efficient nak fikir menu nak berbuka, boleh juga kalau kita nak sediakan untuk tetamu masa raya nanti.

 Cuma satu sahaja yang tukang kebun nak juga beli sekali kala ialah air tebu. Air tebu tempat kami biasa selalu beli 1 jug di corner lorong 9 berharga RM3.00 . Syukur Alhamdulillah suami isteri tersebut tidak ambil kesempatan pada bulan puasa ini, harga sama sahaja moga rezeki sekeluarga mereka murah.  Siap isi jug sampai nak penuh melimpah keluar, terharu tukang kebun tengok. Kalau di tempat lain di kawasan kampung tukang kebun duduk ni atau pasar berdekatan RM4.00 . Dulu masa tukang kebun kerja di Johor 8 tahun lalu, sungguhlah terkejut dekat Senai 1 glass RM1.00. Bila balik Sungai Buloh pula masa tu cuma RM2.00 1 jug. Jadi dearest hubby selalu suruh bersabar tunggu balik kampung nanti dia beli berjug-jug tak berbaloi 1 gelas RM1.00 . Elok juga tulis note perubahan harga setiap tahun kan. Tukang kebun dengar di tempat lain lebih mahal betulkah?

Bagaimana pula dengan gardeners lain, apakah jenis-jenis minuman yang yang disediakan dari kebun sendiri untuk keluarga tersayang?


Sabtu, 22 Mac 2014

Air Soda Assam Jawa

 Antara tuaian berterusan bulan Mac ini ialah buah Asam Jawa. Tahun lepas sebab banyak hujan jadi banyak buahnya di atas pokok isinya jadi berkulat. Disebabkan tahun ini pada musim buahnya sedang nak masak adalah kemarau maka ada hikmahnya menjadikan isi asam jawa tahun ini lebih memuaskan dan jarang ada serangan kulat. Mengikut kalendar Kebun Bahagia Bersama biasanya awal tahun adalah musim buah assam jawa. Masa beloved husband ajak dating hujung minggu lepas, rasa rajin nak ketuk-ketuk dahan pokok asam jawa untuk gugurkan buah yang sudah ranum. Kalau yang dah masak sangat bila jatuh kulit buahnya mudah pecah dari ketinggian sekurang-kurangnya 3 meter. Jadi yang mana kulitnya dah terpecah, tukang kebun kupas keluarkan isinya dan yang tak pecah disimpan di tempat kering sebagai stok.
 Pertama kali tukang kebun dengar boleh buat air soda asam jawa (tamarind soda) dari Puan Wan author Cooking Varieties blog (resepi ada diblognya) tahun lepas dan dah KIV teruja nak buat. Tapi baru ada kerajinan nak cuba dengan tuaian kali ini, itupun diserahkan projek tersebut kepada beloved husband. Walaupun ada pelbagai version nak buat air soda asam jawa, persamaannya mula sama adalah nak buat concentrated air asam jawa dulu seperti kepekatan cordial jual di kedai itu lah. Isi asam jawa direbus dengan air dan ditambahkan gula perang (brown sugar) sampai air menjadi pekat (lebih kurang sejam) supaya hasilnya boleh tahan lama simpan dalam peti ais. Berapa banyak brown sugar ikut taste masing-masing letak sikit-sikit takut over pula sebab airnya makin mengurang. Beloved husband follow resepi dari blog 'The Food On My Beard' letak secubit garam.
 Air asam jawa sedang mendidih. Nanti tapis airnya dan picit isi-isinya. Kemudian bolehlah campur concentrated air asam jawa tadi dengan air soda sejuk seperti Ice cream soda atau sprite. Letak ice macam perasaan bersantai. Kalau suka bolehlah perah lemon.  Konon-konon nak menghadapi musim kemarau ni nak pelbagaikan pilihan minuman dari kebun sebab kemarau ni tak berapa selera nak makan bolehlah boost energy dengan liquid. Dalam bulan March ini kalau tengok menu minuman, syukur alhamdulillah dalam seminggu boleh berpusing dengan air roselle, bunga telang, markisa, serai, air soda assam jawa dan lain-lain supaya anak-anak tak jemu. Syukur Alhamdulillah petang lepas projek mencuba-cuba air serai dan air soda asam jawa setelah sekian merindui hujan dah turun, jemuran terbasah sebab keluar sekejap lupa nak angkat kain di jemuran dulu. 
  Air soda assam jawa home-made juga bolehlah difikir menjadi minuman untuk Musim Raya nanti sebab tak banyak pakai ruang nak simpan concentrated air asam jawa tersebut. Yang ingin menyajikan minuman home-made sendiri (jimat) seperti air bunga telang dan roselle, tukang kebun congak-congak elok semai biji benihnya bulan ini ya supaya sempat nak mula tuai bahannya bila nak dekat masuk raya Aidilfitri nanti.
 Bulan Mac ini juga, buah asam jawa adalah antara tuaian dari Kebun Bahagia Bersama yang dimasukkan dalam pek Pasar Online Kebun Bahagia Bersama.

~ Pokok Asam Jawa ~
1 pot for RM15.00 .