Antara tuaian berterusan bulan Mac ini ialah buah Asam Jawa. Tahun lepas sebab banyak hujan jadi banyak buahnya di atas pokok isinya jadi berkulat. Disebabkan tahun ini pada musim buahnya sedang nak masak adalah kemarau maka ada hikmahnya menjadikan isi asam jawa tahun ini lebih memuaskan dan jarang ada serangan kulat. Mengikut kalendar Kebun Bahagia Bersama biasanya awal tahun adalah musim buah assam jawa. Masa beloved husband ajak dating hujung minggu lepas, rasa rajin nak ketuk-ketuk dahan pokok asam jawa untuk gugurkan buah yang sudah ranum. Kalau yang dah masak sangat bila jatuh kulit buahnya mudah pecah dari ketinggian sekurang-kurangnya 3 meter. Jadi yang mana kulitnya dah terpecah, tukang kebun kupas keluarkan isinya dan yang tak pecah disimpan di tempat kering sebagai stok.
Pertama kali tukang kebun dengar boleh buat air soda asam jawa (tamarind soda) dari Puan Wan author Cooking Varieties blog (resepi ada diblognya) tahun lepas dan dah KIV teruja nak buat. Tapi baru ada kerajinan nak cuba dengan tuaian kali ini, itupun diserahkan projek tersebut kepada beloved husband. Walaupun ada pelbagai version nak buat air soda asam jawa, persamaannya mula sama adalah nak buat concentrated air asam jawa dulu seperti kepekatan cordial jual di kedai itu lah. Isi asam jawa direbus dengan air dan ditambahkan gula perang (brown sugar) sampai air menjadi pekat (lebih kurang sejam) supaya hasilnya boleh tahan lama simpan dalam peti ais. Berapa banyak brown sugar ikut taste masing-masing letak sikit-sikit takut over pula sebab airnya makin mengurang. Beloved husband follow resepi dari blog 'The Food On My Beard' letak secubit garam.
Air asam jawa sedang mendidih. Nanti tapis airnya dan picit isi-isinya. Kemudian bolehlah campur concentrated air asam jawa tadi dengan air soda sejuk seperti Ice cream soda atau sprite. Letak ice macam perasaan bersantai. Kalau suka bolehlah perah lemon. Konon-konon nak menghadapi musim kemarau ni nak pelbagaikan pilihan minuman dari kebun sebab kemarau ni tak berapa selera nak makan bolehlah boost energy dengan liquid. Dalam bulan March ini kalau tengok menu minuman, syukur alhamdulillah dalam seminggu boleh berpusing dengan air roselle, bunga telang, markisa, serai, air soda assam jawa dan lain-lain supaya anak-anak tak jemu. Syukur Alhamdulillah petang lepas projek mencuba-cuba air serai dan air soda asam jawa setelah sekian merindui hujan dah turun, jemuran terbasah sebab keluar sekejap lupa nak angkat kain di jemuran dulu.
Air soda assam jawa home-made juga bolehlah difikir menjadi minuman untuk Musim Raya nanti sebab tak banyak pakai ruang nak simpan concentrated air asam jawa tersebut. Yang ingin menyajikan minuman home-made sendiri (jimat) seperti air bunga telang dan roselle, tukang kebun congak-congak elok semai biji benihnya bulan ini ya supaya sempat nak mula tuai bahannya bila nak dekat masuk raya Aidilfitri nanti.
Bulan Mac ini juga, buah asam jawa adalah antara tuaian dari Kebun Bahagia Bersama yang dimasukkan dalam pek Pasar Online Kebun Bahagia Bersama.
~ Pokok Asam Jawa ~
1 pot for RM15.00 .
6 ulasan:
jus asam jawa untuk sejukkan badan.
berapa lama asam jawa boleh berbuah?
Eh, rasa nak cuba jus asam syle baru ni. Kat rumah pun dah ada 3 kilo asam jawa kampung percuma. Wah..boleh simpan sampai tahun depan lah gayanya...
Sudais~ Baguslah untuk musim kemarau ni kan :) .
Ratu ~ Ndak pasti lah dear. Mungkin sekurang-kurangnya 10 tahun sebab pokok ni jenis besar. Tapi pertumbuhannya juga pantas.Mungkin boleh dicuba-cuba buat bonsai.
Kak Mala ~ Bolehlah buat stok concentrated juice membantu sesiapa yang sakit-sakit tekak yang ramai mula kena minggu ini.
saya teringin jugak nak tanam pokok asam jawa.. kat rumah mak mertua ada satu... skrang tak payah nak beli asam jawa dah.. dah la mahal jugak asam jawa tu kan
duduk rumah taman ni xbolehlah nak tanam pokok yg besar2.. hehe
Salam Zifa.
Pokoknya memang jenis besar.
Tak pasti pula kalau yang jenis grafted.
Dari biji pun kalau setahun lebih cepat tumbuh dah sampai pinggang.
Catat Ulasan