No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label KUINI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUINI. Papar semua catatan

Rabu, 15 Julai 2020

Original Kuini Malaysia Ice-Cream and World Environment Day 2020

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan anak-anak diberikan tugasan dari cikgu melalui Google Classroom, Whatsapp, dan Telegram. Berbuih mulut jugalah nak mengingatkan buat kerja sekolah dahulu dari asyik ingat nak main sahaja. Hujung bulan Jun ada pertandingan buat video untuk pelajar bagi Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 bertema 'biodiversiti'. Rayyan dan Abby masing-masing menghantar satu penyertaan video dengan bimbingan Tukang Kebun.
 Syukur Alhamdulillah rezeki Rayyan dan Abby masing-masing dapat hadiah saguhati dengan penerimaan voucher Popular Bookstore bernilai RM60. Nasib baik voucher tersebut valid setahun sampai tahun depan, bila keadaan makin baik barulah boleh bawa Rayyan dan Abby ke Popular Bookstore untuk mereka pilih buku atau peralatan yang masing-masing idamkan. 
  Video penyertaan Rayyan mengenai pencemaran plastik di laut yang mengancam hidupan laut dan mencemarkan keindahan pulau. Rayyan mengambil contoh masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Libaran dan kekurangan penyu naik ke darat untuk bertelur di Pulau Libaran (Posting lepas mengenai Pulau Libaran - Klik Sini).
  Abby pula menghantar penyertaan video mengenai pentingnya pemeliharaan biodiversiti lebah dan bagaimana penyemburan racun di kebun juga memberi impak kepada lebah yang secara tidak lansung boleh mengganggu keterjaminan makanan.

 Di Teratak Kiulu Lodge, bulan Jun lepas adalah musim buah kuini setiap pagi ada sahaja buah kuini yang ranum berguguran boleh dikutip. Bila dah terlalu banyak rasa sayang pula fikirkannya. Jadi salah satu cara yang boleh kita kasi simpan tahan lama buah kuini ini yang pasti anak-anak pun suka ialah dengan buat aiskrim. Mula-mula bila fikir tajuk kalau tulis perisa kuini macam bunyi guna kordial lah pula. Jadi kita pakai perkataan Original lah sebab memang terus pakai buah kuini yang asli dan tanpa bahan pengawet, perisa atau pewarna tiruan. Versi pertama Tukang Kebun buat tanpa gula dan santannya kurang sikit sebab baru nak testing testing. Yang versi kedua dengan gula batu perang dengan santan yang lebih lemak sangat laku pula terlajak laris kalau tak dikawal tak berhenti-henti makan aiskrim kuini.


Bahan asas untuk AisKrim Malaysia Kuini Asli:
Buah Kuini yang sudah ranum
Santan
Gula Batu Perang
Air

Berapa banyak gula batu bergantung kepada rasa tekak sendiri dan cuba dahulu makan buahnya manis tahap mana. Boleh juga tonton telatah permata hati kami buat Aiskrim Malaysia Kuini Asli seperti video di bawah untuk percubaan kedua yang memang laku laris laju habis. Tak sangka pula ada mirip rasa aiskrim Solero yang popular tu kecuali yang ni versi rasanya buah Kuini. Tukang Kebun perhatikan ramai gunakan buat home-made ice-cream Solero guna susu lembu. Tapi memandangkan Tukang Kebun lebih gemar gunakan hasil apa yang ada dari kebun dari sendiri, cubalah pakai santan versi susu kelapa la kan dari tumbuhan tak sangka ngam pula.


Jika anak pokok mempelam telur atau mangga pauh ringan ada dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Anak pokok mempelam telur dari Kebun Bahagia Bersama yang dibekalkan ke Melaka dulu ke kebun Kak R pun sudah Syukur Alhamdulillah menghasilkan buah yang sangat lebat yang pernah kami kongsi di posting dahulu (CLICK HERECLICK HERE). Pokok mangga jenis ni pun sesuai tanam secara guerilla gardening kerana biasanya menghasilkan buah yang quantity sangat lumayan jadi boleh kongsi jiran-jiran yang berdekatan, kalau orang lain ambil pun sebab tanam tepi jalan InsyaAllah masih ada bahagian tuan yang menanam.

~ 1 anak pokok mempelam telur/mangga pauh ringan RM10.00 ~

Sabtu (18/07/2020) dan Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Servis Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Khamis hingga Jumaat (16/07/2020~17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup contact no : 019-293-1340.

Selasa, 24 November 2015

Kemas Kuinin

  Catatan antara projek kemaskan Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas ialah berikan haircut kepada pokok kuini. Tukang Kebun perhatikan ranting-ranting baru sudah membesar. Alang-alang selepas kemaskan pokok ciku yang terangkat pokoknya jadi rebah akibat dahan yang sarat dengan buah-buah. Pokok kuini ni tumbuh tinggi selalunya perhatikan sarang besar ada di atasnya dibuat oleh burung-burung. Ini pakai tangga ketinggian 4 meter untuk potong dahannya. Tahun ini ianya tidak teruja untuk berbunga, moga tahun depan lepas Tahun Baru Cina mahulah ia berbunga.
  Permata-permata hati pun ringan tulang hujung minggu lepas bantu mengangkat dahan-dahan pokok kuini yang sudah dipotong ke tempat kawasan pembakaran sampah. Yang berbaju tidur biru belum bertukar baju ialah supervisor Ilhan Mikhail. Membantu sorting yang dahan kecil-kecil untuk adiknya Abby yang bawa. 
  Abby kali ini beriya-iya nak juga membantu sebab katanya kalau Abby rajin tolong kemas nanti papa belikan jam untuk Abby. Rayyan juga tidak mahu ketinggalan cemburu sebab Ilhan selalu dapat upah membantu Tukang Kebun. Selesai berkebun maknya masuk banyak baju comot-comot pula nak kena menyental di tandas. Bila kebun di belakang dah nampak banyak kawasan dah dikemas, rajinlah mereka bertiga main-main di belakang. Ada sahaja ideanya.
  Semasa Tukang Kebun mengemas tembok luar depan Kebun Bahagia Bersama nak kasi pokok-pokok katak puru bernafas, terjumpalah ada anak-anak bauhinia kockiana juga tumbuh di situ dari biji-biji benihnya yang meletup (related posting klik sini). Biasanya dari luar tembok dah boleh nampak meriah gugusan bunga bauhinia kockiana yang melilit berdekatan dengan tembok.
  Pokok bunga bauhinia kockiana juga menceriakan pergola. Pokok bunga bauhinia kockiana yang matang di Kebun Bahagia Bersama tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Begitu sukakan kawasan yang menerima banyak cahaya matahari sepanjang hari. Kalau Bauhinia kockiana anda merimbun banyak tak bunga-bunga kemungkinan terlebih bagi makan baja. Yang di Kebun Bahagia Bersama dah bertahun tak kasi makan tapi tak putus-putus berbunga, syaratnya juga banyak kisses from the sun.
  Ada limited sahaja anak pokok bauhinia kockiana bagi gardeners yang sudah lama mencari-cari untuk indahkan kebunnya.

~ 1 anak pokok bauhinia kockiana RM8 ~

Khamis, 14 Ogos 2014

Kuinin atau Kuini?

  Pokok kuinin adalah buah nadir tanahair kita yang jarang-jarang kelihatan di pasar tempatan kita sekarang. Oleh itu, ramai generasi Y tidak mengenali buah ini. Terutamanya sekarang ni asyik banjir mangga dari negara jiran. Kerana rupanya yang mirip kepada buah mangga maka ramai membuat kesilapan mengingatkan buah kuinin adalah buah mangga. Tetapi kuinin yang ranum mempunyai baunya yang tersendiri. Tapi takdelah sekuat bau buah binjai. Sambal belacan kuinin lagi kick oooo dari sambal belacan mangga. 
 Syukur Alhamdulillah usaha Big Boss dan Tuan Tanah Kebun Bahagia Bersama yang suka kumpulkan buah-buah nadir maka adalah pokok kuini juga duduk bahagia dalam kebun. Tahun 2014 ini genap Kebun Bahagia Bersama umurnya 20 tahun sejak kami berpindah dari Seksyen 11, Shah Alam. Jadi umur pokok-pokok dalam Kebun Bahagia Bersama semua di bawah 20 tahun. Sekarang dah banyak pokok-pokok yang matang menghasilkan buah dari love labour big boss dan tuan tanah tanpa mengambil pekerja sambilan menjaga seekar tanah. Sekarang ni sebab big boss dan tuan tanah dah berhijrah (big boss balik kampung) ke Sabah atas kerja terpaksalah kami pula ambil alih buat love labour ever weekend kat Kebun Bahagia Bersama ini. Tapi kasih sayang tukang kebun tak delah sepakar big boss ya living things di Kebun Bahagia Bersama so please bear with us until we gain more experience, InsyaAllah. 

 Ada satu projek lagi yang tak mampu tukang-tukang kebun sini nak mulakan lagi tapi nawaitu sudah ada. Sebenarnya tuan tanah ada lagi seekar tanah di lorong yang lain purchase beberapa minggu sebelum me & hubby akad nikah sebab ada orang offer dan di situ ada beberapa pintu rumah untuk disewa. Dalam masa 8 tahun harga tanah tersebut dah 4 kali ganda ikut harga pasaran sekarang. Rumah-rumah yang belum disewa itu rancangannya untuk tempat pihak pengantin lelaki nanti duduk berehat dan tido. Sekarang ni pun lebih dari 2/3 ekar di situ terbiar tidak diusahakan. Tuan tanah dah bagi green light kalau nak jadikan dusun di situ. Big boss pun dah cakap sana lagi sesuai nak tanam durian dan dah suruh campak kelapa -kelapa yang dah bertunas di sana sekurang-kurangnya in the future adalah juga hasil dari terbiar kosong. 

 Eloklah tu adik lelaki tukang kebun balik dari beraya di Sabah diberinya biji-biji durian kampung yang arwah atuk sana tanam sedang lebat musim buahnya sekarang. Selalu passing tukang kebun biji macam-macam buah pun tak de. Nak tunggu tukang kebun ada cucu gaknya baru merasa. Tapi arwah atuk yang tanam sendiri pun tak dapat merasa, sebab dia pergi awal tukang kebun pun belum lahir lagi. Hasil dusun buah-buahan sekarang puas anak-anak dan cucu-cucu makan walaupun dusunnya nampak terbiar. Big boss mungkin rindu arwah ayahnya jadi selalu baka buah dusun dari kampungnya dibawa balik ke Sungai Buloh ini. Jadi setiap pokok dalam Kebun Bahagia Bersama ada sejarah mereka tersendiri. Dah selamat dah tukang kebun semai biji-biji durian tersebut semalam.

  Sejak tukang kebun kembali ke tanahair pertama kali pokok kuinin berbunga untuk tukang kebun pada musim kemarau panjang tahun ini pada bulan February ianya mula berbunga (gambar No.2). Lama merajuk kut sebab tuan betul dia dah tinggal di tempat lain. Masa tu tukang kebun sendiri tak berapa pasti ianya jenis mangga apa, sebab tengok macam pokok mangga tapi nampak lain sikit. Dari pokoknya mula berbunga hinggalah buahnya masak ambil masa lebih kurang 3 bulan.
  Untuk stok pokok kuinin tukang kebun manalah tahu tiba-tiba dah ada masa, tenaga dan budget boleh menanam di bakal kebun lagi satu tu adalah stok-stok pilihan menjadi back up dengan cuaca yang tak menentu ini. Just for fun tukang kebun semailah biji-biji kuinin dan mudah sahaja percambahannya. Dalam pemerhatian tukang kebun semua biji yang disemai satu biji akan menghasilkan beberapa baby (polyembryonic) atau lebih dari 1 anak pokok. Bila 1 biji mengeluarkan banyak baby bermakna biji tersebut kebarangkalian adalah sama jenis pokok asalnya which is good.

 Sama juga pemerhatian yang tukang kebun nampak dengan biji-biji yang bercambah sendiri bertaburan di bawah pokok kuinin yang disantap selain dari Homo sapien juga adalah polyembryonic (gambar bawah). Yang mengejutkan tukang kebun ialah musim-musim kemarau tanpa air pun biji-biji buah kuinin bertaburan dekat belakang kebun tu boleh cambah sendiri. Penghujung bulan June tahun ini memang musim percambahan biji-biji buah kuinin serentak dengan yang tukang kebun semai siram dan yang muncul sendiri di bekalang kebun. 
 Buah kuinin bila masak masih maintain warna hijau, tapi isi yang masak berwarna kekuningan. Abby suka sangat kuinin masak, gelojoh makan siap mata tengok orang lain makan takut habis ditelan-telannya nak ambik lagi sebelum orang lain. Syukur Alhamdulillah permata-permata hati kami semua dah merasa buah kuinin. Kemanisan lemak buah kuinin takde rasa cepat muak kalau asyik makan je macam buah mangga yang berlambak di pasar.
 Pokok kuinin pertumbuhannya sungguh pesat baru sebulan dah tinggi macam ni. Kalau dibelai banyak lagilah cepat kot. Untuk pokok kuinin mungkin kena self-collect sebab pokoknya belum masuk 2 bulan dah tinggi. Kalau via Pos Laju stock sekarang kena pakai Prepaid Box Large Size. Sabtu ini (16hb Ogos 2014) kami open untuk self-collect pokok-pokok, biji benih dan tanah (info klik sini) bolehlah ambil kesempatan nak tambah koleksi pokok kuinin di kebun masing-masing. Yang berminat untuk dapatkan pokok mempelam telur/pauh ringan juga boleh ambil kesempatan sebab ada stok yang ketinggian pun dah anggaran 1 meter (klik sini). Begitu juga yang minat Frangipani Fragrant Yellow Picotee Bali pun kalau self-collect Sabtu ini ada rooted-stock dalam polybeg ketinggian anggaran 50cm for RM10 (klik sini).

~ Pokok kuinin ~

1 bekas harga RM10.00  (kebunkmg@gmail.com) .

Isnin, 2 Jun 2014

Common Cockscomb Clearance

 Projek Sabtu pagi minggu lepas ialah kemaskan salah satu sudut di Kebun Bahagia Bersama yang tukang kebun tak kemaskan sejak minggu Tahun Baru 2014 lalu masa bergotong-royong satu keluarga. Dah setengah tahun tak kemas dah jadi hutan common cockscomb (Celosia argentea) yang tumbuh dengan bahagianya sendiri. Tukang kebun tak pernah tanam biji benih common cockscomb jenis ini ataupun dikenali juga dengan bayam ekor kucing. Tukang kebun syak sumber punca benih bayam ekor kucing ini adalah dari batch fresh goat manure yang tukang kebun terima pakai untuk persediaan batas keledek di kawasan ini dahulu.  Sebab cuma kawasan keledek tersebut sahaja tiba-tiba bayam ekor kucing ini muncul di situ seperti gambar kenangan generasi pertama di bawah.
 Masa musim kemarau hidup bahagia sahaja dibiarkan di sini. Pokoknya tumbuh melebihi ketinggian 1 meter. Cantik juga nampak macam padang wild flower pelbagai panggilan diberikan dalam adik beradik species ini, kalau nak nama bunyi glamour '"Silver Cockscomb", "Flamingo Feather", "WheatStraw Cockscomb" dan lain-lain. Hampir seluruh bahagian pokok bayam jenis ini boleh dimakan dan juga ada unsur-unsur yang berguna untuk perubatan. Tukang kebun sebenarnya phobia adik-beradik jenis apa-apa bayam nak tumbuh dalam Kebun Bahagia Bersama sebab mereka tumbuh teramat suburnya di sini sampai dah tak terkawal. Sebab pertengahan tahun ini tidak lama lagi big boss balik untuk appointment medical check up dia nanti stress pula (takut resultnya tak elok pula nanti) dia tengok ada kawasan hutan bayam ekor kucing yang tak terkawal dibiarkan oleh tukang kebun. Tambahan pula di situ ada 2 pokok lemon kesayangan big boss tanam dari biji benih dah berusia 4 tahun lebih (boleh cam dalam semak ni?). 
 Lagipun tidak lama lagi bulan puasa, takut tak larat nak mengemas nanti jadi tukang kebun buat priority kemaskan kawasan sebelah ini beberapa hujung minggu ini.  Sebagai kenangan dah tukang kebun merempit dengan mesin rumput setengah dah dikerjakan baru teringat nak ambil gambar. Mesin rumput dalam gambar tu dah banyak berjasa kuat kerja hampir setiap hujung minggu berkerja keras. Biasanya tukang kebun yang memesin rumput dan dearest hubby pula meragut yang dikeliling pokok tempat tak tersampai nak dipotong serta pokok-pokok ara yang berbaris cantik banyak tumbuh di tepi tembok. Pokok jenis ara ni kalau tak dicabut dengan akar sekali nanti tumbuh balik, ini tenaga tangan dearest hubby lebih kuat.
 Tukang kebun lebih suka mesin rumput jenis ini sebab boleh berfungsi sebagai shredder (mulcher) sekali jadi habis halus-halus weed dibuatnya menjadikan sebagai green mulch (baja kompos). Jadi tak perlu tukang kebun nak sapu-sapu macam kalau pakai yang jenis biasa bandaraya pakai yang boleh diangkat mesin di belakang badan dan swing blade dia. 

 Tadaa...

 Beza tak before and after?
 Barulah 2 pokok lemon kesayangan big boss boleh bernafas. Dalam Kebun Bahagia Bersama boleh dibezakan mana jenis lemon grafted dan yang dari biji benih. Kalau biji benih pokok lemon tidak memakan banyak ruang ianya tumbuh meninggi dah dahannya pandai lebih kuat. Pokok lemon yang disemai dah dipindahkan ke permanent position tidak pernah kami siram, Syukur Alhamdulillah mereka tumbuh dengan bahagia dengan sendirinya. Manakala kalau grafted ranting-rantingnya macam melengkuk mengarah tanah jadi tambah kerja nak pasang support untuk angkat ranting-ranting tersebut dari meleret di tanah. Cuma kalau yang grafted masa musim kemarau berhati-hati ya kalau tak cukup TLC jika terlampau stress anai-anai suka attack akarnya yang tak kuat sebab tak dalam hampir di permukaan tanah berbeza dengan yang dari biji benih akar tunjangnya kuat.

 Puas hati pada Sabtu lepas dapat merumput dan mengemas hampir 1/3 ekar di kawasan belakang dalam 5 jam. Kalau ikutkan hati nak kemas lagi tapi tukang kebun tak perasan ada buah kelapa tua bersebelahan pokok jering terlanggar dan blade dalam mesin rumput tersenget (terpaksa berhenti). 

 Jadi minggu depan dearest husband kena buka mesin rumput betulkan posisi blade dahulu sebelum ke next projek. Ingatkan nak kemas di sekitar kawasan yang masa musim hujan jadi kolam, kalau kering tempat pembuangan 'green waste' dari kebun. Di situlah tanah (bakar+kompos) yang diambil untuk gunaan semaian anak-anak pokok yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Di situ pula dah jadi hutan jeliti, bayam hijau, anak-beranak bachelor button, kadok dan lain-lain. Kesiankan dekat binatang perliharaan sebab unfriendly animal mudah menyorok di situ macam big lizard.

 Sebelah petang nak bergegas ke Kelana Jaya singgah rumah nenek saudara pula sebelum ke 1Utama pajak ganti mentol-mentol yang terbakar akibat high voltage. Jadi ambillah beberapa hasil dari kebun seperti pucuk ubi kayu. Hijau juga tangan dearest husband, pucuk ubi yang diambil kali ini dari yang hubby tanam pada bulan Februari masa mengemas atap workshop yang dah melengkuk sebab pokok-pokok langsuir bertapak di atasnya dah jadi monster berat sangat (pokok langsuir still available klik here). Tak pernah disiram ubi kayu yang hubby tanam cuma rezeki dari hujan, hijau subur di kala kemarau hari itu. Sabtu lepas giliran tukang kebun pula tanam keratan ubi kayu di tempat yang baru dikemaskan.
 Alang-alang Sabtu lepas ada aksi panda di pokok kuini dan nampak macam beberapa biji dah masak dengan tanda-tanda lovebite dari yang terror panjat. Maka yang meniru gelagat panda kait-kaitlah buah kuini. Syukur Alhamdulillah anak-anak kami ini sudah merasa buah kuini yang jarang ditemui di pasar sekarang. Yang paling mengejutkan, Abby makan dengan tamaknya cepat-cepat telan suka sangat takut yang lain habiskan.

 Syukur Alhamdulillah after working out in the garden, tukang kebun feel really good today :) .

Sabtu, 24 Mei 2014

Akhirnya tahun ini merasa juga

 Generasi yang sama dengan Tukang Kebun ramai yang tak kenal kepada 2 jenis buah nadir di atas. Cuba teka apa dia? Tahun lepas musim berbuah buah yang kulit putih ada pinkish pinkish seakan sama macam tahun ini tapi tukang kebun tak sempat tuai yang tahun lepas. Tahun lepas semasa musim buahnya tukang kebun sekeluarga berada di Negeri Bawah Bayu. Bila kembali, satu biji buah pun dah tak nampak bayang. Kebetulan semalam bila diintai ada 2 biji yang dah besar sedikit. Sebelum peminat lain yang tuai dengan mudahnya di atas pokok itu, pagi tadi tukang kebun kata dekat husband mengidam sangat nak makan tolonglah ambilkan (hari ini hari melayan isteri kejap lagi keluar berdating berdua, dah 3 hari berturutkan ada orang tu balik lewat malam). Terpaksa dituai separuh masak, dari langsung tak merasa nanti.
 Bila tanam 100% cara organik memanglah diluarnya nampak 'horror'. Tapi bila dibelah, isinya elok-elok sahaja semua bahagian boleh dimakan. Kulitnya pun kami tak hiris cukup dengan cuci sahaja. Makan begitu sahaja. Dah lama tukang kebun tak makan buah ini rasanya sejak Kanak-kanak atau Remaja riang. Hari ini kali pertama Rayyan dan Abby merasa buah ini. Syukur Alhamdulillah mereka sangat suka. Anak-anak dari kecil sudah dididik tak memandang luaran buah, jadi mereka kalau nampak buah atau sayur pada luaran tak cantik pun, tak ada rasa perasaan yang nampak cantik sahaja bagus dan boleh makan. Asalkan tuaian dari hasil tangan mama atau nenek, mereka percaya itulah yang terbaik (kids when young, mimic their parents). Untuk keseronokkan makan buah ini pada Rayyan, masa mengupas, tukang kebun buat cerita buah ini zaman dinosaur T-Rex (karnivor which he did not know) banyak makan. Kalau Rayyan nak cepat besar macam T-Rex kena makan buah ni banyak-banyak.

Rabu, 30 April 2014

Kui Kui Kui Kuini

 Musim kemarau yang dah lama tak dirasai seperti tahun ini ada hikmahnya. Walaupun semua kita ni gardeners mengomel-ngomel pasal air yang terhad dikenakan. Sejak tukang kebun balik setelah sekian lamanya tidak berbuah, akhirnya tibalah musim buah kuini di Kebun Bahagia Bersama. Sebelum ianya berbunga, tertanya-tanya gak pokok tinggi ni pokok apa dah setanding dengan pokok petai? Tapi takdelah tanya kat big boss tengok sendiri macam adik beradik pokok mangga. Hati seorang tukang kebun bertanya kenapa tinggi benar pokoknya, kanopi pun taklah bushy menghalang cahaya ke pokok-pokok lain. Siap ada sarang burung besar lagi di atasnya.

 Bila ia mula berbunga di pertengahan musim kemarau mulalah rasa teruja nak tanya big boss. Big boss kata pokok kuini. Oh ya ke, double confirm dengan Tuan Tanah pun cakap kuini. Tuan Tanah ada balik malam Isnin lalu, katanya saiz yang buah kuini tukang kebun kutip jatuh sendiri hujung minggu lepas kecil dari biasa. Biasanya kalau buahnya menjadi 3 kali ganda saiznya kata Tuan Tanah. Pagi ini Tuan Tanah dah balik jadi tukang kebun kirim untuk big boss apa yang ada di belakang seperti buah kuini, limau kasturi dan lemon. Buah kuning telor yang banyak menguning tukang kebun kait untuk bagi makcik tukang kebun sebab setiap kali Tuan Tanah balik mesti ada beras kampung yang makcik tukang kebun sendiri tanam secara organik bekalkan untuk kami. Big Boss pun dah pesan kalau ada buah kuning telor yang kegemaran makcik Janet sedang elok setiap kali Tuan Tanah balik jangan lupa masuk dalam beg Tuan Tanah nanti bila balik kampung big boss boleh passing. Kait-kait buah kuning telor semalam. Big boss pula nak segala jenis citrus yang boleh dituai pula. Dengan pesanan 6 batang Frangipani Bali Blushing Red (nak pindah rumah punya planning tak lama lagi).

 Tuaian dalam gambar no. 1 ialah pada hujung minggu lepas mana tukang kebun terdaya lepas potong rumput. Tangan dan Kaki dah rasa macam jeli berjalan-jalan dengan cepat kutip buah kuini, petik lemon, kuning telor, limau kasturi, belimbing buloh dan cili burung. Teringin nak makan sambal belacan kuini...kui kui kui.
 Ini untuk generasi akan datang yang jaga Kebun Bahagia Bersama punya inventory lokasi nanti tak kenal mana satu pokok kuini macam care-taker sekarang. Sakit tengkuk nak mendongak tengok. Bila tengok buah yang banyak tergantung-gantung dari jauh asyik terfikir macam mana nak tuai panjat pokok tinggi kuini ni. Pastu rumput sampailah Sabtu lepas ada agaknya paras lutut. Pagi Ahad baru dear Hubby potong rumput kat bawahnya baru perasan yang rupa-rupanya ada banyak yang dah jatuh sendiri pun dari pokok. Adalah peluang juga nak merasa tak perlu panjat, tukang kebun kutip-kutiplah yang elok ada yang dah berbau harum menusuk kalbu. Gara-gara rumput panjang, tak perasan yang dah ada buah yang gugur. Nasib jugalah terlindung dengan semak buahnya jadi binatang-binatang tu pun tak perasan.

 Kadang-kadang tukang kebun pun lupa yang berdekatan dengan pokok kuini berjiran dengan pokok bambangan yang juga setinggi dia (sebab ada beberapa pokok lain yang lebih rendah terlupa lak). Bilalah agaknya kau juga nak berbuah wahai bambangan?

 Pokok kuini perlukan ada jangka masa di mana ianya mengalami musim kemarau baru nak berbuah. Wahai anak-anak bila ada kemarau luar biasa bolehlah look forward musim buah kuini ya. Tahun lepas tak de musim kering yang ketara jadi tak berbungalah dia. Untuk mereka yang di kawasan kebunnya kerap mengalami musim kemarau maka sesuailah mereka tanam pokok kuini. Pokok kuini adalah pokok nadir kita dan ianya perlukan masa kemarau yang amat nyata baru bangun nak berbuah. Pokok kuini adalah adik beradik mangga. Samalah sifatnya dengan mangga bila lama hujan tak datang akan membuat pokoknya teruja nak berbunga. Janganlah kau marah buah kuini kalau dia tak mau berbunga bila cuaca asyik basah sahaja walaupun banyak baja diberi. Di dalam Malaysia, di pelbagai lokasi taburan hujan juga amat berbeza, jadi ada kawasan yang amat sesuai (ada musim kemarau nyata), ada kawasan yang selalu basah payah nak berbunga.
  Tukang kebun tak boleh angkat tangan sangat sebenarnya dari minggu lepas, muscle dekat belakang shoulder blade terkoyak gara-gara jatuh longkang. Bukan sebab gardening, sebab sejak berkahwin tak pernah tukang kebun bonceng motor. Sebab kereta banyak dalam workshop sekarang, pastu ada insan tu keluar berdating bawa kunci kereta sekali (temper tukang kebun max) jadinya kereta tak dapatlah mama Ilhan nak drive pergi ambil Ilhan di sekolah. Sebab kesiankan anaknya lewat ambil nanti keseorangan menangis-nangis terpaksalah mama dia kuatkan hati bonceng motor after almost 7 years tak pernah bawa. Entah bila balik lepas ambil agaknya nervous, kaki tu macam jeli terseliuh masuk longkang pastu badan terpusing macam nak breakdance nak tahan dari jatuh. Yang kelakarnya bukannya jatuh longkang dengan motor (like hubby thought tengok bila balik ada orang tu murung dalam bilik dengan ankle tercalar-calar), rupanya jatuh longkang kecik je termasuk kaki depan dapur lepas jemput Ilhan. Jangan gelak-gelak banyak sangat ya. Itulah kisahnya ada orang tu tengah injured terkoyak muscle tak boleh angkat tangan. 
 Makan sambal belacan kuini bersama-sama ulam raja, pucuk katak puru, pucuk asam gelogor dengan nasi panas tambah 3 kali. Kalau orang yang berdiet memang bahayalah. Sebab tukang kebun dah habiskan masa hampir setengah hari memotong rumput hujung lepas bolehlah lepas gian. Minggu ini dapur semerbak dengan buah kuini. Tak perlulah nak menyusahkan hubby panjat, Syukur Alhamdulillah yang buah gugur pun bolehlah kenyang perut. 

 Awal pagi Ahad lepas hubby dah ambil hati tukang kebun (tanpa permintaan) dah mula potong-potong rumput di belakang kebun sebelum tukang kebun paksa diri dan ganti dengannya after a few hours. Lagipun yang belah depan tukang kebun dah buat itu yang sakit muscle koyak tu datang balik sakit nak angkat tangan. Sebab mesin rumput tu menolak je, jadi tukang kebun kira bolehlah buat lagi. Kalau mencantas lagi banyak pakai muscle. Nak buat macam mana sakit mata tengok rumput yang dah panjang-panjang tu. Sikit lagi InsyaAllah hujung minggu ni projek potong rumput selesai untuk bulan ini.