No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisang. Papar semua catatan

Isnin, 23 November 2020

PKPB Bunga Pisang Awak Goreng Tepung

      Semasa PKP dulu ada YouTube recommend sebuah channel yang berkaitan Food Project di sebuah komuniti di India. Salah satu food project yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah di mana mereka tuai banyak jantung-jantung pisang di dalam sebuah kebun dan menggunakan bunga sebenar dalam jantung pisang sebagai sumber makanan. Jantung pisang ni macam kudup bunga sahaja di mana bunga-bunga sebenar tersimpan. Kelopak kudup jantung pisang ini akan buka satu persatu apabila bunga sebenar di dalamnya dah matang untuk mekar. Adik beradik pelbagai jenis lebah suka sangat hisap madu dari bunga pisang awak yang mekar. Warna bunga pisang awak yang dah hampir matang dan masih muda juga ada perbezaan seperti gambar di atas. Kalau yang dah nak matang warnanya kemerah-merahan kelopaknya seakan kulit jantung pisang. Manakala yang masih muda lebih ke arah putih. Bunga yang dihasilkan dalam jantung pisang tak mekar serentak disebabkan itu pisang jadi bersisir-sisir dalam satu tandan.
      Dah banyak kali Tukang Kebun perhatikan sejak PKPB di kebun bila keluar je bunga pisang awak dari jantungnya berkerumun lebah datang hisap madunya buatkan Tukang Kebun cemburu. Boleh tonton video link di bawah untuk tengok lebah kerumun bunga pisang awak dan cara persediaan bunga pisang awak untuk dijadikan sumber makanan. Setelah selesai semua kejadian sisir pisang awak di tandannya, Tukang Kebun pun mohon papa Abby tuai jantung pisang awak. Bahagian jantung pisang awak yang tua dibuka satu persatu kelopaknya dan dikeluarkan bunganya sehinggalah dah warna jantung pisang dah bahagian muda warna keputihan. Dari sini kita boleh sediakan 2 jenis masakan dari 1 jantung pisang awak. 



    Satu masakan ialah bunga sebenar pisang awak. Bagi memudahkan bunga sebenar pisang awak dimakan, kita hanya perlukan keluar batang keras/tulang (organ betina) dalam bunga pisang tersebut satu persatu (ada 2 cara boleh buat seperti dalam video). Kalau video Food Project di India mereka gunakan tepung chickpea dan rempah serbuk lain lumur ke bunga pisang sebelum goreng. Jadi kawan-kawan pun boleh ikut resepi masing-masing tepung goreng apa yang digemari. Masak ala tempura pun ngam juga ni. Kami cuma setakat lumur dengan tepung goreng serbaguna perisa pedas sahaja pun dah tak berhenti-henti makan. Makan dengan sambal kicap pun sedap macam ala-ala makan bersama cendawan goreng tepung. Kalau kami 3 bahan basic sahaja lah, boleh alter nak tambah rempah lain.

Bahan-bahan Bunga Pisang Awak Goreng Tepung:
Bunga pisang awak (buka batang keras)
Tepung Goreng Serbaguna
Minyak Masak

Kemudian jantung pisang awak yang belah muda berwarna keputihan tu bolehlah masak lauk jantung pisang yang masing-masing suka kan. Jadilah ada dua lauk dari 1 jantung pisang awak. Hujung minggu lepas ada Tukang Kebun masak lemak jantung pisang campur sengkuang. Abby suka jugalah hirup kuahnya, walaupun minyak terkeluar dari santan sebab tak cukup tangan masa tu. Siapa suruh multitasking sangat hehehe....Tukang Kebun biasanya tak de masa sangat nak ambil gambar lauk sambil deco nanti ada yang bising dah lapar dan lauk nanti sejuk. Lepas masak terus makan je panas-panas. Mohon maaf gambar tak berapa menarik sebab semua spontan je ni dan mana yang teringat.

 (Ralat : Gambar semuanya adalah bunga pisang awak, bukan pisang abu)
Entah kenapa dalam fikiran asyik terfikir pisang abu pula.

Jumaat, 13 November 2020

Cara Peram Pisang Rastali Tanpa Ubat Kimia Sintetik

Salah satu pisang kegemaran keluarga kami ialah jenis pisang rastali atau juga dikenali sebagai pisang keling. Pisang keling ini dah sukar sikit nak dapat di kedai berbanding dengan pisang berangan. Kalau generasi baru yang lebih tengok ke rupa aesthetic mungkin ingat something wrong dengan pisang rastali yang dah masak ranum betul. Di gambar atas kelihatan jantung pisang yang baru buka kelopaknya satu persatu mempersembahkan bunga sebenar pisang yang berwarna putih itu di hujung buah pisang yang bakal membesar itu. Kelulut amat gemar dengan bunga pisang ini selalu datang menciumnya.
Kadangkala kita ada masalah kalau biarkan tandan pisang sampai ranum tak sempat pula nak merasa ada binatang lain dah rasmi dulu. Juga kemungkinan kita 1 ke 2 minggu mungkin tiada di rumah atau balik kampung ke kan. Bolehlah tuai tandan pisang yang hampir dekat nak musim meranumnya tu awal dan peram dahulu. Agak-agak dah boleh tuai untuk peram rujuk gambar di atas. Pokok pisang rastali jenis pokok pisang yang tidak berbatang besar dan boleh sahaja hidup di atas tanah kurang subur, tanah keras dan berbatu seperti kawasan perumahan yang telah ditimbus tanah merah. Kalau tanam untuk enjoy sendiri apa salahnya kan dari tanah terbiar kosong.

 Cara nak peram pisang tanpa gunakan ubat sintetik dan boleh je bawa ke mana-mana boleh tonton video di bawah ya:





   Pastikan tandan buah pisang tak kena hentakkan kuat di tanah masa menuai ya supaya buahnya tak lebam.
Pisang rastali kalau nak enjoy kena tunggu sampai dah kuning dengan bintik-bintik hitam yang banyak baru rasa lemak manis tak berhenti-henti makan sampai satu sisir pun licin. Bila pisang rastali betul-betul ranum biasanya kulit dia mudah dikupas dan kurang urat-urat melekat di buahnya. Kulit pisang rastali lebih ketara nipis berbanding dengan pisang berangan.
 

Ahad, 12 Julai 2020

Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Pepper

Syukur Alhamdulillah awal bulan ini di Kebun Kingfisher Big Boss banyak hasil dari pokok buah pisang nipah. Semasa menunggu tandan pisang buah nipah masak bolehlah kita nikmati jantung pisang buah nipah ni terdahulu. Antara kebiasaan masakan jantung pisang ialah masak gulai lemak. Posting kali ini Tukang Kebun share aksi-aksi tuai pokok pisang nipah seperti video di bawah ini:


Cabaran nak kasi tumbang potong pokok nipah di Kebun Kingfisher ialah arah nak kasi tumbang sebab ruang yang padat antara pokok-pokok yang ditanam ceroboh reserve tanah parit (guerilla gardening). Tambahan pula pokok pisang nipah ni batangnya besar dan tinggi. Kalau tanah subur lagilah besar batangnya mengalahkan pokok kelapa. Tukang Kebun memang mengelak tuai sendiri pokok pisang nipah, kena tunggu my pendekar balik rumah dululah ya. Antara lauk yang hidangan dari bahan jantung pisang yang digemari baru-baru ini adalah Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Pepper seperti perkongsian di video di bawah ini:

Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Peper

1 jantung pisang rebus (pisang abu/nipah/sabah) yang dicelur bersama garam.
Segenggam ikan bilis yang telah digoreng

Bahan Kisaran:
15 cili padi
2 atau 3 bawang merah
1 bawang bombay
1 sudu besar biji lada hitam

Perisa:
1 sudu besar kicap lemak manis
secubit garam


Semasa musim recovery Covid-19 ini Kebun Bahagia Bersama buka semula pesanan untuk sulur anak pokok pisang untuk dipos atau diambil sendiri. Ni stok asli ya bukan stok kultur tisu jadi ianya lebih cepat membesar menghasilkan buah berbanding kultur tisu. Kalau yang self-collect memang disediakan stok sedia ada yang sulur besarlah available di kebun lagi. Jika by pos kena tengok saiz kotak dahulu dan beratnya.

Jenis-jenis sulur anak pokok pisang yang ada minggu ini selagi stok masih ada:

Pokok pisang Tembaga/Raja Udang (RM20.00) (Link).
Pokok pisang Kadau (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Nangka (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Berangan (RM10.00)
Pokok pisang Mas batang merah (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Bantan (RM8.00) (Link).
Pokok pisang bunga hiasan (RM7.00) (Link)

Sabtu (18/07/2020) dan Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Servis Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Isnin hingga Jumaat (13/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup contact Nizam : 019-293-1340 .

Khamis, 5 Oktober 2017

Semporna Shallow Waters

 Pada pagi raya kedua Aidilfitri tahun ini, awal pagi kami berada di pekan Semporna. Awal pagi raya kedua ini di pasar pagi berdekatan Jeti kelihatan ramai juga pembeli mencari hasil jualan barangan segar di sini. Sementara tunggu pemandu dari agen pelancongan ambil kami di hotel ke jeti, kami ambil kesempatan ronda-ronda di pasar pagi ini untuk cari bekalan bawa bersama menginap di Pulau Mabul malam tersebut.
 Pelbagai jenis buah-buahan di jual di sini. Banyak juga yang menjual mangga masak macam harum manis. Tetapi bekalan di sini kalau bukan tempatan pun, bukan dari Thailand. Keberangkalian dari Filipina atau Indonesia. Bekalan buah kelapa tua untuk santan juga adalah satu produk yang banyak dijual. 
 Pokok pisang yang paling popular di Sabah iaitu pisang Saba atau pisang abu adalah antara pisang yang memang banyak bekalannya di Semporna juga. Yang menarik minat Tukang Kebun adalah jenis pisang di bawah ini, di Semporna mereka panggil pisang budak. Tak pastilah jika di Semenanjung dipanggil jenis yang mana satu. Yang pasti bukan pisang mas, sebab pisang mas ada juga dijual oleh peniaga ini. Yang ni dia panggil pisang budak. Kami belilah sesisir. Sesisir pun banyak tu.
  Bagilah budak-budak makan pisang budak dulu isi perut sementara bergerak masuk ke gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran untuk naik bot di jeti. Memang rasa tempat Semporna ini bandarnya memang transport laut ini adalah penting. Yang kami pergi ini untuk jeti pelancong naik pergi melancong island hopping. Belum lagi ada jeti-jeti lain untuk penduduk asal ini menunggu bot. Memang banyak tempat jeti persinggahan di sepanjang pinggiran darat dan laut di Semporna ini.

 Untuk minggu ini kalau di Kebun Bahagia Bersama bagi yang berminat untuk dapatkan bekalan buah pisang organik ada dua jenis ya (satu sisir RM5.00):

~ Pisang Nangka

~ Pisang Kapal/Pisang Hijau/Pisang Serendah

 Ada Self-Collect minggu ini pada pagi Ahad dalam pukul 10:00AM~10:30AM (8hb Oktober 2017) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

 Lihatlah awal pagi Aidilfitri kedua, sudah ada beberapa keluarga yang ada juga berpakaian warna baju raya sedondon yang berada di jeti umum menunggu bot yang menuju ke destinasi mereka hendak pergi.
 Sementara tunggu bot ke Pulau Mabul kami pun ambil jugalah gambar raya dengan baju mandi.
 Bila datang sini baru dapat bayangkan mana resort terkenal terapung di Semporna ini yang dipanggil 'Dragon Inn' tu. Menghadap tempat tunggu bot pelancong dan bersebelahan dengan jeti umum tadi. Personally kalau peak pelancong season tak rasa macam ada privacy lah.
  Sementara tunggu guide daftar nama pelancong untuk keselamatan, snap lah lagi gambar sementara semua nampak semangat.

 Sambil naik bot nak keluar dari kawasan pekan Semporna kelihatan masjid di tepi laut.
 Walaupun adalah raya kedua, ramai mencari rezeki di laut. 
 Pentas Sunda dalam Semporna ini lautnya sangat cetek. Di pertengahan laut pun boleh rumah terapung boleh dibina. Disebabkan kawasan Semporna ini sangat cetek, memang takde bot besar macam cargo dapat lalu. Bukan seperti bandar Kota Kinabalu, bot besar macam titanic boleh lalu. Laut Semporna memang cetek boleh kelihatan dasarnya atau rangka batu karang. Disebabkan itu kawasan Semporna ini amat sesuai untuk ternak rumpai laut. Masa Ice Age, memang kawasan ini adalah daratan sahaja boleh dilalui oleh manusia pindah dari satu tempat ke satu tempat. Sedangkan bot pelancong yang kecil pun selalu enjin tersangkut, beberapa kali kena berhenti betulkan enjin semula. Mula-mula Tukang Kebun tak terfikir dalam hati asyik tertanya je kenapa nak pergi Pulau Mabul ini asyik botnya bermasalah berhenti je. Selama ni beberapa kali bot trip ke pulau tempat lain atau Sungai Kinabatangan pun tak begitu. Rupanya bila kepala tu dah berpusing, baru perasan memang jelaslah dalaman lautnya sangat cetek. Di tengah laut jauh tak nampak pulau pun, ada rumah dapat dibina di tengah laut macam rumah kampung biasa ja cacak kayu dalam tanah. Itu adalah satu pengalaman yang menarik kali ini bagi Tukang Kebun, salah satu island trip yang airnya sepanjang perjalanan boleh dikatakan cetek. NO BIG BOAT around.
 Cerita pasal gambar raya, terjumpa pula gambar raya lama zaman remaja dulu yang adik forwardkan. Gambar kami adik beradik yang klasik. Tengok anggaran usia adik bongsu Tukang Kebun yang sedang didukung itu rasanya masa ni tengah ambil SPM atau dah lepas SPM. Gambar ni kira jadi bukti tracking betapa lama pokok bunga garlic vine boleh hidup. Yang di atas kepala Tukang Kebun warna seakan light pink tu, bukan yang bunga kertas itu adalah gugusan bunga garlic vine.  Sekarang pokoknya pun masih sihat walfiat dan rajin berbunga seperti gambar di bawah. Tak dimakan usia pokoknya kan. 
 Anak remaja tu pun dah jadi mak dah hehehe... Banyak juga pengganti pokok bunga garlic vine ni hidup subur yang tumbuh sendiri Tukang Kebun perhatikan berdekatan bonda dia. Semasa Tukang Kebun pergi Kudat awal bulan Ogos pun Tukang Kebun perhatikan di daerah Matunggong walapun kawasan kampung lain tetapi seakan musim bunganya serentak. Mana rumah yang ada pokok bunga garlic vine, semuanya lebat berbunga ketika itu. Sama juga di kediaman Sungai Buloh ni, sekampung serentak berbunga jika musim bunganya. Dia ada tu musim-musim perubahan cuaca buat dia berbunga. Ikut musim macamlah pokok sakura di Jepun, ikut tempat. Tapi taklah macam pokok sakura yang cuma berbunga dalam 2 minggu sekali je setahun. Pokok garlic vine ini ada beberapa kali musim bunganya dalam setahun ikut keadaan cuaca.

 More info on Garlic Vine plant (Click Here).

~ 1 pot for RM8.00 ~

 AL-FATIHAH kepada Nenek Khazanah yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada pukul 2:08 pagi hari ini. Semoga Nenek ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Khamis, 26 Januari 2017

Cekodok Pisang Hijau

  Syukur Alhamdulillah awal tahun ini ada beberapa jenis tandan pisang yang dapat dituai dari Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh. Antara pisang segar yang dapat dituai ialah jenis pisang hijau yang dalam golongan jenis pokok-pokok pisang renek. Setelah diselidik rupa-rupanya baka pisang jenis ini ialah yang Big Boss dapat dari saudara di Sabah dari kebunnya di Papar. Kemudian setelah Tukang Kebun kumpulkan maklumat lagi pisang ini juga dikenali sebagai pisang hijau.
 Kenapa dipanggil pisang hijau? Sebab bila masak pun warnanya tidak bertukar kepada kuning keemasan seperti kebiasaan jenis pisang-pisang lain. Bila pisang hijau ranum buahnya bertukar kepada hijau cair kekuningan sahaja dan seperti pisang raja yang masak berbintik-bintik hitam. Ini bukan tanda  bintik-bintik buah pisang hijau itu dah memburuk tapi petanda dah ranum betul dan sedap dibuat kuih. Saiz buah dan bentuknya sekali imbas nampak mirip pisang berangan cuma tak bertukar warna kuning keemasan. Tekstur isinya kalau makan begitu sahaja macam ada rasa jeli.  Isinya lebih kepada warna cream bukan kuning pekat. Contoh gambar pisang hijau yang dah ranum adalah seperti gambar di atas.
  Kali ini Tukang Kebun cuba pula yang dah masak sangat dengan buat cekodok pisang hijau. Syukur Alhamdulillah anak-anak memang cukup suka makan cekodok pisang dari jenis pisang hijau. Sambutan hangat. Sampai tiga hari Tukang Kebun masak sarapan cekodok pisang hijau. Biasanya kalau masak cekodok pisang dengan pisang lain macam pisang mas, sambutan biasa-biasa sahaja. Tapi memang Tukang Kebun perhatikan jika Tukang Kebun buat pengat gunakan pisang hijau, anak lebih suka makan termasuk Abby (related posting klik sini). Biasanya kalau pengat yang makan pun Rayyan dan Papa Abby. Kalau pengat pisang hijau sambutan lebih besar sikit di meja makan. Sebab rata-rata dekat Tamu yang Tukang Kebun interview pisang hijau ini memang sedap dibuat untuk kuih muih.
   Bukan sahaja kuih muih tetapi buat masak gulai pun sedap. Teringat masa Tukang Kebun cuba gunakan pisang hijau yang nak hampir masak untuk bahan masak lemak cili api pisang hijau ini dengan ikan masin (related posting klik sini), bertambah-tambah nasi selera dear husband makan. 
  Pokok pisang hijau ini pun yang menariknya juga ialah jenis pokok pisang yang tingginya memang rendah. Characteristic tabiat jantung pisang hijau ini kekadang tumbuh sampai mencecah tanah dan kelopak jantungnya masih berlapis-lapis melekat di batang tandannya dengan tebal. Jika pisang lain kelopak jantung gugur. Tapi yang pisang hijau ini sehingga buahnya ranum kalau tidak dipangkas bahagian jantungnya, kelopak tua masih kuat melekat di tandan. Biasanya tandan sisir buah yang atas tak tinggi pun dari Tukang Kebun. 

 Mula-mula Tukang Kebun ingatkan mungkin ini adalah agaknya 'pisang kapal' atau sama jenis pisang-pisang rendah yang lain. Tapi sekarang sebab dah Tukang Kebun berjaya jejak baka yang ada di kebun kami ini, sekarang kami panggil 'Pisang Hijau' lah. Ada satu Tukang Kebun perasan walaupun ianya jenis pokok pisang yang renek, tapi ambil masa nak berbuah sehingga selamat dipetik ranum dalam pemerhatian Tukang Kebun berbanding dengan jenis pokok-pokok pisang lain yang ada. Bila Tukang Kebun check nota semula nak tunggu anak pokok pisang hijau dari tanam hingga berbuah sampai dah ranum buahnya ada juga nak dekat 18~22 bulan ambil masa (related posting klik sini).

 Jika ada rakan-rakan yang ingin berkongsi pengalaman dengan pisang hijau ini dialu-alukan dengan didahului ucapan Terima Kasih Daun Keladi.

 Yang berminat nak cuba buah pisang hijau boleh dipos atau self-collect pada hari berikut (bibit kami tak mula bekalkan lagi):

4th/5th February 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).

~ 1 sisir buah pisang hijau RM5.00 . 

Jenis-jenis buah pisang organik segar lain yang available juga minggu ini  juga anak benihnya ialah:

~ 1 sisir buah Pisang Kadau baka Kuning RM5.00 (1 sulur RM10.00).

~ 1 sisir buah Pisang Nangka RM5.00 (1 sulur RM10.00).

~ 1 sisir buah Pisang Bantan/Mantan RM3.00 (1sulur RM8.00)

Buah-buahan lain:

~ 1 kilogram buah Assam Jawa RM5.00 .

~ 1 kilogram buah Canistel/Kuning Telor RM5.00 .

~ 1 kilogram buah Ciku RM4.00 .

~ 1 biji buah Nangka Muda RM5.00 .

Long weekend Tahun Baru Cina kami tidak buat self-collect. On Holiday.

Rabu, 14 Disember 2016

Pilihan Pisang Pasar Segar

 Minggu ini yang berminat untuk Self-Collect buahan-buahan segar dari Kebun Bahagia Bersama seperti pisang ada beberapa jenis pilihan.

  Self-Collect Schedule Minggu ini:

~ 15th/16th/17th December 2016 Thursday/Friday/Saturday morning between 9:00AM~9:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh.

~ 15th December 2016 Thursday afternoon between 2:00PM~2:30PM at Bandar Rahman Putra near The Store Sungai Buloh.

~ 15th December 2016 Thursday night between 10:00PM~10:30PM at Saujana Utama.

~ 18th December 2016 Sunday between 12:30PM~1:00PM closest Shell Station from KLIA.

 Pisang bantan juga available sekarang. Yang berminat untuk dapatkan pisang bantan belum penuh masak/hampir nak masak untuk buat masak lemak juga ada. Campur dengan ikan masin, makan dengan nasi panas bertambah-tambah (related posting klik sini).

~ 1 sisir pisang bantan RM3.00 ~

~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~
 Kalau tak silap yang di bawah ini jenis pisang awak.

~ 1 pisang awak RM3.00 ~
~ 1 sisir pisang nangka RM5.00 ~

~ 1 sulur pisang nangka RM10.00 ~
~ 8 biji kelapa tua RM10.00 ~

~ 3 biji kelapa parut RM5.00 ~
Christmas Sale untuk pokok pisang bunga (Musa Ornata) bulan Disember 2016.  Bunga pisang bunga yang sebenar adalah bukan jantung pisangnya yang berwarna pink tetapi yang dalam kudup bunganya yang berwarna kuning tersebut seperti gambar di bawah.

~ 3 sulur pisang bunga RM10.00 (valid for December 2016 only) ~
<Harga asal 1 sulur RM10.00>
~ 10 helai daun pisang RM1.00 ~

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 ~
~ 1 kilogram buah canistel/buah kuning telor RM5.00 ~

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~

~ 5 biji buah katak puru/nam nam RM2.00 ~

~ 1 ikat pucuk buah katak puru/nam nam RM1.00 ~

~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 ~

~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00 ~

Isnin, 18 Januari 2016

Promosi pertama pisang kadau

  Baru dapat proper pusing-pusing check kebun yang dah terbiar jadi hutan di belakang apabila lama dah berminggu-minggu tak berbudi kepadanya pada hujung minggu lepas. Syukur Alhamdulillah walaupun terbiar tidak dihampakan Tukang Kebunnya apabila kelihatan hasil yang bakal dituai-tuai tidak lama lagi. Nampaknya ada beberapa tandan pisang yang dah mula nak masuk phase buahnya meranum. Antara jenis yang dapat kami bekalkan tidak lama lagi ialah jenis buah Pisang Kadau.
  Pisang kadau ini sebenarnya sejenis dengan yang pisang raja udang (related posting klik sini). Cuma pisang kadau ini bila masak bukan berwarna kemerahan kulitnya tetapi yang kekuningan apabila masak. Jenisnya sama sahaja kalau di Sabah. Buah pisang kadau ini kalau nak buat shipment lebih mudah berbanding dengan buah pisang lain tak mudah kemek lebih pejal buahnya. Bulan lepas, setandan Tukang Kebun kirim balik ke Sabah. Anak-anak pun Syukur Alhamdulillah suka makan pisang kadau ini semasa cuti sekolah akhir tahun lalu. Kalau lidah Tukang Kebun rasanya berlainan jugalah dengan pisang berangan, walaupun ada kata mirip.

  Yang teringin nak rasa pisang kadau boleh self-collect hujung minggu ini atau boleh juga dipos sekitar kawasan Semenanjung Malaysia. Pisang kadau ini tumbuh tanpa letak baja ya. Grown naturally organic from Kebun Bahagia Bersama. Tukang Kebun pun tak perasan ianya berbuah sebab jarang pergi jenguk kawasan ini nun di petak bonglai hantu.

~ Buah pisang kadau sesisir RM5.00 ~


 Syukur Alhamdulillah pokok-pokok pisang nangka yang sedang berbunga bulan November lepas juga apabila dilihat kembali bulan January ini sudah pun berjaya membesar dengan baik. Pokok pisang nangka biasanya yang menerima pencahayaan yang banyak akan menghasilkan tandan yang besar dan sisir buah yang banyak. Jika di kawasan yang kurang penerimaan cahaya setandan biasanya menghasilkan dalam lingkungan 3~5 sisir. Jantung pisang nangka pula boleh dibuat ulam atau gulai. Lama bercuti dari berbudi kepada kebun, jantung-jantung pisang pun masih terbiar tak terpotong lagi.
  Hujung minggu ini juga available dari Kebun Bahagia Bersama ialah buah pisang nangka segar. Anak pokok pisang nangka juga available. Kedua-duanya boleh self-collect atau dipos dalam kawasan Semenanjung Malaysia.

~ 1 sisir buah pisang nangka organik RM5.00 ~
~ 1 anak pokok pisang nangka RM10.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~ 23hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 24hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
Fresh produce yang available dari Kebun Bahagia Bersama juga minggu ini ialah:

~ 10 biji telur itik RM7.00 ~

~ 5 biji buah nam nam RM2.00 ~

~ 500gram buat limau campur-campur RM3.00~
~ 1 ikat batang keladi RM1.00 ~
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 ~
~ 3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

Ahad, 15 November 2015

Musim Hujan Meriah Katak Puru

  Hujung bulan lepas mengemas kawasan depan tembok sekitar pokok katak puru ini (related posting klik sini). Kini rezeki hujan makin banyak, rezeki musim buah katak puru juga banyak. Penyegat masih dibiarkan bersarang di atasnya. Lagipun kelihatan makin meriah buahnya dari luar biasa. Mungkin di atas pertolongan pendebungaan yang lebih baik dibantu oleh penyengat yang menghuni di atas rantingnya.

~ 5 biji buah katak puru RM2 ~
~ 1 pot anak pokok katak puru RM10~
  Semasa Tukang Kebun merantau, Big Boss ada banyak menanam anak pokok katak puru di luar tembok sepanjang parit bersebelahan jalan kereta. Kini Tukang Kebun perhatikan effort Big Boss dah mula belajar menghasilkan buah. Walaupun pokoknya sebesar di bawah sudah kelihatan ada bunga-bunga di dahannya.
  Disebabkan banyak tanaman juga tumbuh di sekelilingnya menjadikan agak terlindung bunganya. Jadi hujung minggu lepas kami kemaskan kawasan di luar tembok sepanjang parit kasi cerah supaya lebih berjaya pokok-pokok katak puru nak bernafas berbunga. Secara purata tukang kebun rasa lebih kurang 5 tahun pokok katak puru akan mula berbuah. 

  Rasa lama??? 

  Takde lah lama bagi sebatang pokok buah-buahan seperti katak puru yang usianya lama akan berbuah berpuluh-puluh tahun selepas ia matang. Ibaratkan pokok katak puru ini seperti manusia, manusia dari berjaya disenyawakan dalam rahim ibunya, dilahirkan, membesar akan juga mengambil masa untuk dirinya boleh bersedia mula membiak menghasilkan zuriat. Masa setiap manusia capai akhil baligh juga adalah berbeza ikut gabungan genetic dan environmental living/lifestyle. Begitu juga proses matang tumbuh-tumbuhan kalau optimum condition environmental growth maka cepatlah ianya berbuah. Kalau tak optimum late-bloomerlah sikit dari yang lain. Sedangkan manusia biasanya bila dah awal belasan tahun baru dapat membiak, inikan pokok yang nak membesar menghasilkan buah-buah sepanjang hidupnya berpuluh-puluh tahun lebih lama dari jangka hayat manusia mampu membiak. 

  Mestilah pokok buah-buahan seperti katak puru ambil masa lebih sedikit dari pokok terung atau tomato. Bandinglah pula jangka hayat mereka kan. Pokok terung tomato lepas 3 atau 4 bulan dari disemai dah boleh berbuah tapi paling lama pun mungkin dalam 3 ke 4 tahun dah habis riwayat. Pokok yang menghasilkan banyak buah dan hidup lama juga perlukan masa untuk dirinya mengumpul tenaga dan membesar sebab mereka nak berbakti lebih lama. Sama sahaja seperti manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan juga perlukan masa untuk membesar.

  Biasa dibicarakan seperti betapa bahaya remaja yang muda risiko nak lahirkan anak. Begitu juga kalau kita fikirkan jenis tumbuh-tumbuhan yang berbunga terlebih cepat dari biasa dalam kes 'bolting' tak cukup besar lagi. Dalam sebulan semai benihnya dah gatal nak berbunga. Cuba perhatikan sekali dua berbunga cepat je matikan pokok bunganya seperti kerap dilihat masa menanam pokok zinnia, cosmos atau seri pagi yang cepat berbunga dari biasa. Janganlah kita asyik tak sabar nak menunggu, jangan kita lupa yang tumbuhan juga benda hidup seperti manusia memerlukan masa yang cukup untuk membesar dengan baik seperti anak-anak kita dengan keperluannya.

  Gardening reminds the gardener that there is no rushing with our own children, we also have to follow their pace.

   Our hope that the seeds that we planted will bear many for future generations too, not just that will bear fruits for a few years and rest in peace before the planter.
    Jadual self-collection terakhir untuk bulan ini (lepas ni 2 minggu rehat sekejap):

~ 18hb November 2015, Rabu malam antara pukul 8:00PM~8:30PM di depan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 21hb November 2015, Sabtu pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 22hb November 2015, Ahad pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

  Antara fresh produce available minggu ini ialah:

~ Daun pucuk muda ubi kayu seikat RM1.00 .
~ Daun pucuk muda gajus seikat RM1.00 .
~ Daun pucuk muda assam gelugor seikat RM1.00 .
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.00 .
~ Buah Canistel /Kuning Telor 1 kilogram RM5.00 .
~ Buah Mahkota Dewa 500gram RM7.00 .
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Kelapa Muda sebiji RM2.00 .

~ Buah Pisang Nangka 1 sisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Kadau 1 sisir RM5.00 .
~ Buah Nangka Muda 1 biji RM3.00 .
~ Telur Itik sebiji 70 sen.
~  Kelapa Parut 3 biji RM5.
~ Ubi Keladi sekilogram RM5.
   Pagi tadi Rayyan terjumpa pula tupai mati. Terkejut pula Tukang Kebun sanggup pula si Rayyan selamba pegang tupai mati yang dijumpanya nak tunjukkan dekat depan muka mak dia. Tak tahu sebab apa mati. Tapi masih belum keras badannya. Memandangkan Tukang Kebun masih sibuk ke hulu hilir sibuk di luar lagi dengan bersahajalah kata kena tanamlah si tupai tu dah mati. Tak sangka pula laju je si Rayyan pergi korek tanah ambil cangkul kecik dan tanam. Ingatkan papa Rayyan yang buat later lepas selesai kerjanya. Rayyan pula sendiri yang ambil initiative pergi tanam tupai. Tupai dia pula rupa macam yang dalam cerita Ice Age tu.