Syukur Alhamdulillah awal tahun ini ada beberapa jenis tandan pisang yang dapat dituai dari Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh. Antara pisang segar yang dapat dituai ialah jenis pisang hijau yang dalam golongan jenis pokok-pokok pisang renek. Setelah diselidik rupa-rupanya baka pisang jenis ini ialah yang Big Boss dapat dari saudara di Sabah dari kebunnya di Papar. Kemudian setelah Tukang Kebun kumpulkan maklumat lagi pisang ini juga dikenali sebagai pisang hijau.
Kenapa dipanggil pisang hijau? Sebab bila masak pun warnanya tidak bertukar kepada kuning keemasan seperti kebiasaan jenis pisang-pisang lain. Bila pisang hijau ranum buahnya bertukar kepada hijau cair kekuningan sahaja dan seperti pisang raja yang masak berbintik-bintik hitam. Ini bukan tanda bintik-bintik buah pisang hijau itu dah memburuk tapi petanda dah ranum betul dan sedap dibuat kuih. Saiz buah dan bentuknya sekali imbas nampak mirip pisang berangan cuma tak bertukar warna kuning keemasan. Tekstur isinya kalau makan begitu sahaja macam ada rasa jeli. Isinya lebih kepada warna cream bukan kuning pekat. Contoh gambar pisang hijau yang dah ranum adalah seperti gambar di atas.
Kali ini Tukang Kebun cuba pula yang dah masak sangat dengan buat cekodok pisang hijau. Syukur Alhamdulillah anak-anak memang cukup suka makan cekodok pisang dari jenis pisang hijau. Sambutan hangat. Sampai tiga hari Tukang Kebun masak sarapan cekodok pisang hijau. Biasanya kalau masak cekodok pisang dengan pisang lain macam pisang mas, sambutan biasa-biasa sahaja. Tapi memang Tukang Kebun perhatikan jika Tukang Kebun buat pengat gunakan pisang hijau, anak lebih suka makan termasuk Abby (related posting klik sini). Biasanya kalau pengat yang makan pun Rayyan dan Papa Abby. Kalau pengat pisang hijau sambutan lebih besar sikit di meja makan. Sebab rata-rata dekat Tamu yang Tukang Kebun interview pisang hijau ini memang sedap dibuat untuk kuih muih.
Bukan sahaja kuih muih tetapi buat masak gulai pun sedap. Teringat masa Tukang Kebun cuba gunakan pisang hijau yang nak hampir masak untuk bahan masak lemak cili api pisang hijau ini dengan ikan masin (related posting klik sini), bertambah-tambah nasi selera dear husband makan.
Pokok pisang hijau ini pun yang menariknya juga ialah jenis pokok pisang yang tingginya memang rendah. Characteristic tabiat jantung pisang hijau ini kekadang tumbuh sampai mencecah tanah dan kelopak jantungnya masih berlapis-lapis melekat di batang tandannya dengan tebal. Jika pisang lain kelopak jantung gugur. Tapi yang pisang hijau ini sehingga buahnya ranum kalau tidak dipangkas bahagian jantungnya, kelopak tua masih kuat melekat di tandan. Biasanya tandan sisir buah yang atas tak tinggi pun dari Tukang Kebun.
Mula-mula Tukang Kebun ingatkan mungkin ini adalah agaknya 'pisang kapal' atau sama jenis pisang-pisang rendah yang lain. Tapi sekarang sebab dah Tukang Kebun berjaya jejak baka yang ada di kebun kami ini, sekarang kami panggil 'Pisang Hijau' lah. Ada satu Tukang Kebun perasan walaupun ianya jenis pokok pisang yang renek, tapi ambil masa nak berbuah sehingga selamat dipetik ranum dalam pemerhatian Tukang Kebun berbanding dengan jenis pokok-pokok pisang lain yang ada. Bila Tukang Kebun check nota semula nak tunggu anak pokok pisang hijau dari tanam hingga berbuah sampai dah ranum buahnya ada juga nak dekat 18~22 bulan ambil masa (related posting klik sini).
Jika ada rakan-rakan yang ingin berkongsi pengalaman dengan pisang hijau ini dialu-alukan dengan didahului ucapan Terima Kasih Daun Keladi.
Yang berminat nak cuba buah pisang hijau boleh dipos atau self-collect pada hari berikut (bibit kami tak mula bekalkan lagi):
4th/5th February 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).
~ 1 sisir buah pisang hijau RM5.00 .
Jenis-jenis buah pisang organik segar lain yang available juga minggu ini juga anak benihnya ialah:
~ 1 sisir buah Pisang Kadau baka Kuning RM5.00 (1 sulur RM10.00).
~ 1 sisir buah Pisang Nangka RM5.00 (1 sulur RM10.00).
~ 1 sisir buah Pisang Bantan/Mantan RM3.00 (1sulur RM8.00)
Buah-buahan lain:
~ 1 kilogram buah Assam Jawa RM5.00 .
~ 1 kilogram buah Canistel/Kuning Telor RM5.00 .
~ 1 kilogram buah Ciku RM4.00 .
~ 1 biji buah Nangka Muda RM5.00 .
Long weekend Tahun Baru Cina kami tidak buat self-collect. On Holiday.
Long weekend Tahun Baru Cina kami tidak buat self-collect. On Holiday.
6 ulasan:
Rumah kakak sekarang ni pun ada pisang hijau Dee
Budak mengaji yg bagi. Kakak dah buat kek pisang
Ada lagi tak habis dah lembik walaupun kulit masih hijau
Ingat nak buat cekodok jugalah:)
Pisang hijau ni kalau tak silap ditempat kak dipanggil pisang kapal/kapas. Pokoknya renek tapi buah sampai ketanah. Kak baru tanam sepokok. Baunya wangi seakan pisang embun.
Salam..hujung minggu ni ada buat self collect x? 18 & 19 Feb.. Buah katak puru ade stok x pn?
Salam Bahagia KakZakie.
Mesti wangi kek pisangnya tu Kak Zakie.
Memang tak tukar kuning pisang jenis ni Kak...dah masak pun hijau je.
Salam Bahagia Kak Mala.
Ya jantungnya memang cecah tanah tu kalau banyak matahari. Walaupun rendah lebat buahnya.
Sana panggil pisang kapal/kapas ya kak Mala.
Salam Bahagia Fathiah.
Mohon maaf lambat balas.
Buah katak puru tak musim sekarang.
Next Self-Collect pertengahan bulan depan.
Assalamualaikum.
Sy Aimi, student UPM sedang buat research mengenai pisang. Boleh sy dapatkan no tel atau email untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai pisang hijau. Sebb sy berminat dengan pisang hijau ni.
TQ.
Btul tu ..umh sy ade pokoknyerr..skli masakk,,luruhh semuaa..maniss...nie pisang kne bg2 kt jiran sbelah..sbb msk standan,,smp x termkn😂
Catat Ulasan