Selepas anak-anak puas belai binatang jenis tenusu di Fuji Milkland (related posting klik sini) dan selesai makan soft ice-cream yang papa Abby belanja maka bergeraklah kami sekeluarga merentas negeri dari negeri Shizuoka ke negeri Yamanashi untuk aktiviti meneroka Gua Ais Batu Narusawa pula.
Sempadan kawasan Gunung Fuji ini terbahagi dengan 2 negeri iaitu Negeri Yamanashi dan Negeri Shizuoka. Negeri Yamanashi biasanya banyak kawasan bertanah tinggi dari paras laut dan ianya tidak ada persisiran pantai hanya kawasan daratan sahaja.
Kawasan tanah tinggi antara perjalanan dari Fuji Milkland ke Gua Ais Batu Narusawa yang rata banyak digunakan untuk padang ragut oleh penternak lembu. Di antara dua destinasi ini ada tempat perhentian rehat kereta di tepi jalan disediakan. Namun bukan macam perhentian R&R di Malaysia yang ada gerai dan tandas. Cuma ada tempat letak kereta sahaja yang membolehkan driver berhenti betulkan sendi-sendi kaki sambil menikmati pemandangan indah.
Di tempat perhentian ini kita boleh nampak dua tasik semulajadi hasil dari letupan gunung berapi dahulu kala iaitu Tasik Mototsu dan Tasik Saiko. Tasik Mototsu ini pada musim panas tempat camping terkenal berhampiran tasik sambil menikmati Gunung Fuji di depan mata. Malahan duit kertas bernilai 1000 JapaneseYen ada gambar Gunung Fuji yang sudut pandangannya diambil dari Tasik Mototsu. Macam kalau pendaki naik puncak Kinabalu bawa duit kertas RM1.00 nak ambil gambar kenangan berlatarbelakangkan Low's Peak, Kinabalu.
Banjaran Pergunungan Alps Jepun pun kelihatan terang dengan puncak-puncak gunung tersebut masih diliputi salji putih. Bila Tukang Kebun semak semula jalan yang mana satu digunakan untuk menatap pemandangan panorama yang indah ini ialah rasanya jalan route 139. Bila check Google Map ada sekurangnya 2 jalan alternatif dari Fuji MilkLand ke Narusawa Ice Cave. Tidak jauh pun jarak antara dua tempat tersebut hanya dalam setengah jam je drive santai-santai. Tak silap Tukang Kebun GPS sarankan kami gunakan Route 139 kerana tidak bertol dan kurang sesak banding dengan jalan alternatif lagi satu.
Cuaca hari semalamnya (23/03/2020) sangat sejuk dan kontra dari hari perjalanan ini yang sangat cerah cuacanya pada (24/03/2020) yang memberikan peluang kepada anak-anak untuk melepaskan rindu main salji semulajadi yang masih belum cair di tempat perhentian ini. Rezeki anak-anak dapat main salji walaupun tidak dirancang. Bolehlah buat snowman kecil. Teringat betapa gembiranya anak-anak pertama kali rasa salji turun dalam seumur hidup mereka ialah pada tahun 2017 semasa berhenti di Stesen Geibikei, Iwate (related posting klik sini).
Jalan ini memang driving kawasan tanah tinggi dan berliku-liku seronok kalau mereka yang suka driving. Ibubapa menikmati pemandangan sambil sebelah mata perhatikan anak-anak khuatir kalau ada kereta laju tiba-tiba selekoh masuk tempat rehat. Lagipun jalan ni kurang kereta lalu. Rasanya kalau sebelah malam lagi tak berapa orang nak drive lalu jalan ini.
Ini kerana kawasan perhentian rehat ini adalah di tengah-tengah hutan Aokigahara yang terkenal dengan perkara-perkara seperti mistik atau paranormal. Bukan di kawasan rehat ini sahaja tetapi di Gua Ais Batu Narusawa pun dalam hutan Aokigahara. Jadi sesiapa yang ingin ambil gambar berlatarbelakang hutan Aokigahara boleh juga ambil gambar di Gua Ais Batu Narusawa yang lebih selamat kerana ada signboard penunjuk jalan ikut trail yang telah dibuat oleh pengurus kawasan ini bagi pelawatnya yang kegemarannya memerhatikan burung.
Gambar illustrasi trail kembara gua ais batu Narusawa ini menarik dengan kitar semula kotak boleh jadikan satu projek yang menarik boleh bagi kepada pelajar-pelajar yang membuat latihan industri. Topi keleder disediakan untuk keselamatan pelawat-pelawat berjalan di dalam Gua Ais Batu Narusawa kerana terdapat kawasan yang kena duduk merangkak juga bergerak. Tiket masuk boleh dibeli di vendor machine yang disediakan di pintu masuk pusat bangunan mereka untuk pelancong.
Ramai juga pelancong tempatan yang singgah melawat Gua Ais Batu Narusawa semasa kami berada di sini. Pintu masuk mulut gua di belah atasnya kita boleh kelihatan dinding gua belah atas telah kena selubung dengan jenis pokok-pokok yang memang penghuni tetap Hutan Aokigahara.
Jalan bercangkunglah semua supaya kepala tak kena hantuk dengan dinding gua. Hati-hati berjalan kerana lantai gua licin.
Sebenarnya kawasan bongkah ice di dalam gua ini tak luas pun macam gambar di atas sampai ada feeling "eh dah selesai dah"-"aik tu je". Bila dah selesai macam gimmick je lebih dan pandai betul mereka marketing gua ini. Jika tak kesempatan nak singgah masa melawat Jepun di area ini tak perlu kecewa, tak singgah pun takpe. Yang dah masuk pula rasa kecewa hahaha...lagipun pendek je trail dia dalam 15 minit boleh selesai. Nak pusing canopy trail dalam Gua Gamantong utama lagi jauh (related posting klik sini). Yang dalam brochure promosi tempat ini dengan gambar-gambar bongkah ice dalam gua tu, itu je lah yang ada seperti dalam gambar. Tambah lucu bila Tukang Kebun rasa tengok gambar lagi cantik dari pemandangan sebenarnya.
Di depan tempat letak kereta Gua Ais Batu Narusawa dah menghadap Hutan Aokigahara yang masih ada lagi saki baki salji di atas permukaan tanah.

