No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label White Butterfly. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label White Butterfly. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Januari 2018

Kembang Bugang Berkembang di Taman Teman Kebun Bahagia Bersama

 Pokok bunga kembang bugang apabila setelah mekar bunganya yang kemudian gugur kelopak-kelopaknya, jika persenyawaan adalah subur akan juga menghasilkan buah. Kebiasaannya bahagian sepal di bawah bunga adalah berwarna hijau tetapi bagi kembang bugang sepal ianya berwarna merah. Semasa buahnya membentuk berwarna hijau keras juga rasa buahnya bila dipegang. Apabila buahnya masak akan bertukar kepada warna hitam. Apabila buahnya gugur, bahagian sepal yang berwarna merah terang itu juga kelihatan menarik bagaikan bintang. Pertukaran phase dari bunga mekar hingga luruhnya buah yang ranum membuatkan pokok kembang bugang menarik sebagai pokok hiasan.
 Selain dari lahirnya anak pokok baru dari biji benih, pokok kembang bugang juga sangat aktif kembang networking di bawah tanah yang menghasilkan tunas-tunas anak pokok baru akan menjelma keluar dari tanah beyond your expectation. Kekadang boleh muncul anak pokok baru yang muncul tiba-tiba lebih jarak 1 meter dari pokok induk or the mother plant. Sebagai contoh, perkongsian gambar-gambar dari teman Kebun Bahagia Bersama yang diterima minggu ini seperti di bawah. Pokok kembang bugang teman gardener sudah membiak dengan suburnya. Bila dah membiak dengan subur begini, makin banyak gugusan bunga mekar serentak mesti harum taman teman. Banyak volunteer kembang bugang plant sudah muncul siap nak volunteer kasi fill in di bahagian sebelah dinding yang masih ada ruang lagi.
Salah satu keistimewaan pokok kembang bugang ialah bahagian daun dan batang lembutnya boleh dibuat spray racun organik untuk serangga-serangga perosak.Ada beberapa jenis serangga lemah dengan semburan air campur extract pokok kembang bugang ini. Jadi bila anda kemaskini pokok bila kasi pruning tu boleh kitar semula bahagian tersebut untuk dijadikan spray racun organik. Manakala bunga yang mekar menarik rama-rama datang dan buahnya pula menarik kedatangan burung.

Kisah lanjut mengenai pokok kembang bugang juga boleh rujuk kepada posting lepas (klik sini).

~ 1 pot of white butterfly bush plant (Clerodendrum calamitosum) RM7.00 ~


 Syukur Alhamdulillah pokok akar dani Teman Kebun Bahagia Bersama pun sedang meninggi dan akarnya pun seperti pokok kembang bugang juga sedang kembang networking di bawah tanah. Moga akarnya akan dapat menyerap lebih zat untuk persediaan banyak gugusan bunga akar dani yang wangi.

More info on pokok akar dani (click here).

~ 1 pot pokok akar dani RM8.00 ~

Kedua-dua jenis tanaman ini boleh dipos menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia.

Pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 15 Mei 2016

White Butterfly Bush

  Posting baru-baru ini bercerita pasal tumbuhan air Keladi Bunting yang rajin beranak pinak (related posting klik sini). Hari ini giliran si pokok kembang bugang pula bunganya yang diibaratkan seperti rama-rama putih juga mudah beranak pinak tapi taklah full speed macam Keladi Bunting. Apa yang unik mengenai pokok kembang bugang ini ialah selain dari semaian biji benih, akarnya mempunyai sifat suka merayap. Bukan sahaja merayap ke arah bawah graviti sahaja tapi menjalar jauh  di dalam tanah secara horizontally menjadikan tiba-tiba ada anak-anak kembang bugang muncul makin jauh dari induk pokok. Pandai pula anaknya berjarak tak tumbuh rapat dengan ibunya. Bila dah jarak secara semulajadi tak berebutlah air, cahaya dan makanan. Akar yang rajin berjalan-jalan ini juga dilaporkan mempunyai kandungan yang dapat menjadi penawar racun untuk bisa ular.
  Tukang Kebun kagum dengan pokok kembang bugang ini sebab batang pokoknya pun tak besar setakat saiz jari jemari ini dan begitu juga akarnya tapi sangat kuat menolak tanah untuk mengembara. Akarnya yang suka mengembara jauh ini juga, menjadikan pokoknya jenis tak tamak sangat air. Tambahan pula kekadang bila dah nak cepat sangat, Tukang Kebun tolak je mesin rumput sekali atas pokok kembang bugang (yang dah tersasar jauh ke padang). Bila musim hujan muncul semula keluar dari tanah. Pokok kembang bugang ini memang asal usulnya dari negara kita, jadi ianya memang serasilah dengan perubahan cuaca negara kita sepanjang tahun terutamanya di kawasan tanah rendah. Untuk novice gardener atau yang baru berjinak dalam dunia berkebun, pokok ini sesuai untuk anda. Dia tak merajuk lama, bila pindahkan jika tersilap ada kes terputus sikit ke akar. Dia monyok beberapa hari kemudian ceria tegak semula (pujuklah dengan air dan teduh dia beberapa hari dahulu). 

  Bunganya biasanya belah senja lebih wangi atau pada waktu malam. Biasalah bunga-bunga warna putih tropika ini biasanya lebih wangi bila waktu gelap macam malam. Eloklah untuk kalau tuannya selalu balik kerja lewat. Bolehlah welcome back dengan haruman bunganya dekat pintu masuk rumah setelah lama kena asap kenderaan. Boleh juga hidup elok dalam pasu. Jenis pokok yang tak besar. Untuk balcony gardeners juga sesuai.

More info on Kembang Bugang boleh juga refer kepada posting lama (klik sini).

Terhabis pula stoknya dari bulan Mac tak dapat catch up dengan permintaan. Tunggu semaian baru stabil dahulu, bulan ini baru kami mula bekalkan semula setelah sebulan lebih dipindahkan. Semaian adalah dari anak pokok tunas akar, jadi ianya lebih pantas membesar dan berbunga. Mohon maaf kepada gardeners yang tertunggu-tunggu stok pokok kembang bugang, baru teringat nak inform semula hari ini.

~ 1 pot White Butterfly bush plant RM7.00 ~
  Tukang Kebun rasa tahun ini macam pokok-pokok kapas yang matang di Kebun Bahagia Bersama lebih rajin berbunga berbanding dengan cuaca tahun lepas. Tak putus-putus menghasilkan kapas walaupun langsung tak dibaja dan disiram. Pokok kapas ini tak besar macam pokok kekabu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah di mana pokok kapas berada di antara pokok nenas. Rasa macam sesuai pula pokok kapas ditanam berdekatan dengan pokok nenas. Tak pasti kalau ini boleh diterima sebagai companion planting. Buat catatan sahaja terlebih dahulu, kalau ya boleh memaksimakan productivity ruang yang ada. 

  Seperti pokok kembang bugang, akar pokok kapas juga ada kegunaannya. Akar pokok kapas dapat membantu dalam natural Family planning kerana ianya dapat membuatkan kehamilan tidak menjadi atau terencat. Oleh itu, perempuan yang mengandung tak boleh consumme rebusan atau air dari akar kapas kerana boleh menyebabkan keguguran. Salah satu cara traditional untuk mempercepatkan dan mempermudahkan kelahiran anak juga dengan bantuan akar kapas. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, ada sumber mengatakan bahawa akar pokok kapas membantu mempercepatkan haid. Ubat alternative semulajadi untuk wanita yang menghadapi menstrual disorder atau gangguan menopause. 

   Be very cautious only use cotton bark root that is 100% organically grown.

  Sebab ada comparison kes penggunaan akar dari pokok cotton commercial membawa kesan sampingan kerana banyak penggunaan racun. Pastikan anda tahu sumber bahan ubat semulajadi datang dari mana dan bagaimana cara pembesarannya dijaga. Antara sebab kenapa Tukang Kebun lebih rela tanam pokok-pokok herba atau pokok ubatan sendiri.

  Ada jugalah sebenarnya beberapa kali kami terima enquiry untuk akar pokok kapas. Kadangkala si suami yang usahakan untuk isterinya yang sedang menderita katanya mohon pertolongan pujuk Tukang Kebun bekalkan juga. Itu kalau yang sendiri berbicara berikan maklumat kenapa perlu. Biasanya Tukang Kebun tak tanya untuk hormati privacy customers. Sehingga ke Sabah pun ada kami pos akar pokok kapas bukan setakat dalam Semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya bila dah beberapa kali terima enquiry akar pokok kapas, Tukang Kebun tak sangka pula ada juga rakyat Malaysia yang ambil manfaat dengan akar pokok kapas.

  Secara jujurnya cuma besar pengorbanan rasanya nak ambil bahagian akar pokok kapas. Sebab kasihan dekat pokok kapas tu, Tukang Kebun yang nak kena cederakannya. Kalau bahagian selain dari akar tu, diambil atau dipotong ada tumbuh pengganti. Yang bahagian akar ni, boleh bad mood jadinya pokok kapas atau merajuk lama. Kalau merajuk tak pe lagi, kalau rest in peace lepas tu. Bukan sekelip mata nak tunggu pokoknya membesar dan matang. Nilai harga seperti ganti rugi sebab Tukang Kebunnya berat hati nak seksa pokoknya. Akar yang besar dan power pun ambil masa pertumbuhannya.

~ 500gram akar pokok kapas RM25.00~

~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 ~

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kembang for Bridal Bouquet

   Balik dari menghantar Big Boss dan Tuan Tanah ke KLIA Selesa lepas ditemani dengan Ilhan yang dicutikan sekolah sebab ganti UPSR tukang kebun intai sekejap area ni yang baru dipindahkan anak-anak pokok zinnia dan balsam. Pada mulanya tukang kebun tak perasan yang si Kembang Bugang sedang berbunga lebat. Tapi sebab tiba-tiba rasa macam ada bau semerbak berdekatan, rupa-rupanya bau wangian dari Kembang Bugang rupanya.  

  Baru tukang kebun sedar yang kembang bugang ni bunganya berbau kuat masa waktu dah sangat senja ke malam rupanya. Sebab belah siang macam tiada perasan baunya. Subhanallah walaupun tukang kebun jejak kaki sekejap je di kebun pasti ada benda baru yang dipelajari. Baru tukang kebun teringat jangan pandang rendah dengan bunga-bungaan putih walaupun pada sebelah siang seakan tiada wangian. Wangi kembang bugang lembut je untuk si anak dara princess takdelah boleh lawan dengan Queen of the night (klik sini).

 Gambar diambil pada lewat senja.
   Lebat sungguh gugusan bunganya. Terlintas pula di fikiran tukang kebun boleh terus buat simple hand bouquet arrangement untuk flower girl ataupun bride for night nikah or wedding. Tambahan pula bau bunganya yang sangat harum pada waktu malam. Flower arrangement atas meja makan juga menarik. Pokok kembang bugang ni sangat lasak ya, kalau tukang potong rumput terpotong pokoknya pun nanti dia hidup semula bertunas. Perangai dia ni macam akar dani, akar dia selagi hidup dalam tanah dia mampu membiak keluar anak-anak pokok baru sama juga seperti pepanggil (klik sini).  Untuk tumbuhan yang jenis akar-akar kuat ni seperti akar dani, pepanggil dan kembang bugang boleh dihantar seluruh Malaysia (Sabah dan Sarawak moist bare-rooted, Semananjung Malaysia dalam bekas bersama tanah).

~ Kembang Bugang ~
1 plant for RM7.00 .

Ahad, 14 April 2013

White Butterfly (Clerodendrum calamitosum)

 Penjajah Tanah Malaya memanggil pokok bunga ini White Butterfly bush kerana pokok bunganya rajin memberikan banyak bunga kembang seperti rama-rama putih. Bukan sahaja bentuk bunganya menarik tapi bunganya juga berbau harum terutama di lewat petang. Nama jawanya dikenali sebagai Kembang Bugang. Bunga ini berasal dari Asia Tenggara tapi lebih biasa kelihatan di Jawa. Kali ini tukang kebun elak dari memanggil pokok bunga white butterfly dalam bahasa sebagai pokok melur susun bagi mengelakkan kekeliruan dari segi perubatan. Pokok melur susun dah banyak jenis dikategorikan mengikut susunan lapisan bunganya. Tetapi bagi perubatan untuk mengelakkan kesilapan dalam menafsir dan mengelakkan dari mengingatkan pokok-pokok melur susun adalah sama species, kita kena juga tengok nama scientific atau nama latin/botani yang diberikan kepada setiap jenis bunga yang dipanggil pokok bunga melur susun. Sebagai contoh, nama latin/botani yang diberikan kepada pokok bunga 'Kembang Bugang' ialah Clerodendrum calamitosum.
 Daun pada batang pokok Kembang Bugang adalah berwarna lebih pekat dari daun di batang yang muda.  Pada pucuk daun, bunga white butterfly yang akan kembang tidak lama lagi. Pokok bunga Kembang Bugang tidak memerlukan banyak perhatian dalam penjagaannya tapi rajin berbunga. Salah satu point bagus pokok Kembang Bugang ialah ia boleh juga hidup di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari  ~ 4 jam dalam sehari. Oleh itu, bagi gardeners yang mempunyai kawasan yang menerima separa cahaya matahari yang tidak produktif, boleh cuba menanam pokok Kembang Bugang untuk memeriahkan tempat tersebut. Setelah kuntuman bunga white butterfly luruh, yang menariknya tinggallah 'sepal' di belakangnya berwarna merah seakan bentuk bintang merah. Kadangkala tumbuh buah berbentuk guli berwarna merah pekat (tak jumpa gambar dalam archives tukang kebun). Buah pokok Kembang Bugang juga mempunyai kegunaan dalam perubatan traditional. Dulu tukang kebun ingat pokok Kembang Bugang adalah sekadar hiasan sahaja, tetapi seronok tukang kebun dapat menimba ilmu dari Dr. Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din mengenai kegunaan perubatan pokok Kembang Bugang ini yang ada juga dicatit di blognya 'Yang Mekar ditamanku'. Jika bercuti ke Pulau Langkawi dan berkesempatan lawatlah HerbalWalk Pak Din, pasti dapat menimba banyak ilmu mengenai perubatan tradisional yang diperolehi dari pokok atau herba tempatan kita. Yang kita panggil 'weed' dalam kebun pun ada nilainya dalam perubatan. Pak Din juga yang membantu tukang kebun ID pokok Kembang Bugang supaya tidak tersilap.
 Tukang kebun sebenarnya nak rekodkan tumbuh-tumbuhan apa di dalam kebun yang dapat membantu merawat gigitan ular. Kebun di Sungai Buloh ni sangat 'animal friendly', jadi binatang yang tak berkaki pun suka melepak terutama pada kawasan teduh bila musim panas. Akhir bulan lepas, sambil termenung tengok sudut ini memikirkan perkembangan pokok dalam pot berair ada ikan guppy tu, rasa macam mata ni main-main kut macam terlihat ada benda menyusur di belakang pasu berwarna belang kelabu. Kaki tukang kebun baru rasa nak bergerak nak perbetulkan pokok-pokok, tapi secara automatik badan ni berhenti bergerak. Sebab dari cara daun yang bergerak-gerak, bukan si tupai yang selalu teman dalam kebun. Tiba-tiba terkeluar kepala warna kelabu dekat dengan pasu yang ada pokok langsuair adalah juga nak dekat 2 inci lebar muka binatang yang tiada kaki. Beberapa detik hang pandang aku, aku pandang hang, pastu si Ular pun reverse balik dan hilang dari pandangan. Ular ni pun cerdik sebelum kami berdua terperanjat atau jadi keadaan panik kalau tukang kebun sibuk belek-belek kawasan tanaman yang dia sedang lepak tak perasan, dia pandai bagi salam dekat Tukang Kebun dulu. Natural instinct tukang kebun pada masa itu pun tak de rasa yang membahayakan.
 Balik kepada pokok 'Kembang Bugang', seperti yang direkodkan dalam blog Pak Din, akar pokoknya boleh membantu merawat gigitan ular dengan mengambil akar bersaiz lebih kurang ibu jari dan kunyah, air kunyahan ditelan dan akar yang telah dilumatkan ditempel pada tempat yang terkena gigitan ular. Selepas kejadian, tukang kebun rajinkan diri belek-belek pokok-pokok White Butterfly dalam kebun nak ingat posisinya. Kemudian tukang kebun perasan ada beberapa anak pokok White Butterfly yang dah tertumbuh sendiri di luar kawasan bermakna tempat yang nanti kena gelek dengan mesin rumput. Jadi tukang kebun pindahkan pokok-pokok tersebut ke tempat baru dan dalam bekas-bekas kitar semula juga.
  Di lokasi yang diambil gambar di atas juga ada pokok bunga dari keluarga Clerodendrum juga iaitu pokok bunga pepanggil (Clerodendrum paniculatum)

 Tukang kebun ada beberapa anak pokok White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) yang bukan dari keratan batang tapi dari pembahagian akar extra dapat ditawarkan bulan ini untuk gardeners yang inginkan pokok ini di taman mereka juga. 

~ White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) ~
1 pokok (RM7).

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).