No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Beetroot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beetroot. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Februari 2019

Borneo Highland Mesilou Marathon 2018

 Event larian yang terakhir Tukang Kebun dan suami sertai bagi tahun 2018 ialah di kawasan kampung yang terletak di paras tinggi berdekatan dengan Gunung Kinabalu iaitu Kampung Mesilou. Terasa macam dekat je dengan Si Kinabalu bila dongak ke atas. 
 Pada waktu pagi terasa macam berada di atas kayangan dengan kabus menebal di bawah seperti diliputi awan. Terdapat banyak juga homestay di kawasan ini bagi yang bakal merancang untuk Cuti cuti Sabah. Kali ni pergi acara larian macam dating berkepit macam orang muda sebab berdua tak bawa anak-anak. Anak-anak masih tidur di homestay lagi dan Abang Ilhan kali ini tolong tengok-tengokkan adik-adik lepas bangun. 
 Sangat nyaman dan sejuk pada waktu pagi. Kalau orang yang tiada lemak macam suami Tukang Kebun memang sepanjang trail larian pakai light sweater je. Kalau berlari sentiasa tak pelah ni sebab meneman bini yang pace slow macam kura-kura sambil menikmati pemandangan yang indah, peluh si suami pun tak keluar jadi sejuk je badan.
 Tukang Kebun suka kawasan trail larian di gambar atas ni setanding macam tengok gambar dekat South America yang ala-ala Machu Pichu walaupun tak pernah pergi. Bukit-bukit bersebelahan tersusun macam piramid. Di kawasan ini dipanggil Sosodikon Hill atau Pyramid Hill. Ada ecoutourism community based management di sini di mana tempat ini dijaga oleh penduduk kampung. Ada admission fee (murah sahaja) untuk mendaki Sosodikon Hill ini. Yang rasa tak kesampaian puncak Kinabalu, boleh cuba daki Sosodikon Hill di Kundasang pada awal-awal pagi untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang memukau.
 Borneo Highland Mesilou Marathon ni trail dia memang pemandangan sangat cantik, just enjoy walking and the marvellous view. Tapi kali ni ada progress la tak de la berjalan ja memanjang, ada bahagian yang rata Tukang Kebun berlari anak-anak juga la. Trail dia tak susah untuk beginner. Jika dibandingkan dengan Ultra Trail lain yang Tukang Kebun join untuk 2018, rasa second paling senang selepas dengan Kiulu Adventure Challenge 2018.
 Cuma ini kali jarak yang paling jauh Tukang Kebun pernah cuba untuk Ultra Trail yang ini 15km. Sebab yang Borneo Highland Mesilou Marathon cuma ada 3 jarak kategori iaitu 15km, 25km dan 50km. Moga tahun 2019 ini kalau Tukang Kebun tak malas-malas build up stamina dan training kononnya hujung tahun ini nak join lagi Borneo Highland Mesilou Marathon yang jarak 25km. Kali ini kalau ada rezeki nak bawa mak juga join sekali sebab mak tak pernah sampai ke Kampung Mesilou yang aras dari permukaan laut yang perkampungan tinggi ni. Mungkin Ilhan lari teman nenek jarak paling dekat yang dalam 15km.
 Yang suka berkebun, memang trail laluannya menariklah sebab lalu kebun-kebun sayur-sayuran orang pun ada. Gambar di atas ni kebun tomato, manakala di bawah ini kebun kubis.
 Cuma bila lalu kebun-kebun kubis ni Tukang Kebun dah mula rasa pening-pening kepala penangan semburan racun untuk serangga perosok. Kerap betul disemburnya nampak kelibat pekerja-pekerja yang dari raut muka bukan orang tempatan. Sampai lupa terus nak beli sayur-sayuran bawa balik untuk mak. Bila balik KK, mak yang juga baru balik dari Kiulu tanya kenapa dalam peti ais takde stok sayur langsung bukan kamu orang baru balik dari Kundasang ka. Tak pe lah mak bikin takut nak makan, ntah berapa kali kena spray tu. Tengok semua macam baru kena spray racun. Makan apa yang ada ja. Kalau pernah berpengalaman tanam kubis banyak-banyak memang kita tahu bukan senang nak kasi nampak cantik macam di kedai tu. Teringat zaman Tukang Kebun sayur kubis ni secara organik selalu kena manually check buang ulat pakai tangan.
 Jika lobak merahTukang Kebun berani beli lagilah sebab serangga perosak dia tak banyak. Seronok tengok batas-batas carrot ni. Sekarang Tukang Kebun faham kenapa carrot tempatan yang dijual bentuknya memang tak pernah lurus. Sebab tanah di sini memang berbatu-batu menjadi cabaran untuk tanaman yang jenis berakar seperti lobak untuk tumbuh secara lurus ke bawah. Tetapi lobak merah tempatan yang rupanya tak cantik ini lah rasanya lebih ada flavour dan manis berbanding lobak merah yang kebanyakkan di import dari Australia.

Biji benih lobak merah yang ada stok sekarang ialah baka dari kawasan sub-tropika Jepun iaitu "Yellow Okinawa Island Carrot". Warnanya bukan orange pekat tapi ke arah kekuningan.

~ 100 biji benih Yellow Okinawa Island Carrot RM3.00 ~
 Seronok jalan hiking macam ini sambil lalu kebun sayur-sayuran menjamu mata dengan Gunung Kinabalu tersergam indah di depan mata. Syukur Alhamdulillah cuaca amat baik semasa larian pada hari tersebut sepanjang larian Gunung Kinabalu ternampak jelas tidak diliputi awan. Jalan berbatu-batu jika masa gempa bumi kuat amat bahaya jika batu-batu ni berguling jatuh ke bawah. 
Batas anak-anak pokok beetroot. Ya Kundasang juga sekarang dapat membekalkan beetroot hasil tempatan kepada orang Sabah tidak perlu import. 

~ 1 pek biji benih Benih Beetroot Detroit RM3.00 (anggaran 30 biji benih 1 pek) ~
 Gambar di bawah ini sama ada batas sayur pokok cauliflower atau broccoli. Cantik dengan hiasan bersebelahan ada pokok-pokok bunga cosmos.
 Suami kesayangan beri target kita kena sampai sebelum pukul 10:30pagi, kesian nanti anak-anak tunggu lama sangat katanya. Syukur Alhamdulillah sebelum pukul 10:30 pagi dah sampai ke garisan penamat. Rasa macam jelly dah kaki, kekadang turun bukit, kaki sendiri bergerak lari anak-anak tanpa fikir apa-apa dah tak sabar nak habiskan cepat-cepat agaknya. Ada banyak gerai-gerai menjual makanan berdekatan garisan penamat. Bolehlah tapau untuk makan bersama anak-anak yang setia menunggu di tempat homestay. 
 Sebenarnya untuk tahun 2018 mula-mula takde pasang resolusi nak bergiat dalam acara larian pun. Entah tak tau angin apa saja-saja nak cuba masuk yang Borneo Ultra Trail Marathon sebab kat kampung mak sendiri tiba-tiba jadi ketagih pula. Pastu pasang hajat kononnya sebulan sekali lah cuba masuk acara larian yang bermula dari March hingga December patutnya Tukang Kebun ada total 9 larianlah kan untuk 2018. Ngam ngam 9 larian, patutnya 10 larian. Tapi 1 acara larian tu kena tunda ke 2019 pula eventnya. Mmmmm... harap-haraplah dapat berterusan untuk tahun 2019 ni sebulan sekali untuk jadikan 12 acara larian bagi tahun 2019 jika rezeki masa, kewangan dan kesihatan mengizinkan.

2018 Run Event:

11th March 2018 ~ Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (link)
7th April 2018 ~ BADI Ultra Trail Challenge (link)
8th April 2018 ~ Seri Mengasih Spectacular Heroes Run (link)
29th April 2018 ~ Rail Run Papar 2018 (link)
12th May 2018 ~ Quodtro Run Chapter 1: Sensation of Colour (link)
30th June 2018 ~ Nexus Beach Run 2018 (link)
8th July 2018 ~ Martial League Run 2.0 (link)
15th July 2018 ~ 30th PJ Half Marathon 2018 (link)
29th July 2018 ~ Kids Obstacle Run 2018 (link)
4th August 2018 ~ Shah Alam Breakfast Run 2018 (link)
11th August 2018 ~ Brooks KL City Run 2018 (link)
1st September 2018 ~ The Most Beautiful Trail 2018 (link)
6th October 2018 ~ UCSF Turtle Run 2018 (link)
13th October 2018 ~ Hari Sukan Negara 2018 (link)
2nd December 2018 ~ Kiulu Adventure Challenge 2018 (link)
16th December 2018 ~ Borneo Highland Mesilou Marathon 2018 (link)

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Isnin, 10 Mac 2014

Zulekha Root Crop Inspiring Success

 Terima kasih kepada tukang kebun Zulekha yang kebunnya di Pahang, berkongsi gambar dengan hasil tuaian akar tumbuhan makanan yang ditanam sendiri dari biji benih dan hinggalah selamat masuk perut dengan juadah yang sangat inspirational. Daun beetroot juga dimaanfaat sepenuhnya. 
 Tumbuhan sayur akar radish French Breakfast juga sangat comel dan mengeliurkan. Background kelihatan susunan sudu-sudu plastik yang menarik boleh dibuat sebagai label. Kami tumpang gembira tengok hasil tangan tukang kebun Zulekha dalam musim kemarau ini. Nampaknya musim kemarau ini juga telah memberikan peluang pertumbuhan akar untuk menyimpan tenaga dan mencari sumber air jauh ke dalam tanah.

 Minggu ini radish heirloom 'Black Spanish Long' disenaraikan di dalam katalog Kebun Bahagia Bersama. Akar yang akan dituai dari jenis radish ini berwarna hitam dan berbentuk memanjang silinder/kon.

~ Heirloom Radish Black Spanish Long ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek untuk RM1.00 (enquiries kebunkmg@gmail.com) .

Jumaat, 18 Oktober 2013

Boltardy Beetroot

 Beetroot Boltardy warna isinya sangat merah ke arah warna coklat. Bentuk bulat dan jenis tahan cuaca panas apabila pokoknya sudah dewasa. Beetroot yang muda usianya adalah sebenarnya lebih manis dari yang dibiarkan membesar. Beetroot boltardy sesuai juga ditanam dalam bekas.
 ~ Biji Benih Beetroot Boltardy ~
Anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 .

Ahad, 14 Julai 2013

Pelbagai jenis heirloom beetroot seed dalam bulan Ramadhan


 Dalam bulan Ramadhan ini, kembali semula pelbagai jenis biji benih heirloom beet root dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Percambahan biji benih beet root dalam bulan ini dengan cuaca di Kebun kami sangat mudah dan cepat. No special treatment needed, tukang kebun cuma tanam biji benih lebih kurang 1~1.5 cm dalam tanah kemudian cuma menerima siraman natural air hujan sahaja, dapat cahaya, syukur alhamdulillah bercambah biji benihnya. Cuma perlu berhati-hati dengan medium percambahan tanah tidak jenis yang banyak sangat simpan air/bertakung akan mengakibatkan leher pangkal bawah anak-anak pokok beetroot mudah reput. Perlu banyak cahaya matahari untuk percambahan dan pertumbuhan baik anak-anak pokok beetroot (sekurang-kurangnya 6 jam expose kepada direct light/sun). 

Biji-biji benih beetroot berikut sementara stok masih ada dalam bulan Ramadhan 1 pek beranggaran 50 biji benih RM3.00 :


~ Beetroot Cylindra ~

Biji benih heirloom beetroot jenis baru masuk dalam stok Kebun Bahagia Bersama bulan Ramadhan ini .Mirip kepada beetroot forono, jenis akarnya berwarna merah dan panjang. Lebih mudah tumbuh pada musim tidak banyak hujan sebab akarnya yang memanjang pandai mencari air jauh ke dalam tanah,



Isnin, 3 Jun 2013

Beetroot Early Wonder

 Beetroot Early Wonder adalah jenis beetroot berwarna merah yang bentuknya bulat.  Beetroot jenis ini sangat manis, kalau dibuat jus campuran sayur-sayuran tak perlu letak gula, cukup beetroot jadi pemanis. Pastikan tanah di mana beetroot tumbuh tidak kerap kering supaya akarnya tidak jadi keras. Beetroot dengan silverbeet atau swiss chard mempunyai persaudaraan yang rapat, jadi mudah cross-pollinate antara tanaman-tanaman tersebut. Pollination beetroot adalah melalui angin.
 Anak pokok beetroot boleh transplant apabila ketinggiannya lebih kurang 5cm. Sebagai contoh, gambar di atas anak pokok beetroot sudah boleh dipindahkan atau saiz yang sesuai untuk daunnya dibuat salad (tukang kebun tapak tangan kecil sahaja, tak pakai glove masa gardening). 
 Potongan isi beetroot early wonder kadangkala nampak ada belang-belang sikit. Berdarah masa potong beetroot jadi berhati-hati supaya tak kena baju.

 Minggu lepas, semasa pergi Tamu Tamparuli ada beberapa small farmers jual organik beetroot dengan harga yang sangat murah. Musim agaknya. Sayur leek pun ada tukang kebun jumpa.

~Biji Benih Beetroot Early Wonder~
Satu pek mengandungi anggaran 30 biji benih.

Pesanan biji benih ini dalam bulan Jun ini boleh ditinggalkan di kotak komen. 

Sabtu, 6 April 2013

Sugarbeet

 Sugarbeet atau juga dikenali dengan nama 'Sugar mangel' mempunyai akar yang kandungan gula (pemanis) semula jadi sebanyak 18-20%. Oleh itu, Sugarbeet sesuai digunakan untuk memaniskan jeruk, ekstrak gulanya atau sebagai makanan kepada perternakkan untuk memberikan kadar tenaga yang tinggi. Kebiasaannya, bagi mengelakkan menggunakan gula kedai sebagai pemanis dalam masakan seperti daging/ayam masak kicap, tukang kebun selalu campurkan potongan akar sayur jenis beet ke dalam masakan kerana membantu memaniskan masakan secara semula jadi serta sebagai pengganti ubi kentang. Berbeza dengan sayur beet root jenis merah, sugarbeet tidak berdarah jadi sesuai untuk campur dalam masakan seperti kari juga. Kalau beet root jenis merah, habislah jadi kari warna merah nanti.


~Biji Benih Organik Heirloom Sugarbeet ~

STOK ADA.
Anggaran 25 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Ahad, 3 Mac 2013

Stok Heirloom Beetroot Mix kembali

Beetroot

Ada beberapa jenis heirloom beetroot dalam mix beetroot seed pack ini ~Bulls Blood, Albino, Burpee's Golden Globe, Chiogga, Crosby's Egyptian Flat, Cylindra, Detroit dan Early Wonder (ikut rezeki).
Moga dapat pelbagai jenis akar beetroot dalam bakul saudara/saudari nanti .

~Biji Benih Organik Heirloom Beetroot Mix ~
STOK HABIS. Anggaran 30 seeds satu pek (RM3.00).
Limited 1 pek untuk 1 gardener sebab stok terhad.

Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

 

Isnin, 18 Februari 2013

Forono Beet Root

Cylindrical beets
Beet root forono isinya berwarna merah tetapi berbentuk cylinder bukan bulat seperti yang biasa diperolehi di pasaraya. Ianya juga seperti berdarah semasa memotong akarnya. Beet root forono adalah yang di mana tukang kebun ada tunjuk dengan anak panah berwarna pink. Keluarga beet root mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna, satu keseronokkan menanam pelbagai jenis apabila dapat menuai hasilnya dengan serentak.
Cylindrical beets growing

Gambar ini menunjukkan beet root yang ditanam di atas jenis clay yang keras boleh nampak rekahan tanah yang terjadi apabila akar beet root makin membesar. Bila tanah keras akar beet root pun akan terkeluar dari permukaan tanah juga. Jangan risau beet root boleh hidup seperti tanah begini asalkan cukup keperluan airnya.
Forono seedlings
Biji benih Beet Root Forono yang sama batch dengan biji benih yang ditawarkan baru sahaja bercambah.
~Biji benih Beet Root Forono~
STOK HABIS
RM3.00 satu pek dengan anggaran 30 biji benih (Limited 1 pek for 1 gardener).

Selasa, 12 Februari 2013

Golden Beet

 Ubi golden beetroot adalah berlainan warna isinya dengan yang biasa kita nampak ubi beetroot di supermarket. Isinya berwarna emas kekuningan apabila dibelah dan tidak berdarah macam beetroot yang berisi warna merah. Jadi tak perlu risau kena tinggal kesan-kesan berwarna merah dan nak kena berhati-hati semasa menyediakannya. Salah satu perkara yang menyeronokkan tanam sayur sendiri ialah kita dapat merasa atau tanam sayur-sayur yang bukan komersil atau stereotype yang dijual di pasar.



Stok Terhad.
RM3.00 satu pek (Approximate 30seeds).
Limited 1 pek untuk 1 gardener.

Tinggalkan komen untuk pesanan bulan Februari 2013.
Kos penghantaran bagi pesanan di bawah RM15 pada bulan ini adalah RM2 dan pesanan lebih RM15 adalah RM5 (bagi pesanan biji benih sahaja).
Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin dan Khamis sahaja.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KohlRabi and Beetroot Akrab

 Bila tanam kohlrabi saya suka kohlrabi berkawan dengan beetroot. Ini adalah gandingan kesukaan saya kerana kohlrabi dan beetroot adalah sahabat yang akrab (Companion plants). Hasil dari gandingan dua tanaman ini selalu tukang kebun puas hati. Cuma perlu ingat yang batang kohlrabi tidak terlindung dari cahaya matahari untuk menjadikan batang bawahnya membulat. Gandingan tanaman ini adalah lebih kepada kawasan yang menerima banyak pancaran cahaya matahari (full sun) lebih 6 jam expose. 
 Jarak antara tanaman juga penting, jangan terlampau rapat sekiranya ingin dapat hasil yang bersaiz besar. Elok terdapat ruang supaya tiada pokok-pokok yang terlindung dari mendapat cahaya untuk pertumbuhan. Di bawah adalah barisan tanaman Florence Fennel, Kohlrabi dan Beetroot yang tumbuh di atas tanah yang telah dilapik dengan tahi kuda.
Batang kohlrabi yang membulat perlu terima pancaran cahaya matahari terus.
Kohlrabi cepat membesar dan dapat tuai hasilnya lebih cepat berbanding kubis.

Selasa, 18 September 2012

Heirloom Chiogga atau Detroit Red Globe Beetroot


beetroot topweight carrot
atas: Chiogga beetroot  ; bawah: Detroit Red Globe beetroot

Warna kulit beetroot Chiogga adalah pink kemerahan dan isinya pun menarik kerana pusaran selang-seli dengan warna putih dan pink kemerahan. Warna isi beetroot Detroit Red Globe sangat merah dan hati-hati masa potong sebab tinggalkan kesan kemerahan berdarah pada tangan atau tempat lain. Kedua-dua jenis daun beetroot ini sangat menarik dan akan menampakkan macam pokok hiasan di dalam kebun anda. 

~Biji Benih Heirloom Chiogga Beetroot (RM3.00-anggaran 30 seeds satu pek)~

Khamis, 19 Julai 2012

Pre-Order Beetroot Heirloom Mix

Beetroot

Ada beberapa jenis heirloom beetroot dalam mix beetroot seed pack ini ~Bulls Blood, Albino, Burpee's Golden Globe, Chiogga, Crosby's Egyptian Flat, Cylindra, Detroit dan Early Wonder (ikut rezeki).
Moga dapat pelbagai jenis akar beetroot dalam bakul saudara/saudari nanti .
 
~Pre-Order Benih Beetroot Heirloom Mix~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok Habis.
RM3.00-satu pek (30biji benih)
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).