Pokok keladi yang tumbuh di tepi tempat letak kereta di belakang biasanya terbiar sahaja. Tidak pernah disiram. Sekejap bila musim panas kekadang ada masa macam nampak dah pupus. Nanti tiba-tiba datangnya musim hujan naik berseri-seri semula dan bertambah merimbun. Kekadang Tukang Kebun ambil kesempatan bahagi-bahagikan rumpunan ini ke tempat lain pula. Yang syoknya bila dibiarkan sahaja mother nature yang menjaganya, bila tiba musim hujan kerap semula lebih rajin pokoknya menghasilkan banyak tangkai bunga. Barulah Tukang Kebun rajin nak kemas semula kawasan ini mencabut-cabut pelbagai rumpai sambil hilangkan stress.
Walaupun kekadang nampak macam pokok keladi tricolor ni tak berubi tapi ianya jenis pokok berubi juga. Ubinya (akar) di mana sumber tenaga terkumpul disimpan untuk keluarkan tunas-tunas baru semula apabila kita ingatkan dah pupus pokok ni. Janganlah kita main buang sahaja tanah di dalam pasu bila ingatkan pokok keladi jenis hiasan seperti ini dah layu semua daunnya dah mati akibat tak disiram macam berminggu keluar outstation. Pokoknya cuma dormant sekejap nanti tuannya dah ada masa nak menyiram dengan kerap, InsyaAllah muncullah dia semula dengan rezeki air yang diberikan. Manalah tau diberikan hadiah kemunculan bunga mekarnya juga menyusul kemudian.
Info lanjut Keladi Tricolor boleh juga kepada posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 moist bare-rooted Caladium Tricolor RM8.00 ~
Pada pertengahan Oktober 2018 lalu, papa Abby ada masuk acara half marathon 21km larian Hari Sukan Negara 2018. Mak Long Liza dan anaknya Sofiyah juga ada mengikuti event ini yang bermula di Stadium Bukit Jalil. Larian ini diadakan pada waktu malam.
Self-collect untuk minggu ini mohon maaf hanya dapat diadakan pada Sabtu pagi (02/02/2019) kerana urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan.
8 ulasan:
daun keladi tu cantik..
Meriah juga nampaknya hari Sukan Negara tahun lepas.
menarik daun keladi tu
Diana sekarang ni tengok ramai yg gila pokok keladi terutamanya dari Siam.
Salam Bahagia Sis,
Keladi ni pun macam-macam bentuk dan corakkan.
Salam Bahagia aunty meintheswim,
Syukur Alhamdulillah ramai penyertaan kan menandakan ramai orang sudah teruja dengan gaya hidup yang sihat.
Salam Bahagia Warisan Petani,
Tapi sayangnya untuk hiasan, ubi x dapat makan hehehe....
Salam Bahagia Kak Mala,
Orang Thai rajin buat baka baka baru kan , negara kita ja agak ketinggalan asyik harapkan export yang lebih murah.
Catat Ulasan