No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label DragonFruit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DragonFruit. Papar semua catatan

Isnin, 13 Julai 2020

Salam ke Perlis

 Syukur Alhamdulillah selepas fasa yang membolehkan merentas negeri dibuka sebanyak 100 anak pokok daun salam dapat merentas negeri ke Perlis. Gambar di atas anak-anak pokok daun salam dari Kebun Bahagia Bersama baru dipindahkan ke dalam polibeg setelah dipisahkan berjauhan dengan bondanya. Setelah 2 minggu dipindahkan ke dalam polibeg hitam, anak-anak pokok daun salam kembali segar semula seperti gambar di bawah. Terima Kasih kepada Encik A dari Perlis yang mengambil pesanan beliau di Pasar Paya Jaras, Sungai Buloh.
Pokok daun salam atau bayleaf yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama jenis pokok tumbuh sendiri dari cambahan biji benih yang bukan dari pembiakan secara keratan. Kalau dari biji benih akarnya lebih lasak dan mudah bercambah-cambah. Lagipun bayleaf ini bukan kita nak tunggu buahnya tapi penggunaan daunnya jadi bila-bila boleh sahaja dituai. Tukang Kebun lebih gemar pokok dari biji benih sebab tak perlukan penjagaan yang banyak.

Bekalan pokok daun salam (bayleaf) ada sudah kembali bagi yang berminat:

1 Pokok Daun Salam (Bayleaf) RM10.00 .

Jika pesanan bilangan besar, kena inform in advance untuk persediaan. InsyaAllah kami akan cuba bekalkan.

Pucuk pokok salam juga boleh dihidangkan sebagai ulam seperti dengan nasi kerabu. Daun salam juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama.

100 gram Daun Salam (Bayleaf) RM3.00 .
1 kilogram Daun Salam (Bayleaf) RM30.00 .
100 gram Daun Kaduk RM3.00 .
100 gram Daun Pecah Beling RM3.00 .
100 gram Daun Puding Belacan RM3.00 .
100 gram Daun Nyirik/Kobu/Kolopis RM3.00 .

Jika nak pucuk buat ulam mohon inform ya sebab ada pelanggan Kebun Bahagia Bersama kekadang nak penggunaannya berbeza, ada nak daun matang , ada nak pucuk buat ulam.
Syukur Alhamdulillah masa kawalan pergerakan Covid-19 antara rezeki buah dapat dituai di Kebun Bahagia Bersama ialah buah naga yang berisi putih dan juga yang jenis buah naga berisi merah.

Keratan pokok buah naga merah atau putih juga ada dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama dan tips penjagaan boleh lihat di posting sebelum ini (CLICK SINI).

Bagi penanaman pokok buah naga disarankan menggunakan tanah jenis poros sebab pokok buah naga tak gemar jenis tanah yang airnya mudah bertakung.Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan tanah bakar yang jenis tanah poros sesuai untuk penanaman pokok yang tidak suka banyak air.

~ 1 keratan pokok buah naga isi merah RM10.00 .
~ 1 keratan pokok buah naga isi putih RM10.00 .
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .


Sabtu (18/07/2020) dan Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Servis Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Rabu hingga Jumaat (15/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup contact Nizam : 019-293-1340 .

Rabu, 18 Julai 2018

Red Dragon Depan Dapur

 Kadangkala atau Kebiasaannya dalam alam berkebun ini benda yang tak dirancang atau secara tak sengaja lah yang menjadi-jadi hasilnya atau lebih berjaya tanamannya. Seperti kisah keratan-keratan naga yang diampai dan terlupa di depan dapur (related posting klik sini), naik pula hidup subur jadi pokok pula. Pokok buah naga isi merah ini juga telah banyak kali menghasilkan buah (related posting klik sini). Kini dah 5 tahun usianya, amat pantas masa berlalu dan lebih kurang umur sama si Abby. Teramat suka atau sesuai agaknya tempat tersebut yang menerima cahaya matahari yang amat banyak serta tiada tanah yang bertakung. Malah hanya hidup dengan sisa tanah-tanah yang hanyut terkumpul di situ. Maka secara kesimpulannya untuk kejayaan tanaman buah naga adalah ia sejenis tumbuhan yang amat suka dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak serta jenis tanah yang poros air. 

 Syukur Alhamdulillah balik dari kampung beraya bulan lepas, ada buah naga isi merah masak ranum depan dapur rumah. Rezeki awal bulan Syawal. Kudup bunganya pula mula membentuk dan membesar kelihatan pada minggu pilihanraya lepas. Dari kudup bunga terbentuk, lepas tu kena bunga kembang dulu baru buahnya akan membentuk serta membesar menjadikan proses tanda-tanda menghasilkan buah hingga petik dalam dua bulan penantian juga.
~ 1 keratan buah naga isi merah RM10.00 ~

~ 1 keratan buah naga isi putih RM10.00 ~

Info lanjut mengenai pokok buah naga (klik sini).

Self-Collect Minggu ini (Please confirm order first):

21 dan 22hb Julai 2018 Sabtu/Ahad pagi di antara pukul 9:00-9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Sabtu, 31 Mac 2018

Naga Naik Dah

 Tukang Kebun sampai dah lupa kewujudan keratan-keratan naga yang disumbat dalam pasu kosong  dengan tanah dikorek dari parit bawahnya dah naik membesar macam mana (related posting klik sini). Sebab mata asyik tertarik ke arah pokok garlic vine yang kembang meriah jirannya yang sederet (related posting klik sini). Kami baru sempat restock semula anak pokok garlic vine batch baru minggu ni jika ada yang tak sempat nak pesan tempoh lalu sebab tiba-tiba pesanan garlic vine banyak diterima serentak dan sudah kehabisan stok ketika itu. Selagi stok pokok garlic vine masih ada RM8.00  sebekas. Pokok naga terletak di hujung sudut pagar depan sekali kekadang tak perasan sebab terhalang dengan batang pokok kelapa. Bila kutip-kutip buah kelapa tua barulah nampak dia ni.

7 biji buah kelapa tua RM10 (Self-Collect only).

Tanpa tak disedari dah besar bercabang-cabang dah pokok naga ini setinggi tembok. Siap dah ada kayu penyokong diberikan. Ini memang kerja Big Boss (mama) yang kesian sama pokok naga ini kasi letak kayu. Rasanya kasi ubah arah ni sebab nanti kalau berbuah boleh kena ambil dari orang lalu lalang hehehe...Berselirat-selirat panjang dah akarnya. Boleh nampak di dinding tembok kesan akar-akar yang memaut panjat ke dinding dulu. Pokok naga boleh dibela dalam pasu, asalkan jenis tanah yang ada saliran baik kerana pokok naga tak suka air bertakung banyak.Pokok naga juga suka penerimaan cahaya matahari yang banyak. Sun lover, not heavy drinker.

 Yang dekat tembok depan sudut rumah ni tak pasti jenis buah naga isi warna merah atau putih kena tunggu berbuah dulu.
  Kekadang ada masa stage pertumbuhannya mendadak sampai tak de masa nak angkat kasi sokongan berselirat di atas tanah macam di depan pintu dapur yang tidak sengaja keratan-keratan yang patah dari kebun belakang di letak di bawah pokok. Tak sengaja terlupa nasib keratan yang diletakkan di bawah pokok Ri Ying Ying jadi pokok naga yang baru pula (related posting klik sini). Salah satu keistimewaan pokok naga ini ialah sifat akarnya macam pokok orkid. Di mana akar-akar yang timbul di udara bukan dalam tanah ini juga boleh menyerap wap air dan nutrisi dari udara untuk pembesarannya secara semula jadi.

Yang depan dapur ni isi warna merah buah naganya.
Ada perbezaan warna kelopak bunga untuk buah isi naga merah dan putih. Kalau warna merah kudup bunganya pun ada kemerah-merahan. Kalau warna putih dia tak de warna merah kudup dan kelopak bunganya (related posting klik sini).

~ 1 keratan buah naga isi merah RM10 ~
~ 1 keratan buah naga isi putih RM10 ~

Tumpang seronok mendapat khabar berita dari rakan gardening Shah Alam yang buah nenas madu Sabah yang ditanam dalam pasu sudah mula berbuah. Boleh juga lawat kebunnya yang di update di instagram Sis A duduk di Shah Alam (My Petak Hijau)<https://www.instagram.com/mypetakhijau/>.


 Juga seronok dapat khabar berita tanaman-tanaman yang dipos ke Kedah untuk pesanan-pesanan sis Z dari Kedah juga duduk bahagia di sana.

Terima kasih banyak-banyak update yang diterima dari rakan-rakan Kebun Bahagia Bersama.

Ahad, 19 Februari 2017

Lepat Naga Ju

 Tiba-tiba rasa semangat nak menulis posting semula dalam bulan ini apabila terima email dari Sis Ju yang memberikan inspirasi dari Tukang Kebun terjebak dalam 'Writer's Block'. Bukan akibat 'Writer's Block' cuma tahun ini banyak benda nak tackle jadi tiada dapat meluangkan masa untuk menulis posting. Bila style menulis sekarang kalau ada posting berderet-deret consistent tiap hari tu pasti sudah auto-scheduled.
  Tukang Kebun rasa sungguh seronok terima email dari Ju yang kongsikan idea untuk cuba buat lepat dari buah naga. Terima kasih banyak-banyak Ju. Jika ada rezeki nak cuba juga nak ajar anak-anak pandai makan kuih tradisional ala-ala lepat. Anak-anak memang suka sangat makan buah naga fresh. Mungkin kalau Tukang Kebun cuba buat lepat buah naga yang warnanya juga amat menarik ini akan menimbulkan rasa nak makan kuih tempatan. Apatah lagi apabila tak perlu pewarna, natural colouring yang cantik. Bahan asas pun cuma 4 sahaja yang diperlukan seperti message yang diterima dari Ju di bawah ~ buah naga, tepung gandum, gula perang dan buah naga.


 Ada dua jenis keratan warna isi buah naga yang kami bekalkan iaitu putih dan merah (1 cutting RM10).

  Beberapa minggu ini banyak travelling, jadi kebun pun tak terurus. Sampai yang dalam pasu pun terbiar dengan rumput-rumput tumbuh macam pasu bunga hippeastrum atas terabai. Sikit lagi Tukang Kebun tak perasan yang ada bawang hippeastrum dalam pasu atas dah ada kudup bunga dah tak lama lagi nak mekar sebelum bertolak ke Johor bawa anak-anak bercuti (related posting klik sini). Cuma Tukang Kebun hairan kenapa yang dalam ini tangkai bunganya pendek sangat. Ingatkan tak cukup zat atau terbantut sebab rumput-rumput panjang. Nasib baik bila Tukang Kebun kembali semula ke kebun masih ada bunga terakhir yang masih kembang lagi, yang lain kembang dulu dah layu. Sempat juga nak tengok.
 Minggu ini baru nak semak balik jenis bunga hippeastrum mana yang buat pertama kali kembang tu setelah dah bertahun-tahun bela tak berbunga pun. Nak merungut pun taklah sebab tak pernah disiram masa kemarau dan makan pun tak diberikan. Patutlah daunnya dan tangkainya tak panjang macam yang lain sebab yang ini jenis hippeastrum 'sonatini'. Kelompok Sonatini ini memang lebih kecil saiz bunganya berbanding dengan jenis hippeastrum yang lain. Yang Sonatini ini namanya 'Lollipop' (related posting klik sini).

Jumaat, 15 Julai 2016

Red Flesh Dragon

  Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ini agaknya amat disukai oleh pokok buah naga kerana tahun ini tanpa diberikan apa-apa istimewa ianya amat rajin berbuah di Lembah Klang ini.
  Pembentukan dan pembesaran kudup-kudup bunga kelihatan muncul di sini sana atas batang pokok buah naga.
  Bagi buah naga yang jenis isinya merah, kebiasaannya kelihatan di keliling kudup bunganya ada berwarna merah. Begitu juga kelopak hujung bunganya. Bunga buah naga besarnya berlipat ganda dari saiz buah yang masak.
  Pokok naga sukakan kawasan yang terdedah dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak supaya ianya dapat membesar pokoknya dengan pesat. Akar pokok naga tidak tumbuh begitu dalam, jadi boleh ditanam juga di dalam pasu. Cuma sediakan pancang yang tinggi supaya ianya boleh menumpang dan memanjat menegak tinggi. Keperluan airnya juga tidak banyak. Sukakan tanah yang berporos kasar supaya pengaliran air yang baik dan tidak bertakung ketika musim hujan.
  Tukang Kebun agak malas nak buat pancang, jadi selalu biarkan ianya menumpang naik pokok-pokok lain yang jenis tak kisah dan tak beberapa merimbun daunnya. Setakat ini nampaknya pokok kemboja dan ri ri ying tak kisah berkongsi tempat tumbuh bersama.

Buah Naga isi putih juga boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 keratan buah naga isi merah/putih RM10.00 ~

Isnin, 2 Mei 2016

White Flesh Dragon Fruit

  Syukur Alhamdulillah long weekend cuti buruh ini, kami dapat menikmati buah naga yang segar dipetik dari kebun sendiri. Sebelum bergerak ke airport petik, masuk beg, terbang ke Sabah dapatlah merasa dengan Big Boss dan Tuan Tanah. Memang puas hati makan dari Kebun sendiri. Yang dapat rasa kali ini adalah yang dari dikongsikan gambar bunganya sedang kembang hujung bulan Mac lepas (related posting klik sini).
  Buah naga yang isi merah dan buah naga yang isi putih boleh dibezakan juga buahnya. Sebagai contoh gambar No.1 di mana kelopak-kelopak sekeliling buah berwarna kehijauan. Manakala contoh buah yang isinya merah pula seperti gambar No. 2 di atas pula kelopak di buahnya pula berwarna kemerahan.
  Syukur Alhamdulillah keratan buah naga yang dahulunya terpatah-patah sebab pancang di belakang roboh lalu Tukang Kebun kononnya ampailah sekejap di bawah pokok ri ri ying di depan dapur. Sehinggakan terlupa nak pindahkan ke tempat lain, lalu menjadi pokok naga yang baru dan tumbuh teramat subur di kawasan depan dapur ini. Syukur Alhamdulillah ada juga bunganya yang kembang minggu lepas. Tengok dari warna bunganya macam yang buah naga isi merah. Kombinasi yang bagus ini antara buah naga dan pokok bunga ri ri ying (related posting klik sini). 

  Pokok ri ri ying atau translation - "bunga sakura kembang setiap hari" adalah pokok bunga yang berbunga tiap-tiap hari sepanjang tahun dan antara bunga kegemaran lebah ataupun kelulut untuk mengumpul makanan mereka. Elok ada juga pokok ri ri ying di dusun buah-buahan atau sayur nak tarik lebah datang ke kebun anda untuk bantu pendebungaan. Bulan ini ada limited stok baru grafted ri ri ying.

~ Ri Ri Ying grafted 1 pot RM10.00 ~

~ Fresh cutting red/white flesh dragon fruit RM10.00 ~

Minggu ini tiada penghantaran sebab kami cuti extra long. InsyaAllah awal minggu depan akan dipos semua pesanan yang telah diterima.

Self-Collect This Week:

7th/8th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00 AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama exit Guthrie Corridor Highway).

Rabu, 13 April 2016

Keratan Buah Naga Isi Merah

  Minggu ini kami mula officially membekalkan juga keratan buah naga yang isinya berwarna merah. Gambar di atas adalah buah naga yang baru bermula nak meranum.
  Kudup bunga buah naga sangat besar ya. Perbezaan dengan buah naga isi putih ialah hujung sepal bunganya lebih berwarna kemerah-merahan untuk buah naga isi merah. Bila bunganya kembang untuk buah naga isi merah, sepal merahnya bertukar kepada warna kuning dan kemerahan. Tengok tu stigma yang terkeluar dari celah-celah kelopak bunga buah naga ini dah macam lidah naga dah kan.
 Jika pendebungaan berjaya bertukarlah bunganya membesar menjadi buah naga. Jika diperhatikan penghujung kulit buah naga isi merah yang sedang membesar ini juga ada kemerah-merahan agak berlainan dengan buah naga isi putih. Bila pokok buah naga ini berbunga barulah Tukang Kebun boleh agak-agak yang masa satu buah isi merah atau buah isi putih jika belum dipastikan lagi. Tukang Kebun tak mahir lagi kalau setakat tengok batang-batang pokoknya belum sharp lagi mata yang dianugerahkan ini, tak belek-belek sangat lagi. Tapi bila dah terbentuk kudup bunganya dah bolehlah agak-agak ini jenis buah isi yang mana satu. 
  Keratan buah naga tak susah nak tanam nak kasi hidup. Yang tak berjaya biasanya sebab over-watering dan tak mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Salah satu propaganda dalam dunia gardening ini kan, make novice gardeners tends to think semua keratan atau biji benih nak kena rendam dalam air tunggu sampai berakar. Bila kita ambil keratan, cuba bayangkan ya bahagian bawah yang dikerat tu dah expose cell tissues, jika kita rendam lama-lama dalam air tak rajin tukar air nanti mudah juga infectious pathogen nak serang bahagian yang sudah luka tersebut. Kalau keratan yang isinya lembut macam keratan naga atau kemboja akan reput lama-lama direndam air sebelum mereka sempat nak berakar sangat pun. So untuk keratan naga dan kemboja jangan rendam dalam air, if not you send them to their deathbed early. Actually lepas dikerat, biasanya lebih baik tak ditanam terus di tanah, letak di tempat redup keratannya, give a few days for the cuts to heal. Lepas tu baru boleh ditanam untuk keratan naga dan kemboja.
    Tak perlu nak gunakan penggalak akar pun. Biasanya kalau keratan naga cukup dengan letakkan di kawasan partial shade jika musim panas atau musim hujan direct sun pun tak pe atas tanah semasa baru nak hidupkan jadi pokok baru. Tak perlu nak tanam dalam-dalam. Biasanya Tukang Kebun sandarkan keratan batangnya macam gambar di atas ini dengan sekadar asalkan bahagian paling bawah kena tanah je (tak cucuk-cucuk pun masuk dalam tanam). Then I let nature do all the work-lah for this experiment. Bila dah established ada nampak akar dan pertumbuhan boleh dipindahkan ke tempat yang mendapat cahaya matahari yang banyak sebab pokok buah naga suka matahari yang banyak. Jika dibiarkan di kawasan yang kurang matahari pertumbuhannya jadi sangat lambat berbanding dengan yang lebih mendapat cahaya matahari.

  Dalam gambar atas boleh diperhatikan ada dah batang-batang baru yang tumbuh dari keratan asal  pokok naga sedang membesar. Yang batang baru paling panjang, akar-akar dah keluar macam bentuk lipan memanjat dinding. Pokok naga ini cerdik, ianya sebenarnya ada sifat-sifat separuh memanjat (half-climber) untuk mencari kedudukan yang lebih banyak cahaya matahari. Inspirasi mencuba -cuba tanam pokok naga sebelah dinding ini timbul apabila melihat pokok naga yang sangat tinggi macam rumah 2 tingkat (related posting klik sini nak tengok pokok tersebut). Boleh juga nak ditanam dalam pasu pokok buah naga cuma pastikan kemudian ada pancang yang kuat atau letak je sebelah dinding tembok supaya intruder susah nak ceroboh. 

~ 1 fresh cutting red flesh dragon fruit RM10.00 ~
or
~ 1 fresh cutting white flesh dragon fruit RM10.00 ~
  
  Hujung bulan Mac lepas ada buah naga yang jenis isi warna putih kembang di Kebun Bahagia Bersama. Kalau tengok macam version bunga bakawali tapi saiz lebih berganda tapi kembang sianglah. Bunganya yang baru nak mula kembang pun dah mula semut berduyun-duyun bergotong royong nak ambil dulu manisan dari bunganya. Biasanya adik beradik lebah pun akan datang berkerumun juga.
  Barulah Tukang Kebun dapat pastikan yang rumpun pokok naga bergayut di pokok dalam gambar atas ini adalah jenis buah naga yang isinya putih. Itulah masalahnya kadang-kadang tangan ini rancak cacak keratan batangnya sini sana, cuma kemudian dah lupa jenis yang mana satu. Jadi posting blog Kebun Bahagia Bersama ini jadi catatan nota untuk semua Tukang Kebun di KBB ini, bukan sekadar untuk sekarang juga generasi akan datang bila yang tukang tanamnya dah balik ke Penciptanya. Kasihan tau pokok dalam gambar atas ini kulit batangnya terkopak banyak (orange arrow), gara-gara masa nak menghantar Ilhan Mikhail dulu Tukang Kebun kepala pening gaknya nak fikir banyak terlanggar pokok tersebut dengan motor. Nasib baik tak ada kecederaan luka cuma motor je jatuh miring. Dalam kebun pun boleh accident langgar pokok.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 16th/17th Saturday/Sunday morning 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan dengan exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

Khamis, 5 Mac 2015

Climbing Dragon

 Bunga buah naga bila kembang dengan saiznya yang besar memang nampak macam naga dengan lidahnya terjelir gitu. Hari ini sambung kisah apa yang menarik minat atau dapat dipelajari untuk mereka yang gemar berkebun di Muzium Negeri Terengganu. Di laman luar bangunan utama Muzium Negeri Terengganu boleh kelihatan berderet pokok buah naga tersusun dengan teratur. Untunglah staff muzium negeri Terengganu apabila musim buahnya.
 Walaupun Taman Herba Muzium Terengganu agak terbiar sekarang (related posting klik sini), taman di luarnya adalah rapi dan banyak koleksi buah yang menarik dapat dilihat di sini terutamanya pokok-pokok buah nadir banyak yang dah besar dan matang jarang kelihatan sekarang. Satu initiative yang baik oleh Muzium Negeri Terengganu di mana kawasan sekitar banyak herba-herba dan buah nadir dalam simpanan hidupnya.
  Hari ini tukang kebun nak fokuskan kepada pokok buah naga. Bagus juga pakai tayar untuk kitar semula nak beri sokongan kepada batang-batang pokok buah naga. Pokok naga pun sebenarnya boleh ditanam di dalam pasu kerana akarnya tumbuh tak dalam dan biasanya kalau nampak akarnya timbul-timbul macam gambar di bawah dibiarkan pun tidak mengapa. Akar di bahagian luar juga akan tumbuh membuatkan ia pandai paut kepada sokongan yang diberi tidak kira tembok batu ataupun batang kayu pokok lain. Dekat Kebun Bahagia Bersama pun dengan tidak sengaja ada keratan-keratan buah naga putih disandarkan ke dinding tembok sekarang dah mula tumbuh akar melekat di tembok tersebut. Eloklah kalau jadi ianya naik tembok tersebut kemudian sukar sedikit orang nak ceroboh ke laman rumah.
 Tapi pokok naga yang paling menarik perhatian tukang kebun ialah di depan deretan kedai di Bandar Baru Sungai Buloh di gambar bawah. Lihatlah betapa tingginya pokok naga ini memanjat. Pertama kali tukang kebun perasan masa dearest hubby pergi ke kedai Hardware dan tukang kebun menunggu dalam kereta. Sekali bila tukang kebun dongak ke atas punyalah banyak buah-buah naga bergayutan di atas pokok tersebut. Gambar di bawah masa bukan musim buahnya. Ini dipanggil guerilla gardening, walaupun tiada kawasan nak bercucuk tanam di kawasan rumah kedai, kawasan sempit bersebelahan longkang dan tempat letak kereta awam dimafaatkan sepernuhnya. Lihatlah ada beberapa pokok-pokok buah-buahan juga di situ yang juga dah beberapa kali tukang kebun tengok lebat musim buahnya.
 Gardeners yang mana di kawasan perumahannya ada bandaran tanam pokok-pokok hiasan tinggi macam ini tapi takde hasil, bolehlah cuba tanam pokok naga style guerilla gardening ini. Masa pokoknya kecik letaklah sangkar dulu nak elakkan bandaran terpotong pula pokoknya. Tengoklah akar-akar besar pokok naga berselirat di batang besar pokok kayu ini. Nak bertenggek atas pokok kemboja pun boleh, ada kami buat begitu. Sekarang ini tengah cuba nak tengok pokok naga naik atas tunggul kelapa yang dah mati. Dari dibiarkan tunggul tu sekurang-kurangnya bolehlah menyokong pokok naga.
 Pokok buah naga isi putih ada stock boleh self-collect. Kalau yang diminta pos akan tukang kebun gali keluar dari polibeg dan pos dalam keadaan moist bare-rooted. Keratan batang pokoknya dah berakar jadi tinggal terus tanam. Kalau musim kemarau pun tak risau sangat sebab pokok naga ini keperluan airnya tak banyak, tak perlu siram selalu. Yang duduk dekat belakang kebun tak pernah tukang kebun siram.

~ Pokok buah naga isi putih ~
1 bekas for RM10.00 . (Sementara stok masih ada).
Penghantaran 1 Malaysia.

Selasa, 16 September 2014

Keratan Buah Naga Isi Putih

  Syukur Alhamdulillah pada tahun 2014 ini walaupun cuaca agak kering, murah rezeki buah naga di Kebun Bahagia Bersama. Berbanding dengan tahun 2013 tiada tuaian buah naga langsung. Pokok naga ni mudah jaga tak pernah pun disiram dan dari pemerhatian keadaan cuaca tahun ini lebih banyak anak-anak ranting baru membesar dengan cepat sehingga beberapa kali pancang roboh tidak dapat menampung dahan-dahan baru yang makin membiak dan memanjang meleret ke tanah. 2 minggu lepas baru dibuat pancang semula untuk menggantikan pancang yang dah roboh dan kemas-kemaskan  dahannya kasi naik tinggi supaya leher angsa-angsa tak kesampaian. 
 Kudup bunga buah naga adalah besar. Jadi tidak hairanlah bunganya pun nanti kembang besarkan. Gambar yang dikongsikan hari ini adalah buah naga yang isinya berwarna putih. Warna bunga buah naga yang berisi putih ialah pure pristine white atau suci putih. Bunganya kembang pada waktu pagi dan kembang sehari sahaja. Biasanya kalau cuaca panas, bunganya dah layu sebelah awal petang. Jadi pelbagai jenis lebah awal pagi lagi dah sibuk berkunjung ke dalam bunga buah naga. Meh tengok dalam bunga buah naga, nampak tu macam ada lidah terjelir macam binatang mitos naga.
  Hero-hero tukang kebun tumpang jadi model nak bagi gambaran besar kembang bunga buah naga. Kembang bunganya lebih besar dari bunga bakawali dan lepas berbunga ada hasil buahnya. Berbanding dengan buah manggis atau rambutan, buah naga dari mula bunganya kembang hingga buahnya membentuk ranum boleh tuai masa lagi singkat agak-agak sebulan gitu sahaja. 

 Buah naga boleh tumbuh dalam pasu dan tak perlu pasu dalam sangat pun sebab akarnya tak tumbuh dalam sangat cuma nak kena prepare pancang tinggi dan kuat cacak dalam pasu siap-siap. Nampaknya fenomena El-Nino tahun ini membuatkan buah-buah naga di Kebun Bahagia Bersama teruja nak berbuah. Buah naga ni jenis drought-tolerant dan water-wise plant. Kalau anda sibuk tak de masa nak menyiram tiap hari atau tempat selalu kena catu air inilah pokok yang masuk dalam kategori tak remeh nak bela. Kalau nak elak penceroboh tanamlah dia dekat tempat yang macam senang orang nak ceroboh. Pokok naga ni suka banyak matahari.

  Memandangkan ada extra-extra cuttings masa tukang kebun mengemas hari tu, jadi minggu ini dapatlah tukang kebun offer keratan buah naga isi putih. Kalau yang self-collect sendiri lebih baik sebab ada keratan yang lebih 40cm pun ada. Minggu ini yang nak ambil sendiri boleh pada hari Sabtu ini (20hb September 2014) antara pukul 5:30PM~6:00PM di Sungai Buloh ya. Tanah Bakar dan stok Kelapa Tua pun masih ada lagi.

~ Keratan Buah Naga Isi Putih ~
1 keratan RM10.00 .
 Tuaian random semalam ialah buah naga isi merah, peria putih, bendi, belimbing buloh, ginseng jawa, limau nipis, lemon Tahiti, kacang panjang merah, sayur asin-asin dan asparagus Mary Washington. 

Bird nest yang besar (semua lebih 40cm in diameter) pun available untuk yang berminat dan yang ini kena self-collect.

~ Bird nest (Langsuir) ~
1 for RM10.00

Ahad, 29 Jun 2014

Rezeki Raikan Ramadhan

 Syukur Alhamdulillah bila tukang kebun ronda-ronda lone ranger petang tadi, banyak juga yang jarang-jarang dapat tuai dari kebun sendiri ada rezeki pada hari pertama bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebagai contoh, dapatlah rasa kesegaran kemanisan buah nenas madu Sabah yang exclusive susah nak dapat ni walaupun di negeri tersebut. Bulan Ramadhan ataupun Syawal bila ada kelapangan masa berhajat juga tukang kebun nak besarkan sedikit kawasan kebun nenas mini Kebun Bahagia Bersama untuk keseronokkan makan hasil tanam dari tangan sendiri nanti.  Rezeki pemindahan anak-anak pokok nenas akan menjadi salah satu projek bila hujan mula bertandang lebih kerap nanti. Entah apalah yang buka puasa awal pada bulan Ramadhan pertama ini. Menyesal tukang kebun tak ambil semalam dengar kata hubby punya pasal.
 Sebelum buah naga isi putih ini juga menjadi dugaan kepada mahkluk lain nak berbuka puasa awal, maka terus tukang kebun tuai bila nanas madu sabah sebiji sudah kena enjoy. Ini pun hubby kata semalam belum lagi, tapi tukang kebun engkar hari ini ku tuai juga bila dia siesta petang biarkan diri ini meronda keseorangan di belakang. Bila intai isinya memang dah molek untuk dituai. Hajatnya nak simpan buah naga ini untuk big boss bila dia balik minggu depan. Tengoklah dulu simpan dalam peti ais sempat nak tunggu big boss or not.
 Pokok buah naga ini mudah bela sebab tak perlu takut jika tak dapat menyiramnya bila balik kampung nanti. Bila dah selesa lepas pindah rumah biasanya tak perlu sangat nak siram. Cuma nak pastikan dapat banyak cahaya matahari, seelok-eloknya full sun. Untuk gardeners yang kawasan kebunnya terang benderang bolehlah cuba tanam pokok buah naga. Syaratnya cuma 2, cahaya matahari yang banyak dan tanah yang saliran airnya baik. Tanah yang airnya tidak bertakung. Cuaca tahun ini di Lembah Klang, tukang kebun perhatikan amat menarik hati si pokok buah naga. Elok letak pokok buah naga dekat tembok rumah untuk self-defence dari penceroboh kasi susah nak ceroboh rumah kita. Dalam ready stok tukang kebun sekarang yang pokok buah naga dah ready nak dipindahkan ke rumah baru ada 2 pokok sekarang available. Kami ada 2 jenis yang isi putih dan isi merah, yang ni tukang kebun tak pasti yang mana satu jenisnya kira random.

~ Pokok Buah Naga (First come first serve) ~
1 pot RM15.00.
 Elok saja tukang kebun belek-belek buah naga ada pula rezeki jatuh dari pokok kuning telor. Sedap bila buahnya betul-betul masak ranum jatuh dari pokok, tinggal cuci sahaja. Nasib baik sempat ambil sebelum ayam mutiara datang menerpa. Buah kuning telor bila masak kulitnya yang kuning akan menjadi kurang glossy atau dah mula kusam warnanya. Tukang kebun dulu tak biasa makan buah ini, Syukur Alhamdulillah mula tahun ini dah pandai nak makan buah ini. Terima kasih tak disangka-sangka ramai juga yang meminati buah kuning telor dan kerap bertanyakan ada harvest atau tidak di Kebun Bahagia Bersama untuk repeat orders. 
 Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama masih tukang kebun hantar setiap minggu sekarang ikut giliran dan kuantiti tuaian yang dapat setiap minggu dari kebun. Harvest utama ialah buah canistel dan selingan yang lain itu tak dapat tukang kebun confirm on the spot sebab hasilnya berubah setiap minggu ikut giliran slot yang available. Yang berminat jika ikut giliran sekarang kebarangkalian penghantaran paling cepat ialah 14/21 Julai 2014. Info Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama (klik sini).
 Hari ini rezeki untuk basahkan tekak bila berbuka puasa ialah air kelapa gading. Kepada yang ingin mendapatkan stok kelapa tua untuk santan ada special promotion dalam bulan Ramadhan dari KBB RM10 untuk 25 biji kelapa tua (self-collect only) tanpa kulitnya dikupas ya.
 Syukur Alhamdulillah dari semalam, sehari 2 biji telur itik. Dah mula bertelur balik itik-itik telur di belakang. Kalau kumpul tiap-tiap hari minggu ini dapatlah buat lauk gulai telur itik untuk berbuka puasa minggu depan. Itik telur tukang kebun dah makin kurang, masa kemarau panjang banyak kena attack dengan predators di belakang kebun. Hajat nak dapatkan anak-anak itik yang baru belum sampai masa sesuai lagi sebab kesibukkan masa.

Selamat Berbuka Puasa dari Kebun Bahagia Bersama.