No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 15 Julai 2016

Red Flesh Dragon

  Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ini agaknya amat disukai oleh pokok buah naga kerana tahun ini tanpa diberikan apa-apa istimewa ianya amat rajin berbuah di Lembah Klang ini.
  Pembentukan dan pembesaran kudup-kudup bunga kelihatan muncul di sini sana atas batang pokok buah naga.
  Bagi buah naga yang jenis isinya merah, kebiasaannya kelihatan di keliling kudup bunganya ada berwarna merah. Begitu juga kelopak hujung bunganya. Bunga buah naga besarnya berlipat ganda dari saiz buah yang masak.
  Pokok naga sukakan kawasan yang terdedah dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak supaya ianya dapat membesar pokoknya dengan pesat. Akar pokok naga tidak tumbuh begitu dalam, jadi boleh ditanam juga di dalam pasu. Cuma sediakan pancang yang tinggi supaya ianya boleh menumpang dan memanjat menegak tinggi. Keperluan airnya juga tidak banyak. Sukakan tanah yang berporos kasar supaya pengaliran air yang baik dan tidak bertakung ketika musim hujan.
  Tukang Kebun agak malas nak buat pancang, jadi selalu biarkan ianya menumpang naik pokok-pokok lain yang jenis tak kisah dan tak beberapa merimbun daunnya. Setakat ini nampaknya pokok kemboja dan ri ri ying tak kisah berkongsi tempat tumbuh bersama.

Buah Naga isi putih juga boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 keratan buah naga isi merah/putih RM10.00 ~

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Meriahlah kalau macam ini banyak bunga dah muncul
Kakak pun suka yg maroon ni.
Buat juice pun sedap:)

abuikhwan berkata...

Assalamualaikum,
Selamat hari raya aidilfitri.. Pertama kali menjejak di sini. Teruja dan 'cemburu' melihat kehijauan tanah perkebunan yang menyegarkan mata. Sedangkan saya punya minat yang sama tetapi tidak punya kesempatan lagi...Apa pun saya memang suka minum jus buah naga..

Normala Saad berkata...

Sealamat Hari Raya Diana. Betul2 juicy tengok buah naga merah ni. kat sini sekilo 6-8 RM..

suka suka berkata...

K Mar nak keratan buah naga isi merah ya..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Kalau yang jenis merah ini lembut isinya kan, lebih mudah nak dibuat jus dan pewarna semulajadi.

Waalaikumsalam abuikhwan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga....
Terima kasih sudi singgah selalu.
InsyaAllah suatu hari nanti dapat habiskan banyak masa berbudi pada tanah.

Salam Lebaran Kak Mala,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ya lebih kurang begitulah harga pasarannya masa musim.
Kalau tak musim lebih mahal.

Salam Bahagia Kak Mar,

Ada dah tulis dalam nota.
Nanti kami email ya.