Semasa trip ke Tamu Kota Kinabalu hujung bulan lepas (kisah trip kliksini) dapatlah lepaskan gian untuk makan buah pugi. Buah pugi ini adalah buah
nadir Malaysia (info klik sini). Rupanya macam buah Sentul tapi dikatakan berlainan
oleh orang tempatan sini. Nasib juga baik pada hari itu, ada seorang saja
penjual buah pugi hari itu. Kelihatan
begitu segar buahnya yang baru sahaja dipetik siap dengan batang tangkai buah
lagi.
Apalagi teruslah
Tukang Kebun tanya berapa harga setompok? RM2 setompok. Lalu Tukang Kebun pula
minta 3 tompok RM5. Baik hati penjual setuju. Dimintanya pilih. Tapi nampak
macam baik segar saja rupa buahnya, maka Tukang Kebun pun bilang mana-mana
saja.
Kulit
buah pugi ini tebal seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rayyan. Tapi begitu
mudah nak dikupas jika dibandingkan dengan manggis, duku mahupun langsat. Ringan
macam gabus kulitnya dan tak melekit, tangan si Abby pun boleh kopek dengan
cepat sendiri. Memang Tukang Kebun tahu si Rayyan sukakan buah ini jadi bila
terserempak mesti beli. Sekarang Rayyan ada kawan makan pugi, si Abby pun suka
makan buah pugi. Rasanya Abby dan Rayyan habiskan 1 tompok buah pugi
masing-masing.
Seperti biasa ada-ada sahaja idea dari si Rayyan.
Memandangkan kali ini buah pugi yang dibeli masih bersama tangkainya. Tambahan
pula kulit buah pugi yang begitu mudah dikopek dengan tangan tanpa terpatah
batangnya, maka Rayyan kata: “Mama tengok ni Rayyan buat macam lollipop”. Makin
lajulah mereka berdua ini makan buah pugi sebab seronok nak buat bentuk
lollipop. Papa Abby biasalah ikut flow anak-anak melayan juga buat lollipop
pugi. As long as the kids have fun while eating healthy fresh fruits. Nanti dah
ada anak sendiri adalah kenangan indah.





