No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 6 Disember 2020

PKPB Creamy Purple Lemonade Ice Cream Malaysia

Syukur Alhamdulillah di kala PKPB ini banyak rezeki musim buah limau telur buaya di Teratak Kiulu Lodge sehingga tak terguna semua buahnya berguguran terbiar di tanah. Banyak buah yang dah ranum sehingga kuning kadangkala tak perasan dah jatuh bawah pokoknya. Pada musim hujan ini pokok limau telur buaya makin tumbuh merimbun. Manakala buah yang sarat dan makin berat menyebabkan ranting-ranting sampai cecah menyarap ke tanah. Sambil tuai buah yang dah meranum boleh juga buat aktiviti pruning pokok-pokok limau telur buaya tersebut. Lagipun nak permudahkan pergerakan kelulut yang bonda letak di bawah pokok limau telur buaya keluar cari makan. Bantuan kelulut menjayakan pendebungaan buah limau telur buaya menjadikan banyak hasil buah limau telur buaya. Bagi yang berminat boleh tonton video link di bawah dari mula pokok limau telur buaya menghasilkan kudup bunga, apabila bunga kembang mekar dan jalin hubungan symbiosis dengan kelulut seterusnya menghasilkan buah limau yang sudah dapat dituai sekarang. Di dalam video tersebut dikongsi juga aktiviti pruning buah limau telur buaya yang dilakukan bulan lepas. Setelah pangkas ranting-ranting pokok limau telur buaya dalam 2 minggu lebih kelihatan pucuk baru tumbuh di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.


     Semasa pruning pokok limau telur buaya yang ayam-ayam pun ambil kesempatan sibuk mencakar tanah di bawahnya untuk mencari cacing-cacing. Macam animal instinct juga ni sebab masa canopy pokok tutup sampai merimbun di tanah suhu tanah lebih sejuk dan cacing akan berada dekat permukaan tanah. Sebelum cacing masuk ke lebih dalam paras tanah, ayam mencari-carilah dulu cacing. Boleh jugalah ayam-ayam ni tolong gemburkan tanah sekali. 
      Bila dah beberapa plastik penuh dengan limau telur buaya yang dikutip dari ranting sudah dipangkas, cuba rajinkan diri buat ais krim Malaysia untuk anak-anak. Kalau air limau sahaja dibekukan nampak macam air biasa sahaja kan. Jadi mohon anak-anak kutip bunga telang warna biru tu rebuskan dengan gula batu. Kemudian masak sekejap santan pekat dan susu manis berasingan di periuk lain. Sementara tunggu kedua-dua air ni sejuk, perah limau telur buaya ambil jus. Elok campur jus limau telur buaya dengan rebusan bunga telang yang dah suam supaya kita tak hilang banyak nutrient vitamin dari jus limau (nak retain as much as possible). Air bunga telang apabila dicampurkan dengan jus limau ianya akan bertukar dari warna biru ke merah. Ikut kepekatan rebusan air bunga telang yang digunakan juga. Tuang separuh air merah (campuran bunga telang dan jus limau) ke dalam plastik ais krim dahulu. Kemudian baru isi bahagian yang creamy santan dan susu pekat. Ikat plastik dan bekukan secara melintang.
Bolehlah jadikan stok ais krim anak-anak sambil bermain di luar masa cuaca panas. Boleh kuatkan imunisasi badan dengan rich vitamin C dari jus buah limau telur buaya dan zat dari bunga telang juga. Home-made ice cream Malaysia kita boleh kawal kemanisannya.

24 ulasan:

Amie berkata...

Oooo... namanya limau telur buaya! Selalu jumpa di pasar, sekali-sekala beli juga. Baru tahu juga warna biru bunga telang boleh bertukar dari biru ke merah apabila dicampurkan dengan jus limau. Banyaknya ilmu Kak Amie dapat. Tq for sharing TK!

anakdenesor berkata...

wah siap jadikan askem lagi bestnya

NA berkata...

Rupa macam limau bali cuma saiz limau telur kecil.
Menarik campurkan dengan bunga telang.

Azhafizah MN berkata...

Tak pernah nampak buah ni dan baru tahu namanya buah limau telur buaya. Sedap tu buat aiskrim. tambah lagi menarik dicampurkan dengan warna bunga telang. Yes, setuju, aiskrim homemade yang sihat dengan pengawalan kemanisan tu.

Ana Jingga berkata...

alhamdulillah banyak buahnya TK, menu baharu pada kak ana ni boleh lah cuba aiskrim dengan bunga telang dan berubah warna, cuma kak ana kena gantikan dengan limau nipis sebab sini tak pernah nampak pula lima telur buaya ni hehe :)

Nur berkata...

Satu hari nanti, saya pun nak bela ayam, macam TukangKebun. Saya baru pertama kali tengok buah limau telur buaya.

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams rindu dari kak mieja :)

AzianKhalil berkata...

tak pernah jumpa lagi rasanya limau ni..

Atie Zieya berkata...

itu ais krim malaysia kan ? dah lama atie tak makan ais krim tu hehehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Boleh buat soalan sains tu Kak kenapa bertukar warna Bunga Telang bila letak jus limau hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis anakdenesor,

Musim sekejap hujan sekejap panas ni boleh boost imunisasi anak-anak dengan ais krim banyak vitamin sama supaya banyak hirup Air.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis NA,

Bentuk dia macam telur Sis besar berkali ganda dengan limau Nipis.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Kedai speedmart time PKPB ni selalu cepat habis stok ice cream. Jadi laku ais krim Malaysia di rumah. Boleh selit khasiat asli dalam pemakanan anak2.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Ana,

Jenis limau apa2 pun dapat tukar warna Bunga Telang. Lagipun Bunga Telang tiada rasa boleh jadi kan bahan warna dan khasiat. Masa tu tengah cari idea nak guna pewarna asli untuk tarik minat anak-anak ni. Bila dah keras ais krim ni nampak jadi warna purple pula.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,

Kalau bela anak-anak ayam masa tengah comel2 tu boleh jadi ralit.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Amiizaa,

Rindunya dengan Kak Mieja.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azian,

Kalau di Sabah biasa juga dijual di tamu atau pasar jenis limau ni sebab pokoknya mudah jaga.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Ya kira ais krim Malaysia letak dalam platik.
Tapi kalau buat macam stick aiskrim tu macam versi Solero purple color.

Mell berkata...

Limau telur buaya pulak namanya ni... mama saya pernah tanam dan buahnya memang merimbun macam dlm gambar TukangKebun tu... dan saya panggil lemon... hihihi

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mell,

Boleh je buat sama macam lemon kan. Buahnya pun lebih besar.

Artificial Intelligence berkata...

Salam upin ipin..

From Indonesia

Shida Radzuan berkata...

wow sedap tu..aiskrim malaysia ^_^

TukangKebun berkata...

Salam upin ipin Parpinang,

Terima kasih singgah sini.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Ada la benda nak kasi sejuk badan bila anak-anak main di luar.