Dah hampir sebulan kami tak keluar driving cuci mata pemandangan di area Pan Borneo Highway yang hubung daerah kecil Kiulu dengan Ranau. Maka hari ini rehatkan pemikiran dahulu dari tugasan-tugasan lain. Walaupun WFH tapi rasa lagi banyak masa digunakan dengan internet yang di luar rumah sahaja habiskan yang hakiki, kekadang sambil duduk berteduh bawah pokok dengan laptop. Kalau luar dapur belakang kekadang tengah online anjing jiran menyalak dekat kita pun ada sebab posisi bertukar-tukar cari coverage internet kawasan paling terbaik. Kalau di pejabat lebih efficient buat kerja sebab fokus 100% nak langsaikan kerja supaya tak dibawa balik. Di rumah walaupun WFH macam tak menang tangan pula dengan anak-anak pun nak kena urus serentak dengan nak bantu mereka kelas online lagi dan tidak mudah kalau anak-anak tahap sekolah rendah belajar secara online nak faham tugasan yang diberikan jadi kita pun kena ajar kasi fahamkan.
Terasa sangat nak cari beras kampung padi bukit yang ditanam oleh orang tempatan dah muak makan beras beli di kedai. Suami pun mood driving sebab kereta dah lama tak bergerak jauh. Kali ini kami ikut jalan yang sama seperti kali terakhir ke arah Bundu Tuhan tempat nak beli stok sayur segar kawasan tanah tinggi dan ada juga jual beras kampung. Kalau beras kampung musim baru bila masak wangi dan ada rasa jadi selera makan. Harga beras kampung yang dijual di Bundu Tuhan dalam 1.5kg - harganya RM15.00 . Bundu Tuhan ni dekat sahaja dengan Taman Kinabalu starting point nak panjat Gunung Kinabalu biasanya inilah tempat pertama nampak kabus tebal bila ke Kundasang.
Semasa kami lalui Jalan Tomis Tiong Lokos ada satu range kawasan, papa Abby kata kenapa kali ini banyak betul sepanjang jalan ini kelihatan rama-rama kuning banyak berterbangan. Ada satu tempat ni sebelah air sungai yang deras kelihatan banyak di kawasan tanah beberapa tempat rama-rama kuning banyak berkumpul sesama mereka. Bilangan rama-rama ni pun dah melanggar had berkumpul ramai-ramai SOP PKPB. Mungkin sedang musim mengawan rama-rama ini agaknya. Sebab ada species rama-rama mereka suka berkumpul ramai-ramai berdekatan dengan punca air seperti sungai ketika musim mereka mengawan. Seronok juga perhatikan rama-rama ini banyak berterbangan sambil duduk di tepi sungai enjoy the nature di kala PKPB ini. Jika pembaca nak lihat aksi rama-rama kuning berterbangan dan berkumpul di tepi sungai ini boleh tonton di video link bawah.
Video link : <https://youtu.be/76F84qqx7bc >
Abby lah paling seronok leka nak cuba tangkap rama-rama rasa di tangannya. Seronok juga sebagai ibubapa lihat anak-anak enjoy nature begini bermain-main dengan wild butterfly.
Kawasan padi bukit yang kami kongsikan sebulan lalu pemandangannya (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) kini dah kuning sudah bijiran padinya. Dah mula musim mengetam. Tuannya ada di kebunnya sebab masa lalu ada anjing-anjing mengekor kereta di belakang semasa memandu perlahan ambil gambar di sini. Nasib baik Tukang Kebun tak keluar kereta. InsyaAllah awal bulan depan banyak stok beras kampung baru tuai ni sebab beberapa kawasan padi sawah dan padi bukit dah mula menguning.
10 ulasan:
Best ni tengok in real rama rama liar..sepesen je warnanya.
Seronok tu kak padi dah boleh dituai.
Kalau Firdaus nampak rama-rama begini mesti dia pun nak lama-lama di situ. Cantik!
Beras kampung lebih sedap, tapi hanya makan sekali-sekala saja. Itu pun kalau ada bekalan. Mahalkan beras kampung?
byk nya rama rama terliar tu, and its yellow!! my favorite color
Aman damai tengok rama-rama. Bagus juga, dapat beli beras kampung. Saya pertama kali tengok padi bukit.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Ada beberapa ekor je lain dari yang group kuning ni.
Siapa tanam awal boleh tuai dah cuma kalau hujan tak dapat mengetam.
Salam Bahagia Kak Amie,
Ya Kak harga beza beras Kampung dari beras biasa di kedai kan. Tapi nak consider kudarat tenaga yang digunakan tu kira Pejam mata saja la. Keadaan sekarang ni tak tau la ramai sanggup nak jual bekalan beras tanam sendiri atau tidak.
Salam Bahagia Atie.
Suka warna kuning ya sama dengan anak sulong Kak.
Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,
Dekat Banjaran Crocker ni banyak tanam padi bukit sebab kawasan Lembah terhad utk padi sawah .
Menarik kaler rama-rama tu..sama je semua ^_^
Salam Bahagia Shida,
Berkumpul2 dengan sama species dia ja agaknya.
Catat Ulasan