No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ubi Bemban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubi Bemban. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2018

Ubi Garut

 Ubi bila dicuci bersih-bersih nampak warna suci putih ini dikenali dengan banyak nama ialah si Ubi Garut. Ini memang jenis ubi paling mudah untuk gardeners yang baru berjinak-jinak dalam alam berkebun apatah lagi ia tidak memerlukan ruang banyak untuk ditanam. Boleh sahaja tanam dalam container. Takde container? Kitar semula je bekas-bekas miniman atau botol minyak masak boleh sahaja (related posting klik sini). Hasilnya masih lumayan. 
 Pokoknya pun tak besar tak de ruang di tanah nak kasi sangkut kat mana-mana pun boleh. Kekadang...hmmm....bukan kekadang...Selalunya Tukang Kebun rajin tanam ubi garut ni balik sebab teramat mudah. Tetapi Selalunya Tukang Kebun lupa nak tuai hasil ubi-ubinya di dalam tanah. Jadi kekadang pokoknya dah layu bila hasil sudah banyak diberanak-ranakkan dalam tanah. Kemudian kalau lupa pun nak tuai ubi dalam tanah tu nanti tumbuh anak-anak pokok-pokok baru juga. Macam gambar di atas ini ada beberapa anak pokok menyelit keluar dari pokok induk. Petak yang ubi garut ni hidup adalah duduk bawah kanopi pokok durian.
 Bila digali-gali keluar ubinya dah ada keluar pucuk hijau balik dah ubinya. Apalagi tanam sahaja semula dalam tanah biarkan sahaja bahagian tunas hijau yang tersembul keluar dari tanah, yang lain dalam tanah. Kalau yang dah tua dan mula bertunas tu dah banyak serat-seratnya. Kalau yang muda kecil tu manis isinya dan kurang berserat. Ubi garut ini banyak kandungan serat, jadi memang membantu pencernaan macam masalah sembelit. Ubi garut ni banyak kegunaannya, memang ubinya boleh dibuat masak makan. Ubi garut ni dulu penyelamat nenekmoyang kita, bila makanan lain dah takde macam beras dan ubi kayu untuk dimakan, ubi garut jadi stok makanan yang ada boleh digali dari laman.
  Ubi garut ni boleh menyejukkan badan. Kerana kandungan kanjinya pun tinggi ia boleh dijadikan tepung macam tepung beras. Kalau nak likatkan makanan kekadang masukkan tepung beras kan, sama juga boleh masukkan tepung ubi garut (arrowroot flour). Beras jadi penyejuk bedak, ubi garut boleh buat bedak. Kalau nak masker 100% organik, boleh juga buat masker dari ubi garut sendiri. Tambahan pula paste dari ubi garut boleh membantu membaiki luka bila ditampal di tempat luka. Di kawasan asalnya, ubi garut punya paste digunakan oleh native Indian untuk keluarkan racun dari anak panah pada tempat tertusuk. Itu sebab dikenali juga dengan nama 'Arrowroot'.Sebab ianya sejuk, ia dikatakan boleh bantu kurangkan suhu badan bagi yang demam panas. Boleh juga dibuat bubur untuk bayi yang baru belajar makanan kerana ia amat baik dalam bantu pencernaan juga untuk orang demam atau cirit birit.
  Ubi garut juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi membantu lancarkan pengedaran darah dan penghasilan darah. Makanan yang bagus juga untuk bayi kerana ada nutrient yang membantu perkembangan dan kesihatan otak.
  Daun ubi garut juga boleh digunakan untuk lapik makanan atau kuihmuih ya kalau takde daun lain macam daun pisang. Angsa suka betul daun ubi garut ni tak boleh tanam kat tempat yang angsa boleh access habis dikerjakan pokoknya.

Stok pokok ubi garut yang ada sekarang ada 4 bulan lebih juga kut usianya.

~ Pokok ubi garut 1bekas RM7.00 (boleh dipos) ~

Ahad, 9 April 2017

Bawang Bakung dan Ubi Bemban

 Hanya untuk minggu ini sahaja kami supply bawang atau ubi untuk tanaman-tanaman berikut. Pesanan diterima sehingga hari Jumaat (14hb April 2017) dan akan dipos pada (18hb April 2017). Boleh juga self-collect hujung minggu depan sebelah pagi (14hb April 2017 hingga 16hb April 2017). Ada kuantiti yang terhad sahaja, first come first serve ya.

  Gambar pertama di atas ialah sejenis pokok bawang bakung/tembaga dalam keluarga Crinum.

 Jenis Crinum ini bawangnya boleh membesar menjadi lebih gemuk dari peha kaki supermodel.

  ~1 bawang Crinum RM15 ~

More info (click here).
 Jenis crinum yang gambar kedua ini pula bila kudup bunganya dah mula nak mekar standby masa senja nampak comel macam bunga tulis. Cuma saiz kudup bunganya lebih besar dari bunga tulip. Begitu juga saiz bawang dan tinggi tangkai bunganya pun boleh membesar berapa kali ganda dengan bunga tulip. Tambah menarik lagi jenis crinum ini mula mekar bunganya bukan lepas Subuh tapi nak masuk Maghrib. Yang sibuk kerja sebelah siang lewat balik rumah, masih boleh cuci mata sebelah malam.

More info untuk jenis crinum ini boleh refer posting sebelum ini (klik sini).

 ~ 1 bulb Crinum kembang malam RM15.00 ~

 Hippeastrum jenis 'Double Bloom' baka Tukang Kebun ambil dari Jepun pula ada 1 bawang sahaja offer kali ini yang lahir membesar di Kebun Bahagia Bersama.

 More info (click here).

~ 1 bawang 'Double Bloom' hippeastrum RM40 ~

  Balik dari kampung asal nenek (related posting klik sini), di Kiulu lewat petang ronda-ronda kebun Big Boss tengok ada pokok ubi bemban yang layu seperti gambar di atas menandakan isinya sudah boleh diambil. Tambahan pula di sebelah pokok layu atau induk di tepinya ada anak pokok ubi bemban yang sudah muncul menggantikan ibunya untuk menghasilkan ubi-ubi lagi kemudian. Gali keliling bahagian pokok induk yang telah layu tersebut, betul tekaan Tukang Kebun ada isi-isi ubi bemban yang boleh dibuat sup untuk meredakan suhu badan yang sedang panas. Gambar di bawah hasil yang dapat digali keluar dari pokok induk.

 Hujung minggu depan Tukang Kebun rancang nak mengemas Petak A hingga Petak D jika ada masa. Sambil-sambil itu bolehlah menuai stok ubi bemban yang ada di kawasan tersebut. Oleh itu, kami buka semula tawaran bekalan ubi bemban untuk yang berminat.

More info on Aru Root (Ubi Bemban) <Click Here>

~ 5 ubi bemban RM7.00 ~ OR
~ 1 plant RM7.00 ~

 Ubi kayu juga ada.

~ 3 kilogram ubi kayu RM5.00 ~



Sabtu, 31 Disember 2016

Zz Sup Tulang

 Sambil-sambil menunggu anak-anak puas bermain di Thomas Town (related posting klik sini), berbincanglah dengan dearest husband ada ke teringin mengidam makan apa-apa di Johor untuk makan malam ni. Dearest husband kata dia teringin nak makan sup. Lalu google je best spot untuk makan sup. Bila google banyak keluar review untuk ZZ Sup Tulang. ZZ Sup Tulang pun banyak cawangan jadi kami pilih yang mudah on the way balik ke hotel.
 Sekali tersilap masuk jalan bila nak pusing semula, terkeluar ke jalan yang berdekatan dengan bangunan Tabung Haji di bandar Johor ada illumination banner atas jalan raya. Kalau tak silap sense of direction Tukang Kebun dah tak berapa bagus dekat dengan istana. Anak-anak pun sebenarnya dah kepenatan tertidur di belakang kereta. Berhentilah kami sebentar dah alang-alang nak letakkan kenderaan pun ada ruang. Kejutkan anak-anak semua cuma si Rayyan sahaja tak terbangun langsung. 
 Berhenti di sini, Abby yang masih bertenaga banding dengan abang-abangnya sambung bermain bubbles. Bertuah sungguh rakyat Johor banyak tempat untuk beriadah dengan keluarga sekarang pada waktu malam juga ada tempat-tempat boleh sekeluarga ambil angin.
 Selepas nampak gaya Abby dah puas bermain, kami bergeraklah semula mencari ZZ Sup Tulang. Tukang Kebun kali pertama makan di cawangan ZZ Sup Tulang dekat JKR ini. Menarik konsepnya macam warung-warung di kampung. Ramai sungguh pelanggannya. Walaupun kawasannya luas banyak meja, tiada tempat kami tunggu sebentar sementara ada pelanggan yang dah siap sedia habis makan. 
 Kami tak memesan banyak cuma seekor ikan pari bakar, dua sup tulang dan satu burger untuk si Ilhan. Nasi kami tak pesan, cuma meratah lauk sahaja. Lagipun sebelum bertolak di Puteri Harbour (related posting klik sini), kami dah isi perut anak-anak dengan Sushi di Sushi King. Takut diorang masuk angin seharian tak makan cuma makan breakfast sebelum masuk indoor theme park. Lepas tu ingat main sahaja sambil-sambil makan snack.
 Harga Sup tulangnya berpatutan cuma RM10 semangkuk. Yang peminat sup tegar keluarga kami ini dear hubby dan si Rayyan. Jadi Rayyan kongsi dengan mama. Ramai pelanggan kedai pada malam tersebut jadi kena tunggu jugalah. Ikan pari sampai awal dahulu berbanding dengan makanan lain. Mungkin ramai sungguh pelanggan pada malam tersebut jadi makanan bila sampai pun dah kurang suam.
 Sebelah jalanraya kedai makan ZZ Sup Tulang ini kemas nampak mini kebunnya baru dikemaskan. Kawasan tanah yang ada dimanfaatkan. Ada deretan pokok-pokok pisang. Pagi terakhir di Johor Bahru kami singgah sarapan di Hutan Bandar. Di Hutan Bandar pun ada cawangan ZZ Sup Tulang tapi yang di situ buka sebelah siang sahaja. Pada waktu malam ada kami lalu deretan gerai makan di Hutan Bandar tapi macam gelap sahaja. Teringat pernah bawa Ilhan jalan-jalan di Hutan Bandar masa baru sedang belajar berjalan.
 Pertengahan Disember bulan ini ada kami pindahkan beberapa pokok pisang mas di kawasan ini. Untuk mengelakkan kekeliruan kawasan ini buat sekelompok tanaman pokok pisang mas. Yang berminat untuk dapatkan sulur pisang mas batang merah, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan dan boleh juga dipos.

~ 1 sulur pisang mas batang merah RM10.00 ~

 Bulan ini ada Tukang Kebun kemas-kemaskan bekas pokok bemban yang disediakan untuk dibekalkan kepada yang berminat. Masa alih-alihkan bekas bekalan stok pokok bemban mana yang dah terkeluar isi-isinya, Tukang Kebun pun keluarkan dan bandicoot atau curi tuai sahaja isi ubinya. Kemudian pindahkan sahaja ke pot lain pokoknya dengan bekas yang baru dan tambahan tanah bakar.
 Lihatlah walaupun bekas kitar semula sekecik ini pun pokok ubi bemban amat mudah untuk hidup. Sangat sesuai untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad. Rasanya baru bulan September lepas, Tukang Kebun pindahkan pokok-pokok ubi bemban ini ke bekas baharu. Terkejut tengok dah ada isi sudah yang boleh dituai dalam masa tiga bulan lepas dituai ubi yang sebelumnya.
 Walaupun pokoknya tinggi ini sahaja di bekas kecil atas, ada juga hasil ubinya dan ada juga ubi yang dah bertunas untuk menjadi pokok baru. Mungkin tanah bakar yang digunakan sebagai medium tanah untuk pokok-pokok ubi bemban yang ditanam dalam bekas ini bersesuaian untuk zat pokok tersebut menghasilkan ubi-ubi. Jika rakan-rakan gardeners lain gunakan bekas yang lebih besar lebih eloklah, kami tanam dalam bekas-bekas kecil ini kerana mudah nak dipos dan jimat kos penghantaran kerana kurang berat serta banyak ruang dalam kotak prepaid nak diisikan lagi dengan pesanan lain.
 Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan tanah bakar bagi yang berminat. Berapa berat? Beratnya pun Tukang Kebun nak sakit pinggang mengangkat hehehe....ada paling kurang 10kilogram satu beg. Bagus juga dijadikan baja untuk pokok-pokok yang nak berbuah.

 Tanah bakar ini pun ada campuran arang semulajadi bagus untuk tanaman. Bacaan lebih lanjut boleh rujuk posting kami sebelum ini 'Tanah Arang' (klik sini).

Tawaran untuk bulan Januari 2017 ini sahaja untuk 3 beg tanah bakar RM10.00.
Harga biasa kami bekalkan 1 beg RM5.00 .
 Ubi-ubi bemban yang dituai dalam bekas sempit itu, Tukang Kebun buat masak dengan sup ayam. Biasanya bila tanya aunty-aunty yang ada jual hasil ubi bemban di Sabah ini syorkan masak dengan sup ayam bagus untuk badan katanya banyak khasiat.

 Bacaan lanjut mengenai ubi bemban (klik sini).

~ 1 bekas ubi bemban/garut (West Indian Arrowroot) RM7.00 ~

Happy New Year!
Happy Holiday!

Khamis, 17 Mac 2016

Aru-Root

  Syukur Alhamdulillah akar putih 'Aru-Root' yang seakan macam lobak putih ini juga antara fresh products di Kebun Bahagia Bersama yang mendapat permintaan yang kerap. Sekitar Tahun Baru Cina lepas kami offer bekalkan bagi yang berminat. Next offer pula untuk fresh 'Aru-root' atau lebih biasa dikenali di tanahair kita ini ubi garut/ubi sago/ubi bemban adalah pagi 25/26/27 Mac 2016. Boleh self-collect pada hari tersebut atau membuat pesanan dan akan dipos pada 28 Mac 2016. Tahan lama jika disimpan dalam peti ais dengan baik.

~ 1 ikat Aru-root (5ubi gitu tengok saiz) <SOLD OUT> ~

  Masa minggu Tahun Baru Cina lepas gali-gali mencari ubi Aru-root kami tanam semula di Petak B. Gambar di bawah ialah pokok Aru-root yang baru sahaja di tanam semula selepas diambil ubi-ubinya. Cabut ubinya, dalam kurang sejam tanam semula pokoknya. Pokok berubi yang begitu mudah untuk hidup di cuaca tanah rendah Malaysia.
  Hujung minggu lepas masa Tukang Kebun sekeluarga berjalan-jalan di Tamu Gaya, ada Chinese Auntie peminat rambut kerinting Abby kata 'Aru-Root' ini sedap rebus buat sup campur dengan red dates. 'Aru-Root' ini orang mengandung pun boleh makan dan juga seawal bayi yang baru mula belajar makan solid food. Ianya bagus diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan cirit-birit atau mual muntah sebab gentle to the stomach (nutritive and soothing agent). Kalau cirit-birit dan muntah-muntahkan boleh buat perut kosong jadi elok diisikan perut dengan 'Aru-Root' macam pengganti bubur kosonglah. Ataupun nak elakkan dari masalah kembung perut untuk kanak-kanak atau dewasa. Ini adalah antara sumber makanan yang mudah dihadamkan oleh manusia.

Jika termakan sayur beracun, minum jus aru-root bercampur air dikatakan boleh dijadikan penawar.

  Aru-Root ada pelbagai jenis khasiat lagi boleh rujuk nota Tukang Kebun label 'Ubi Bemban'.
  Bila Tukang Kebun intai pokok-pokok Aru-Root di Petak A dah mula rebah-rebah rasanya dah sampai masa boleh menuai ubi-ubi yang berkhasiat itu. Minggu depan baru Tukang Kebun ada masa nak mula menggali-gali ubinya. Daun-daun kering memang banyak di kawasan ini dari pokok durian dan jambu air, nanti jadi baja juga tu. Musim panas dan kering elok dibiarkan supaya membantu menyejukkan tanah di sekeliling.

  Selain dari itu yang boleh self-collect pada pagi 25/26/27 Mac 2016 juga adalah rizom pokok bunga kantan putih. Yang tidak dapat self-collect boleh membuat pesanan dan akan dipos pada 28Mac 2016.

~ 1 moist bare-rooted rhizome bunga kantan putih RM50.00 (limited stock) ~

Khamis, 11 Februari 2016

Kumpulkan Kapas

  Sementara menunggu dearest husband hard-pruning pokok rambutan sekolah yang dah merimbun besar menyebabkan kawasan sekeliling gelap, Tukang Kebun tuailah buah limau-limau kapas yang dah agak masak. Sebab kawasan dahan-dahan besar pokok rambutan yang jatuh tu dah habis berkeliaran kerengga yang mengamuk sebab rumahnya dah kena usik. Musim rambutan akhir tahun lepas, yang memajak rambutan merah dari Kebun Bahagia Bersama asal buahnya antara dari pokok ini lah. Lepas dah bertempiaran larikan diri dari amarah kerengga, sebelah petang kami buatlah projek kebun mini pisang nangka dan nenas (related posting klik sini).
  Kebetulan Tahun Baru Cina ini banyak buah-buah limau kapas yang sudah masak keemasan bergayut di pokoknya. Tengoklah si Kiki Turkey betina pun nak masuk kepalanya dalam gambar. Biasanya dalam sebakul gambar No.1 di atas tu ada lebih 3kilogram beratnya. Inipun tak terambil lagi semua buahnya, sebab kena distract memangkas pokok kapas di sebelahnya yang makin rimbun nak elakkan dari pokok kapas jadi terlampau teduh. Ambil sahaja bahagian untuk pesanan buah limau mixed dahulu.
    Baka limau kapas ini ada buahnya bulat, ada kekadang buahnya lonjong. Rasanya lebih mirip kepada limau lemon berbanding dengan limau nipis untuk baka pokok limau kapas ini. Rasanya pun tidak semasam buah limau nipis. Baunya juga wangi harum. Biasanya Tukang Kebun suka buat air limau gunakan jenis baka limau kapas ini.

Info lanjut untuk pokok limau kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

1 bekas pokok limau kapas grafted RM15.00 .

1 kilogram buah segar limau mixed RM6.00 (boleh juga dipos).


  Tahun Baru Cina hari pertama sebelah paginya kutip buah limau kapas. Hari kedua Tahun Baru Cina pagi pula kami kutip kapas atau cottonboll. Elok pula cuaca masa Tahun Baru Cina pertama tak hujan, jadi molek kering nak kutip masa pagi Tahun Baru Cina hari kedua. Nampaknya pokok-pokok kapas dalam Kebun Bahagia Bersama sudah mula kitaran musim bunganya semula bila Tukang Kebun intai-intai nampak ada dah bunga nak kembang.

~ Anggaran 20 biji benih 1pek harganya RM3.00 ~
  Sebelum kami petik cottonboll sebenarnya kami gali keluar juga ubi-ubi bemban dari Petak 1 dan Petak 2 untuk pesanan yang diterima. Yang berminat untuk merasa ubi bemban juga boleh self-collect hujung minggu ini atau akan dipos hari Isnin. Hujung minggu ini pesanan terakhir kami ambil untuk ubi-ubi bemban segar. Next pesanan diterima untuk hasil ubi-ubi bemban ialah penghujung bulan March.

~ 1 set ubi bemban RM7.00 ~

Isnin, 1 Februari 2016

Young Fresh Coconut for CNY

   Sempena minggu perayaan musim Tahun Baru Cina untuk tahun 2016 ini, Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan semula kelapa-kelapa muda segar. Dah lama kami berhenti seketika membekalkan kelapa muda. Memandangkan ada long weekend Tahun Baru Cina ini dapat meluangkan masa dengan ahi keluarga atau sanak saudara bolehlah basahkan tekak dengan air kelapa muda yang banyak khasiat.

~ 1 kelapa muda RM2.00 ~

 Isi kelapa parut juga available. Kedua-duanya untuk self-collect sahaja.

 Semalam dengan pertolongan kawan-kawan dearest husband dapatlah kait kelapa-kelapa yang sudah tua di atas pokok-pokok kelapa Kebun Bahagia Bersama. Kadangkala buah kelapa tua jika tidak dipetik dan tidak dapat gugur sendiri boleh jadi kering airnya di atas pokok menjadikan ianya tidak elok digunakan lagi. Jadi lebih baik dikait turun jika dapat. Sekurang-kurangnya dengan ketiadaan kelapa tua di atas pokoknya, pokok akan lebih teruja untuk menghasilkan buah-buah kelapa baru.

~ 3 biji kelapa yang telah dikukur RM5.00 ~

  Untuk minggu Tahun Baru Cina ini sahaja juga kami bekalkan kelapa tua belum dikukur dengan harga 7 biji RM10.00 .
  Sejak kebelakangan ini juga ada permintaan untuk buah-buah pinang ada yang nak muda dan ada juga yang dah tua. Untuk Tahun Baru Cina ini kami buka ambil pesanan untuk buah-buah pinang muda ataupun buah pinang yang sudah tua. Kadangkala tidak dapat kami terima pesanan tersebut kerana kengkangan masa dan tenaga. Sebab very long weekend Tahun Baru Cina kali ini, InsyaAllah. Boleh juga dipos buahnya.

~ 5 biji pinang muda for RM2.00 ~


  Yang ini pula contoh pinang-pinang masak yang dah bersabut jatuh dari pokok. Kadangkala ada juga nak stage pinang yang dah bersabut coklat tu. Boleh juga dipos. Nanti beritahu stage buah pinang yang bagaimana yang diperlukan ya.

~ 3 buah pinang sudah masak RM2.00 ~

  Anak pokok pinang yang dah tinggi lebih 70cm juga ada ready stock berharga sepokok RM10.00 .

Info khasiat buah pinang boleh baca di posting pinang sebelum ini (klik sini).


  InsyaAllah juga available pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini ialah:

~ 1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda daun assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda nam nam RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk gajus muda RM1.00 .
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00
 Ada kebarangkalian juga ada buah nangka yang dah masak ketika itu. Kalaulah ada sebiji RM15.

~ 1 biji nangka muda RM5.00 .
~ 1 kilogram limau mixed RM6.00 .
~ 1 kilogram ciku RM4.00 .
~ 1 kilogram buah canistel RM5.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
 Self-Collect Schedule This Week:

~ 6th/7th/8th/9th/10th/13th/14th 2016 Saturday/Sunday/Monday/Tuesday/Wednesday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie corridor highway).

~ 9th February 2016 Tuesday afternoon from 5:00PM~5:30PM di stesyen Petronas Seksyen 13 Shah Alam depan stadium dekat D'Kayangan.

  InsyaAllah semasa cuti panjang Tahun Baru Cina ini juga ada kebarangkalian Kebun Bahagia Bersama juga dapat membekalkan ubi bemban/Bermuda arrowroot yang akan Tukang Kebun bandicoot keluar dari kebun. Boleh juga dipos bagi yang berminat.

~ 1 ikat ubi bemban/Bermuda arrowroot RM7.00 ~

Info mengenai ubi bemban/Bermuda arrowroot boleh rujuk di postings sebelum ini (klik sini).
  Sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini bagi yang berminat boleh juga dapatkan jenis-jenis beras yang jarang dapat diperolehi di Semenanjung Malaysia selagi stok masih ada. Kita telah 'dibiasakan' membesar makan dengan beras Siam berwarna putih. Tahukah anda ada pelbagai lagi beras yang khasiatnya lebih banyak dari beras Siam yang di-program-kan untuk membesar dengan cepat dan berapa kali strain improved so they can be more resistant to pest and disease kononnya. But we tend to forget that pest also evolved continuously like us human. So it is a continuous work and more money used to keep on developing new strain of rice that is "pest resistant". Sorry melalut pula pagi-pagi ini, tukar jap jadi 'Evolutianary Biologist' instead of weekend gardener. 

  Did we ever wonder, why paddy farmer in Borneo can continuously grow the same variety of paddy from the past up till now with heritage varieties. Even now its still can sustain their family dinner plate. Manusia sekarang we are programmed from small, macam kalau kita suruh warna carrot, warna apa yang akan kita capai? Warna oren kan? Tetapi sebenarnya carrot bukan asal usulnya warna oren. Tetapi warna lain. Tak percaya? Boleh google atau baca di posting sebelum ini yang Tukang Kebun tulis mengenai asal usul carrot (klik sini).

  Warna-warna isi carrot yang pelbagai tersebut juga menghasilkan kandungan khasiat yang berlainan. Begitulah juga kenapa ada kepelbagaian warna-warna beras juga semuanya mempunyai khasiat yang berlainan. Jadi dengan membuat amalan dalam seminggu makan pelbagai jenis beras juga bagus untuk kesihatan kita. Anak-anak Tukang Kebun pun pada mulanya tak biasa juga. Tapi duduk sekejap dengan nenek berbulan jadi mereka sudah di-re-progamme-kan untuk sudah biasa nikmati pelbagai jenis beras dengan rasa dan warnanya pelbagai. Siap boleh bagi reminder dekat Tukang Kebun, bila dah lama habis stok beras heritage ni asyik makan beras siam teringin pula diorang nak makan beras kampung. Open up their world and heighten their experiences, dear mothers.
  Gambar di atas bukan beras yang dah kena goreng hangus ya. Itu antara jenis beras borio yang warna gelap kekadang panggil merah, kekadang panggil hitam. Bila dicuci berasnya, air juga akan mengikut warna berasnya. Tapi jangan terlampau cuci, memang gitu nanti makin kurang pulalah khasiatnya. Nampak macam arang tapi sedap beras ni bila masak itu sebab harganya sekilogram pun mahal. Zaman sekarang charcoal bun pun ada, apa lagi nak pelik dengan beras nampak macam charcoal ni kan. Untuk Tahun Baru Cina ini ada 2 jenis beras dari Borneo available selagi stok masih ada.

~ Beras Borio hitam (SOLD OUT).

~ Beras Pandan Wangi (SOLD OUT) (contoh klik sini). 

~1 Beg tanah bakar RM5.00.

~ 10 biji telur itik RM7.00 .

Isnin, 16 November 2015

Future Petak F moga diam berisi

  Selepas selesai merumput di Petak F minggu lepas (related posting klik sini), takkan nak biarkan kosong pulakan. Jadi curi-curi masa lagi menyelit pokok-pokok tumbuhan jenis berubi atau rizom tanam di situ. Hujung tahun ini lebih banyak fokus tanam makanan jenis berubi atau rizom tak perlu nak risau hasil kena ngap ngap dengan avian sangat. Dah banyak binatang perliharaan berlegar-legar di belakang waktu siang nak kena tukar cara berkebun nanti satu hasil pun tak dapat. Lagipun masih terdapat pelbagai jenis ubi-ubi yang sesuai ditanam di dalam iklim tropika ini untuk dipelajari dalam diri Tukang Kebun yang masih kurang ilmu pengetahuan ini. 

  Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Awin di Petak Hijau buat pertama kalinya dapatlah kami rasa makan fresh ubi sagu larut buat untuk makan tengahari pada Diwali tahun ini. Rebus ubi sagu larut makan panas-panas dengan yakiniku (daging panggang/bakar) versi Japanese suami buat.  Kebetulan lepas baru selesai tuai dan tanam pokoknya semula hujan dah mula turun. Berlari-lari masuk ke rumah terus masak untuk lunch. Terima kasih dekat Ilhan yang temankan Tukang Kebun di Petak F tolong ambil baju bila lihat awan yang hitam. Moga anak-anak rizom ubi sagu larut yang ditanam pada Diwali tahun ini akan tumbuh dengan jayanya dapatlah merasa lagi tahun depan. Manis ubinya. Ada juga yang dah tua tu silap Tukang Kebunnya tak tuai awal-awal. Itu sebab kena catat dalam posting ini bila ditanam untuk nota peringatan.
  Kemudian ubi sago bemban pula dituai semua dari Petak F ini. Kemudian ditanam semula di belah lain dalam Petak F untuk crop rotation. Tempat yang ubi sago bemban dituai menjadi petak tempat ubi sago larut pula tumbuh. Bila check semula rasanya bulan November ini kebarangkalian dah boleh juga tuai ubi sago bemban yang ditanam di Petak A dan Petak B bulan March tahun ini (related posting klik sini). Jika dituai semuanya rasa tak termakan jadi minggu ini Tukang Kebun offer untuk yang teringin nak makan atau buat ubat dengan ubi sago bemban (boleh dipos). 

~ Organik Ubi Sago Bemban 200gram for RM7.00 ~
~ 1 pot for RM7.00 pokok ubi sago bemban ~
  Selain dari pokok mulberry yang juga hidup bersama dalam Petak F ini ialah pokok sayur manis atau asin-asin. Pokoknya baru dicantas jadi baru naik pucuk-pucuk baru semula. Jika nak pokok sayur manis yang merimbun kena juga mencantas supaya ianya dikatakan 'branching' tumbuh dahan-dahan baru. 

 Gambar di bawah ini pokok sayur manis jadi dormant sekejap sebab kurang cahaya matahari terlindung oleh pokok liar bunga telang yang merimbun di atasya. Ini dah nampak bangun semula dengan terkeluarnya tunas-tunas baru. Minggu ini juga ada ready stok baru anak pokok sayur manis yang ditanam bukan melalui keratan tapi dari pembahagian pokok yang dah dewasa sudah mempunyai akar-akar yang panjang mudah hidup di kala musim kemarau. Bila pindahkan pastikan gali dalam ikut panjang akarnya ke dalam tanah, jadi bila kemarau akar pokoknya dah mampu nak hirup air yang terletak lebih jauh dalam tanah. Kalau dekat dengan tanah kan air mula-mula tersejat. Salah satu tips untuk mudah jaga pokok sayur manis tahan lama ketika kemarau jika tiada masa untuk menyiram kerap. Tukang Kebun seminggu sekali pun susah nak cari masa siram dekat Petak F masa musim kemarau.

  Jika kita kerap menyiram akar-akar tumbuhan seperti sayur manis akan jadi manja, malas nak tumbuh akar dan hanya akarnya membesar dekat dengan paras aras atas tanah. Jika kita tak manjakan dengan air tapi amalkan deep watering katakan dalam 3 hari sekali menyiram dengan quantity air banyak. Akan memaksa tumbuhan ini akarnya bergerak jauh ke dalam tanah mencari air. Biasanya masa musim kemarau kita tengok macam takde pertumbuhan je pokok sayur manis ini. Tapi sebenarnya pokok sayur manis ini fokus kepada akarnya yang kita tak nampak menjalar lebih jauh ke dalam tanah mencari air. Tukang Kebun kalau gembur-gemburkan tanah di Petak F ini berselirat jumpa akarnya jauh ke dalam tanah. Kekadang yang terluka bila Tukang Kebun tarik dekat permukaan atas tanah boleh menjadikan tunas-tunas baru anak pokok sayur manis. Salah satu caranya juga untuk menghasilkan pokok-pokok baru sayur manis bukan sahaja dari biji benih ataupun keratan.

~ 1 pot anak pokok sayur manis/asin-asin RM5.00 ~
  Selain dari itu Jumaat lepas ada juga menyelit anak-anak pokok kunyit di Petak F. Moga ayam tak makan tunas-tunas baru dari anak pokok kunyit yang baru timbul. Ayam ini suka tau pucuk-pucuk muda daun kunyit untuk snack dia.
  Syukur Alhamdulillah lepas ambil Ilhan dari sekolah agama kelam kabut kami berdua menuai setandan pisang bantan. Dah beberapa ulas yang masak sudah menjadi santapan makhluk Allah yang bebas di belakang. Sebelum semuanya dah masak, bolehlah Tukang Kebun buat masak lemak cili api pisang muda bantan dengan ikan masin untuk lauk makan malam Jumaat lepas. Sementara nak tunggu Tukang Kebun tukar jadi Tukang Masak bolehlah jadi snack anak-anak yang mana pisangnya dah masak.

Selasa, 18 Ogos 2015

Bandicoot Bermuda Arrowroot

  Salah satu istilah dalam dunia berkebun yang Tukang Kebun dapat pelajari semasa merantau di Adelaide dulu ialah 'bandicoot'. Perkataan ini sering digunakan semasa mengambil ubi-ubi kentang dalam tanah dengan berhati-hati dan membiarkan pokok ubi kentang itu hidup untuk menghasilkam lagi ubi-ubi. Kira macam kita mencuri-curi ubi kentang dari pokok yang masih hidup. Sebab kebiasaannya ubi kentang bila dah sampai musim menuainya yang cukup, terus dicabut pokoknya dan diambil kesemua ubi-ubi untuk disimpan dalam stor elok-elok lepas dikeringkan. Jadi proses mengambil ubi kentang yang dah saiz boleh makan dari dalam tanah dipanggil 'bandicoot' sambil membiarkan pokoknya terus menghasilkan ubi-ubi atau biarkan ubi-ubi yang lain membesar dengan lebih gebu.
   Sabtu lepas Tukang Kebun ada mood nak mengemas sebahagian kawasan tapak nursery kecil di Kebun Bahagia Bersama. Tengah re-lay-out nak alih-alihkan barisan stok pokok ubi bemban perasan ada yang dah terkeluar-keluar ubinya dari bekas. Jadi Tukang  Kebun terus ambil semua stok ubi bemban dan buat re-potting. Sambil-sambil re-potting. sebagai upah Tukang Kebun, bandicoot ubi-ubi bemban yang saiznya dah boleh buat isi perut. Jadi ubi bemban juga boleh amalkan konsep 'bandicoot'. Tengok tu dalam bekas kecil pun mampu pokok ubi bemban menghasilkan ubi-ubi. Ya ubi bemban sesuai untuk container gardening lebih mudah nak tuai ubinya, maklumat lanjut boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

   Selain dari West Indian arrowroot, kadangkala orang barat panggil ubi bemban ni juga Bermuda Arrowroot. Katanya orang asli (Red Indian) di benua Amerika Selatan dulu, gunakan ubi bemben sebagai penawar untuk anak-anak panah beracun. Zaman-zaman dulu banyak perang agaknya. Katanya juga untuk sengatan haiwan berbisa boleh gak cuba, tumbuk-tumbuk sampai dah macam pes, tempek dekat luka yang kena racun. Ada juga yang berpendapat kalau tumbuhan berunsur penawar racun ni, haiwan berbisa takut nak dekat. Mungkin boleh bantu jadi perisai nak elak dari haiwan berbisa di dalam kebun.

 Tetapi untuk dunia sekarang timbul pelbagai jenis allergy terutamanya kepada kanak-kanak kecil seperti masalah-masalah kulit. InsyaAllah ubi bemban boleh menjadi salah satu penawar untuk mengurangkan masalah-masalah kulit seperti eczema. Kalau yang pergi berjemur di pantai sampai kena sunburn pun bolehlah masker 1 badan dengan pes ubi bemban. Tetapi mesti beringat kalau dah masalahnya chronic, bukan sekali dua cuba dah mujarab macam makan ubat kenalah apply beberapa hari di kawasan kulit tersebut. Ubi bemban ini ada natural cooling property macam bedak sejuklah fungsinya juga. Boleh buat natural masker untuk muka juga untuk maintain kulit awek muda. Yalah dalam kes budak-budak berumur bawah setahun, mana boleh makan supplement untuk bantu masalah kulit kan. Jadi salah satu alternative,  pakai raw material macam ubi bemban. 

  Selain itu, ubi bemban ini bagus juga untuk dijadikan salah satu makanan baby first food masa nak perkenalkan solid food. Salah satu sebabnya ialah ubi bemban ini sumber makanan yang mudah dihadam dalam perut, ianya juga gluten-free food. Zaman sekarang pun diperhatikan ramai generasi sedang berperang dengan masalah allergy dengan makanan yang gluten. Dah masuk 3rd trimester pregnancy, ibu-ibu mengandung bolehlah longgarkan  muscle dengan berkebun in preparation untuk dapatkan bekalan sendiri stok ubi bemban for your baby first food. Think about it, how cool will it be bila setiap kali nak prepare stok baby puree, ambil 1 bekas kitar semula macam kotak air yang ada tanam pokok ubi bemban, koyakkan macam buka tin makanan you can harvest many Bermuda Arrowroot tuber for you little precious one. Bukan setakat persediaan makanan untuk baby, tapi manalah tahu tiba-tiba ada masalah rashes or kulit, boleh gunakan pes ubi bemban sebagai cooling down those skin problem. Sekurang-kurangnya adalah bahan semulajadi, kita tak perlu nak risau bahan-bahan kimia buatan. Masa duduk dekat Adelaide dulu Mak Bidan suruh lumur olive oil je kat kulit baby jika takut kering sangat. Takde Mak Bidan nak suggest lumur lotion apa-apa.

  Antara tuaian Sabtu lepas sambil buat kerja dapatlah juga telur itik, ubi bemban dan belimbing besi.

  Cara-cara tanam ubi bemban ada pelbagai dan mudah sahaja, boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

  Cuma di sini Tukang Kebun nak buat ulangkaji untuk method yang (3) dari nodes tangkai ubi bemban baru sebab rasa kurang jelas penerangan yang lalu. Mari perhatikan gambar di atas ini di mana pokok ubi bemban tu atasnya timbul lagi satu pokok baru (anak panah ungu), bila musim hujan boleh terkeluar akar secara semula jadi (tengok zoom gambar terakhir di bawah. Boleh potong bahagian ini dan tanam dalam tanah, dah dapat extra pokok ubi bemban lagi. Ubi bemban ini cepat kita dapat beranak-pinakkan sebab ada beberapa cara mudah nak semai dapatkan pokok-pokok baru.
  Pokok-pokok ubi bemban adalah jenis pokok yang sangat Pet-friendly untuk PETs. Kalau PETs di rumah nibble pun tak de masalah sebab bukan pokok yang toxic. Sangatlah pet-friendly sampai habis ke semua tempat yang dulunya Tukang Kebun ada tanam pokok-pokok ubi bemban dari Petak 1 sehingga Petak 6 all wipe out without a trace. Habis ternakan makan licin. Semua bahagian pokok di makannya. Kekadang perasan ada pucuk-pucuk baru muncul keluar dari tanah, dari ubi yang tersimpan dalam tanah sekejap je dah takde trace new shoots. Menangis dalam hati Tukang Kebun, tapi apakan daya itulah kalau dah mula bela banyak adik-beradik ayam ni. Patutlah sihat walfiat diorang ni, pasrah je lah. Nasib baik masih ada lagi beberapa spot di kawasan lain yang masih selamat daripada kena ngap.

  Tukang Kebun rasa bila ada masa nanti ingatkan nak juga pindahkan beberapa anak pokok ubi bemban dekat bersebelahan pokok jambu mawar. Jauh sikit dari area ayam-ayam bermain dan berpagar. Lagipun keliling jambu mawar tu masih banyak ruang yang boleh digunakan untuk naikkan productivity kebun. Yang best tanam pokok ubi bemban ni sebab sifat toleransinya boleh tumbuh dari full sun hingga light shade. Jadi jika anda ada ruang terhad dan kekurangan cahaya untuk berkebun, ubi bemban letak je di tempat yang kurang dapat cahaya. Dia tak fussy sangat.

~ 1 pot Bermuda Arrowroot for RM7.00 ~