No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 17 Mac 2016

Aru-Root

  Syukur Alhamdulillah akar putih 'Aru-Root' yang seakan macam lobak putih ini juga antara fresh products di Kebun Bahagia Bersama yang mendapat permintaan yang kerap. Sekitar Tahun Baru Cina lepas kami offer bekalkan bagi yang berminat. Next offer pula untuk fresh 'Aru-root' atau lebih biasa dikenali di tanahair kita ini ubi garut/ubi sago/ubi bemban adalah pagi 25/26/27 Mac 2016. Boleh self-collect pada hari tersebut atau membuat pesanan dan akan dipos pada 28 Mac 2016. Tahan lama jika disimpan dalam peti ais dengan baik.

~ 1 ikat Aru-root (5ubi gitu tengok saiz) <SOLD OUT> ~

  Masa minggu Tahun Baru Cina lepas gali-gali mencari ubi Aru-root kami tanam semula di Petak B. Gambar di bawah ialah pokok Aru-root yang baru sahaja di tanam semula selepas diambil ubi-ubinya. Cabut ubinya, dalam kurang sejam tanam semula pokoknya. Pokok berubi yang begitu mudah untuk hidup di cuaca tanah rendah Malaysia.
  Hujung minggu lepas masa Tukang Kebun sekeluarga berjalan-jalan di Tamu Gaya, ada Chinese Auntie peminat rambut kerinting Abby kata 'Aru-Root' ini sedap rebus buat sup campur dengan red dates. 'Aru-Root' ini orang mengandung pun boleh makan dan juga seawal bayi yang baru mula belajar makan solid food. Ianya bagus diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan cirit-birit atau mual muntah sebab gentle to the stomach (nutritive and soothing agent). Kalau cirit-birit dan muntah-muntahkan boleh buat perut kosong jadi elok diisikan perut dengan 'Aru-Root' macam pengganti bubur kosonglah. Ataupun nak elakkan dari masalah kembung perut untuk kanak-kanak atau dewasa. Ini adalah antara sumber makanan yang mudah dihadamkan oleh manusia.

Jika termakan sayur beracun, minum jus aru-root bercampur air dikatakan boleh dijadikan penawar.

  Aru-Root ada pelbagai jenis khasiat lagi boleh rujuk nota Tukang Kebun label 'Ubi Bemban'.
  Bila Tukang Kebun intai pokok-pokok Aru-Root di Petak A dah mula rebah-rebah rasanya dah sampai masa boleh menuai ubi-ubi yang berkhasiat itu. Minggu depan baru Tukang Kebun ada masa nak mula menggali-gali ubinya. Daun-daun kering memang banyak di kawasan ini dari pokok durian dan jambu air, nanti jadi baja juga tu. Musim panas dan kering elok dibiarkan supaya membantu menyejukkan tanah di sekeliling.

  Selain dari itu yang boleh self-collect pada pagi 25/26/27 Mac 2016 juga adalah rizom pokok bunga kantan putih. Yang tidak dapat self-collect boleh membuat pesanan dan akan dipos pada 28Mac 2016.

~ 1 moist bare-rooted rhizome bunga kantan putih RM50.00 (limited stock) ~

3 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum diana
lama nya kaknoor tak kesini sorryyyy ya
ubi garut ni tak rasa nya tak pernah pun kaknoor jumpa kat brunei ni
atau kaknoor yg tak tau sebenarnya..
aduh mahal jugak yang bunga kantan putih tu, kaknoor hanya ada bunga kantan pink je..

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Kak Noor.

Dekat tamu Sabah ini kadangkala ada juga yang menjual ubi garut ni Kak Noor.
Bagus untuk sejukkan badan masa musim panas ni.
Baby baru belajar makan pun boleh diberikan juga sebab mudah digest.
Lama gak nak tunggu kantan putih ini merimbun baru dapat offer.
Tukang Kebun nak bahagi-bahagikan pun sayang.

Unknown berkata...

Salam..dekat area lembah Klang Ada juak x