No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Sansevieria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sansevieria. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Disember 2020

Ceylon Bowstring Hemp Flower

Minggu ini rajin sikit Tukang Kebun duduk di luar rumah malam-malam kekadang lebih waktu tengah malam asyik buat kerja dan asyik tengok pokok bunga lidah mertua yang mula musim bunganya. Tak lepaskan peluang sebab pokok lidah mertua ni bukan mudah nak berbunga selalu. Apatah lagi jenis species Sansevieria zeylanica atau dengan nama yang lebih dikenali sebagai Ceylon Bowstring Hemp. Selain dari Asia Tenggara, pokok ini juga berasal dari Sri Lanka. Ceylon tu nama lama negara Sri Lanka. 
Cuma kekadang bila asyik nak selesaikan kerja, tiba-tiba dalam waktu tengah malam datang bau harum semerbak jadi naik bula roma. Rasa nak cepat-cepat masuk rumah. Tukang Kebun lupa yang dalam jarak 2 meter je pasu bunga ni dengan portable desk work tempat menaip siapkan kerja. Internet dalam rumah tiada coverage. Kalau nak internet coverage kena duduk tepi kebun buat kerja, malam pun kenalah juga tahan serangga malam. Papa Abby pula tak sanggup nak meneman Tukang Kebun buat kerja kat luar. Jangan ingat yang bunga harum sundal malam dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam je bau semerbak malam-malam. Pokok bunga lidah mertua jenis ini pun tak kalah bau harumnya. Semerbak sangat macam ada benda lalu tiba-tiba. Pokok bunga putih biasanya aroma bau harum kuat malam-malam untuk panggil serengga malam ke dia bagi bantuan pendebungaan. Berlainan dengan strategi pokok yang warna dia terang benderang macam merah, kerana warna mereka dah cukup menjadi tarikan untuk serangga pergi kepadanya.
Jika dah nampak tangkai bunga seperti di atas keluar akan ambil masa lagi 2 minggu untuk mekar berbunga. Kena tunggu flower bud dia membesar macam gambar di bawah dahulu.
Inilah pasu bunga Ceylon Bowstring Hemp Flower yang teman Tukang Kebun buat kerja malam-malam kalau tak tersiap tugasan belah siang.
Yang peliknya pokok bunga Sanseviera zeylanica yang ni je berbunga, yang lain pula tidak. Apa yang berbeza ialah bulan lepas mak ada pesan kat suami Tukang Kebun pindahkan 2 pokok pasu species ini dari bawah teduhan pokok tarap ke tempat yang terima cahaya matahari sepanjang hari. Tapi cuma satu pasu je yang berbunga lepas pindah, bezanya mungkin sebab Tukang Kebun nakal buang selit antara celah pokok tersebut buah limau masak yang dah busuk tak terpakai. Adakah itu sebabnya?
Cantik kan bunga pokok lidah mertua ini? 
Sama-sama cantik je macam pokok bunga harum sundal malam.
Selain dari itu, ianya amat mudah dijaga. Biarkan sahajalah terdedah di cahaya matahari dan tak perlu siram. Jimatkan air anda kerana ini adalah water-saving atau drought-tolerant plant. Biarkan hujan yang tolong siram sudah memadai.

Isnin, 15 Jun 2015

Lidah Mak Mertua

  All time favourite plant yang berdekad-dekad masih bukan out of fashion digemari dalam landscape ialah pokok Lidah Mak Mertua. Tukang Kebun rasanya memang sentiasa membesar dengan Lidah Mak Mertua dalam kebun dari kecil lagi. Dari childhood di Shah Alam hinggalah zaman remaja pindah di Sungai Buloh. Penjagaan pokoknya tidak remeh dan amat mudah sekali hidup dalam pasu walaupun sibuk kerana keperluan airnya tidak banyak. Ianya sesuai juga dijadikan sebagai indoor plant, dalam tandas pun boleh. Bukan sekadar hiasan ya. Tapi pokok ini telah dikaji bagus untuk buat agen semulajadi 'air purifier' untuk menyerap buang racun di udara seperti bahan kimia nitrogen oxides dan formaldehyde. Jika Tukang Kebun tahu dulu, ada juga nak bela dekat-dekat benchwork makmal dulu pokok lidah mak mertua ni. Kalau tiada ruang di rumah, boleh tumpang buat koleksi Lidah Mertua dekat pejabat. Cakap dekat Boss, save cost as air purifier.

  Oleh itu Lidah Mak Mertua ini bagus dijadikan sebagai house-warming gift. Kita boleh galakkan orang yang belum jejak kaki ke dalam dunia gardening dengan jinak perkenalkan tumbuhan yang mudah bela ini. Lidah Mak Mertua is a hard to die plant as long as you don't overwater dan akar dia tak berendam dalam air lama. Kalau orang bagi alasan busy, kata je cukup seminggu 2 ~ 3 kali siraman dah memadai. Pokoknya pun boleh dikaitkan dengan element teratur Feng Shui.
 Kalau orang Jepun panggil pokok Lidah Mak Mertua ni sebagai ekor harimau. Tepi daunnya bergarisan kuning manakala antara garisan tersebut berbelang-belang macam ekor harimau. Lidah Mak Mertua juga menghasilkan bunga yang berwarna putih bermisai-misai sangat menawan. Tak kalah dengan misai harimau. Dari celah-celah rumpunan daunnya akan keluar meninggi sedikit demi hari tangkai bunganya. Lebih kurang macam lengang lengok tangkai bunga Harum Sundal Malam progressnya terbentuk. Cuma pokok Lidah Mertua ini daun lebar memanjang tinggi tak pening kepala macam pokok Harum Sundal Malam nak merumput di celah-celahnya. 
  Kecantikan kembang mekar bunganya juga tak kalah seperti pokok bunga Harum Sundal Malam. Baunya juga wangi tapi takdelah semerbak macam bunga Harum Sundal Malam pada tengah malam. Baru Tukang Kebun faham kenapa Big Boss gemarkan pokok ini, bila tengok keanggunan indah mekar bunganya pasti akan rindu nak tengok lagi. Kalau di Kebun Bahagia Bersama biasanya pokok Lidah Mertua ini musim bunganya kira-kira dalam lingkungan 2nd quarter of the year.
~ 2 moist bare-rooted pokok lidah mertua (Sansevieria trifasciata) for RM5~

Khamis, 26 Mac 2015

African Spear

   African Spear yang mudah dijaga dan tahan kemarau adalah tumbuhan yang sesuai ditanam dalam pasu.  Seperti pokok kaktus, seminggu sekali disiram pun sudah memadai. Nama botani bagi African Spear ialah Sansevieria cylindrica. Ianya adalah adik-beradik kepada pokok lidah jin atau juga dikenali sebagai lidah mertua. Berbeza dengan jenis lidah mertua yang lain di mana daun batangnya adalah rata, African spear batang daunnya membulat seperti silinder. Sekali imbas tengok macam pedang samurai warna hijau atau pedang sakti.
  African spear akan teruja menghasilkan bunga apabila dirinya terdedah kepada musim kemarau. Panjang tangkai bunganya seperti batang daunnya. Bulan March 2015 ini adalah musim bunga pelbagai jenis lidah jin di Kebun Bahagia Bersama. Kalau gardeners yang selalu kata tangannya tak hijau atau tak pandai menanam, adik-beradik lidah jin seperti African spear ini sesuai dicuba untuk menambahkan keyakinan anda bersama-sama menghijaukan bumi ini. This is hard to kill plant if you don't over-water. Lazy gardener memang suka pokok lidah jin ini sebab tak banyak kerja, nak menyiram pun jarang sekali tapi laman kita sentiasa evergreen dengan adanya lidah jin. Malas-malas pun jaga dia nanti dihadiahkan bunga juga.
   Bonus diberi oleh African spear juga ialah dikatakan jenis tumbuhan yang boleh membantu membersihkan udara yang mengandungi molekul-molekul beracun berterbangan seperti kimia benzene, formaldehyde, xylene, toluene. Mereka yang baru buat renovation rumah/opis atau baru berpindah ke rumah baru elok gunakan adik-beradik lidah jin sebagai air purifier. African spear ini boleh sangat hidup dalam pasu dan dijadikan indoor plants untuk ubah-ubah tempat nak bersihkan pencemaran udara dari bahan kimia yang tidak bagus. Kalau baru beli perabot baru atau polish/varnish perabot masih kuat bau yang tidak menyenangkan, si African spear sedia membantu nak kurangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Bukan sahaja indoor plant yang menarik tapi good air purifier. Bunganya pun sangat meriah dan menarik.

~ African Spear (Sansevieria cylindrica) ~
1 moist bare-rooted plant RM7.00 .
Penghantaran 1 Malaysia (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 26 Oktober 2014

More Light on Deepavali

  Pada sebelah pagi Hari Diwali, projek darling husband ialah berhajat untuk buat hard-pruning pokok belimbing besi yang sedang berbunga lebat dan merimbun tinggi mencecah wayar elektrik di sebelah depan pagar rumah. Walaupun kerap berbunga tak pernah (atau tak perasan) berbuah selama ini. Kebetulan sebelum tidur sebelum pruning ada tukang kebun telephone Tuan Tanah tiba-tiba terkeluar cerita pasal belimbing besi depan pagar rumah tu. Tuan tanah kata nak potong pun tak pe kalau asyik merimbun tapi tak berbuah boleh ganti dengan pokok lain kemudian.
  Sebab dah banyak praktis pruning pokok belimbing besi tu, memang cepat darling hubby pangkas dahannya. Sampailah dia panggil tukang kebun ke mari suruh tarik sebab dahan tu nanti sangkut dekat wayar elektrik nak tampung berat dahan-dahan yang dipangkas jatuh macam domino nanti. Bila tukang kebun dongak.....rupa-rupanya banyak buah yang dah dangling dangling lebih besar dari ibu jari. So I said STOP. Main nak cepat pangkas tapi tak perhati betul-betul dulu. Lihat gambar pertama ada satu buah cinonet dah mula develop keluar dari kelopak bunga. Bunga belimbing besi juga sangat cantik.
  Tak sangka pula musim bunganya kali ini menjadi-jadi juga ada buahnya kena well-pollinated. Masa tukang kebun perhati bila dah pangkas-pangkas memang masih ada lebah-lebah berterbangan hinggap ke bunganya yang masih meriah di pokok belimbing besi itu. Pokok belimbing besi ini bila pangkas, cepat je merimbun semula memang dalam setahun sekurang-kurangnya 2 kali kena hard-pruning. Mungkin sebab merimbun sangat kurang mendapat cahaya untuk buahnya membesar dengan baik atau tukang kebun tak perasan dapatlah habuan ke mahkluk lain. Jadi kali ini harapnya ada rezeki nak tuai belimbing besi dan banyak dah cahaya yang didapat setelah dipangkas-pangkas dahan yang besar dan tinggalkan beberapa dahan muda di pokoknya. Amboi macam tahu je takut kena potong habis Si belimbing besi ni. So on Deepavali, we learn a few things in the garden. 
 Salah satu benda yang dipelajari juga ialah betapa cepatnya buah katak puru mula dah nak belajar berbuah. Setelah projek pangkas belimbing besi tamat, kami kemas pula kawasan luar tembok depan rumah sepanjang parit. Big boss dulu ada tanam beberapa anak pokok katak puru sepanjang parit tersebut. Tuan tanah memang sukakan pokok katak puru yang renek dan kanopi-nya, selalu kata nampak cantik di matanya. Selalu pesan pergilah tanam anak-anak pokok katak puru dekat belakang sepanjang tembok tu (not tukang kebun punya priority so pending job). Tak sangka pula pokoknya yang masih kecil lagi dari pokok pisang dah mula berbunga bila tengah nak mengemas pokok pandan di sebelahnya.
  Pokok-pokok lidah jin dah padat sangat dekat depan tembok memang dah kena cabut-cabut kasi ruang jadi yang ini tukang kebun serah dekat darling hubby (berpuluh-puluh dan berpeluh-peluh jugalah nak cabut). Lidah jin luar tembok ni rajin berbunga tapi bila dah padat sangat susah jadinya nak nikmati kecantikan bunganya tu.While he do that, tukang kebun pula cabut weed macam 'hempedu bumi' dan pruning pokok-pokok yang tak besar sepanjang parit depan tembok luar rumah (nak kena hati-hati berdiri antara parit). Beratus-ratus pokok hempedu bumi jugalah nak cabut, sini hempedu bumi consider 'invasive weed', lenguh tangan hari ini mencabutnya.
  Dekat depan pokok-pokok lidah jin dan sebelah parit tu ada pokok jambu tumbuh sendiri. Terkejut tukang kebun tengok pokoknya dah berbuah nampak macam species jambu batu. Rasanya macam takde lama pokoknya tumbuh di situ cepat je matang. Padahal setiap kali kemas, kami bagi hard-pruning dekat pokok jambu batu tu jadi renek bonsai. 
  Tengahari kami bergegas ke Bandar Sunway ada jemputan menyambut Deepavali bersama-sama dengan kawan lama Tuan Tanah. Dah lama tak makan masakan India, dapatlah isi perut banyak-banyak lepas work-out di kebun. Thank you for the invitation Uncle Marimuthu. Balik singgah Sunway Pyramid beli barang dapur, rasanya nak dekat dua bulan tak jejak kaki di shopping complex besar.

Ahad, 26 Mei 2013

Lidah Jin Berbunga

Bunga Lidah Jin

Awal bulan Mei lepas, tukang kebun mendapat kejutan apabila nampak lidah jin keluarkan bunga di tempat yang agak terlindung mendapat cahaya matahari sebab jarang membelek ke tempat tersebut. Kagum melihat bunga putihnya yang menawan hati. Bunga lidah jin juga banyak mengeluarkan sesungut atau misai seperti rama-rama.
Pokok Lidah Jin berbunga

Di lokasi yang berlainan di kawasan kebun, pokok-pokok lidah jin mempunyai musim bunga hampir serentak. Oleh itu, pokok lidah jin mempunyai musim bunga pada waktu yang tertentu atau seasonal disebabkan faktor cuaca musim hujan dan musim kering atau perubahan cuaca.
lidah jin bunga 1