No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label UNESCO Heritage. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UNESCO Heritage. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2020

14th Wedding Anniversary Challenge Climbing Kinabalu

Syukur Alhamdulillah semasa fasa PKPP yang masih jumlah jangkitan Covid-19 berkurangan pada pertengahan August 2020 lepas kami dapat mendaki Gunung Kinabalu seperti yang telah dirancang hujung tahun lepas. Ini adalah kali kedua percubaan kami menaiki Gunung Kinabalu di mana kali pertama adalah awal tahun January 2019 (Related Posting - Klik Sini). Kami hanya membawa Ilhan Mikhail (13 tahun) dan tidak bawa Rayyan Haniel (10 tahun) bersama untuk pendakian Gunung Kinabalu kali ini. Kali ini semasa mendaki Kinabalu kami dapati pada altitude tinggi ada pokok yang sedang berbuah di mana seakan buah raspberry dan boleh juga dinikmati.
Setelah berkurung lama kerana PKP dengan berat badan pun makin meningkat dan kurang stamina tak sempat nak buat persediaan. Rasa macam buat kerja gila juga panjat Gunung Kinabalu kali ini dengan keadaan tak fit langsung. Tetapi nak tarik diri pun dah selesai bayar tunai dari tahun 2019 lagi untuk menempah slot. Ada had pendaki Gunung Kinabalu setiap hari. Jika sempadan dibuka memang kena booking awal sebab daki Gunung Kinabalu adalah aktiviti popular di kalangan pelancong antarabangsa ke Sabah. Bila Taman Kinabalu dibuka dengan fasa PKPP siap boleh walk in sebelum pukul 9 pagi sebab banyak slot kosong akibat sempadan tidak dibuka dan kurang pelancong ketika itu. Ramai ambil peluang untuk daki Kinabalu semasa PKPP kerana harga pun sangat diskaun berbanding kebiasaannya.
Ilhan antara sampai paling awal dalam group kami di stesen Panabalan. Pastu terus tidur lena atas katil. Kemungkinan dia pening-pening sikit sebab naik laju dan ada rasa altitude sickness. Kali ini kami menginap di Lemaing Hostel dengan satu kumpulan 4 orang Korea. Nasib baik Guru HEPA dan warden  asrama bagi kebenaran Ilhan balik untuk daki Gunung Kinabalu walaupun ketika itu clash dengan bengkel robotik.
Daki Gunung Kinabalu kali ini masih dengan group sama masa pendakian Gunung Kinabalu tahun lepas cuma Rayyan dan nenek tak ikut. Yang baru join kami kali ini ialah tunang adik perempuan Tukang Kebun. Bulan lepas dah selamat akad nikah mereka berdua (Related posting - Klik Sini). Perjalanan dari Gate Timpohon ke Panalaban Station kali ini ambil masa lebih kurang sama dengan tahun lepas. Dengan langkah kecil kali ini kurang ada rasa kaki kejang dan tiada masalah apa-apa seperti altitude sickness kecuali stamina yang tak banyak dan penat angkat berat badan berlebihan sendiri. Ketara sangat semasa PKPP naik badan dengan seluar hiking tahun lepas sikit lagi tak boleh pakai, sendat teramat.
Gambar di atas adalah pemandangan pekan Kundasang dari Panabalan Station. Syukur Alhamdulillah hari kami mendaki ke Panabalan Station tidak hujan dan cuaca sangat baik.
Kebetulan hiking Gunung Kinabalu kali ini sama hari dengan Wedding Anniversary yang ke 14. Masa badan sihat belum sakit-sakit lagi hari pertama di Kinabalu macam bulan madu di atas awan with one kid tagging along. Restoran pun di atas awan hehehe...cuma rindu daging lamb tiada kali ini semasa PKPP mungkin tak kesampaian stoknya. Biasanya di Panabalan menu makan malam ada masakan daging lamb.
Tahun 2020 ini langsung tak naik kapal terbang. Maka kenalah daki Gunung Kinabalu kalau nak berada atas awan. 
Bila dah lepas Sayat Sayat Hut last check point mulalah kaki dah terasa penat dan mungkin sebab dengan keadaan kekurangan oksigen sudah menguji mental.
Bila sampai selari dengan Low's Peak di Gunung Kinabalu bolehlah senyum sekejap.  Kemudian dah mula kabus tebal rasa mental balik nak patah balik je rasa dengan hujan gerimis bermula. Dalam gerimis dengan kabus tebal tak nampak apa yang ada di hadapan jadi tak boleh agak jarak nak sampai ke last check point untuk dapatkan sijil warna dah berjaya panjat Gunung Kinabalu tu. Mula la grumpy dan asyik nak marah-marah je hubby hahaha...bukan rasa mood ala-ala honeymoon lagi tapi macam kena dera dan bully je masa hari wedding anniversary sobsobsob...
Bahaya juga pada beberapa meter terakhir nak sampai ke tempat papan tanda Kinabalu Park World Heritage tu. Suami punya rambut pun macam penuh air batu je dengan gerimis dalam cuaca sangat sejuk berangin. Nasib guide tak suruh patah balik sebab dah hujan alang-alang sikit lagi nak sampai pun. Jika hujan biasanya malim/guide akan suruh pendaki-pendaki patah balik atas keselamatan.
Syukur Alhamdulillah kali ini Tukang Kebun dan Ilhan Mikhail berjaya juga sampai ke puncak Gunung Kinabalu nak dapatkan sijil warna hehehe... Kesian Ilhan lama dah tunggu Tukang Kebun dan hubby nak sampai ke puncak. Tapi memandangkan dia dah tunggu lama, guide bawa je Ilhan balik dulu sebab dah mula hujan. Jika kanak-kanak memang kita kena ambil guide khas untuk dia seorang masa SOP ketika itu.
Cuma papa Ilhan hairan juga kenapa ramai makcik-makcik mohon confirmation gender Ilhan ini kerana mereka rasa dia girl. Adui jambu sangat ke muka anak mama ni pakai hood masa turun Gunung Kinabalu.
Dekat nak puncak Kinabalu pun masih ada tikus liar berjalan-jalan di situ mengharapkan pelancong-pelancong sedekahkan makanan. Kali ini dah berjaya Tukang Kebun sampai puncak Kinabalu tapi bila nak turun lenguh kaki semacam nak menahan dah overused agaknya. Dari Panabalan Stesen Tukang Kebun turun ke Timpohon Gate nak dekat 1:00PM dan sampai dah hampir gelap dah pukul 6:00PM lebih. Masa perjalanan turun halfway dah hujan. Boleh juga tonton video hiking Gunung Kinabalu kali ini di link bawah:





Ahad, 11 Oktober 2020

Mehmed Pasa Sokolovic Bridge and Andrichtown

Tempat lawatan utama yang dibawa oleh penganjur persidangan antarabangsa AGROSYM (related posting klik sini) iaitu University of East Sarajevo kepada peserta-peserta adalah tempat yang telah dimasukkan dalam senarai UNESCO World Heritage iaitu Mehmed Pasa Sokolovic Bridge pada tahun 2018. Pada hari kedua selepas pendaftaran dibawa peserta pergi lawatan ke kawasan Visegrad. Biasanya pihak penganjur rotate tempat lawatan samaada kawasan Mostar atau kawasan Visegrad selang tahun. Kedua-dua kawasan ini mempunyai jambatan yang telah dibaikpulih semula yang telah menyaksikan peperangan Bosnia tahun 90-an yang sangat tragis ketika itu dan mempunyai banyak nilai sejarah tersendiri. Hari pertama sampai ke lapangan terbang antarabangsa Sarajevo, Tukang Kebun dah terus bergerak naik keretapi ke bandar bersejarah Mostar (related posting klik sini), jadi dapatlah saksikan dengan mata sendiri jambatan di Mostar juga.

Perjalanan ke kawasan Visegrad adalah kawasan berbukit bukau boleh pening jugalah bila naik bas jalannya berliku di lereng bukit. Tetapi pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah seperti dalam bacaan buku dongeng kanak-kanak berlatarbelakang zaman dahulu di negara Eropah dengan lalu beberapa perkampungan dengan siap ada pasture keliling rumah untuk ternakan makan rumput. Jambatan ini terletak di atas Sungai Drina di bahagian Timur Bosnia and Herzegovina. Bersih dan cantik warna sungainya seperti warna zamrud tetapi tersimpan banyak kisah sedih di sini di mana banyak mayat-mayat tidak ditemui ketika perang genocide dicampak ke dalam sungai Drina ini sehingga kini masih banyak mayat tidak ditemui. Bahkan bermula perang di kawasan ini adalah bermula dengan kes tragedi di mana beberapa lelaki diculik dan dibawa ke tebing sungai Drina dan ditembak mati menjadi cetusan Visegrad massacres bermula. Pelbagai initiatif dilakukan untuk mencari mayat-mayat tersebut di dalam sungai atau tasik di kawasan Visegrad sehinggakan rangka tulang mayat dari perang dunia kedua juga dapat ditemui secara tidak sengaja.
Kelihatan tenang sahaja sungai ini dengan pemancing-pemancing di tepi sungai memancing. Tetapi kawasan inilah banyak pertempuran darah berlaku ketika perang Bosnia pada awal tahun 1990-an. Tradegi yang mengorbankan beribu orang etnik Bosniak di kawasan ini dikenali sebagai "Visegrad massacres" yang termasuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa, walaupun jumlah bilangan majoriti kawasan ini adalah dari  etnik Bosnia Bosniaks berbanding kumpulan yang menganiaya iaitu etnik Bosnia Serbs. Bila Tukang Kebun melawat Bosnia ini baru ada timbul kesedaran yang tinggi kenapa bila buat kajian menggunakan soalan survey di bahagian profil respondent pentingnya maklumat socio-demografi. Bukan sahaja di sini mempunyai kesan perubahan demografi profil ratio etnik tetapi juga berlaku seperti di pekan kecil Stolac di mana ramai penduduk asal dari etnik Bosniaks masih belum pulang semula ke kampung mereka seperti yang diterangkan oleh guide kami yang dirinya sendiri terlibat semasa peperangan (related posting klik sini) bila Tukang Kebun tanya banyak lagi rumah-rumah dan kedai kosong tanpa penghuni.
Sebab utama jambatan ini mendapat pengiktirafan kawasan UNESCO World Heritage bukanlah sebab nilai kebudayaan tetapi nilai design pembinaan jambatan ini yang ilham dari arkitek terkemuka pada zaman bermula pembinaannya iaitu Mimar Koca Sinan. Beliau adalah seorang yang terkemuka dalam bidang arkitek dan civil engineering pada zamannya semasa kawasan Visegrad ini adalah di bawah empayer Turki Ottaman. Jambatan ini siap dibina pada tahun 1577. Bendahara atau Perdana Menteri  yang teramat bijaksana pada zaman empayar Turki Ottaman ketika itu berasal dari kawasan ini.
Malahan jambatan dan sungai Drina ini menjadi sumber inspirasi penulisan buku bertajuk "The Bridge of Drina" yang diterbitkan pada tahun 1945 di mana penulisnya Ivo Andric memenangi anugerah Noble Prize untuk penghasilan buku ini. Tukang Kebun pun belum sempat lagi baca buku ini, moga suatu hari nanti berkesempatan membaca buku tersebut.
Salah satu aktiviti di kawasan ini ialah menaiki bot menikmati pemandangan sepanjang Sungai Drina. Pelbagai rumah berbentuk style cottage dapat dilihat di sepanjang tebing Sungai Drina. Hasil tanaman yang telah selesai dituai dikeringkan untuk menjadi sumber makanan ternakan tenusu pada musim sejuk kemudian.
Selain daripada menikmati design arkitek jambatan Mehmed Pasa Sokolovic ada juga tempat-tempat menarik lain yang boleh dilawati di kawasan Visegrad ini. Antaranya adalah seperti Dobrun Monastery (related posting klik sini) yang tempat beribadat mempunyai sejarah yang lama. Boleh juga ambil gambar bersama monumen Mehmed Pasa Sokolovic yang berwarna hijau ini yang telah mengerahkan jambatan ini dibina selaku Perdana Menteri atau Bendahara Empayer Turki Ottaman pada masa itu. Jambatan tersebut juga diberikan nama mengikut gelaran beliau.
Berdekatan dengan Jambatan Mehmed Pasa Sokolovic ada tempat pelancongan terbaru yang dinamakan Andrichtown rasanya sempena Noble Prize Winner Ivo Andric yang mengarang kisah warisan berkaitan dengan kronologi jambatan ini dari punca ianya dibina hinggalah perang dunia pertama dengan tajuk novelnya "The Bridge of Drina".
Dalam kawasan ini yang nampak ada ciri bazaar juga ini ada juga panggung wayang yang kami sempat masuk tengok mini movie tak berapa faham cerpen kisah apa sangat sebab deep sangat story dia.
Sementara tunggu giliran naik bot meyusuri Sungai Drina kami jalan-jalan dalam kawasan Andrichtown ini. Rombongan bilangan bas pun sebanyak 8 buah bas punya lah ramai peserta.
Unik sungguh tengok pelbagai jenis tingkap di dalam bangunan ini. Cabaran juga nak buat tingkap yang bentuk melengkung seperti gambar di bawah di mana kita boleh kasi masuk angin melalui lubang-lubang tapi tertutup dari orang atau binatang besar nak masuk melalui tingkap. Salah satu cara selain dari gunakan grill besi kan untuk halang dari kena masuk melalui tingkap.
Syukur Alhamdulillah semasa lawatan di Bosnia I Herzegovina dapat kami lengkapkan lawatan ke semua kawasan UNESCO World Heritage yang telah berjaya masuk dalam senarai ketika itu. Di Bosnia I Herzegovina ada 3 tempat sudah dapat iktiraf UNESCO World Heritage site:

(1) Old Bridge Area of the Old City of Mostar (2005) (CLICK HERE).
(2) Mehmed Pasa Sokolovic Bridge (2007) (Posting ini).
(3) Stecci Medieval Tombstones Graveyards (2016) (CLICK HERE).


Khamis, 8 Oktober 2020

Air Terjun Pliva, Jajce, Bosnia I Herzegovina

Di kawasan Bosnia, air terjun yang popular untuk dilawati oleh orang tempatan pada musim panas adalah air terjun Pliva di Jajce, manakala di kawasan Herzegovina pula adalah air terjun Kravice (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah sebelum kami berangkat pulang ke tanahair setelah selesai langsai kerja hakiki di Bosnia I Herzegovina sempatlah kami melawat air terjun indah di Jajce ini. Keunikan air terjun ini adalah ianya mengalir di tempat di mana sebuah pekan berkembang atau asas penempatan awal telah dibangunkan di kawasan ini sebelum zaman middle ages lagi menjadikan asas tamadun warisan budaya di kawasan ini.
Kawasan pekan berdekatan air terjun Pliva ini iaitu pekan Jajce sebenarnya adalah kawasan istana dan linkungan kubu zaman Medieval atau Middle Ages. Di sini kita boleh lihat penempatan baru blend bersama tembok bangunan peninggalan bandar purba semasa zaman Medieval ketika Bosnia Kingdom sebelum kedatangan penaklukan empayar Turki Ottoman.
Di kawasan bahagian bawah aliran air terjun ini ada platform di mana pelancong boleh rasa percikan air dari air terjun yang sedang dalam senarai tentatif untuk gazzette sebagai UNESCO World Heritage Site. Salah satu keunikan air terjun ini ialah ianya terbentuk dari aliran dua batang sungai iaitu pertembungan Sungai Pliva dan Sungai Vrbas.
Walaupun tempat ini lebih popular dilawati ketika musim panas kerana pelancong tempatan mencari tempat yang kurang panas untuk menikmati aktiviti air pada musim panas, pemandangan sekitar air terjun ini ketika awal musim luruh pun sangat indah bagi pelancong yang berasal bukan dari cuaca 4 musim seperti Tukang Kebun ini.
Sambil berjalan kaki menurun ke kawasan platform air terjun Pliva ini, ada beberapa tempat untuk ambil nafas berehat sambil menikmati pemandangan yang indah pada musim luruh.
Semasa Tukang Kebun lawat Air Terjun Pliva ini ada juga beberapa keluarga pelancong bangsa Arab yang melancong di sini. Menurut guide kami, ramai pelancong bangsa Arab suka datang kawasan ini dengan kereta sewa.
Lawatan kami ke Air Terjun Pliva ketika itu kedatangan pelancong tidak beberapa ramai jadi selesa dan tenang menikmati keindahan sekitar air terjun ini. Kuat juga percikan air terjun ini boleh basah jugalah baju jika berada berdekatannya lama.

Jumaat, 18 September 2020

Rayyan Cuba Climb Kinabalu

Pada tahun 2019 lepas, banyak jugalah milestone achievement Rayyan Haniel, antara satunya ialah cuba daki trail ke Gunung Kinabalu. Adik perempuan Tukang Kebun yang uruskan permit untuk dapatkan kami daki ke Gunung Kinabalu dan bukan melalui operator pelancongan supaya dapat bawa Nenek Rayyan dan juga 2 orang anak buahnya Ilhan Mikhail (11 tahun) dan Rayyan Haniel (9 tahun).  Jika urus sendiri kalau Sabahan tak termasuk bayar guide dalam RM250 lebih termasuk penginapan dan lain-lain untuk seorang pendaki. Dalam kumpulan kami ini seramai 7 orang hanya adik perempuan Tukang Kebun yang bakal menikah awal bulan depan dah pernah naik, yang lain pertama kali. Cuma kena hati-hati sebab adik perempuan Tukang Kebun pun terkena scam pada asalnya bila nak tempah untuk kami semua melalui agen sama yang dia gunakan masa pendakian pertama dia. Sekali hairan kenapa tak dibalas-balas bila siasat rupanya ramai yang dah kena scam dan sudah membuat laporan polis. Jadi adik Tukang Kebun tekad uruskan sendiri bila ada slot penempahan dibuka oleh Taman Taman Sabah. Urusannya ambil 2 hari juga sebab sesak ambil no giliran sampai kena tunggu hari keesokkannya. Bila urus sendiri jauh lebih murah dari melalui tour operator.
Jika tak silap Tukang Kebun 2 orang kanak-kanak maksimum kena ada 1 malim (guide) bersama, manakala 5 orang dewasa maksimum kena ada 1 malim. Jadi group kami dijaga oleh 2 malim lah. Mula-mula perancangan Ilhan bawa 1 beg, tapi lepas dah 2 kilometer naik si Ilhan dah mula nak menangis tak larat bawa beg jadi papa Ilhan yang mengangkut 2 beg depan belakang sehinggakan ada pendaki dari Netherland tanya papa "berapa kali naik Kinabalu dalam seminggu". Ini memang sah yang Dutch man ni ingat papa malim juga hehehe...
Group ni terpisah 2 jugalah seperti biasa geng laju dan geng kura-kura. Geng kura-kura biasalah Tukang Kebun dan Rayyan dalam nak dekat pukul 4 petang lebih baru sampai Laban rata. Ini pun kena buat taktik nak kasi tinggal baru si Rayyan ni bergerak perlahan-lahan mengekor takut kena ditinggalkan. Tips kalau daki Gunung Kinabalu ni sebenarnya jangan rehat lama sangat kat perhentian Layang Layang sebab boleh jadi kaki cramp macam papa Abby nanti seksa nak habiskan saki baki pendakian ke Laban Rata. Masa ni Tukang Kebun dah rasa altitude sickness juga jadi dinner tak selera makan walaupun ada lauk popular lamb yang sedap trademark di only restaurant kat Laban Rata tak termakan melayan sakit kepala. Menarik juga pengalaman makan di restaurant Laban Rata ni yang juga merupakan restoran altitude paling tinggi di Sabah sebab kepulan awan bawah dari paras yang kita sedang duduk. Restoran above the cloud begitu. Ambil pain killer tidur dulu supaya bila bangun awal pagi nak naik Kinabalu kepala dah tak sakit. Lepas Covid-19 masa PPKP ni lauk lamb tu tak de dah mungkin sebab sempadan masih tutup.
Sejuk jugalah tidur di Laban Rata tu dan Tukang Kebun tidur berpelukan dengan Rayyan nak kasi dia haba dari Tukang Kebun. Dalam 2 setengah pagi lepas sarapan dah mula bersiap sedia nak mendaki naik ke puncak Gunung Kinabalu. Mula-mula Ilhan dan papa Ilhan bersama kami naik sama-sama, kemudian papa Ilhan suruh Ilhan gerak dulu kejar ikut Nenek dan Aunty dia yang laju jalan dari kami ini. Lepas Tukang Kebun khuatir yang kami ni agak lambat menemankan pace Rayyan, Tukang Kebun minta papa Rayyan pergi je tinggalkan kami nanti rugi kalau dia tak sempat sampai di pondok Sayat-Sayat sebelum pukul 4:30 pagi lagipun malim ada dengan kami juga. Pendaki kena sampai pondok Sayat-Sayat sebelum 4:30 pagi jika tidak, pendaki tidak dibenarkan meneruskan perjalanan. Tidak disangka dengan pace lambat kami sampai juga di pondok Sayat Sayat sebelum 4:30 pagi.
Kebetulan hari kami daki Gunung Kinabalu cuaca agak baik cerah dan tidak hujan. Jadi Tukang Kebun dah semangat betul nak naik ke puncak secepat mungkin memandangkan kami lepas juga check point masa pondok Sayat Sayat. Tapi Rayyan pula kurang semangat dan kali ini bekeras dia tak mau gerak langsung dah terus berhenti walaupun dipujuk banyak kali seperti gambar di bawah katanya tak tahan dah sejuknya. Tak jauh pun nak sampai sekurangnya low peak tu kut tak mau bergerak walaupun mulut berbuih pujuk hingga taktik tinggalkan pun dia tak mau ikut terpaksa Tukang Kebun turun balik. Masa ni Tukang Kebun dah berkobar-kobar sebab tak jauh dah dengan cuaca yang amat cerah sekali penuh harapan. Nampak gambar di atas Tukang Kebun dah naik nampak kelibat kecil si Rayyan juga pondok Sayat Sayat Hut. Terpaksa lah patah balik takkan nak tinggalkan budak kecil tu kat situ.
Dengan rasa syahdunya tak dapat Tukang Kebun meneruskan perjalanan maka kami layanlah pemandangan panorama sunrise sampai boleh nampak juga Gunung Trusmadi, puncak gunung kedua paling tinggi di Malaysia. Kalau kita hanya sampai lepas pondok Sayat Sayat cuma dapat sijil hitam putih dan juga tulis di situ ketinggian pondok Sayat Sayat yang kita telah capai adalah lebih 3700 meter juga di mana lebih tinggi dari Gunung Fuji di Jepun. Kalau yang berjaya sampai puncak dapat sijil berwarna.
Rupa-rupanya Tukang Kebun tak tahu yang nenek Rayyan ada dalam salah satu bilik rehat di pondok Sayat Sayat akibat penangan altitude sickness. Memang kami ni adik beradik dah berapa kali pesan jangan naik laju-laju mak nanti kena altitude sickness sudahlah mak ni jenis low blood pressure. Kami memang yakin mak upaya cuma itulah excited sangat dan tak faham yang panjat gunung tinggi ni ikut individu mungkin mudah kena altitude sickness. Kalau yang mudah kena altitude sickness, sebaiknya jangan pace laju biar slow and steady supaya badan boleh sesuai dulu. Habislah mak asyik muntah muntah je terlalu sakit kepala. Kemudian Ilhan pun rupanya ada berehat bersama neneknya. Selepas papa Ilhan tinggalkan kami kejar mencari Ilhan dah mereka daki certain point pertengahan jalan lepas pondok Sayat Sayat, papa Ilhan suruh Ilhan patah balik ke pondok sebab tengok Ilhan jalan dah terhuyung hayang macam orang mabuk khuatir Ilhan kena altitude sickness terlampau.
Alahai kalau Tukang Kebun tahu yang neneknya ada sahaja di pondok Sayat Sayat dah boleh dah tinggalkan si Rayyan dengan neneknya sobsobsob....
Gambar di atas ini antara kawasan yang perlu berhati-hati semasa turun yang agak bahaya sikit. Malim bercerita masa gempa bumi kuat pada tahun 2015 hampir 7:30 pagi yang meragut beberapa nyawa sebab masa tu ada beberapa pendaki dah mula turun berada di kawasan ini la sebab berada di slop yang curam. Waktu 7:30 pagi tu memang masa pendaki dah mula turun ke bawah semula.
Cantik sungguh pemandangan dari puncak Kinabalu melihat kawasan di bawah persekitarannya. Gambar di bawah ini antara batu besar yang retak jatuh semasa gempa bumi tahun 2015, kalau berguling batu tu boleh hempap tempat penginapan di Laban Rata.
Ilhan masih pening-pening lagi sambil turun ke bawah. Tak pelah ini percubaan pertama kali dah berjaya limpas sedikit dari pondok sayat sayat pun ok sudah tu kalau ada rezeki nanti Ilhan dan Rayyan boleh cuba lagi, usia masih muda lagi.
Papa Ilhan lah paling bahagia antara kami pada hari tersebut sebab dah berjaya naik sehingga ke puncak Kinabalu.

Bolehlah papa Ilhan ambil gambar kenangan dengan pendaki lain yang telah berjaya juga.
Gambar di bawah ini group kami bertiga lah yang berjaya naik hingga ke puncak Gunung Kinabalu yang turun kaki dah lenguh-lenguh. Sebelum pukul 11 pagi kami dah mula bergerak turun semula ke Timpohon Gate dari Laban rata. Hujan dah mula menitik semasa dalam perjalanan nak turun. Syukur Alhamdulillah hari kami mendaki naik ke Laban Rata tidak hujan, bila balik sahaja.
Sebab Tukang Kebun agak frust jadi bila balik papa Rayyan lah temankan Rayyan turun pula. Kali ini geng yang tak sampai puncak Kinabalu pula turun laju. Ilhan dan Nenek orang kedua sampai Timpohon Gate dalam pukul 1:30 tengahari. Yang kawan Dutch papa tu orang pertama sampai di Timpohon Gate. Tukang Kebun sampai sebelum dalam pukul 2:30 petang di Timpohon Gate, kira-kira 3 jam ambil masa.
Nasib juga kami sampai awal, yang group papa sampai 1 jam lepas kami dah dalam hujan lebat. Memang ada kami bawa baju hujan siap-siap. Perjalanan balik ni beg Ilhan, Malim yang tolong bawa turun. 
Syukur Alhamdulillah boleh jugalah Rayyan melepasi pondok Sayat Sayat tu cuma mengalah sebab kesejukan je. Tukang Kebun pun bila fikir balik tak sangka kami dapat bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu dengan Rayyan pada usia 9 tahun bila terkenangkan keluar masuk hospital setelah Rayyan lahir dengan jantung tidak sempurna. Pada usia 7 minggu sahaja, Rayyan terpaksa diterbangkan dengan menggunakan helicopter ambulance dari Adelaide ke Royal Children Hospital Melbourne direct kerana risiko susah bernafas akibat low level oksigen yang hanya termampu oleh jantungnya untuk mendapatkan pembedahan dengan segera. Nak minum susu pun tak larat sekejap dah terlelap sebelum kenyang, terpaksa salurkan susu melalui hidung masuk ke perut terus gunakan tiub setiap waktu malam kerana mengalami masalah pertambahan berat badan. Yang temankan Rayyan naik helikopter ambulance masuk dalam bed capsule macam gambar di bawah seorang jururawat sahaja macam nak terbang ke bulan. Manakala kami naik penerbangan biasa ke Melbourne. Time does fly fast.
Sejak Rayyan lahir asyik hospital dah jadi second home dari bayi sehingga toddler. Masa tu kami elakkan bawa Rayyan ke tempat ramai orang sebab khuatir penyakit berjangkit dan Rayyan golongan berisiko tinggi. Jadi biasa Rayyan duduk di rumah Tukang Kebun teman, manakala Ilhan yang akan dibawa keluar bersama dengan papa supaya Ilhan boleh belajar socializing. That time I told myself in the future you will live life to the fullest with no regrets. Agaknya secara tak sengaja Tukang Kebun masih terbawa-bawa suka cari tempat untuk melawat yang tidak ramai orang agaknya bila reflect balik.
Ini sebagai catatan Tukang Kebun sahaja, bila turun dari Gunung Kinabalu, keesokan harinya pula sertai acara larian 10 km di Tanjung Aru iaitu The Last Tanjung Aru Beach Run . Sepatutnya event ini dibuat pada bulan Ogos 2018 tapi ditunda ke January 2019. Acara larian ini Tukang Kebun sertai dengan kawan nasib baik kaki ok lepas turun Kinabalu kali ni.