No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Angsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angsa. Papar semua catatan

Selasa, 2 Jun 2020

Angsa beraya dengan mangga dan home made mango pudding

Syawal hari pertama pagi adik beradik ada singgah di Teratak Kiulu Lodge kecuali yang adik bongsu kena video call wassup. Adik bongsu ambil keputusan tak balik sejak COVID-19 ni sebab dia sedang semester terakhir pengajian di UPM. Jika dia balik nanti kena kuarantin 14 hari, dan nak balik pun cuma seminggu je. Duduk makan di luar kami Sekeluarga sambil video callings raya dengan juadah sederhana sahaja. 


Sebelah petang Syawal pertama hujan lebat betul sampai bunyi nya rasa tak senang hati walaupun baru rasa nak terlelap rehat petang. Sungai pun mula naik paras tinggi dari biasa kelihatan. Projek jiran untuk tempat berkelah sebelah pun hampir dinaiki air.  

Sampai hari ketiga Syawal walaupun air sungai dah mula beransur kecil masih belum keadaan paras seperti biasa. Tetapi masa tengahari tiba-tiba bekalan elektrik terputus pula, jadi kami pergi berteduh dekat tepi sungai. Sambil berteduh di tepi sungai, untuk isi perut tengahari bakar sate dan mangga sebagai pencuci mulut. Sate kalau marinate dengan ada bahannya seperti serai, lengkuas dan halia memang tahan lama tinggal peram dalam peti ais (bukan freezer). Yang ni last stock sate kami peram lepas berbuka puasa tinggal keesokkannya sehari lagi nak berpuasa. Kalau raya ketiga bermakna dah simpan stok marinated sate ni dah 4 hari lebih tetapi rasanya dan kualiti normal tak terjejas macam baru beberapa jam marinate. Tukang Kebun suka letak banyak serai kalau peram ayam daging jika masa tempat freezer takde ruang atau nak bawa bahan bekalan masak masa travel sebab serai ni macam bahan pengawet dia hindarkan daging ayam dari cepat jadi membusuk, macam anti-bacterial agent. Kesegaran ayam dan daging tahan lama walaupun dalam fridge biasa je jika diperam dengan serai. 

Link di bawah ni kongsi suasana sekitar sungai lepas 2 hari banjir besar. 

Kalau pakai smartphone versi Web baru dapat nampak terus YouTube terpapar di sini. Kalau versi mobile kena tekan link. 

Jika tidak kena klik link tersebut. 



Di Teratak Kiulu Lodge sekarang ni dah berminggu musim buah mangga. Ada dalam 4 pokok mangga juga yang jenis berbeza di sana memang sebelum tanah bertukar milik dah tumbuh di situ. Setiap kali adik perempuan singgah hantar stok bekalan makanan ke kedua ibubapa kami lepas kerja (essential service) kat pagar je (orang tua high risk), kekadang mama papa bekalkan mangga untuk kami yang di Kota Kinabalu bagi adik bawa balik. Kami pun tak jejak Teratak Kiulu Lodge, cuma masa lepas buka CMCO boleh merentas negeri baru balik Kiulu. Itupun atuk asyik tanya bila nak balik rindu cucu dan kami pun sukar kalau balik  masa hari kerja kat sana nak work from home kerana line Internet tak berapa baik dalam rumah. Kat luar kebun mencari line Internet yang lebih baik bila nak video conferencing. Jadi hujung2 dah mula cuti raya baru balik. 

Mangga masak yang dikutip gugur sendiri kekadang dibuat puding mangga. Puding mangga versi simple sahaja gunakan 4 bahan asas.

Bahan-bahan puding mangga:

2 gelas air (nak larutkan agar-agar) 

10 gram agar-agar

1 cawan susu pekat (boleh juga guna susu cair atau susu segar atau santan) 

5 biji mangga masak (isi blender buat puree tanpa bubuh air) 

Optional:
Gula (jika rasa tak cukup manis) 

Kalau Tukang Kebun rasa tak perlu Gula kalau jenis mangga yang manis. 

Versi YouTube letak Gula Batu, tapi lepas tu Tukang Kebun tak letak gula Batu sebenarnya. 

Cara-cara boleh tinjau link di bawah. 



Sebelum tengok home made mango pudding tu, boleh tengok gelagat angsa-angsa marah manja nak minta bahagian buah mangga nya. Nasib tak berebut dengan Rayyan yang mengalah je tak jadi ambil semua buah mangga yang jatuh dari pokok. Angsa suka sangat mangga sampai kedekut tak nak kongsi dengan ayam dan itik. 

Kat Teratak Kiulu Lodge, angsa suka makan mangga, yang Di Kebun Bahagia Bersama, Sungai Buloh pula peminat nangka dan tombong kelapa. 

THROWBACK:

Angsa makan nangka 

Angsa makan Tombong Kelapa 

Rindu dengan si MOMO. 

Angsa ni senang je nak pikat hati dia, tolong bantu kopek buah-buahan kegemaran dia. Nanti jadi best buddy. Kasihan juga tu susah angsa ni nak gigit kulit buah nak tebuk dapat isi kecuali memang dah berlubang. 

Selamat Hari Gawai 


Rabu, 28 Mac 2018

Snake Biodiversity Kebun Bahagia Bersama

 Sebelum kita mula cerita pasal posting hari ni. Yang allergic, lemah jantung dan meremang tengok mahkluk Allah yang tak berkaki elok letak dulu tab, ipad atau smartphone atas katil atau meja. Takut terkejut nanti terjatuh pula gadgetnya habis pecah screen nanti. Hari ni hampir semua koleksi gambar binatang tak berkaki akan dikongsikan. Sejak lepas pertengahan tahun 2017, entah kenapa boleh dikatakan setiap bulan nampak kelibat atau kulit ular yang ditinggalkan di Kebun Bahagia Bersama. Salah satu puncanya ialah makin kurang habitat yang sesuai dan selamat bagi mahkluk yang dicipta oleh Allah yang tidak berkaki. Punca utama adalah pembangunan di sekitar kawasan kampung. Pada dahulunya banyak kawasan berair belukar di tanah kosong sebab kampung ni zaman dahulu adalah bendang sawah padi. Sekarang sudah banyak tanah-tanah kampung yang terbiar ditimbus dan dijual dibahagikan lot-lot kepada orang luar. Memandangkan Kebun Bahagia Bersama macam mini zoo juga, ada nak turut serta jadi ahli pula.

 Gambar di atas ular yang panjang boleh banding dengan daun pelepah pisang. Dearest husband terpaksa tamatkan riwayatnya sebab nampak aggresive dan mungkin membahayakan kepada PETs Kebun Bahagia Bersama yang sedang berkeliaran dekat-dekat. Nampak gaya macam ular selar. Jika ada yang lebih arif mohon bantuan kongsi ilmu identification ular-ular ini. Semoga kita semua dapat manfaat kerana species ular ni ikut jenis berbeza-beza juga character dia. Ketiadaan ular juga susah kita, nanti bilangan tikus dan katak terlalu banyak juga merosakkan hasil tanaman. Sebab ular ini juga adalah salah satu makhluk penting untuk ecosystem yang balance. Manusia tak makan tikus dan ular. Tapi tikus ni kongsi makanan dengan kita. Apalah yang nak control bilangan tikus dan katak kan.
 Tapi yang paling tragedi dan menyedihkan ialah reban no. 1 di mana ayam-ayam dan itik suka masuk tidur bila senja sudah dilatih sejak kecil. Bila dah masuk semua dalam reban akan ditutup pintunya erat untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa musang pada waktu malamnya. Malang tidak berbau bukan mereka mati akibat musang tetapi semburan racun oleh ular yang sudah dalam diam-diam duduk dalam reban itu untuk proses bersalin kulit. Walaupun lalu lalang banyak kali depan reban no. 1 ini, tiada siapa perasan ada penghuni tak berkaki duduk dalam reban ni yang bertukar kulit. Hairan bila tiba-tiba banyak ayam dan itik mati secara tiba-tiba tanpa kesan digigit. Cuma petanda berbuih-buih putih mulut mereka. Yang lebih hairan biasanya itik paling lasak, jarang sekali mereka mati sebab penyakit. Sampai beberapa kali kami tukar air minuman mereka, tukar punca segala. Mulanya ingat air telaga ada masalah kualiti dia sebab itikkan suka banyak minum air. Dahlah sebelum perasan puncanya, beberapa malam mereka masih datang tido terkurung dengan ular tu. Tapi bila kami sedar sudah tiada ularnya tinggal kulit sahaja. Itu yang rasa nak meraung bila sedar kenapa semuanya lemah mati yang duduk dalam reban no. 1. Tragedi dan pengajaran kepada kami.Tengoklah betapa cantik dan berkilat-kilat peninggalan kulitnya. Memang ular besar dalam ni tapi tak disedari.

 Ada juga miracle dalam kisah ni, ayam-ayam yang paling boleh revive lepas lemah longlai kena semburan racun adalah baka ayam selasih yang daging hitam. Walaupun baka ayam selasih yang kami bela adalah kacukan bukan pure breed, masih kuat antibody badan mereka dapat pulih dari racun. Berbuih-buih mulut kacukan ayam selasih tetapi mereka dapat pulih sedia kala. Ayam kampung baka jenis takde kacuk selasih semua terpaksa jadi baja kompos. Sekarang Tukang Kebun faham kenapa kalau nak kuatkan badan semula macam lepas pembedahan orang kata buat sup ayam selasih. 

 Ada satu juga dapat dipelajari dari tragedi ini, biasanya angsa-angsa masuk juga dalam reban dengan ayam dan itik-itik lain sebab kena tabur makanan. Masa ada si Ular di dalamnya angsa-angsa memang refuse tak nak tidur masuk dalam reban walaupun kena umpan dengan makanan kegemaran. Mereka tidur dekat luar je dekat pagar. Maknanya angsa-angsa tu dah alert yang ada benda bahaya dalam reban tersebut. Cuma kami yang kurang peka. Sedih sangat kehilangan banyak ayam-ayam dan itik-itik kesayangan macam tengah berperang begitu sahaja. Itu sebab lama takde mood nak cerita pasal PETs di kebun belakang. Hiba hati ku.
  Lepas tu jumpa lagi kulit ular besar dan panjang berdekatan rumah macam species sama je ni beberapa bulan selepasnya. Cepat benar membesar panjang kulitnya ni. Cukup makan agaknya...sobsobsob.

 Yang tak boleh tahan ada satu pagi tu buka pagar depan nak keluar dengan kereta sekali, tengah-tengah luar pagar depan tu ada anak ular sawa pula mati entah dari mana. Tahu mati sebab semut-semut dah kerumun kat kepalanya. Hai ni saiz anak, mana pula parents dia. Kalau dulu masa kawasan kami prone banjir, masa banjir boleh nampak ular-ular sawa saiz besar sedang selamatkan diri bertenggek atas tiang jambatan. Awal-awal dulu masa kami pindah rumah sini, mak mula bela ayam selalu gak ular sawa masuk reban. Masa di Kingfisher, Kota Kinabalu ni pun ada ular sawa masuk reban mini mak (related posting klik sini).

Yang paling terkejut bulan lepas ada tetamu datang pula sebab dia nak menyelamatkan diri dia sebenarnya. Kasihan pun ada juga sebenarnya. Kebetulan Tukang Kebun dan anak-anak tiada di rumah masa ni. Suami Tukang Kebun pun baru lepas masuk rumah berkebun, dah bersih diri dan solat zohor tengah baru nak rehat-rehat di ruang tamu. Sekali hairan kenapa pula anjing pungutan dari puppy sedang membesar remaja dia menyalak-nyalak semacam. Lepas tu menyalak bukan dekat pagar dekat tepi rumah. Syukur Alhamdulillah kebetulan hari tersebut, pintu depan dan sliding door ruang makan pintunya tak dibuka untuk pengudaraan. Kalau tak tetamu yang tak diundang ni boleh masuk rumah ni. Hubby Tukang Kebun dah agak dah si tedung ni datang dari arah mana. Habitatnya sedang kena bulldozer kasi bersih masa serentak dia larikan diri untuk projek pembangunan rumah. Jadi si Tedung ni terpinga-pinga sedang melarikan diri. Kasihan kepada ular cantik. Angkara manusia segalanya sebab pembangunan makhluk-makhluk Allah yang lain hilang rumah/habitat akibat kita juga yang ambil. Sama juga dengan monyet-monyet yang masuk dalam kawasan perumahan dikatakan buat pelbagai vandalism. Walhal asalnya mereka yang duduk kawasan situ dahulu. Manusia pun akan memberontak jika rumah mereka diambil. Manusia yang sukar nak duduk harmoni dengan makhluk-makhluk Allah lain sebenarnya, semua kita nak.
 Tanah yang sedang dikemaskan satu ekar tiada apa-apa ditinggalkan pokok di atasnya tu arah barat laut dari depan rumah Kebun Bahagia Bersama. Asalnya semasa kami pindah ke sini hanya ada jiran rumah depan sahaja. Tanah seekar yang diapit kiri kanan kami memang terbiar sahaja. Lebih sedekad juga lah sejak kami pindah hanya ada jiran depan sahaja paling dekat. Awal-awal masa pindah sini, selalu nampak ular daun hijau atas pokok-pokok yang Big Boss tanam dalam pasu lepak, sekarang macam lama dah tak terserempak. Dulu hanya pecahan jiran-jiran adalah kiraan seekar sekarang dah lot. Sekarang kalau di kampung kami ni satu ekar dibahagikan 12 lot. Harga satu lot sekarang pun jauh lebih mahal dengan asal beli 1 ekar tanah dua dekad lalu. Tanah barat laut tu kan sebelum jentolak kasi sorong bersih semua ada pokok rambutan tua tumbuh di situ sebelum kami pindah lagi. Kalau waktu maghrib, Tukang Kebun intai ke pokok tu boleh nampak benda besar macam kelip-kelip (ahem tapi bukan kelip-keliplah) berterbang-terbangan kat atas pokok rambutan tua tu). Jiran depan pun biasa juga nampak apa yang Tukang Kebun nampak malam-malam cahaya berkilat-kilat. 

 Balik semula kepada tetamu yang baru hilang rumah ni. Nampak dari susuk badannya macam dah otai betul ni. Cantik sangat. Memang suami pun kata tak sampai hati. Riwayatnya dah lama ni. Nampak matang. Jadi cuma dinasihatkan pergi ke tempat lain. Lepas baca ayat Al-Quran elok ular tu pergi je. Cuma anjing-anjing remaja ni je kurang pengalaman bertembung ular lagi pergi dekat siapa suruh curious sangat. Nasib baik ular ini jenis yang dah berusia dia tak aggresif cuma bagi warning sahaja jangan dekat. Oleh kerana banyak sangat mahkluk yang boleh jadi bahaya, maka selepas berdebat-debat agree-not agree untuk keselamatan seisi keluarga ambillah anjing angkat yang diberikan nama 'Cookie' and 'Brownie'. Masa puppy lagi kena bela, masih muda baru beberapa bulan je umur sedang membesar. Kawan Hubby ambil dari tempat kerjanya. Ramai sangat orang luar yang duduk dalam jalan sama sekarang ni sampai kami pun ramai tak kenal ini jiran ke tidak. Maka memikirkan laman yang luas dan keselamatan semua ahli keluarga, tugas menjaga ini diberikan kepada 'Cookie' and 'Brownie'.

 Baru sahaja kedatangan ular tedung dewasa ini di Sungai Buloh, kediaman mak di Kota Kinabalu pun didatangi ular tedung beberapa hari lepas itu. Tapi ular tedung yang datang sana jauh lebih kecil macam baru nak remaja. Yang ni amat aggresif mungkin juga sebab anjing Mak yang lebih dewasa memang nak bunuh habis-habis ular tedung tu. Mak masa tu hujung minggu sibuk uruskan homestay di kampung. Hari esoknya dia balik, lumpuh terus anjing kesayangannya. Habis kami semua adik beradik kecuali yang bongsu kena marah sebab tak bergegas hantar anjing dia ke klinik haiwan. Menangis-nangis teresak-esak mak menunggu nasib anjing kesayangannya dibawa bergegas ke klinik haiwan. Anjing si Mark tu la teman setia mak bila berkebun yang menjaga keselamatan mak. Syukur Alhamdulillah dah sembuh pulih sediakala anjing kesayangan mak, teman dia berkebun di luar. 

 Dari pengalaman Tukang Kebun terserempak dengan ular-ular, biasanya kalau yang ular matang dia tak aggresif. Kalau kita pun terberhenti tak buat reaksi panik atau nak cederakan dia biasanya ular matang akan beredar. Yang remaja aggresif sikit kena hati-hati macam manusia cepat melatah. Bagaikan manusia, makin berumur making matang fikirannya. Ini je koleksi ular-ular yang bertandang sempat ambil gambar, walhal banyak lagi.

 Bila dikira-kirakan macam sekurang-kurangnya lebih 5 species ular, Kebun Bahagia Bersama sustain secara semulajadi. Memang biodiversity ular di KBB banyak. Kekadang Tukang Kebun kena intai-intai juga antara polibeg hitam (related posting klik sini). Itu sebab tak berapa gemar kalau semuanya polibeg hitam berderet.

 Bila Tukang Kebun tunjukkan video yang papa record ke Ilhan, terus Ilhan lontarkan soalan kepada Tukang Kebun apa beza ular tedung ni dengan yang ular tedung India? sponton je Tukang Kebun balas ntah mama tak tau. Terus Ilhan turun cari buku-buku half-komik yang dibelikan selalunya upah menolong di kebun. Lantas dia tunjuk kat Tukang Kebun, mama tengok ni, ular yang datang tu belakang kepala dia bulat satu, kalau yang tedung India bulat dua. Terpegun Tukang Kebun dengan photographic memory si Ilhan masa tu (sikit lagi nak terlopong), I never thought he can remember straigthaway what he had read for quite sometime already. Bukunya pun dah tak de kulit buku, hancai. Ilhan terus dapat identify yang datang tadi tu Ular Tedung Monoclad. Thanks to Ilhan, dapatlah kami sama-sama timba ilmu mengenai ular ini. Ya memang apa yang ditulis sifatnya, memang seperti gelagat dalam video itu. Ular Tedung Monoclad ni biasa sifatnya tak aggresive dan akan elak dari bergaduh. Suka tinggal kawasan yang ada air.

Rujukan jenis-jenis ular di Malasia yang ada nilai perubatan (Click Here)
 Angsa-angsa di Kebun belakang pun mainkan peranan penting sebagai alarm bising juga kalau ada tetamu tak diundang. Paling bising kalau ada biawak meronda-ronda. Buah kegemaran mereka ni buah nangka masak. Selalu dapat upah. Memang lepas dapat upah pandai berterima kasih datang-datang manja.

 Hujung minggu ni jika nak self-collect ada buah nangka muda besar saiznya.

1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Puas buat gulai sayur nangka.

Kekadang boleh buat frozen stok, potong-potong dulu cube size, celur sekejap kemudian frozen. Bahagi-bahagikan portion nak keluarkan masak sekali.

Sabtu, 15 Julai 2017

Bibit Kelapa bujur rugby

 Salam Aidilfitri. 

Masih ramai yang masih mendapat undangan rumah terbuka menyambut Aidilfitri lagi ni kan. Lama tidak dapat bersiaran sibuk dengan pelbagai perkara. Kerja di kebun juga agak terbengkalai lama tak sentuh sejak bulan Ramadhan berlalu. Bulan Ramadhan lalu Syukur Alhamdulillah berkesempatan jugalah mengemas kawasan di bawah pokok-pokok kelapa keliling kebun. Kerja yang ringan-ringan je la masa puasa yang tak gunakan banyak kudarat. Syukur Alhamdulillah sambil kemas buah-buah kelapa dapat jugalah stok baru bibit-bibit pokok kelapa yang buahnya bentuk bujur macam bola rugby.

Info lanjut mengenai pokok kelapa buah rugby yang kami panggil ini boleh juga baca di posting lama kami (klik sini).
 Contoh pokoknya seperti gambar di atas dan buah kelapa tua yang sudah gugur sendiri dari pokok seperti di bawah. Buah kelapa tua jenis pokok kelapa ini mudah sedikit nak dikukur isinya berbanding dengan pokok kelapa jenis lain. Jika masak rendang daging ayam 1 kilogram, gunakan 3 biji buah pokok kelapa jenis ini, resepi turun-menurun.

Buah kelapa tua special untuk bulan Julai ini 8 biji RM10.
Kelapa parut pula 3 biji RM5.

  Yang ingin cari daun pokok kelapa muda untuk buat sarung ketupat untuk bulan ini juga masih ada.

~10 helai daun kelapa sarung ketupat RM1.00.

Self-Collect untuk bulan Julai 2017 ini:

~ 16/29/30 Julai 2017 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Berdekatan pokok kelapa rugby di atas di bawahnya pula ada pokok gajus. Pucuk-pucuk organik ulam segar dan daun herba segar juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Semuanya 1 ikat RM1.00.

~ Pucuk daun gajus
~ Pucuk daun assam gelugor
~ Pucuk Mata Pelandok
~ Pucuk daun assam jawa
~ Pucuk daun Katak Puru
~ Pucuk Daun Mulberry
~ Pucuk daun Ubi Kayu
~ Sayur Batang Keladi
~ Daun Pecah Beling
~ Daun Kadok
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Pisang

 
 Selepas sorting semua pokok kelapa tua, ada juga pokok buah kelapa rugby yang dibelah kongsi isinya ada tombong bersama haiwan perlihara tersayang di kebun belakang. Dekat angsa si MOMO tu ada pokok kelapa buah rugby yag dibelah sebahagian isi dah habis dimakan.
 Ini contoh gubahan hiasan pertunangan Tukang Kebun 11 tahun yang lalu yang bonda gubahkan sendiri. Ada gunakan buah kelapa rugby yang muda betul (bukan mainan) sebagai sebahagian perhiasan gubahan untuk penghantaran kain sampin songket. Kain songket digulung seperti kuntuman bunga mawar yang diletakkan dalam bakul wakit versi kecil hiasan. Kemudian finishing touch setangkai orkid hidup segar yang golden shower diletakkan di atasnya. Mohon maaf gambar tak berapa clear sebab terserempak gambar ini dalam album lama diletakkan di kampung Kiulu, Sabah masa papa Abby layan anak-anak tengok album lama.
  Jenis pokok-pokok bunga orkid tersebut juga sudah banyak beranak pinak di Kebun Sungai Buloh dan rajin mewarnakan Kebun Bahagia Bersama selalu. Pokok bunga orkid 'Golden Shower' gelarannya.

~ 2 moist bare-rooted orkid golden shower/dancing lady RM5.00 ~

Info Lanjut mengenai pokok bunga orkid 'Golden Shower' boleh rujuk pada posting lama kami (klik sini).

Khamis, 6 April 2017

Kampung Asal Moyang

 Cuti Thaipusam tahun ini buat pertama kalinya kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat kampung asal moyang Tukang Kebun. Simpang dari jalan utama ke Kundasang adalah seperti yang direkodkan di posting sebelum ini (related posting klik sini) masuk ke jalan Tomis Tiong Lokos. Suasana pemandangannya juga terasa nostalgia seakan semasa zaman Tukang Kebun menuntut ilmu di Jepun dahulu pergi berjalan-jalan pada musim panas. Jalan yang berliku-liku di kawasan lembah banjaran hijau puas mata memandang. Terasa akan berada di luar negara. Cuaca pun amat nyaman walaupun sudah tengahari di kawasan terang benderang.
 Kebetulan ada saudara yang sedang berada di kebun nenasnya bersebelahan jalan. Di situ boleh kelihatan puncak Gunung Kinabalu yang berselendangkan awan.
 Pondok kecil untuk berehat semasa berada di kebun. Katanya ada rancangan untuk bina projek lebuhraya Pan Borneo di masa hadapan seperti aliran jalan di bawah yang akan merentas kebunnya. Pertama kali juga Tukang Kebun amati ada pokok ubi kayu kepunyaannya yang pucuk berwarna merah sedang berbunga juga menghasilkan kantung benih. Ya pokok ubi kayu juga menghasilkan bunga. Cuma jarang sekali kita nampak bunganya.  
 Di gambar atas ini boleh lihat di lembah tersebut ada kawasan kampung bernama Nuluhon. Di sinilah kami menuju seterusnya untuk berehat makan tengahari di pondok pakcik kami. Sebelum bertolak kami dah tapau makanan. Alangkah indahnya bangun pagi buka tingkap dapat menghirup udara segar di luar dan hijau dunia. Tidak jelas tetapi ada beberapa tempat di sekitar kawasan ini juga menanam padi huma.
 Tidak jauh dari rumah pakcik kami ini ada sepokok buah limau yang buahnya agak besar dan tumbuh bergugusan menarik perhatian Tukang Kebun. Besar buahnya sebab dari jarak Tukang Kebun ambil gambarnya masih jelas kelihatan. Besarnya macam antara buah orange atau grapefruit.
 What came on my mind the first things was it might be one of the ancestors of the citrus family. Limau dikatakan berasal dari Asia Tenggara. Unik pokok limau ini adalah ianya tumbuh bergugusan rapat-rapat macam anggur. Ada perangai macam buah grapefruit. Out of luck tiada buah yang masak, kalau tak memang dah cuba bawa balik some ripe samples hehehe....Memang mama ada cerita dulu masa dia kecil dekat kawasan kampung asal moyang ini ada pelbagai jenis buah limau. Cuma sekarang dah makin pupus.
 Setelah isi perut kami menuju ke Kampung Wasai pula yang melalui beberapa sungai kecil. Perjalanan sampai ke kampung ini dalam 2 jam. Sejam cuma dari Kota Kinabalu ke Pekan Nabalu. Kemudian satu jam lagi sebab jalan kampung cuma gravel memakan masa. InsyaAllah bila ada jalan yang elok akan mengambil masa yang singkat untuk sampai. Nasib masa minggu kami pergi bukan hujan.
 Pemandangan Kampung Wasai dari kawasan tinggi. Yang nampak jelas di sini ialah bangunan Sekolah Rendah. Sekolah menengah tiada sini, ramai pelajar pergi ke Sekolah Menengah Tun Fuad Stephan di Kiulu yang amat jauh untuk berjalan kaki. Biasanya kena masuk asrama. 
 Kalau anak minta tolong jaga cucu nanti hantar sekolah rendah sini sahajalah. Suruh naik basikal atau atuk dia hantar naik motosikal. Its safer here compare to the city, only local people pass this lonely gravel road. Growing up surrounded by nature. Di sini belum ada jalan proper lagi, kalau musim hujan leceklah jalan. I fell in love with this place, so I dream I can spend the rest of my life after retirement here. To be buried here.
  Kalau cucu nak berjalan jauh jugalah since the land is on the other side that can be seen as picture above and below. Mama kata its probably next to the land yang sudah clear masih hutan lagi. The land is splited into two by the gravel road. Mama kata belah atas divided by the road will be my sister and yang bahagian bawah jika ada rezeki InsyaAllah can be mine to live there. Bahagianya hati if the master bedroom faces Mount Kinabalu. At the moment its such an isolated place right. Living like a recluse. Kalau begini memang setiap kali keluar je dari lembah ini kereta kena fill up with supply before we return. Nak balik pun kena before dark. Macam boleh bela llama kat sini.
  We entered the main area of Kampung Masai sampai sini sahaja sebelum patah balik. Seronok tengok kumpulan angsa putih ini dan rasanya baka angsa putih ini lain dari jenis angsa putih yang biasa dibela dari tempat lain dari body structure dan mukanya. Sampai dah terfikir nanti nak beli anak angsa from tuan dia ni. 
 Syukur Alhamdulillah walaupun jalan masih belum tar lagi tapi dah ada bekalan elektrik dengan sepanjang jalan nampak tiang-tiang elektrik.
  Rasa macam jalan di luar negara siap kena lalu jenis jambatan kayu macam 'bailey bridge'.
 Sampai ke Pekan Nabalu, anak-anak naik balik sama kereta dengan kami. Masa jalan tak elok mereka naik kereta atuk tinggi sikit. Atuk dan nenek balik ke Kota Kinabalu. Tukang Kebun sekeluarga pula ke Kiulu. Masa di Pekan Nabalu yang Tukang Kebun perasan Abby badan macam panas (related posting klik sini). 

Ahad, 2 April 2017

Kerepek Ubi Kayu Air Tangan Kanak-Kanak

  Cuti sekolah bulan Mac lalu, permata hati kami Ilhan Mikhail, pertama kali Tukang Kebun kasi cuba tarik sepokok ubi kayu untuk tuai hasil akar-akarnya yang dah gebu. Adalah juga yang terputus akarnya masih tinggal dalam tanah yang Tukang Kebun gali keluar kemudian sementara Ilhan belajar potong rumput buat pertama kali juga. Tapi seronoklah si Ilhan merasa cabut pokok ubi kayu nak kasi keluarkan akarnya.
 Apabila waktu petang dah masuk rumah, hujan pun sudah turun, Tukang Kebun pun hiris-hiris lah ubi kayu yang baru Ilhan tuai untuk digoreng. Makan panas-panas setelah digoreng, empok isinya. Berebut-rebut anak-anak makan.
  Lusanya apabila teringat ubi-ubi kayu yang dituai tak banyak pulurnya bersama-sama dengan Ilhan kami cubalah buat kerepek ubi kayu. Kecil-kecil saiz ubi kayu yang Ilhan cuba hiris pakai penghiris. Kekadang Ilhan yang hiris, kekadang Ilhan yang tolong jaga menggoreng. Itu sebab colourful sikit dan kecik saiz kerepek ubinya. Cuti-cuti Sekolah ini lah pengalaman pertama Ilhan buat kerepek ubi kayu. Banyak juga dapat pengalaman baru untuk Ilhan dengan ubi kayu masa cuti sekolah yang lalu. Kerepek ubi kayu Ilhan yang ranggup licin jugalah dimakan oleh adik-adik. Nasib baik disimpan sikit untuk papa Ilhan kalau tak habis dimakan adik-adik.
  Terjumpa semula rekod gambar bila ditanam keratan ubi kayu di petak ini. Rupanya mungkin dalam bulan Jun tahun lepas. Sekarang ini kalau tak dipagar keratan ubi kayu memang bila keluar pucuk habislah dimakan binatang yang dibela di belakang kebun. Jadi kami tanam dengan keratan ubi kayu yang tinggi-tinggi supaya pucuk yang keluar di bahagian atas masih terselamat kalau malas nak buat pagar.
  Syukur Alhamdulillah boleh hidup juga apabila ditanam seperti ini. Yang pucuk di bahagian bawah memang togel tapi bahagian atas yang leher binatang perliharaan tak sampai selamat dari kena santapan. Memandangkan pokok ubi kayu ini dah tinggi membantu kami untuk dijadikan penahan pagar apabila kami pindahkan sulur-sulur pisang yang masih rendah dan mudah dimakan oleh binatang perliharaan. Baru teringatkan nak buat kiraan berapa usia pokok ubi kayu yang ditanam seperti dalam gambar bawah ini asal posting dari 'pisang tembaga' (related posting klik sini) baru-baru ini. Mungkin ada dalam 8 bulan usia pokok ubi kayu di kawasan ini.
Kalau angsa-angsa ini tak teman di kebun terasa sunyi juga. Jadi tukang kebun kenalah tanam keratan ubi kayu tinggi-tinggi begitu kalau tak memang tak merasalah kami. Habis pucuk-pucuk ubi kayu yang baru keluar dimakannya. Bukan sahaja angsa yang suka makan pucuk ubi tetapi itik dan ayam belanda pun sama pergi makan. Jadi pokok ubi kayu dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang tinggi-tinggi bila ditanam begitu, cahaya matahari pun bolehlah dapat bila kongsi tempat berdekatan dengan pokok pisang.
 Bulan April ini InsyaAllah kami ada bekalkan juga ubi kayu selagi ada.

~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 (Self-Collect atau Pos Laju)~

atau

~ 7 keratan ubi kayu baka Sabah RM5.00 (Self-Collect atau Pos Laju)~

Self-Collect Schedule April 2017 (Please email us to confirm the meeting):

~8th (Saturday)/9th (Sunday) /14th (Friday)/ 15th (Saturday)/16th (Sunday)/22nd (Saturday)/23rd (Saturday) April 2017 Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).


Sabtu, 22 Oktober 2016

Giant Pickerel

  Di antara jenis tumbuhan air adik beradik pickerel , yang species jenis Pontederia lanceolata  adalah yang saiz paling besar. Pokok ini juga ada beberapa panggilan umum dengan dikenali juga sebagai "Giant Pickerel", "Pickerel Rush" ataupun "Lance Leaved Pickerel". Berbanding dengan pickerelweed (Pontederia cordata), pickerel rush daunnya lebih besar tetapi bukan tumbuhan air yang boleh dimakan seperti pickerelweed. Jika dibandingkan warna bunganya juga berlainan boleh dibezakan di mana Pickerel Rush warnanya ungunya lebih cair ke arah lavendar atau mauve kebiruan dan pickerelweed warna bunganya ungu lebih gelap. Kedua-dua jenis bunga tumbuhan air ini juga menarik serangga untuk datang hisap madunya. Mata kuning dekat kelopak matanya itu menjadi tarikan penggemar madu. Misai bunganya yang panjang itu pun menarik.

  Untuk info lebih lanjut mengenai pickerelweed (Pontederia cordata) boleh refer ke posting lama (klik sini).
 Gambar di atas dan di bawah perenggan ini kelihatan perkembangan kudup bunganya membesar dan menggemuk. Daun giant pickerel rush berjalur-jalur dan lebih bentuk bulat lebar, berbeza dengan daun pickerelweed. Biasanya daun pickerelweed lebih digemari oleh serangga perosak berbanding dengan giant pickerelweed. Tambahan pula angsa-angsa tak pernah ganggu pokok giant pickerel kalau diberikan berjalan-jalan ke halaman depan. Kalau pickerelweed sekelip mata sahaja angsa-angsa tersebut meratah. Dari pemerhatian situ kita bolehlah buat assumption yang daun pickerelweed tu lebih edible dari giant pickerel.
  Sebut pasal Angsa, Syukur Alhamdulillah awal bulan Oktober ini, gabungan si Lady (Ibu) dan si Kuning (Bapa) berjaya dengan pengeraman semula jadi dari lima telur yang tinggal tak hilang darinya dua biji berjaya menetas. Telur angsa menetas dalam 28hari bermula dari pengeraman oleh si Ibu. Kali ini nampaknya si Lady dah lebih pandai, tak perlu Tukang Kebun guna pelbagai helah nak kena suruh dia mengeram telurnya sendiri. Nampaknya tempat si Lady suka mengeram telur menggunakan kandang 6.
 Suatu petang si Lady terus volunteer duduk mengeram telurnya sendiri tak perlu Tukang Kebun campur tangan. Tapi sekarang sudah merajuk tak berapa nak manja dengan anaknya sebab beberapa jam lepas menetas terus diambil anaknya. Walaupun sekali kala dipertemukan juga dengan anak-anaknya bermain di halaman depan. Terpaksa sebab takut kejadian berulang kena makan dengan mahkluk predator lain ataupun dipijak-pijak oleh angsa-angsa jantan yang lain. Moga dalam dua ekor anaknya semua berjaya membesar dengan baik dan ada betina. Memandangkan si Lady seekor je betina yang lagi 3 ekor tu Jantan. Beranak pinak banyak dulu Lady, InsyaAllah suatu hari nanti boleh membesarkan anak-anak sendiri. 
  Anak-anak angsa ini diberikan nama si Chuck dan si Wolf oleh adopted mother diorang iaitu adik  perempuan Tukang Kebun. Anak-anak angsa ini lebih manja dengan adik Tukang Kebun yang sedang tahun akhir pengajian farmasi di UiTM ulang-alik dari rumah sebab adik yang jaga dan sambut masa baru menetas. Memandangkan kami balik kampung di Sabah semasa telurnya menetas. Siap masuk dalam Google Calendar tu bila telurnya menetas as reminder mohon adik tolong tengokkan dah menetas ke belum. Kebetulan anak-anak angsa ini pun lahir sama hari dengan adik, the adopted mother. Manja dengan adik sebab dah imprinted dekat otak 2 ekor ini.
  Hujung minggu lepas, sambil-sambil mengemas pruning pokok-pokok sekitar pergola yang dah mula semak dan gelap ditemani oleh anak-anak angsa dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah Isnin lepas setelah setahun bawa Rayyan check up keadaan kesihatan jantungnya tiada apa-apa masalah luar biasa. Jadi next appointment pun Oktober tahun depan, lepas setahun.
 Berbalik kepada kisah Giant Pickerel, sempatlah hujung minggu lepas Tukang kebun dengan suami kesayangan kemas beberapa tumbuhan-tumbuhan air yang dah padat sangat dalam pasu. Antara tumbuhan yang dikemas ialah si Giant Pickerel. Gambar di atas adalah Giant Pickerel yang bunganya satu persatu baru sahaja nak berkembang belum mula tunjukkan mata kuningnya itu.
 Gambar yang mengapit perenggan ini, baru kelihatan lebih terang warna dan bentuk bunganya berserta daunnya yang berjalur-jalur itu. Giant pickerel sukakan keadaan tempat yang banyak dapat cahaya matahari. Separa matahari juga boleh tapi bunganya tak semeriah dari yang mendapat cahaya yang banyak. Pokok tumbuhan air seperti Giant Pickerel ini tak perlu bekas air yang dalam. Asalkan jenis tanah yang bertakung air ataupun ditanam dalam bekas ada takungan air dan paras ketinggian air dari '0' hingga '30'cm sudah memadai dengan tanah yang ditanam pokoknya.
 Giant Pickerel boleh juga ditanam dengan pokok-pokok tumbuhan air cetek yang lain seperti pokok bunga air sagittaria. Ambil kesempatan nak maklumkan yang pokok bunga air sagittaria berbunga putih seperti di gambar bawah juga sudah ada stok kembali.

~ 1 bekas pokok bunga sagittaria RM7.00 ~

Info lanjut mengenai pokok bunga air sagittaria boleh rujuk ke posting sebelum ini (klik sini).
  Seperti pokok pickerelweed, pokok Giant pickerel juga berizom atau berubi besar. Yang hitam-hitam di atas tanah seperti gambar di bawah sebenarnya rizom giant pickerel. Jadi pokok pickerel giant ini sebenarnya pokok yang mudah untuk dijaga untuk gardener yang baru berjinak berkebun. Anak-anak pokok akan muncul keluar dari mata-mata tunas yang terletak di rizom. Pokok ini juga cepat membiak. Pernah masa musim kemarau terlupa nak tambah air sampai tanah belas atas pun dah kering kontang. Syukur Alhamdulillah bila diberikan air tumbuh semula kerana rizomnya bangun bertenaga semula mengeluarkan pucuk tunas semula.

~ 1 pot/rhizome Giant pickerel/ Pickerel Rush (Pontederia lanceolata)  RM10.00 ~

Yang berminat nak tengok koleksi lain keluarga Pontederia boleh juga intai page 'Pontederiaceae' Tumbuhan Air (klik sini).

Ahad, 12 Jun 2016

Ramadhan Musim Nangka

  Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ini adalah musim buah nangka. Walaupun pada awal pembesaran buahnya sedang dilanda bahang panas fenomena El-Nino, Syukur Alhamdulillah menjadi juga buahnya membesar dan ranum dengan elok. Pantang nampak kami berlegar-legar dekat pokok nangka depan ini mesti memasang harapan angsa nak makan buah nangka juga.
   Bulan ini ada 2 pokok buah nangka yang sarat berbuah. Kalau yang berbuah belah bawah mudah dicapai oleh leher angsa yang panjang, bila dah agak-agak hampir nak masak kena balut nanti dimakan suka hati. Kekadang tak sempat balut lagi, ada dah mula nak grill ambil isinya atau nampak tanda ada dikopek kulitnya seperti gambar No. 3 di bawah ini. Lekas-lekaslah diambil dahulu dan diperam sebab ada kalanya ada bahagian masak tak sekata dengan penerimaan cahaya yang tak sekata. Kalau dibiarkan tupai pula yang santap dahulu, mentang-mentang dia boleh lompat tinggi. Jadi deria bau si tupai bolehlah nak diharapkan sebagai petanda dari deria penglihatan kami yang jauh sakit tengkuk nak perhatikan dah almost nak meranum atau tidak buah nangkanya. Jangan dibiar lama-lama bila ada petanda nanti diambil tupai. Setelah dipetik tak lama pun nak tunggu buahnya ranum, semerbak nangka satu bilik bila dah masak.
  Diperhatikan keadaan cuaca kesan fenomena El-Nino ini yang nampak ada kesan kepada buah nangka juga. Dalam sepokok itu ikut masa batch putik bunganya atau ketika buah dari bunga ke buah sedang membesar ada 2 rona kulit buah nangka dalam satu pokok. Satu buahnya warna kulit gelap coklat dan satu hijau macam biasa. 
  Mula-mula kami agak risau juga dengan yang kulit buah nangka kenapa warna kecoklatan. Jadi kami testinglah dulu buahnya, nak tengok hasil isinya bagaimana. Syukur Alhamdulillah takde kecacatan pada isinya. Cuma yang warna kecoklatan diperhatikan kulit isinya amat nipis sekali. Walaupun ada buahnya saiz lebih kecil dari yang kehijauan kuning membesar, isi ulasnya lebih besar dan padat sebab bahagian kulit amat nipis sekali. Itulah uniknya antara kesan cuaca El-Nino ini terhadap buah nangka. Suspense juga masa awal-awal kenapa ada batch sama membesar tu biasanya buah warna hijau tapi jadi warna coklat. Rupa-rupanya walaupun nampak tak secantik yang hijau kulitnya tapi isi buahnya lebih padat kerana kulit yang nipis.
 Yang sedang sarat berbuah juga adalah pokok nangka di hujung kebun belakang. Yang ini agak challenging nak ambil bulan puasa ini sebab buahnya terletak di pelbagai dahan yang berbeza dan kena panjat. Bayangkan nak peluk nangka besar bawa hati-hati turun tak terjatuh ke tanah. Yang jenis nangka di sini pula, musim panas bahang kadang-kadang sampai isi dia mengembang tersembul keluar boleh nampak sikit di pangkal tangkainya. Menarik juga memerhatikan kesan El-Nina terhadap jenis-jenis baka nangka yang berbeza.
  Yang mana buahnya dah kena noda berlubang dimakan oleh tupai, dipotong gugur ke bawah untuk angsa snacking. Seronok sakan mereka. Tapi tengah-tengah seronok makan lepas tu lari.....
 Takut dengan si Kaka ayam jantan paling senior yang nak join makan sekali. Kelakar juga lihat mereka, kadang-kadang bergaduh si Kaka ayam jantan dan si Momo angsa jantan. Sekejap Kaka yang menang, ada kala si Momo yang menang. Si Kaka ini taji dia dah panjang betul tajam. 

~ 1 buah nangka masak RM20.00 ~
~ 1 buah nangka muda RM5.00 ~

Self-collect Schedule This Week:

~ 18th/19th June 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah rezeki buah nangka dalam bulan Ramadhan ini dapat juga dikongsikan dan dibekalkan kepada peminat-peminat buah nangka. Syukur Alhamdulillah ada juga repeat orders untuk buah nangka. Bulan lepas ada customer sarat mengandung tunggu hari nak balik kampung ke Perak singgah self-collect nangka sempat merasa makan buah nangka sebelum bersalin. Sabtu lepas, suaminya singgah self-collect buah nangka lepas isterinya sedang berpantang, mungkin untuk iftar beramai-ramai. Tahniah on your newborn baby.
  Kebetulan pula Jumaat lepas, Tukang Kebun ada merancang hendak ke kedai pembekal bahan baking di Bandar Baru Sungai Buloh ada pesanan tiba-tiba 2 buah nangka masak diterima. Alang-alang dapatlah kami buat temujanji di sana. Syukur Alhamdulillah gembira dapat tunaikan hajat ibunya yang teringin makan nangka masak dan isinya dibuat juga cekodak nangka dikongsikan juga di surau. Hasil dari jualan nangka tersebut dapatlah Tukang Kebun singgah kedai bakery belanja anak-anak kek rainbow ice-cream untuk desert berbuka puasa dengan ucapan (heart) lil hardworking bees. Lagipun Tukang Kebun dah kata dekat Abby upah tolong teman buat kerja di kebun cuti sekolah ini belanja ice-cream. Abang-abang dapat upah cash sebab dah pandai membeli. Abby belum 4 tahun lagi belum pandai membeli.