No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 12 Jun 2016

Ramadhan Musim Nangka

  Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ini adalah musim buah nangka. Walaupun pada awal pembesaran buahnya sedang dilanda bahang panas fenomena El-Nino, Syukur Alhamdulillah menjadi juga buahnya membesar dan ranum dengan elok. Pantang nampak kami berlegar-legar dekat pokok nangka depan ini mesti memasang harapan angsa nak makan buah nangka juga.
   Bulan ini ada 2 pokok buah nangka yang sarat berbuah. Kalau yang berbuah belah bawah mudah dicapai oleh leher angsa yang panjang, bila dah agak-agak hampir nak masak kena balut nanti dimakan suka hati. Kekadang tak sempat balut lagi, ada dah mula nak grill ambil isinya atau nampak tanda ada dikopek kulitnya seperti gambar No. 3 di bawah ini. Lekas-lekaslah diambil dahulu dan diperam sebab ada kalanya ada bahagian masak tak sekata dengan penerimaan cahaya yang tak sekata. Kalau dibiarkan tupai pula yang santap dahulu, mentang-mentang dia boleh lompat tinggi. Jadi deria bau si tupai bolehlah nak diharapkan sebagai petanda dari deria penglihatan kami yang jauh sakit tengkuk nak perhatikan dah almost nak meranum atau tidak buah nangkanya. Jangan dibiar lama-lama bila ada petanda nanti diambil tupai. Setelah dipetik tak lama pun nak tunggu buahnya ranum, semerbak nangka satu bilik bila dah masak.
  Diperhatikan keadaan cuaca kesan fenomena El-Nino ini yang nampak ada kesan kepada buah nangka juga. Dalam sepokok itu ikut masa batch putik bunganya atau ketika buah dari bunga ke buah sedang membesar ada 2 rona kulit buah nangka dalam satu pokok. Satu buahnya warna kulit gelap coklat dan satu hijau macam biasa. 
  Mula-mula kami agak risau juga dengan yang kulit buah nangka kenapa warna kecoklatan. Jadi kami testinglah dulu buahnya, nak tengok hasil isinya bagaimana. Syukur Alhamdulillah takde kecacatan pada isinya. Cuma yang warna kecoklatan diperhatikan kulit isinya amat nipis sekali. Walaupun ada buahnya saiz lebih kecil dari yang kehijauan kuning membesar, isi ulasnya lebih besar dan padat sebab bahagian kulit amat nipis sekali. Itulah uniknya antara kesan cuaca El-Nino ini terhadap buah nangka. Suspense juga masa awal-awal kenapa ada batch sama membesar tu biasanya buah warna hijau tapi jadi warna coklat. Rupa-rupanya walaupun nampak tak secantik yang hijau kulitnya tapi isi buahnya lebih padat kerana kulit yang nipis.
 Yang sedang sarat berbuah juga adalah pokok nangka di hujung kebun belakang. Yang ini agak challenging nak ambil bulan puasa ini sebab buahnya terletak di pelbagai dahan yang berbeza dan kena panjat. Bayangkan nak peluk nangka besar bawa hati-hati turun tak terjatuh ke tanah. Yang jenis nangka di sini pula, musim panas bahang kadang-kadang sampai isi dia mengembang tersembul keluar boleh nampak sikit di pangkal tangkainya. Menarik juga memerhatikan kesan El-Nina terhadap jenis-jenis baka nangka yang berbeza.
  Yang mana buahnya dah kena noda berlubang dimakan oleh tupai, dipotong gugur ke bawah untuk angsa snacking. Seronok sakan mereka. Tapi tengah-tengah seronok makan lepas tu lari.....
 Takut dengan si Kaka ayam jantan paling senior yang nak join makan sekali. Kelakar juga lihat mereka, kadang-kadang bergaduh si Kaka ayam jantan dan si Momo angsa jantan. Sekejap Kaka yang menang, ada kala si Momo yang menang. Si Kaka ini taji dia dah panjang betul tajam. 

~ 1 buah nangka masak RM20.00 ~
~ 1 buah nangka muda RM5.00 ~

Self-collect Schedule This Week:

~ 18th/19th June 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah rezeki buah nangka dalam bulan Ramadhan ini dapat juga dikongsikan dan dibekalkan kepada peminat-peminat buah nangka. Syukur Alhamdulillah ada juga repeat orders untuk buah nangka. Bulan lepas ada customer sarat mengandung tunggu hari nak balik kampung ke Perak singgah self-collect nangka sempat merasa makan buah nangka sebelum bersalin. Sabtu lepas, suaminya singgah self-collect buah nangka lepas isterinya sedang berpantang, mungkin untuk iftar beramai-ramai. Tahniah on your newborn baby.
  Kebetulan pula Jumaat lepas, Tukang Kebun ada merancang hendak ke kedai pembekal bahan baking di Bandar Baru Sungai Buloh ada pesanan tiba-tiba 2 buah nangka masak diterima. Alang-alang dapatlah kami buat temujanji di sana. Syukur Alhamdulillah gembira dapat tunaikan hajat ibunya yang teringin makan nangka masak dan isinya dibuat juga cekodak nangka dikongsikan juga di surau. Hasil dari jualan nangka tersebut dapatlah Tukang Kebun singgah kedai bakery belanja anak-anak kek rainbow ice-cream untuk desert berbuka puasa dengan ucapan (heart) lil hardworking bees. Lagipun Tukang Kebun dah kata dekat Abby upah tolong teman buat kerja di kebun cuti sekolah ini belanja ice-cream. Abang-abang dapat upah cash sebab dah pandai membeli. Abby belum 4 tahun lagi belum pandai membeli.

8 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Alhamdulillah. Rezeki bulan puasa.

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, selamat berpuasa..
Subhanallah...meriahnya nangka tu berbuah, bestnya la kalo dekat, dapat gak Julie beli dr kakak buah nangka yg sedap tu...untung angsa2 tu, murah rezeki si angsa&ayam dpt makan buah nangka hihi...

Unknown berkata...

Salam ramadhan kkb..semoga ramadhan kali ini mendatangkan keberkatan utk semua

hiddenmcky berkata...

Hello. Nak order Roma tomatoes. Ada jaul pokoknye? or benihnye pun ok. Email saya? wong.meikay@gmail.com

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah...rezeki melimpah, bukan tuan tanah je bahkan ternakan pun dapat berkongsi rezeki... semoga tahun depan bertambah lagi hasilnya...

Tinggi pokoknya yer...

Normala Saad berkata...

Bestnya Diana...jenuh makan nangka..

Suzie berkata...

bestnya mkn nagka fresh2 dr pokok

TukangKebun berkata...

Salam Syawal Mazlan.

Syukur Alhamdulillah.
Moga bulan Syawal ini berterusan rezeki buah nangka.

Waalaikumsalam Julie.

Memang untung ternakan di belakang selalu dapat makan nangka.

Salam Syawal Ju,

Pejam celik cepat sahaja Ramadhan kali ini berakhir.

Salam Bahagia hiddenmcky,

Tomato Roma ada biji benih stoknya.
Boleh juga email ke (kebunkmg@gmail.com).

Salam Syawal Bunda_Nora,

Semoga Ramadhan tahun depan juga murah rezeki musim buah-buahannya.

Pokok nangka boleh tumbuh tinggi sebab batang kayunya sesuai juga nak buat perabot.


Salam Syawal Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah takdelah rasa kempunan nak makan nangka selalu.
Rajin nangka berbuah banding dengan durian.

Salam Syawal Kak Suzie.

Berkongsi-kongsi juga rezeki buah nangka ni.