Minggu ini perlahan-lahan kembang penuh paintbrush lily di Kebun Bahagia Bersama mengaburkan pandangan mata si tukang kebun pada weed yang cepat naik kala hujan kerap bertandang. Kurang sakit mata tengok weed apabila semarakkan semangat tukang kebun tengok blood lily di lokasi ini pemberian Kak Ros di Jasin. Ini adalah kali kedua bawang paintbrush lily yang ini kembang di Kebun Bahagia Bersama. Kali pertama kembang adalah bulan August lepas (klik sini).
Tidak pernah pun tukang kebun berikannya baja. Masa musim kemarau pun tak disiram. Bawangnya duduk diam-diam berehat dalam tanah tanpa sebarang kesan. Lama sudah daunnya yang muncul setelah bunganya keluar layu secara semulajadi meninggalkan tanpa sebarang kesan sampai tukang kebun pun lupa. Tiba-tiba bulan February lepas, semasa mencabut rumput baru tukang kebun perasa ada sudah sedikit pucuk tersembul keluar. Tukang kebun ingat bunganya akan keluar dulu sebelum daun yang akan menyusul kemudian.
Tetapi daunnya yang keluar dulu kali ini sebelum tangkai bunganya menonjolkan diri. Kebiasaannya blood lily keluar tangkai bunga dulu sebelum daun. Tukang kebun syak bawangnya mungkin dah mula beranak bawang baru disebabkan itu daunnya yang keluar dulu.
Bunganya tidak kembang serentak dari yang bahagian luar dulu kembang. Kemudian satu-persatu sampai yang di tengah akan kembang.
Bila dah kembang penuh, bunganya semakin berat untuk tangkai bunganya nak memikul. Tambahan pula hujan dari pagi semalam yang sungguh lebat. Lega hati tukang kebun hari Sabtu hujan mula turun membasahi Kebun Bahagia Bersama. Rumput di background tu pejam mata jelah tak cukup tangan nak merumput.
Bawang yang belum berbunga di KBB, tukang kebun intai cari tadi dalam rumput pun dah keluar pucuk. Bila agaknya giliran dia pula kembang? Kawasan ni huru-hara sedikit belum dikemaskan.





