No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Citrus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Citrus. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2020

PKPB Creamy Purple Lemonade Ice Cream Malaysia

Syukur Alhamdulillah di kala PKPB ini banyak rezeki musim buah limau telur buaya di Teratak Kiulu Lodge sehingga tak terguna semua buahnya berguguran terbiar di tanah. Banyak buah yang dah ranum sehingga kuning kadangkala tak perasan dah jatuh bawah pokoknya. Pada musim hujan ini pokok limau telur buaya makin tumbuh merimbun. Manakala buah yang sarat dan makin berat menyebabkan ranting-ranting sampai cecah menyarap ke tanah. Sambil tuai buah yang dah meranum boleh juga buat aktiviti pruning pokok-pokok limau telur buaya tersebut. Lagipun nak permudahkan pergerakan kelulut yang bonda letak di bawah pokok limau telur buaya keluar cari makan. Bantuan kelulut menjayakan pendebungaan buah limau telur buaya menjadikan banyak hasil buah limau telur buaya. Bagi yang berminat boleh tonton video link di bawah dari mula pokok limau telur buaya menghasilkan kudup bunga, apabila bunga kembang mekar dan jalin hubungan symbiosis dengan kelulut seterusnya menghasilkan buah limau yang sudah dapat dituai sekarang. Di dalam video tersebut dikongsi juga aktiviti pruning buah limau telur buaya yang dilakukan bulan lepas. Setelah pangkas ranting-ranting pokok limau telur buaya dalam 2 minggu lebih kelihatan pucuk baru tumbuh di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.


     Semasa pruning pokok limau telur buaya yang ayam-ayam pun ambil kesempatan sibuk mencakar tanah di bawahnya untuk mencari cacing-cacing. Macam animal instinct juga ni sebab masa canopy pokok tutup sampai merimbun di tanah suhu tanah lebih sejuk dan cacing akan berada dekat permukaan tanah. Sebelum cacing masuk ke lebih dalam paras tanah, ayam mencari-carilah dulu cacing. Boleh jugalah ayam-ayam ni tolong gemburkan tanah sekali. 
      Bila dah beberapa plastik penuh dengan limau telur buaya yang dikutip dari ranting sudah dipangkas, cuba rajinkan diri buat ais krim Malaysia untuk anak-anak. Kalau air limau sahaja dibekukan nampak macam air biasa sahaja kan. Jadi mohon anak-anak kutip bunga telang warna biru tu rebuskan dengan gula batu. Kemudian masak sekejap santan pekat dan susu manis berasingan di periuk lain. Sementara tunggu kedua-dua air ni sejuk, perah limau telur buaya ambil jus. Elok campur jus limau telur buaya dengan rebusan bunga telang yang dah suam supaya kita tak hilang banyak nutrient vitamin dari jus limau (nak retain as much as possible). Air bunga telang apabila dicampurkan dengan jus limau ianya akan bertukar dari warna biru ke merah. Ikut kepekatan rebusan air bunga telang yang digunakan juga. Tuang separuh air merah (campuran bunga telang dan jus limau) ke dalam plastik ais krim dahulu. Kemudian baru isi bahagian yang creamy santan dan susu pekat. Ikat plastik dan bekukan secara melintang.
Bolehlah jadikan stok ais krim anak-anak sambil bermain di luar masa cuaca panas. Boleh kuatkan imunisasi badan dengan rich vitamin C dari jus buah limau telur buaya dan zat dari bunga telang juga. Home-made ice cream Malaysia kita boleh kawal kemanisannya.

Selasa, 3 November 2020

Daffodil dazzling at Hitachi Seaside Park early Spring

Our last stop semasa Jalan Jalan Jepun 2019 ialah di Hitachi Seaside Park yang terletak di negeri Ibaraki. Tukang Kebun teringin nak melawat taman yang luas beratus hektar ini yang terkenal dengan pelbagai koleksi bunga kembang indah setiap musim yang berlainan. Tukang Kebun check calendar musim bunga Hitachi Seaside Park ini masa hujung bulan March dan awal bulan April ialah musim bunga Daffodil. Masa Jalan Jalan Jepun 2017 ada Tukang Kebun kira-kira ingat nak ke sini tapi masa tu dah seperti habis musim pokok kochia yang bertukar warna dari hijau ke merah apabila tiba musim luruh. Musim luruh ramai pelawat datang ke Hitachi Seaside Park untuk melihat keindahan pokok kochia bertukar merah menyala dan juga pokok bunga cosmos mekar meriah di kawasan luas bersebelahannya.
Seronoknya lah melihat kawasan pokok daffodil sedang hampir mekar serentak kesemuanya yang luas pemandangan. Macam masuk ke hutan pari-pari.
Kebiasaannya pokok daffodil berwarna kuning terang tetapi sekarang ni terdapat banyak kacukan baka moden baru yang ronanya dari warna krim, warna jingga dan bi-warna. Kalau anak-anak Tukang Kebun panggil bunga mulut itik hehehe...
Pelbagai jenis baka yang jarang dilihat boleh dinikmati di koleksi taman daffodil di Hitachi Seaside Park ini. Biasanya musim pokok daffodil akan berbunga dahulu dan tidak lama disusuli dengan musim pokok bunga sakura.
Pokok di bawah ini Tukang Kurang kurang pasti jenis apa tapi macam pokok bunga narcissus kerana ia mirip bunga daffodil. Cuma perbezaannya ialah pokok bunga daffodil setangkai cuma keluar satu bunga dan pokok bunga narcissus pula dia satu tangkai ada beberapa kuntuman bunga. Kedua-duanya daffodil dan narcissus adalah dari jenis pokok bunga yang tumbuh dari bibit bentuk bawang. Bibit bawang daffodil adalah lebih besar dari bibit bawang narcissus. Kalau pokok daffodil yang matang sudah beberapa tahun berbunga biasanya bibit bawangnya tu lebih besar dari bawang besar yang kita masak di dapur. Walaupun tidak kelihatan bawangnya tu yang tersorak di bawah tanah. Semasa musim sejuk daun pokok daffodil akan layu dan kering, nanti bila tiba semula penghujung musim sejuk akan tumbuh keluar pucuk daun baru dari tanah.
Pokok bunga yang tumbuh dari bibit bawang sebenarnya sangat mudah untuk dijaga. Kitaran hidupnya amat mudah ikut peredaran musim. Bila keluar pucuk semula dari bawang yang tidur di dalam tanah, nanti dia berbunga, apabila bunga dah layu, daun akan kumpul tenaga semula, kemudian dekat musim sejuk akan layu dan kering, dah nak habis musim sejuk bangunlah ia semula. Anak-anak pun dah kepuasan jadi model untuk maknya ambil gambar bersama bunga duduk rehat dulu sementara maknya masih pusing-pusing belek bunga.
Gambar di bawah ini macam buah anggur purple keluar dari tanah pun jenis pokok bunga dari bibit bawang iaitu kekadang panggil pokok bunga muscari atau grape hyacinth.
Di dalam Hitachi Seaside Park ini ada juga kawasan rumah-rumah traditional di mana terdapat juga disediakan permainan tradisional Jepun untuk bagi generasi muda merasa cara mainan zaman kanak-kanak orang dahulu. Kawasan di sini luas boleh juga sewa basikal untuk ronda-ronda dalam taman ini.
Ada juga bidang tanah di dalam ini ditanam khusus untuk sejenis herba yang asalnya dari China iaitu Chinese milkvetch (Astragalus sinicus) yang digunakan untuk suburkan tanah sebagai green manure.
Musim bunga yang terkenal juga di kawasan ini ialah bila tibanya musim bunga nemophila berwarna pastel blue ini pada bulan Mei setiap tahun. Banyak iklan buat pengambaran berlatarbelakangkan bidang tanah pokok nemophila ini sedang berbunga.
Pokok bunga nemophila ini kecil sahaja saiz pokoknya macam rumpai sahaja kalau tak berbunga, tetapi bila bunga serentak dengan banyak padat tentu sahaja kelihatan menawan. Sebelum tiba musim bunganya cuma kelihatan menghijau seperti gambar di bawah.
Ada juga kawasan mini taman botani dalam Hitachi Seaside Park ini dan kali ini yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah jenis pokok yang ditulis di situ adik beradik keluarga limau/citrus (mikan kalau Jepun adik beradik limau mandarin tu). Kemudian nama pokok ini yang tertera adalah "Miyamashikimi". Bergugusan cantik pula bunga yang masuk dalam keluarga citrus ini. Bila Tukang Kebun google buahnya tak besar, kecil macam guli warna merah apabila ranum.
Of course masa ini pun dah mula pokok-pokok bunga sakura di Hitachi Seaside Park dah kembang mekar. Cuma kekadang kesian kat pokok bunga daffodil ini jadi overshadow dengan popularity pokok bunga sakura oleh pelawat antarabangsa sebab musim kembang mekar daffodil tu tak berapa jauh susulannya dengan pokok bunga sakura. Daffodil kalau tumbuh luas seperti itu pun dazzling juga kan.

Isnin, 8 Januari 2018

Tamu Tuaran August 2017

 Sudah setengah tahun baru nak draf posting koleksi gambar-gambar yang telah lama diambil di Tamu Tuaran pada pertengahan bulan Ogos 2017. Lokasi gambar-gambar yang diambil pun hanya satu bahagian kecil di Tamu Tuaran iaitu bersebelahan dengan Pet Shop. Inipun sementara tunggu anak-anak suka terhibur tengok binatang perliharaan comel dalam kedai tersebut memudahkan Tukang Kebun shopping kejap. Tambahan pula ini adalah bahagian yang Tukang Kebun suka beli hasil-hasil tanaman. Sebab di sini kebanyakkannya adalah direct dari petani tempatan ataupun datangnya dari kawasan bukan Kundasang yang lebih komersial. Kalau yang berdekatan dengan ruangan berdekatan dengan pasar basah tempat seafood kebanyakkannya adalah orang tengah yang menjual sayur-sayuran. 
  Tamu Tuaran adalah setiap pagi Ahad. Tetapi setiap pagi Sabtu pun ada juga menjual macam pre-tamu sebelum hari minggu. Ada yang turun awal juga untuk menjual. Kadang-kadang petani akan terus jual kepada orang tengah jika jualan mereka tidak habis pada hari Sabtu untuk orang tengah jual pada hari minggu.Untuk yang mungkin ada planning untuk melawat Sabah tahun 2018, bolehlah aturkan program mereka jika ke Kundasang pada hari Sabtu atau Ahad, bolehlah awal pagi singgah ke Tamu Tuaran dahulu sebab macam on the way je. Biasanya kalau pagi hari Sabtu, sebelah kedai Pet Shop ini ada petani tempatan sudah mula menjual. Kalau Tamu Kundasang rasanya hari Jumaat.
 Gambar pertama dalam posting ini adalah gambaran sebahagian jualan di sebelah Pet Shop dekat tapak Tamu Tuaran. Mari kita zoom in lebih dekat pula, jenis hasil tanaman apa yang dijual boleh didapati di Tamu Tuaran. Sebagai contoh seperti gambar di atas ada bawang berlian yang bawangnya warna merah tu. Dekat Semenanjung Malaysia payahlah nak jumpa. Tapi bawang berlian ini juga ada nilai di Tamu Tuaran dari segi bekalan. Bukan sahaja itu bawang berlian ini ada banyak kegunaannya dari segi perubatan dan orang mengandung tak boleh makan bawang berlian ya. Kalau dah bersalin, masa berpantang boleh bagi peranakan kecut cepat dan kasi bersih dalaman. Orang tempatan biasa masak bawang berlian ni campur dengan sup ayam. Merah jadi supnya.

Info lanjut bawang berlian (klik sini).

~ 1 bekas bawang berlian RM7.00 (isinya juga boleh dituai dan dimakan ya)<boleh dipos>~

 Kalau buah durian dekat Sabah ni lagi mahal harga pasaran dia banding dengan di Semenanjung Malaysia. Kalau beli direct dari Tukang Kebunnya dalam harga RM8 sekilogram bulan Disember  2017 lepas, kemudian orang tengah jual harga dalam RM15 sekilogram. Gara-gara teringin nak rasa durian tanam kat Sabah, bulan lepas ada beli sebiji D08? harganya RM15 sekilogram di Tamu Tuaran. Kemudian nampak transaksi petani jual dekat orang tengah dengan harga RM8. Bulan January ini ada ubi kayu Kebun Bahagia Bersama, yang mengidam boleh juga kami usahakan pos. Sulur-sulur atau batang keladi juga adalah satu bekalan yang kerap dilihat di Tamu Tuaran.

~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 ikat/plastik sayur batang ubi keladi RM1.00 ~

 Buah pinang juga adalah satu hasil yang kerap juga ditemui di Tamu Tuaran.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh juga dipos)~
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (boleh juga dipos) ~
 Kalau yang rare ikut musim ialah seperti buah kelubi. Terliur gak tengok buah kelubi ini tapi memikirkan tak sempat nak buat jeruk. Boleh kawan-kawan share selain dari buat jeruk buah kelubi ini, apakah cara lain untuk enjoy buah kelubi?
 Terdapat pelbagai jenis pilihan buah limau atau citrus fruit yang juga dibekalkan di Tamu Tuaran seperti limau kasturi, limau nipis, limau telur buaya dan lain-lain. InsyaAllah hujung minggu ini ada juga self-collect day.

Self-Collect Day (Please email (kebunkmg@gmail.com) confirm before the meeting):

13th/14th January 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway).

Goodies yang maybe available:

1 beg tanah bakar RM5.00 .
7 biji buah kelapa tua RM10.00 .
3 biji isi kelapa parut RM5.00 .
1 kilogram buah ciku RM4.00 .
5 biji buah katak puru/nam nam RM2.00 .
1 biji buah nangka muda RM5.00 .
1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 .
1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .

dan ulam-ulaman , 1 jenis ulam 1 ikat RM1.00 .
 Minggu lepas Abby kelihatan seperti dapat symptom bintik-bintik Chicken Pox lah pulak. Tak perasan mulanya sebab masa kena sympton ini, Abby langsung tak ada demam. Oleh itu, Tukang Kebun ada di Kota Kinabalu bersama Abby geledahlah kebun Big Boss di Kingfisher. Big Boss pesan pergi kumpul 3 jenis daun buah limau yang berlainan kasi rebus dengan air buat mandi Abby. Lepas tu kasi mandi air perahan buah limau purut sekali. Lepas kasi mandi air rebusan daun limau, cepat surut bintik-bintik kudis semua dah tak berair, dah jadi kering. Daun-daun limau elok juga kasi carik-carik atau blendar kasar dengan air untuk lebih effective. Abby sambil berendam, punya banyak slice buah limau purut dimakannya. Kuat makan asam Abby ni dari mama dia. Natural Vitamin C. 
 Besarnya buah limau telur buaya dari kebun Big Boss di Kingfisher. Dalam upih gambar atas ini tuaian dari sebuah pokok je ni. Ini pun yang dah kekuningan sahaja Tukang Kebun tuai. Buah limau telur buaya ini nampak macam buah lemon kan. Lagi besar dari buah lemon. Kalau ada pokok limau yang macam mabuk daun, boleh tu petik-petik daunnya buat mandian spa sendiri di rumah ada manafaat sementara nak tunggu dia berbuah.  Abby tiga hari mandi spa daun limau dan jus limau purut. Tukang kebun pun seminggu cuci rambut dengan jus limau purut. Luxury tau. No chemicals. Jasa dari pokok dan yang menanam. Dua hari penggunaan jus limau purut kami as shampoo cost sama dengan beli harga sebotol shampoo. Arwah nenek Tukang Kebun dulu basuh rambut pakai buah limau sahaja dan tak perlu nenek dye rambut dia sebab tak beruban.

~ 1 pokok tut limau telur buaya RM25.00 ~

Selasa, 29 Ogos 2017

Citrus and Coconut

 Gerangan tumbuhan manakah yang menghasilkan bunga warna putih ini yang semerbak di awal pagi menjadi tarikan si lebah yang rajin kumpulkan makanan? Walaupun setangkai menghasilkan gugusan bunga, kebarangkalian supaya buahnya menjadi besar sepanjang tapak tangan mungkin satu atau dua biji buah limau yang akan terhasil dari gugusan bunga setangkai. Semasa tangkai berbunga ianya masih mampu berdiri tegak, lama kelamaan rantingnya lentur jatuh ke bawah kerana tidak dapat menampung buah yang makin besar dan mengandungi jus berkhasiat tersebut.
 Selalunya ketika mencari buah limau telur buaya yang ranum, Tukang Kebun kena angkat ranting-ranting rimbun. Ini kerana yang bahagian belah bawah pokok biasanya jika buahnya dah mula nak masak akan baring meranum di tanah macam pemberat yang tidak dapat tangkainya menanggung tergantung di udara. Mula-mula Big Boss agak risau anak pokok limau telur buaya yang ditanam bersebelahan pokok kelapa mungkin tak dapat hidup dengan baik (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah kini makin rimbun dan tidak putus-putus menghasilkan buah (related posting klik sini).
 Cemburu agaknya, pokok coconut tersebut pun sekarang dah mula menunjukkan tanda mula nak menghasilkan buah. InsyaAllah akan Tukang Kebun kongsi ceritanya kemudian. Yang berminat untuk tanam pokok limau telur buaya di kebun masing-masing ada stock.

~ 1 tut pokok limau telur buaya RM25.00 ~

~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00 (boleh pos laju) ~

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 (Self-Collect Only) ~

~ 3 biji isi kelapa tua parut RM5.00 (Self-Collect Only) ~

Next Self-Collect Day:

~ 9th/10th September 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (Guthrie Corridor Highway exit Paya Jaras).
 Awal bulan ini Syukur Alhamdulillah Abby dah 5 tahun. Kesian masa birthday Abby , birthday girl tak beberapa sihat on 9th August. Birthday girl demam panas kuat. Nak kasi ceria Mama Abby bergegas juga la singgah beli birthday cake dan pensil warna permintaan dah lama serta buku-buku untuk Abby. Tak larat juga nak belek-belek hadiah, esok baru ada mood lepas nenek bagi mandi pelbagai jenis daun termasuk daun limau.

Jumaat, 17 Februari 2017

Reduce HFMD Risk

  Minggu ini Abby dapat cuti sakit kuarantin sebab disyaki dijangkiti penyakit HFMD. Surat pekeliling untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan untuk penyakit berjangkit, penjaga boleh dapat maksimum cuti 5 hari. Tidak menghairankan sebab dah kerap kes ini di taska Abby cuma kali ini tak terlepas. Abby juga terkena buat pertama kali setelah masuk tahun kedua taska di situ.  

 Semasa cuti Thaipusam lalu, papa Abby ambil cuti jadikan long weekend. Jadi buat pertama kalinya kami dapat melawat kampung asal moyang nenek Abby yang duduk lembah banjaran Crocker tak jauh dari Gunung Kinabalu pada Sabtu lalu. Dalam perjalanan balik tu Abby dah mula dirasai badan panas demam. Kami bercadang nak bermalam di kampung nenek Abby ke Kiulu jadi singgah pekan Tamparuli beli ubat paracetamol. Manakala nenek Abby terus balik Kota Kinabalu. Sampai rumah di Kiulu dah lebih kurang waktu Asar. Abby badan panas tapi dia kata rasa sejuk. Otak ni dah mula berputar apa boleh digunakan ni untuk kasi surut demam cepat ni melihat keliling rumah. Lalu Tukang Kebun kerahkan papa Abby dan Abang-Abang Abby pergi kutip semua jenis daun citrus atau daun limau yang ada. Ilhan pun Syukur Alhamdulillah sudah kenal pokok-pokok citrus keliling rumah di Kiulu ni, bila pagi esoknya terpaksa Ilhan seorang kutip daun limau kerana papa Abby pula demam. Sementara Tukang Kebun sediakan sarapan, Abang Ilhan bantu petik pelbagai jenis daun-daun limau yang ada di halaman luar. Jangan keliru atas tu Ilhan bukan tengah petik daun limau tu, itu pokok pulasan. Ilhan sedang keluarkan tali layang-layang dia yang tersangkut tu hehehe...
  Zaman sekarang ini dah mudah dengan adanya gadget blender. Tak perlu nak ambil masa racik-racik daunnya. Pakai blender dengan air je. Tak perlu pun blender dengan lumat. Asalkan dah racik-racik. Kemudian panaskan dengan air yang blender tu sahaja sehingga mendidih. Wangi satu dapur bau rebusan air daun limau. Tukang Kebun kasi Abby mandi air rebusan pelbagai daun limau/citrus bila dah senja. Syukur Alhamdulillah keesokkan paginya Abby dah mula segar badan dan dah tak panas. Mulai tengahari dah mula berlari-lari main. Papa Abby pula pagi yang mula demam panas.
 Dalam pukul 2 petang Ahad lepas, kami mula bergerak ke Kota Kinabalu. Just in case,kami singgah di Salut untuk minum air kelapa supaya Abby tak panas lagi. Tukang Kebun ambil kesempatan makan lokan bakar. Jadi hari Isnin, walaupun Abby sihat sengaja Tukang Kebun rehatkan Abby tak ke taska dan ada mandi air rebusan daun limau/citrus lagi. 
 Bila hari Selalu lalu, semasa bawa Abby ke taska baru perasan ada bintik-bintik di tapak tangannya dan di siku mula berair bila belek-belek dengan cikgu. Kemudian bila bawa pergi ke klinik, check tapak kaki pun ada dah mula naik bintik-bintik. Oleh itu, Doktor suspek Abby kena jangkitan HFMD sebab dia ada demam dulu baru mula keluarkan bintik-bintik.

 Tapi Syukur Alhamdulillah hari Selasa tu je , bintik-bintik keluar mendadak tu banyak. Kemudian hingga sekarang dah makin hilang bintik-bintiknya tu. Tukang Kebun suspen juga kalau Abby akan dapat ulcer yang teruk. Sebab ramai kawan-kawan anak yang pernah kena HFMD cerita yang serik bila ada ulcer teruk tu. Syukur Alhamdulillah takde pula Abby merungut masalah ulser dan Tukang Kebun check tak de. Cuma ada bintik-bintik sikit kecik je dekat mulut. Sekarang pun  dah mula beransur hilang bintik-bintiknya tu. Sehingga Tukang Kebun pun musykil Abby ni betul ke kena jangkitan HFMD atau demam campak.

 Naluri kami rasa penangan minum air kelapa kasi cepat proses keluar bintik-bintik semua tu dan air rebusan daun limau tu mencegah atau mengurangkan kesan jangkitan tersebut dari melarat lama menyebabkan bintik-bintik tu tak keluar banyak macam biasa. Memang tak beberapa perasan bintik-bintik Abby kena tu. Syukur Alhamdulillah walaupun Abby kena HFMD macam memang tak sakit pun ligat main, tak de merengek atau cranky.

 Oleh itu sebagai untuk mengurangkan risiko HFMD melarat, mungkin boleh diusahakan dengan mandikan anak-anak dengan air rebusan daun limau/citrus. Kita selalu fikir citrus ini jangan kegunaan buahnya sahaja tetapi daunnya juga ada potensi memainkan peranan untuk rawatan alternatif untuk pelbagai jenis penyakit. Takpe kalau daunnya merimbun sementara nak tunggu pokoknya berbuah, kita boleh petik daun-daunnya buat mandi untuk kesihatan badan kita juga. Natural spa at home. Ibu-ibu dengan anak-anak kecil elok kita raikan kelahiran anak dengan tanam pokok limau, InsyaAllah pelbagai manfaat kita dapat peroleh darinya. Anak demam mandikan dengan air suam dari rebusan daun-daun limau/citrus boleh bantu segarkan badan.
 Contohnya pokok limau kapas ini, bila pruning cepat sahaja merimbun semula daunnya. Bila difikirkan sayang juga jika daun-daun yang telah pruning itu dibuang sahajakan, boleh dibuat untuk mandi. Jenis-jenis pokok limau yang available dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti berikut.

~ 1 grafted pokok limau kapas RM15.00 ~

Info lanjut pokok lemon limau kapas (klik sini).

~ 1 grafted pokok lemon Tahiti RM25.00 ~

Info pokok lemon Tahiti (klik sini).

~ 1 grafted pokok limau telur buaya RM25.00 ~

Info pokok limau telur buaya (klik sini).
~ 1 pokok limau kasturi RM5.00 ~

Info pokok limau kasturi (klik sini).

~ 1 kilogram fresh organic citrus fruit mix  RM6.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~ 18th/19th Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Ahad, 8 Januari 2017

Tahitian Lemon

 Minggu depan Tuan Tanah dan Big Boss balik Semenanjung jadi untuk semua buah limau kami take a break bekalkan specially reserved for them. Yang berminat untuk buat makan-makan atau ada potluck nak buat lauk gulai nangka muda boleh dapatkan stok segar dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~

Our first self-collect day untuk tahun 2017 adalah:

~ 14/15th January 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

 Syukur Alhamdulillah dalam setahun pokok tut Buah Limau jenis Tahiti Lemon sudah mula menghasilkan buah. Walaupun agak terbiar tidak dibaja cepat pembesarannya. Pokok Tahiti Lemon ini semasa dipindahkan ditanam bersama-sama mayat itik Muscovy (related posting klik sini). Perlahan-lahan mayat itik tersebut telah menyuburkan pokok Tahiti Lemon tersebut. 
 Seperti biasa Tukang Kebun tak sedar sebenarnya pokok-pokok Tahiti Lemon yang di area diambil dalam gambar ini sudah pun mula menghasilkan buah. Bila ternampak pokok buah limau telur buaya sudah mula berbuah (related posting klik sini) baru terdetik nak intai pokok-pokok buah Tahiti Lemon pula. Rupa-rupanya dah berminggu menghasilkan buah apabila kelihatan buah-buah besar warna hijau tunggu hari sahaja nak masak. Sebelum bunga  Tahiti lemon mekar kelopaknya berwarna Putih, kudup bunganya berwarna merah jambu. Pada awal pagi, wangi bau bunga putih Tahiti Lemon menarik agen pendebungan seperti lebah atau kelulut singgah mengeteh.

 Kadangkala pada satu tangkai lemon Tahiti akan menghasilkan dengan satu gugusan beberapa buah Tahiti lemon. Jika nak buah yang besar nasihat kami ialah petik buah yang berlebihan tinggalkan 1 atau 2 biji pada tangkai yang sama. Jika satu tangkai ada buah yang banyak, kemungkinan ada yang saiznya kecil dari biasa.
 Kebiasaannya buah yang menerima cahaya yang sekata akan mengambil masa dalam 2 bulan untuk masak bertukar ke kuning. Rasa buah Tahiti Lemon ini memang rasa lemon dan lebih sesuai ditanam di kawasan tropika. Berbanding dengan buah limau telur buaya, buah Tahiti Lemon lebih juicy buahnya macam buah lemon.
 Pokok buah lemon tahiti juga boleh ditanam dalam pot yang besar. Bentuk buah lemon Tahiti lebih ke arah berbentuk bulat dengan ada pointy ekor di hujung.

~ 1 pokok lemon Tahiti RM25.00 ~

Buah-buahan yang available juga minggu depan:

~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 (biasanya lebih 2 kilogram).
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 8 biji buah kelapa tua RM10.

Senarai di atas boleh juga dengan penghantaran pos kecuali buah kelapa tua.

Khamis, 5 Januari 2017

Jus Kasturi-Kist dengan Tamban Goreng

 Selepas balik bercuti di Johor dan Melaka rajinlah Ilhan meneman tolong mama Ilhan di kebun. Dah dapat banyak hadiah kan (related posting klik sini). Sementara Tukang Kebun menanam keratan ubi kayu dan pindahkan sulur pisang, pada 15hb Disember lalu Ilhan menolong kutip buah kelapa tua dan buah limau kasturi. Kerja menuai ini pun kekadang ambil masa juga, jadi yang ini bolehlah Ilhan tolong tuai supaya mama boleh selesaikan kerja lain.
 Sayang pula tengok buah limau kasturi yang dah ranum berwarna oren sunkist ni. Teringat pula dah nampak macam hiasan limau untuk Tahun Baru Cina akan datang ini. Cantik dan gemuk buah-buah limau kasturi ini. Tahan lama buah limau kasturi yang ranum ini ditempat teduh. Jika bandingkan yang banyak cahaya matahari cepat kecut dan gugur. Tukang Kebun selalu lupa nak tuai pokok limau kasturi yang terletak dah penghujung sempadan tanah Kebun Bahagia Bersama di belakang. Tambahan pula pokoknya duduk dalam kawasan teduh sebab pokok buah-buahan tinggi-tinggi di sini. Walaupun terlindung dari dapat cahaya matahari yang banyak ada hasil diberikan juga.
 Memandangkan dah Ilhan yang tuai, rasa nak buat sesuatulah juga hargai tenaga Ilhan. Mudah betul nak perah jus dari buah kasturi yang dah nampak mini oren sunkist ni. Jusnya pun nampak pekat macam cordial pati sunkist tu.  Cordial pati sunkist tu letak gula sebab tu dia manis kan. Sama je rasanya kalau buah limau kasturi ini letak gula boleh juga pengganti cordial pati sunkist.
 Masak simple-simple sahaja. Goreng dulu ikan kering tamban. Kemudian tumis bawang dan cili,.Lepas tu masukkan jus kasturi-kist tu dan masukkan semula ikan kering tamban goreng kasi gaul dengan semua bahan tadi. Dah siap.
 Seronok si Ilhan makan dengan nasi beras bukit. Yang terkejutnya tengok gaya Abby, berapa kali dicedoknya jus masakan tu macam minum sup. Suka betul Abby dengan jus limau. Natural Vitamin C.

Jenis-jenis buah limau available (boleh dipos):

~ 300gram buah limau kasturi RM2.00 .
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00.
~ 1 kilogram buah limau campur-campur RM6.00 .

~ 1 anak pokok buah limau kasturi RM5.00 .