No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Itik Campbell. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Itik Campbell. Papar semua catatan

Rabu, 25 November 2020

PKPB Rayyan Peranan Pengembala Itik

Sejak PKPB salah satu tugasan Rayyan adalah membantu jaga anak-anak itik yang menetas dengan bantuan incubator yang tiada ibunya untuk menjaga. Maka kenalah Rayyan ambil alih jadi ibu itik semasa 1 ke 2 minggu awal pertumbuhan itik selepas baru-baru menetas dari telur. Jika nak kepastian samaada telur itik tersebut adalah telur yang menjadi boleh check telur tersebut setelah 1 minggu lebih diletakkan di dalam incubator. Telur itik memerlukan pengeraman selama 28 hari. Jika dah hampir 3 minggu lebih kita boleh lihat perkembangan pertumbuhan embryo itik di dalam telur dan pergerakkan jantungnya berdegup. Boleh lihat dalam video link di bawah embryo itik berdegup-degup semasa Tukang Kebun bagi hands on konon-konon subjek Alam dan Manusia kepada kanak-kanak riang di rumah ni.

Jika ada anak-anak itik yang baru menetas keluar mesti ralit si Rayyan asyik belek-belek buat main bawa ke sini sana. Kekadang banyak juga aktiviti anak-anak ni secara spontan dapat juga kita belajar benda baru sama-sama. Sebagai contoh, Tukang Kebun mohon kanak-kanak riang ni kupas kelopak luar isi buah roselle untuk buat versi air ribena mereka. Si Rayyan sengaja lepaskan anak itik baru hari kedua menetas kat atas upih ada buah-buah roselle. Rupa-rupanya itik instinct dalam usia begitu muda pun dah jadi pest exterminator yang baik. Kalau jenis buah roselle yang jenis kelopak besar-besar ni permasalahannya serangga perosak menyorok di dalamnya. Bila kopek maka keluarlah serangga perosak ni. Cekap pula anak itik baru lahir 2 hari menyerang serangga perosak tersebut (boleh tonton telatah itik 2 hari serang serangga di video link atas). Itik memang salah satu pengawal serangga perosak yang baik untuk penanaman secara organik. Semasa pertengahan tahun ni banyak negara luar yang telah diserang sejenis species belalang yang dipanggil locusts. Salah satu yang membantu membasmi masalah serangan belalang ini adalah melepaskan itik-itik di tempat yang kena serang. Masalah serangan locust amat teruk seperti di Afrika, India, China dan lain-lain. Serangan belalang species locusts ini juga menyebabkan banyak bekalan makanan tidak mencukupi sekarang termasuklah jenis tanaman bawang. Tambahan pula bencana banjir yang berlaku selepas serangan belalang melanda beberapa bulan lalu yang menyebabkan tanaman musnah. Banyak permasalahan petani tahun ni untuk mengeluarkan hasil dengan pergerakkan terhad Covid-19, serangan belalang locusts dan bencana banjir, satu demi satu dugaan mereka yang bakal mengganggu bekalan makanan kita.

Sekarang ni pun di Malaysia musim tengkujuh banyak kawasan dah dilanda banjir. Di sini pun banyak dah kawasan berlopak dengan air. Yang seronoknya ialah itik-itik lah yang sedang membesar ni. Masa hujan termenung tengok itik-itik berenang dalam lopak air. Batch atas kelahiran antara pertengahan September dan awal Oktober.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Fresh Khaki Campbell Duck Eggs

  Syukur Alhamdulillah dah mula dekat penghujung tahun 2015 ini tinggal beberapa minggu sahaja lagi, sekarang pelbagai jenis buah-buahan dapat dirasai segar dari kebun. Kebanyakkannya usaha dari atuk dan nenek dapatlah hingga ke cucu-cucu dapat merasa. Beruntunglah cucu-cucu ini, dalam usia muda dapat merasa pelbagai jenis buah-buahan yang bukan mudah untuk didapati di pasaraya, apatah lagi petik terus masuk dalam mulut. Moga minat menanam ini akan juga sebati dalam generasi muda ini. Antara yang rajin berbuah juga pada tahun ini kerap kali adalah buah ceri barbados. Sebagai ibu inilah antara buah yang kadangkala dipetik seberapa banyak yang boleh digenggam sambil ronda di belakang kebun seketika untuk Abby yang kesunyian menunggu di meja dapur. Dapatlah natural supplement vitamin C yang kaya untuk Abby.
  Syukur Alhamdulillah beberapa hari ini rezeki hujan sangatlah banyak sampai tanah juga penuh air nampak overflow dan itik-itik sibuk menyudu dalam air mencari makanan lepas hujan turun. Itik-itik seronok sungguh di belakang Kebun Bahagia Bersama sekarang dengan air kolam (tempat membakar) yang penuh bertakung. Langit biru juga sudah kelihatan sekarang di mana asyik tertutup dengan asap jerebu. Cuma bila hujan tak berhenti-henti, rasa khuatir juga kami di sini jika banjir atau air sungai overflow. Jadi nak kena rajin-rajin intai parit. Kembalinya keadaan udara yang baik dan banyak air sekarang di kebun, nampaknya itik-itik jenis Khaki Campbell yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama dah mula kerap bertelur dengan hasil yang lebih baik. Gambar No. 2 di atas adalah antara itik-itik betina Khaki Campbell batch kedua yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama. Sumber telur-telur itik segar yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Telur Itik sebutir 70sen ~
 Hampir Tukang Kebun tak perasan yang ada buah-buah bidara yang sudah masak di atas pokok jika bukan ralit mengekor tengok lebah-lebah berterbangan mengumpul makanan. Buah bidara ini kesukaan Rayyan, lekas-lekaslah petik untuk desert makan malam Rayyan. 
  Antara buah yang dapat dipetik segar dari kebun juga minggu ini adalah buah belimbing buloh. mempelam pauh ringan, ciku dan canistel.

  Fresh produce yang available untuk self-collect minggu ini adalah :

~ Buah Ciku (1kilogram RM4).
~ Buah Cili Burung (1pek RM1).
~ Buah Canistel (1kilogram RM5).
~ Buah Mahkota Dewa (500gram RM7).
~ Buah Mempelam Telor/Pauh Ringan (1kilogram RM5).
~ Buah Kelapa Muda (1 biji RM2).
~ Buah Kelapa Tua (3 biji RM2).
~ Kelapa Parut (3biji RM5).
~ Daun Pucuk Muda Asam Gelugor (1ikat RM1)
~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu (1ikat RM1).
 Malam-malam cuaca dingin apabila sebelah petang hujan dah melawat, sedap hirup sup asin-asin panas suam-suam untuk makan malam. Buah pink guava kerap jatuh dari pokok di bahagian ampaian baru perasan tak sempat nak mengintai pokoknya dah ada yang masak atau tidak.
   Syukur Alhamdulillah sekarang bukan sahaja telur ayam kampung atau telur itik sahaja yang dapat dikutip. Tetapi telur ayam mutiara juga dapat dikutip dari kebun. Gambar di atas telur ayam mutiara sebelah telur itik boleh nampak perbezaan saiz bentuknya. Telur ayam mutiara lebih banyak khasiat dari telur ayam kampung. Cangkerang kulit telurnya juga jauh lebih keras dari telur ayam dan itik. Terkejut Tukang Kebun ada sekali tu guna telur ayam mutiara untuk masak sebab dah retak sikit jadi tak dapat nak eram telurnya. Bahagian putih telur ayam mutiara lebih pejal atau kenyal rasanya berbanding dengan telur itik. Begitu mudah nak pisahkan telur putih dan telur kuning.
  Anak-anak pun dah selamat duduk peperiksaan walaupun tertangguh seminggu kesan dari jerebu.

Khamis, 24 September 2015

Salam AidilAdha

   Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pembaca. Tahun ini kami tak balik kampung, ada sahaja di Kebun Bahagia Bersama ini. Syukur Alhamdulillah urusan korban hari ini telah dipermudahkan urusannya, dapatlah dearest husband gotong-royong sembelih dan lapah daging lembu hari ini bersama-sama penduduk-penduduk kampung sambil merapatkan silaturahim selepas solat raya. Cepat juga selesai sebelum tengahari, telah dibahagi-bahagikan. Tahun ini 16 ekor lembu dikorbankan di Masjid Kampung Kubu Gajah. Infinity terima kasih kepada gardeners yang sudi self-collect goodies pada hari Sabtu dan Ahad lepas ,dapatlah menunaikan hajat Tukang Kebun untuk mengambil sebahagian lembu korban tahun ini. Tahun ini niat untuk Rayyan Haniel.
  Elok sahaja tengahari tadi sambil Tukang Kebun tengah hiris-hiris bawang di meja makan dapur terdengar macam bunyi anak ayam di belakang. Terkejut tengok bukan anak ayam yang menetas. Tapi itik telur jenis itik campbell yang menetas. Seronok sungguh dengan rezeki hari ini, pertama kali itik menetas dalam incubator. Telur yang ini asalnya Tukang Kebun ambil masa 3hbSeptember2015 dari Sangkar 2 yang telah diperam separuh jalan oleh ayam kampung betina dipanggil si Ratu. Sebab telur-telur dalam sangkarnya asyik kena sepah-sepahkan oleh ayam lain, jadi Tukang Kebun kutip semua dan letak dalam incubator. Antara rezeki Hari Raya AidilAdha tahun ini. Anak-anak pun seronok sambil meratah daging lembu yang baru digoreng oleh dearest husband.
  Sementara itu, Tukang Kebun tengah nak selesaikan projek masak kuah kacang. Gambar kuah kacang sedang masak. Syukur Alhamdulillah baru sahaja selesai masak, bolehlah curi masa sambil rehat tulis posting blog hari ini. Saja-saja buat kuah kacang boleh bahagi-bahagikan simpan stok dalam freezer bila nak makan home-made pecal kemudian. Anak-anak juga yang menolong kupas kulit kacang setelah dipanggang.
  Tukang Kebun asyik lupa nak maklumkan untuk yang terlibat yang sebenarnya jumlah pesanan penghantaran yang dipos pada Isnin 7hbSeptember2015 lalu, 50% dari jumlah sales telah kami sedekahkan kepada rumah anak-anak yatim. Memang niat kami minggu sebelum penghantaran, untuk sedekahkan 50% dari jumlah pesanan yang diterima. Kami beranggap bahawa yang membuat pesanan untuk dapat penghantaran dipos pada hari tersebut yang bersedekah kerana hati terbuka menerima hidayah untuk selesai membuat pesanan minggu sebelum itu, walaupun kami tidak inform apa-apa, sambil shopping sambil sedekah. Syukur Alhamdulillah dapat juga kita bersama-sama sedekah awal bulan ini.

Selamat Hari Raya AidilAdha.
Maaf Zahir Batin.