No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Camellia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Camellia. Papar semua catatan

Selasa, 1 September 2020

Gua Komakado Kazaana

Jika ada pembaca yang bercadang untuk ke Jepun suatu hari nanti dan melancong di sekitar daerah berdekatan Gunung Fuji, Tukang Kebun cadangkan jika ada perancangan singgah Gotemba Premium Outlet bolehlah juga melawat Gua Komakado Kazaana. Di sini kurang sikit datang pelancong dari antarabangsa jadi aman tak sesak dan anak-anak lebih seronok mengambil pengalaman meneroka gua di sini berbanding dengan gua-gua lain yang dilawati pada trip mereka ke Jepun semasa kali ke-2.
Tukang Kebun pun semangat nak singgah sini dalam perjalanan dari pekan Gotemba ke Fuji Safari Park sebab bila dengar ada perkataan Kazaana tu. Masa zaman dewasa muda Tukang Kebun big fan cerita anime yang adaptasi dari manga 'Inuyasha'. Masa mula-mula siri animasi Inuyasha ini keluar masih zaman Tukang Kebun mahasiswi lagi dan akan bergegas balik dari kampus nak tonton rancangan ini. Perkataan 'Kazaana' ini teringat kepada karekter sami dalam animasi Inuyasha yang sebelah tapak tangannya ada lubang boleh serap semua masuk ke dalam macam black hole yang dipanggil 'Kazaana'.
Ini pun posting terperam setahun lebih dalam draft blog. Bila tengok gambar ini Ilhan belum lagi ketinggiannya melebihi mak nya yang posing di depan entrance Gua Kamakado Kazaana. Sekarang Ilhan baru masuk 13 tahun dah beza jauh lebih tinggi dari Tukang Kebun dan ketinggian Ilhan sekarang pun dah lebih 160 cm. Salah satu sebab tak cukup masa nak menjenguk blog sendiri ialah mengurus Ilhan yang menduduki UPSR tahun lepas, tambahan pula Abby pun dah mula darjah 1. Akhirnya semua anak-anak serentak sudah di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan yang mencabarnya bila berlainan sesi dan bila bukan di sekolah yang sama. Walaupun, Tukang Kebun tak sempat nak update blog tahun lepas, syukur Alhamdulillah ramai masih berhubung dengan Kebun Bahagia Bersama untuk membuat pesanan. Tukang Kebun ingin memohon maaf banyak-banyak kekadang lupa juga nak membalas enquiry email atau wassup, dan terima kasih kerana memahami. Ada juga banyak email yang terlepas pandang untuk dibalas tahun lepas, mohon maaf.
Penerokaan gua ini adalah pengalaman kali kedua anak-anak Tukang Kebun. Kali pertama ialah di Gua Gamantong (KLIK SINI). Gua Gamantong lebih senang nak berjalan sebab luas tak banyak halangan batu tapi yang merayap atas tanah atau mungkin kena bom dari atas tu buat hati cemas sikit. Di Gua Komakado Kazaana yang benda kecil merayap dan bom kecil dari atas tiada cuma kena hati-hati jika ada tempat basah licin.
Walaupun tiada guide di dalam gua ini tapi ada lampu pasang tersedia dan arah penunjuk untuk memudahkan pergerakkan. Menariknya di dinding gua yang menerima cahaya matahari dari suluhan lampu terdapat lumut yang tumbuh di kawasan tersebut. Bolehlah anak-anak perhatikan lava yang telah membeku jadi pembentukkan batu keras di dalam gua ini. Jika melawat pada musim sejuk, sebenarnya suhu di bawah dalam gua ini adalah lebih selesa kerana tidak sesejuk seperti di luar atas kawasan gua menyebabkan rasa nak duduk dalam gua lama-lama. Manakala pada musim panas, duduk dalam gua ni lebih rasa nyaman pula. Aliran air yang terdapat dalam gua adalah dikatakan sumbernya dari Gunung Fuji.
Kebetulan semasa kami dah hampir puas meneroka gua ini ada datang 2 keluarga Jepun yang anak-anak pun sebaya lebih kurang seperti kami. Walaupun anak-anak sesama tak faham bahasa masing-masing cepat je bawa kawan bermain ikut-ikut explore. Yang kami ni parents main ikut je jejak anak-anak buat laluan sendiri berapa kali kena pusing patah balik sebab laluan parents tak muat banding dengan anak-anak main celah je dinding batu gua. Tergelak kami sesama parents gara-gara mengejar anak-anak masing dalam pengawasan berapa kali jalan tersekat mencari jalan.
 Di belakang bangunan pejabat beli tiket masuk ada kemudahan tandas. Yang lebih menariknya ada tempat kita boleh minum air bersih yang sumbernya dari Gunung Fuji. Tukang Kebun kagum tengok bagaimana infrastruktur Jepun ambil berat terhadap hidupan semulajadi sekelilingnya. Sebagai contoh gambar di bawah ini, pokok yang mungkin mengganggu atap bangunan tidak pun dipotong malahan atap diubahsuai supaya tidak menganggu pertumbuhan pokok asal di kawasan tersebut.
 Ada disediakan gayung untuk yang ingin basahkan tekak. Kalau ada bawa botol air boleh refill air di sini juga.
Walaupun di atas batu ini pokok jenis rumput dan rumpai yang menumpang hidup di atasnya nampak semulajadi cantik.
 Semasa melawat di area Gunung Fuji pada bulan March kelihatan banyak bunga Camellia kembang meriah. Kalau baca novel dulu terkenal juga female lead dia nama Camellia digunakan kan.
Di parking kereta kelihatan di kawasan ini semasa kami berkunjung adalah musim bunga snowflake dan daffodil.

Setiap tahun bercadang nak lawat sekurang-kurangnya satu gua, tahun ini tidak pasti lagi ada rezeki atau tidak.

Maklumat lanjut pokok Mayang Sari boleh rujuk posting lama (KLIK SINI).

~ 1 anak pokok Mayang Sari RM10.00 ~

Sabtu (05/09/2020) dan Ahad (06/11/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Pesanan boleh wassup contact no : 019-293-1340.

Jumaat, 21 September 2018

Taman Rikugien

 Pada hari ke-sebelas Jalan-Jalan Jepun 2017, destinasi pertama kami adalah ke Taman Rikugien. Sebelum sampai ke stesen keretapi Nishi Nippori, dear husband paksa singgah kedai gunting rambut memandangkan Tukang Kebun dah lama tak trim atau potong rambut. Nasib baik ada kedai gunting rambut dah buka awal pagi. Malam sebelum tu ada terlimpas kedai gunting rambut tersebut, nampak macam sedang buat kelas gunting rambut jadi dah close. Biasalah berborak-borak, kata lah kami ni lepas ni nak ke Taman Rikugien untuk nikmati taman Jepun masa musim luruh. Tukang gunting kata dia baru juga pergi tapi macam belum peak lagi meriah warna musim luruhnya kelmarin.
 Tukang Kebun saja masukkan planning tempat melawat di kawasan Tokyo salah satunya ialah Taman Rikugien kerana bila browse google dalam kawasan Tokyo selalu termasuk Top 10 best garden for autumn season. Lagipun dari tempat homestay ke Taman Rikugien ni dekat sahaja beberapa perhentian stesen keretapi sahaja dari stesen keretapi Nishi Nippori sampailah ke perhentian stesen keretapi Komagome ikut JR Yamanote line. Anak-anak pula seronok bila singgah di stesen keretapi ikut JR Yamanote line ni untuk kumpulkan stamp cop. Setiap stesen keretapi ada keunikan bentuk stamp cop tersendiri.
 Dari Komagome JR station ke Taman Rikugien tak jauh pun berjalan kaki. Bila sampai terkejut dah ramai orang Jepun beratur untuk beli tiket masuk dengan harga 300yen (12 tahun ke atas). Ramai meluangkan masa cuti hujung minggu beriadah di taman menikmati pemandangan musim luruh yang singkat.
 Tempat berehat berdekatan ticket counter dan pintu masuk Taman Rikugien.
 Ramai betul manusia sampai rasa dalam taman pun boleh traffic jem. Sesak di sini sebab kawasan dalam taman yang ada banyak daun bertukar sudah kemerahan.
 Jika hendak berlatarbelakangkan pokok buluh pun ada kawasan sesuai untuk snapshot. Cuma sebab kami dah pergi ke beberapa tempat yang musim luruhnya lebih indah di kawasan Tohoku (related posting klik sini), jadi suasana musim luruh di Taman Rikugien tidak beberapa berikan impak sangat kepada kami. Tapi kalau mereka yang cuma berkesempatan meronda dalam Tokyo bolehlah jalan-jalan di Taman Rikugien nak rasai pemandangan musim luruh.
 Cara tradisional bagi pelancong-pelancong Jepun untuk menikmati pemandangan Taman Rikugien ialah sambil minum teh hijau Jepun di rumah teh dalam taman ini menghadap tasik taman.
 Jika landskap Taman Jepun ini mesti ada ala-ala pulau dengan gaya pokok ala-ala bongsai.

 Fauna yang ada di dalam tasik Taman Rikugien ini ialah itik juga ikan koi. 
 Siapa yang mata tajam, boleh diperhatikan beberapa batang pokok dibalut dengan jerami seperti gambar bawah dengan gambar atas. Strawbelt ini dalam Jepun dipanggil "Komomaki", kononnya pada zaman dulu dipercayai untuk insect repellent. 
 Berdekatan dengan rumah teh dalam Taman Rikugien ada beberapa pokok bunga Camellia yang sedang meriah berbunga ketika itu.
 Juga ketika itu ada buat booth kecil untuk display beberapa jenis kekwa. Pokok bunga kekwa kalau di Jepun adalah symbol bunga musim luruh.
 Ramai juga yang selalu mencari biji benih Spagetthi Squash.
Jika yang berminat ada limited stock sahaja dari Jepun.
Japan Original packet 1 for RM25.

Selasa, 18 September 2018

Kuil Sensoji Asakusa

 Selepas menikmati pemandangan dari atas kawasan sekitar Kuil Sensoji Asakusa dari bangunan Asakusa Culture Tourist Information (related posting klik sini), tibalah saat nak mingle dengan pengunjung lain.
 Di depan Kaminarimon ni memang tempat ambil gambar kenangan yang antara terkenal semasa berjalan-jalan di Tokyo. Punya padat dengan manusia memang payah nak ambil gambar depan ini kalau tiada kesabaran tunggu giliran. Ini adalah kali pertama Tukang Kebun ke sini dan memang dear hubby nak tunaikan hasratnya bawa ke sini sebab masa hubungan girlfriend boyfriend tak kesempatan nak bawa masa berkunjung ke Tokyo.
Rambang mata tengok pilihan street food di sepanjang Nakamise Dori ni menuju ke kuil utama. Banyak juga pilihan cenderamata untuk pelancong di sini. Kami tak beli cendermata di sini hanya banyak menghabiskan masa mencari makanan untuk snacking isi perut dulu sebelum makan proper dinner.
 Tukang Kebun syorkan cuba "Kibi Dango Azuma". Kuih tradisional Jepun ini yang berbentuk bola  susun macam satay diperbuat dari beras dan disaluti dengan tepung bijirin, kemudian disalut dengan macam serbuk rasa kekacang ini. Mula-mula kami beli satu set je dulu, satu cucuk sorang untuk testing. Anak-anak suka sangat, papa kena lah beratur balik beli lagi untuk puaskan hati mama dan anak-anak. Sehingga sekarang si Ilhan terbayang-bayang teringin nak makan lagi 'Kibi Dango Azuma' ni. Tengoklah kalau ada rezeki mama dan papa pergi Tokyo di kawasan Asakusa ni bolehlah bawa balik sebagai souvenir untuk Ilhan.
 Tidak berapa jauh dari gerai "Kibi Dango Azuma", ada gerai jual kuih tradisional Jepun yang bahannya beras juga iaitu manju dengan inti kacang hitam dan digoreng disaluti pelbagai perisa seperti green tea, sesame seeds dan lain-lain. Kebetulan Tukang Kebun tengok diorang baru angkat lepas goreng kuih "AgeManju", lekas-lekas pergi beli seorang satu. Anak-anak pun suka makan. Seronok makan panas-panas masa tengah sejuk-sejuk ni.
 Area kedua-dua kedai ini berada di bahagian tengah-tengah Nakamise Dori. Clue dekat dengan nama jalan gambar No. 3 dan No. 6. Hari kedua terakhir di Jepun ni asyik melahap ja ...gaya Jalan-Jalan Cari Makan. Bekalan makanan yang dibeli di Department Store Mitsukoshi cawangan Ginza pun masih paperbeg Ilhan usung ke sana sini (related posting klik sini).
 Tukang Kebun perhatikan kalau cendermata atau street food lebih murah sikit di bahagian tengah Nakamise Dori berbanding yang dah dekat menghampiri bangunan Kuil Sensoji utama.
 Anak-anak mesti tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan si Raijin dan Fuujin yang selalu on guard di pintu gerbang masuk kuil.
 Pintu gerbang yang paling dekat dengan bangunan utama Kuil Sensoji, sebelah boleh bergambar dengan bangunan pagoda 5 tingkat dan sebelahnya nampak Tokyo Skytree.
 Merah menyala light up bangunan Kuil Sensoji dan pagoda. Cuma kalau ada maple tree lagi best masa musih luruh ni untuk compliment ikut musim. Cuma bagi pendapat Tukang Kebun kalau maple tree tak menyerlah sangat di kawasan Tokyo masa musim luruh untuk dinikmati, berbanding dengan pokok gingko yang kuning daunnya bertukar di kala musim luruh.
 Walaupun kuil tutup pukul 5 petang, masih ramai pengunjung dari luar buat tilik nasib dengan "mikuji" untuk seronok-seronok sahaja. Di belakang ambil "mikuji" ada deretan pokok gingko dengan daunnya kuning striking dengan Tokyo Skytree background.
 Pelbagai pilihan tangkal ikut harapan yang diperlukan masing-masing bersama harganya yang tertera.
 Walaupun pintu dalam Kuil Sensoji dah ditutup, masih ramai lagi berbaris untuk menyuarakan doa harapan mereka.
 Jika tahan sejuk boleh nikmati light up berdekatan pokok gingko untuk menikmati musim luruh di Tokyo apabila daunnya sudah tukar ke warna kuning terang.
 Kami beransur keluar dari perkarangan Kuil Sensoji dalam pukul 6:30 malam. Itupan dah rasa macam pukul 9 malam.
 Berdekatan dengan pagoda bertingkat 5 ke arah keluar exit sebelah kiri Kuil Sensoji ada beberapa pokok Camellia Jepun atau dalam bahasa ibundanya "Tsubaki".  Selain dari nama panggilan anak perempuan dari bunga terkenal dengan "Sakura", "Tsubaki" juga ada nama pilihan anak perempuan.
 Jangan lupa ya, jika ada di Tokyo hujung bulan November melancong, boleh menikmati Winter Rose/ Camellia ini ya. Juga daun kekuningan pokok Gingko.
 Kalau stok mawar merah separa memanjat ada stok sekarang di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas pokok mawar merah separa memanjat RM8.00 ~

Sabtu, 24 Februari 2018

Pulau Fukuura

 Pulau terakhir yang kami lawat pada tahun 2017 adalah Pulau Fuukura di Jepun. Selepas kami melawat Kuil Godaido di Pulau Godaido kami menuju ke Pulau Fuukura pula untuk menikmati alam semulajadi di sini.

 Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2017, sekurang--kurangnya sebanyak 8 pulau telah dilawati:

26th June 2017 - Mabul Island (Click Here)
26th June 2017 - Kapalai Island (Click Here)
27th June 2017 - Tatagan Island (Click Here)
27th June 2017 - Bohey Dulang Island (Click Here)
27th June 2017 - Mantabuan Island (Click Here)
27th June 2017 - Sibuan Island (Click Here)
20th November 2017 - Godaido Island (Click Here)
20th November 2017 - Fukuura Island (This Posting)

 Walaupun belum ada perancangan untuk melawat mana-mana pulau pada tahun 2018, semoga ada rezeki juga bagi tahun ini.

 Pulau Fukuura boleh diseberangi dengan hanya menyeberangi menggunakan jambatan merah sepanjang 252 meter. Tidak jauh dari jeti pelancong Matsushima dalam 10 minit berjalan kaki. Bayaran untuk ke Pulau Fukuura ini untuk dewasa ialah 200 Japanese Yen dan kanak-kanak sekolah rendah ialah 100 Japanese Yen.

 Semasa kami explore Pulau Fukuura dah agak lewat petang, matahari dah mula nak terbenam dan suhu mula menyejuk. Kaki Abby pun dah makin berat petanda nak minta dukung. Dugaan betul mama Abby minggu ini, macam-macam kerenah Abby. Senyap-senyap Abby gunting rambut sendiri buat hairstyle sendiri agaknya pengaruh game Hair Saloon. Nak mengangis Mama Abby tengok rambut Abby. Tambahan pula geram dengan sikap papa Abby yang suka manjakan princess dia dengan mainan di smartphonenya. Bila dah terjadi macam ni baru papa Abby terhegeh nak pantau betul-betul. Kalau mama no more games on smartphone. Tab/ipad memang kami takde.


Jika nak explore Fukuura island ambil masa juga dalam sejam lebih nak pusing-pusing sekeliling pulau untuk mengamati keindahan panorama Teluk Matsushima ini yang berbeza-beza. Ada juga itik-itik berenang di Teluk ini.

 Di Pulau Fukuura ini macam natural botanical park, kalau nak ambil gambar tumbuh-tumbuhan yang bercirikan Jepun ada pelbagai angle yang menarik untuk diambil.
 Di Pulau Fukuura ini juga ada sebuah kuil berdekatan dengan tandas.
 Tandasnya pun bentuk pondok yang comel seperti gambar di bawah.
 Walaupun pada mulanya kaki Abby macam berat je nak berjalan, bila tiba di kawasan banyak tumbuh-tumbuhan dah mula mood exploring membuatkan mula ikut pace anak-anak.
 Macam-macam batu, ranting dan bunga berguguran di cari macam treasure hunting.
 Pokok winter rose atau camellia dah mula berputik dan berbunga di Pulau Fukuura yang bunganya lebih besar dari tapak tangan si Rayyan. Rayyan menghiburkan hati mama cari bunga yang berguguran.
 Pokok asal Jepun Camellia japonica ni boleh tumbuh besar juga macam pokok mangga ya. Pelancong domestik Jepun pun baru perasan yang dah mula berbunga pokok camellia di pulau ini bila terlihat anak-anak mengutip bunga yang berguguran di tanah.
 Bila di bawah macam jenis pokok ru pula anak-anak geram kutip acorn pula.
 Kawasan Matsushima ini juga adalah penghasil rumpai laut. Boleh kelihatan rumpai-rumpai laut di dalam air laut.
Sejam lebih jugalah kami teroka Pulau Fukuura ini bersama anak-anak.
 Ada juga pasangan baru berkahwin ambil gambar kenangan di jambatan yang menghubungi Pulau Fukuura.
 Lepas Ilhan semai tabur biji benih Pak Choi di tapak semaian mainan cactus neneknya ingatkan dah hilang benihnya sebab ada binatang buat hal kasi bertaburan pasu-pasu tersebut. Hilang mood seketika dibiarkan sahaja tak ambil peduli.
 Sekali terkejut tengok masa nak sidai baju rupanya ada juga benih pak choi yang terselamat dan dah besar dah sambil menumpang dengan pasu-pasu kecil yang digunakan untuk biak pelbagai jenis tumbuhan macam cactus. Kalau tiada tempat boleh je tabur benih-benih sayur hijau kat pasu pokok lain sebab sayur hijau ni cepat je besar dan tak perlu juga tunggu besar betul baru nak tuai. Yang saiz sederhana kecil lagi manis rasanya. Tanah yang nenek Ilhan guna pun dikorek je dari longkang.
~ 1 pek Pak Choi anggaran 100 biji benih RM1.00 ~