No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 1 September 2020

Gua Komakado Kazaana

Jika ada pembaca yang bercadang untuk ke Jepun suatu hari nanti dan melancong di sekitar daerah berdekatan Gunung Fuji, Tukang Kebun cadangkan jika ada perancangan singgah Gotemba Premium Outlet bolehlah juga melawat Gua Komakado Kazaana. Di sini kurang sikit datang pelancong dari antarabangsa jadi aman tak sesak dan anak-anak lebih seronok mengambil pengalaman meneroka gua di sini berbanding dengan gua-gua lain yang dilawati pada trip mereka ke Jepun semasa kali ke-2.
Tukang Kebun pun semangat nak singgah sini dalam perjalanan dari pekan Gotemba ke Fuji Safari Park sebab bila dengar ada perkataan Kazaana tu. Masa zaman dewasa muda Tukang Kebun big fan cerita anime yang adaptasi dari manga 'Inuyasha'. Masa mula-mula siri animasi Inuyasha ini keluar masih zaman Tukang Kebun mahasiswi lagi dan akan bergegas balik dari kampus nak tonton rancangan ini. Perkataan 'Kazaana' ini teringat kepada karekter sami dalam animasi Inuyasha yang sebelah tapak tangannya ada lubang boleh serap semua masuk ke dalam macam black hole yang dipanggil 'Kazaana'.
Ini pun posting terperam setahun lebih dalam draft blog. Bila tengok gambar ini Ilhan belum lagi ketinggiannya melebihi mak nya yang posing di depan entrance Gua Kamakado Kazaana. Sekarang Ilhan baru masuk 13 tahun dah beza jauh lebih tinggi dari Tukang Kebun dan ketinggian Ilhan sekarang pun dah lebih 160 cm. Salah satu sebab tak cukup masa nak menjenguk blog sendiri ialah mengurus Ilhan yang menduduki UPSR tahun lepas, tambahan pula Abby pun dah mula darjah 1. Akhirnya semua anak-anak serentak sudah di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan yang mencabarnya bila berlainan sesi dan bila bukan di sekolah yang sama. Walaupun, Tukang Kebun tak sempat nak update blog tahun lepas, syukur Alhamdulillah ramai masih berhubung dengan Kebun Bahagia Bersama untuk membuat pesanan. Tukang Kebun ingin memohon maaf banyak-banyak kekadang lupa juga nak membalas enquiry email atau wassup, dan terima kasih kerana memahami. Ada juga banyak email yang terlepas pandang untuk dibalas tahun lepas, mohon maaf.
Penerokaan gua ini adalah pengalaman kali kedua anak-anak Tukang Kebun. Kali pertama ialah di Gua Gamantong (KLIK SINI). Gua Gamantong lebih senang nak berjalan sebab luas tak banyak halangan batu tapi yang merayap atas tanah atau mungkin kena bom dari atas tu buat hati cemas sikit. Di Gua Komakado Kazaana yang benda kecil merayap dan bom kecil dari atas tiada cuma kena hati-hati jika ada tempat basah licin.
Walaupun tiada guide di dalam gua ini tapi ada lampu pasang tersedia dan arah penunjuk untuk memudahkan pergerakkan. Menariknya di dinding gua yang menerima cahaya matahari dari suluhan lampu terdapat lumut yang tumbuh di kawasan tersebut. Bolehlah anak-anak perhatikan lava yang telah membeku jadi pembentukkan batu keras di dalam gua ini. Jika melawat pada musim sejuk, sebenarnya suhu di bawah dalam gua ini adalah lebih selesa kerana tidak sesejuk seperti di luar atas kawasan gua menyebabkan rasa nak duduk dalam gua lama-lama. Manakala pada musim panas, duduk dalam gua ni lebih rasa nyaman pula. Aliran air yang terdapat dalam gua adalah dikatakan sumbernya dari Gunung Fuji.
Kebetulan semasa kami dah hampir puas meneroka gua ini ada datang 2 keluarga Jepun yang anak-anak pun sebaya lebih kurang seperti kami. Walaupun anak-anak sesama tak faham bahasa masing-masing cepat je bawa kawan bermain ikut-ikut explore. Yang kami ni parents main ikut je jejak anak-anak buat laluan sendiri berapa kali kena pusing patah balik sebab laluan parents tak muat banding dengan anak-anak main celah je dinding batu gua. Tergelak kami sesama parents gara-gara mengejar anak-anak masing dalam pengawasan berapa kali jalan tersekat mencari jalan.
 Di belakang bangunan pejabat beli tiket masuk ada kemudahan tandas. Yang lebih menariknya ada tempat kita boleh minum air bersih yang sumbernya dari Gunung Fuji. Tukang Kebun kagum tengok bagaimana infrastruktur Jepun ambil berat terhadap hidupan semulajadi sekelilingnya. Sebagai contoh gambar di bawah ini, pokok yang mungkin mengganggu atap bangunan tidak pun dipotong malahan atap diubahsuai supaya tidak menganggu pertumbuhan pokok asal di kawasan tersebut.
 Ada disediakan gayung untuk yang ingin basahkan tekak. Kalau ada bawa botol air boleh refill air di sini juga.
Walaupun di atas batu ini pokok jenis rumput dan rumpai yang menumpang hidup di atasnya nampak semulajadi cantik.
 Semasa melawat di area Gunung Fuji pada bulan March kelihatan banyak bunga Camellia kembang meriah. Kalau baca novel dulu terkenal juga female lead dia nama Camellia digunakan kan.
Di parking kereta kelihatan di kawasan ini semasa kami berkunjung adalah musim bunga snowflake dan daffodil.

Setiap tahun bercadang nak lawat sekurang-kurangnya satu gua, tahun ini tidak pasti lagi ada rezeki atau tidak.

Maklumat lanjut pokok Mayang Sari boleh rujuk posting lama (KLIK SINI).

~ 1 anak pokok Mayang Sari RM10.00 ~

Sabtu (05/09/2020) dan Ahad (06/11/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Pesanan boleh wassup contact no : 019-293-1340.

11 ulasan:

cikguzim berkata...

Negara jepun bersih indah dan menarik

norhidana berkata...

dana tak minat nak teroka gua tapi tertarik dengan keindahan tanaman dan bungaan di situ kak... tak jemu mata memandang

Normala Saad berkata...

Tudia Ilhan tingginya...baru 13 tahun.

Amie berkata...

Banyak baca tentang negara Jepun.
Rakyatnya sopan dan berdidiplin.
Negaranya bersih dan cantik.
Tak sabar tunggu peluang travel ke Jepun!
Cepatlah Covid-19 berakhir.

mamapp berkata...

Seronok pergi tempat yg X ramai tourist

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cikguzim,

Mereka ada kesedaran kebersihan dan civic yang tinggi.
Sejarah mereka dulu masa sanitasi tidak elok banyak penyakit, mereka belajar dari pengalaman.

TukangKebun berkata...

Kat luar pun ada tempat beriadah ambil angin luar selesa kawasan nya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Tinggi dari maknya dah ni, atuk Ilhan pun kata nampak gaya tinggi nanti dari ayahnya juga.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Diana,

Kalau negara luar cuaca sejuk gua diorang takde sangat binatang2 ni jarang. Yang cuaca tropika ni je banyak species tu bahagia duduk sana hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Boleh planning nak pergi area mana belah Jepun ni dan musim apa sebab banyak betul tempat menarik di sini masa tunggu COVID-19 lenyap.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Mencari ketenangan cari tempat tak ramai tourist hehehe...