No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 11 September 2020

Sabah Tea Garden Longhouse only us staying

Pada cuti semester panjang tahun lepas hujung November 2019 bawa anak-anak Jalan-Jalan Sabah. Sebelum kembali ke Kota Kinabalu kami singgah menginap di Sabah Tea Garden, Ranau. Sebenarnya tiada pada rancangan asal kami untuk ke Sabah Tea Garden. Tapi bila memikirkan perjalanan jauh nak kena pandu oleh driver dan kasihan kan my love dari direct Semporna ke Kota Kinabalu (ahem macam Tukang Kebun tak boleh drive pula ganti kan). Dua hari sebelum kami bergerak balik ke Kota Kinabalu semasa kami berada di Semporna kami cuba cari online tempat penginapan murah di kawasan Ranau. Kami dah agak yang akan sampai di Ranau dah waktu malam sebab ada singgah beberapa tempat dalam perjalanan balik. Lagipun bila dah malam kalau kita pandu dari Telupid ke Ranau memang jadi dugaan dengan jalan yang gelap dan pusing-pusing kawasan hutan tanah tinggi seperti yang dikongsikan oleh rakan blogger Kak Amie's Little Kitchen baru-baru ini (related posting klik sini). Sudahlah perjalanan ini selain macam twilight zone boleh mengantuk dibuatnya waktu malam, nanti dari Ranau nak ke Kota Kinabalu pula lalu terutamanya Kundasang/Kinabalu Park/Bundu Tuhan tu berkabusnya pula jadi tambah mata susah nak buka besar kan. Jadi carilah tempat penginapan area Ranau. Tiada yang nak tergesa-gesa sebab kalau menginap lagi 1 malam di Ranau masih lagi tak masuk kerja. Kalau area Kundasang tu sebelum pandemic memang boleh tahan harganya. Belek-belek Agoda tengok dekat Sabah Tea Gardan Longhouse dia harga RM69 sahaja paling murah. Tak tahu kenapa yang di Agoda harga cottage Sabah Tea Garden berharga 4 digit masa tu atau tersalah mereka setting, kalau 3 digit macam munasabah lagi.

 Fikir punya fikir kami ambil keputusan booking tidur sana sahajalah di Sabah Tea Garden Longhouse melalui Agoda untuk satu malam satu bilik rumah panjang sewa RM69. Lagipun dah berapa kali lalu simpang Sabah Tea Garden tak pernah pula kami singgah datang sini. Bagi peluang anak-anak rasa pertama kali duduk rumah panjang macam mana. Kami sampai ke Sabah Tea Garden pun dah pukul 9 malam lebih check in. Sebelah petang Tukang Kebun dah call awal-awal maklumkan ok tak jika kami sampai lewat malam sikit sebab risau takde reception pula nanti sebab kami masih lagi ada paling cepat 5 jam nak sampai lagi ni sebab masih di area Lahad Datu. Staff mereka amat friendly siap pesan elok sebelum sampai singgah makan malam tu di mana-mana sebab restoran mereka punya last order waktu sekian dan kemungkinan tak sempat. Memandangkan kami pun nak kejar masa jadi singgah sekejap kedai 99 speedmart yang baru je dibuka di simpang pekan Telupid macam roti dan maggi sebab dah malam untuk isi perut siapa yang lapar dalam kereta. Ya memang nak elakkan dari lalu jalan Telupid-Ranau tu makin malam, gelap sangat di kelilingi hutan. Inipun nampak gaya kalau bertembung dengan kereta sama arah jadi konvoi nampak meriah masing-masing ikut dari belakang. Jarang-jarang sekali orang nak memotong waktu malam. Siapa kereta paling depan, dia lah automatic jadi captain.
  Syukur Alhamdulillah sampai jugalah nampak simpang ke Sabah Tea Garden lepas pukul 9 malam lebih. Itupun berapa kali papa Abby suruh check Googlemap banyak kali supaya tak terlepas pandang. Sabah Tea Garden ini ada 20km lebih jaraknya dari pekan Ranau. Jika dari Telupid, Sabah Tea Garden ni sebelum masuk pekan Ranau. Jadi agak sesuailah nak duduk di Sabah Tea Garden kalau dari arah Telupid sebab lebih dekat berbanding dengan area Kundasang. Kawasan Sabah Tea Garden ini pun tak sesejuk seperti Kundasang tak perlu pakai baju sejuk nak tidur walaupun dinding kayu buluh ja tapi masih nyaman udaranya. Lantai pun boleh intai-intai nampak lubang ke tanah kalau hari cerah.
  Bila kami sampai nak check in, receptionist agak terkejut ada datang nak menginap di longhouse mereka mungkin overlook kut. Lepas tu rupa-rupanya kami sekeluarga je yang menginap di longhouse tiada guest lain pada malam itu. Jika di cottage berdekatan, Tukang Kebun perhati ada juga guest sebab nampak kereta yang parking di depan cottage. Lucu juga sebab macam kami pula booking satu longhouse yang sangat panjang tu. Bilik air kongsi di satu tempat di luar rumah panjang tu. Cuma ada juga sinki di dalam bilik. Ada pembahagian bilik air untuk lelaki dan wanita. Tapi sebab kami sekeluarga ja jadi semua masuk sama-sama je la senang nak menguruskan anak-anak sesama lagipun Tukang Kebun bukannya jenis berani sangat dah lewat malam dengan badan dah penat. Anak-anak pun pakai tuala je berjalan dari bilik air ke kamar bilik macam rumah sendiri sebab tiada guest lain pun. Kami berlima ada 3 tilam berkelambu cukup ja ruang setakat nak tidur satu malam begini. Malam di sini sangat meriah betul dengan bunyi unggas sampai rasa binggit di telinga atau Tukang Kebun sensitif sangat deria. Kalau rumah panjang ni malam-malam boleh dengarlah dengan jelas tapak kaki berjalan. Maggi beli pun tak termakan masing-masing penat dan air panas boleh dapatkan di receptionist. 
 Bila kita sahaja duduk menginap di Rumah Panjang ni selesa lah boleh guling-guling kalau mahu sepanjang rumah ni hehehe...tapi beberapa sudut ada juga dipasang CCTV di kawasan luar bilik ni untuk keselamatan. Kalau ada sesiapa nak buat family gathering duduk sini pun macam seronok juga.
 Sebelah rumah panjang ni pun dah kebun teh. Tak bersihkan muka lagi dengan berbaju tidur kami dah jalan-jalan kawasan berdekatan rumah panjang ni menghirup udara nyaman masih berkabus. Gambar di atas contoh gambar bunga teh yang mekar diambil pada awal pagi masih lagi berembun.  Di kawasan berdekatan belah Sabah Tea Garden Cottage pun ada beberapa tempat menarik photoshoot.
Rhinoceros beetle ni icon dekat Sabah Tea Garden ni. Bila siang baru tahu agaknya serangga ni la yang kuat betul bunyinya malam masa nak lelap tidur tu macam berada sebelah telinga je rasanya. Yalah masa sampai gelap satu benda tak nampak dah buat suspense je. 
Nak bezakan jantan dan betina tak susah pun yang betina takde tanduk besar macam jantan macam gambar di atas sebelah kiri jantan dan sebelah kanan betina. Rayyan siap nak bawa balik lagi bela. Bila dia rembat pun tak perasan.
Selepas meronda-ronda kawasan Sabah Tea Garden Cottage dan Longhouse dan puas berehat lalu menukar pakaian siap sedia untuk balik ke Kota Kinabalu, kami singgah breakfast dahulu di restoran Sabah Tea Garden. Memang semua jenis makanan yang kami pesan dan jenis teh yang ada semuanya sedap belaka. Siap kami pesan tambahan order lagi. Memang sedap bukan sebab malam sebelum tu kami tak berapa makan malam. Sampai tersengih-sengih papa Abby lepas bayar katanya jumlah kita makan sarapan tadi perbelanjaan lebih dari harga tidur semalam di Sabah Tea Garden Longhouse...hehehe ok la berbaloi dengan jumlah pesanan yang macam-macam dan perut yang skip proper dinner semalamnya. Lain kali memang terasa nak singgah makan di Sabah Tea Garden restoran lagi. Review makanan ok la.
 Selesai mengisi perut, barulah ada tenaga nak berjalan-jalan semula ambil gambar kenangan anak-anak dekat kebun teh terkenal di Sabah ini. Anak-anak pun belum pernah ke Cameron Highland lagi. Kali pertama mereka tengok kebun teh di Jepun singgah di tepi jalan kebetulan masa itu.
Fresh cutting mulberry ada available stok bagi yang berminat untuk jenis hitam atau putih.

10 fresh cutting black mulberry RM7.00 .
4 fresh cutting white mulberry RM15.00 .


Hujung minggu ini boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

14 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

bestnya pengalaman macam ni!

Amie berkata...

Kami pernah menginap di cottage di sini beberapa tahun lalu. Sempat jugalah ronda-ronda penginapan di rumah panjang. Sarapan pagi di kawasan situ juga. Sedap sangat hidangan mee yang disediakan. Restoran yang sekarang ini banyak dikunjungi pelanggan di I LOVE SABAH TEA tu, dulu dalam pembinaan (semasa kami menginap di cottage). Balik dari Tenom 24 Ogos lepas, kami singgah lagi sarapan di situ. Suka makan di situ sambil menikmati pemandangan ladang teh!

Puan Hazel berkata...

Seronoknya mesti anak-anak suka sbb experience benda baru. Hope that we could be here one day.

Zurainny Ismail berkata...

Alamak, bilik air di luar rmh pjg? Kalau mlm2 mesti saya takut utk kluar... Btw, apa khabar Rhino Beetle yg Rayyan bawa balik tu? ;)

Shida Radzuan berkata...

rasa tempat ni..pernah msk tv saya lupa rancangan ape..ermm

Azhafizah MN berkata...

Bersih dan luas sekali rumah panjang tu. Best betul duduk di beranda sambil menikmati pemandangan indah alam semulajadi. tenang rasanya. View dari tanah tinggi tak pernah tak menarik even hutan pun jadi cantik.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Syaz,

Seronok dapat spend masa dengan keluarga dengan pengalaman begini.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Walaupun masakan simple sedapkan mee goreng dia. Tempat yang best sarapan di Ranau kan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Puan Hazel,

InsyaAllah ada rezeki Puan melawat ke kawasan sini, dan waffle tea sedap di restaurant tu jangan lupa cuba ya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Zurainny,

Bila balik dari sekolah didapati rhinoceros beetle tu sudah berjaya escape kan diri.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Dokumentari travel ke Ranau mungkin beberapa kali dah promote tempat ni agaknya Sis.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Dijaga dengan baik rumah panjang ni kerana ada teh ni dapat menambahkan sumber pendapatan penduduk sini. View kebun teh yang belah rumah panjang ni lebih cantik banding dekat bahagian depan.

meintheswim berkata...

Anak saudara dulu bertugas di Sabah bila balik bercuti mesti bawa balik buah tangan- Sabah Tea .

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia,

Sabah Tea terkenal as local product in Sabah, lagi satu Coffee Tenom Aunty.