No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kari. Papar semua catatan

Khamis, 10 September 2015

Kebun Kinrara Sara

  Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Sara di Kinrara, Puchong. Terima kasih kepada gardener Sara cerita progress anak-anak pokok yang diambil di Sungai Buloh awal bulan Mac tahun ini. Dapatlah kami berjumpa berkenalan sekejap. Yang menarik perhatian kami ialah dalam bekas anak pokok canistel ada satu anak pokok, tukang kebun tak cabut (yang dalam segitiga). Gardener Sara amat prihatin dan hantar gambar dekat Tukang Kebun bertanyakan anak pokok apa yang ada sekali dalam bekas ini. Sengaja ditinggalkan dalam bekas ialah anak pokok terung pipit. Keprihatinan gardener Sara memberikan rezeki kepadanya sekarang, dah besar pokok terung pipit mula memberikan hasil buat yang memberi kasih kepadanya. 
  Pokok-pokok kapas pun dah tinggi melampai di kebun Sara. Gardener Sara di tempatnya panas dan kemarau sekarang. InsyaAllah bila tiba musim rezeki hujan banyak, bermulalah musim bunga kapas nanti.
  Anak-anak pokok pisang nangka juga sudah mula membesar dari sulur-sulur yang dibekalkan. Pecah beling pun sudah bangun semula.
    Terima kasih kepada Awin gardener di My Petak Hijau, membantu promosi pisang nangka organik dari Kebun Bahagia Bersama. Bukan sahaja untuk dapur Gardener Awin, untuk jiran tetangga sekali sehingga Awin sudi borong 2 tandan pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama bulan lepas dengan fresh produce yang lain.

   Hampir setiap hari Tukang Kebun akan intai pokok-pokok pisang nangka atau pisang abu yang buahnya sedang membesar dan tak lama lagi dah boleh tuai bulan ini. Lebih-lebih untuk pisang nangka, Tukang Kebun ada beberapa reservation belum selesai lagi pengeposannya. Terima kasih kerana bersabar menunggu. Tukang Kebun tengah tunggu masa sesuai nak tuai tandan pisang nangka di atas ini sebenarnya. Rasanya hujung minggu ini dah boleh nak tuai dah. Yang self-collect hujung minggu ini boleh selit pesanan sesisir pisang nangka juga for RM5.00. Lepas tuai tandan ini tinggal lagi setandan tengah tunggu masak, kemudian nak kena tunggu bulan depan baru ada bekalan buah pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama semula.
  Izinkan Tukang Kebun buat catatan ringkas projek mengemas kebun Ahad lepas. Petak C dan Petak D dikemaskan dengan mencabut rumpai-rumpai yang always unwelcome again. Sebab ayam-ayam batch remaja pun dah gemar masuk kawasan ini mencari makanan. Maka pokok yang gardener Awin hadiahkan ini, Tukang kebun ada pindahkan bersebelahan tembok menghadap pokok jambu mawar. Nasib baik masa terima pokok ini dari gardener Awin, ada pisah-pisahkan beberapa tempat. Yang dalam Petak 5 dan Petak 6 masa awal tumbuh naik cantik sungguh, bila unggas-unggas yang dah membesar area di situ dibebaskan habis wipe out pokoknya. Bila naik balik tunas pun sekejap dah hilang semua. Nanti nak kena gali semula keluarkan ubinya pindah tempat lain. Jangan sudah kena ngap sudah.
  Lepas dah selesai my dearest husband menanam keratan-keratan ubi kayu di Petak C dan Petak D, pruning pula pokok jambu air ini jadi renek. Sedang berputik pun pokoknya. Saiz asal pokoknya tinggi macam pokok-pokok nangka dan jambu di background. Sekarang dah lebih cerah kawasan lebih banyak benda boleh tanam. Pokok tinggi pun jika berbuah tak ambil pun buah yang bahagian atas.
  Tukang Kebun pula lepas tanam keratan ubi kayu di Petak 1 dan Petak 4 (tak taulah unggas tu nak kasi chance ke tidak tapi dari terbiar kosong pun rasa geram mata memandang), hard-pruning pokok rambutan yang dah mula buat kurang cahaya dekat pokok-pokok limau lain dekatnya. Tukang Kebun tinggalkan 1 tangkai halus je yang ada daun.
 Sabtu pagi kami tuai ubi kayu yang ditanam keratannya pada awal bulan Disember lepas (related posting klik sini). Untuk Tukang Kebun cukup puas hati dengan hasil ubinya setelah nak masuk 9 bulan ditanam. Bila potong-potong sungguh lembut isi ubi kayu setanding macam potong ubi kentang baru dituai juga. Anak-anak cukup suka makan digoreng setakat lumur ubi kayu yang dipotong macam French Fries dengan sedikit garam dan serbuk kunyit untuk Dinner Ahad lepas. Isi empuk dan lemak manis.

  Lepas stok batch ubi kayu ini dalam kebun dah habis digali, next batch yang ditanam bulan February lalu (related posting klik sini) giliran nak dituai. Ikut kiraan nice season nak harvest antara bulan November-December akan datang ini.

~ 7 keratan batang ubi kayu baka dari Sabah RM5.00 ~
   Sempat jugalah mencapai apa yang dapat dituai dari kebun seperti lemoney limau kapas, ceri barbados untuk Abby, telur itik dan ayam yang keluar lewat hari bukan awal pagi punya bahagian. Ambil beberapa tangkai daun kari nak masak lauk untuk makan malam udang goreng salut tepong bersama telur itik masin.

Self-Collect Schedule:

~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di Petronas stesyen minyak Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan, Shah Alam.

~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:30AM~10:00AM/5:00PM~5:30PM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 16hb September 2015, Rabu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Pickerelweed Goreng Belacan

  Hujung minggu lepas, dalam hujan bergegas Tukang Kebun menuai apa bahan untuk masak yang dapat dicapai dari kebun untuk makanan tengahari kami sekeluarga. Bergegas tuai asparagus, beberapa tangkai daun kari dan daun pickerelweed. Dah lama nak mencuba rasa masak tumbuhan air exotic pickerelweed akhirnya tercapai juga Ahad lepas sebab hujan turun jadi tak lama dalam kebun.

Apakah dia tumbuhan air 'Pickerelweed'?

Boleh ulangkaji di archives nota tukang kebun label 'Pickerelweed' (klik sini).
 Tumbuhan air yang menghasikan bunga berwarna ungu ini boleh menjadi sumber makanan untuk dapur kita juga. Nak bela pun mudah sebab tak perlu siram sebab pokoknya boleh hidup dalam bekas yang bertakung air. Disebabkan daunnya boleh makan jadi ternakan pun suka juga makan (sekelip mata je boleh dikerjakan). Nasib baik walaupun pokoknya sudah menjadi botak, cepat sahaja ianya menghasilkan daun-daun yang baru.
   Pokok pickerelweed ini juga menghasilkan rizom/tuber di dalam tanah yang membuatkan tumbuhan ini menjadi lebih lasak. Pada musim kemarau, pokok yang terabai walaupun kelihatan tiada apa-apa yang tinggal tapi bila hujan basahkan rizom/tubernya akan hidupkan semula pokok menghasilkan pucuk-pucuk baru. Begitu mudah untuk tanam, tanam sahaja ubinya tidak perlu dalam setakat timbus dengan tanah , asalkan tak tercabut kemudian isi air dalam bekas.
  Ahad lepas cubalah petik daun-daun yang muda untuk masak style goreng belacan. Kena ambil yang jenis baby leaf, yang muda-muda kecil sebab ia mudah berserat apabila sudah mula membesar.
  Apabila sudah dimasak nampak macam kangkung sahaja batang-batangnya. Bolehlah dianggap macam kangkung bila keadaan ekonomi makin teruk, bolehlah alternative sumber makanan. Pickerelweed adalah tanaman air yang bukan sahaja sekadar menjadi hiasan tapi sumber makanan.

~ Pickerelweed (Pontederia cordata) ~
1 bekas RM10.00 .
  Sebab makan tengahari Ahad dah ada sayur dari kategori tumbuhan air, maka alang-alang main dish seperti ketam pula haiwan hidup dalam air. Mood rasa nak makan ketam goreng telur itik masin.
  Pickerelweed pun nama asalnya 'pickerel' adalah jenis ikan air tawar yang selalu dijumpai hidup bersamanya di tempat asalnya dan 'weed' kaitkan sifatnya yang sangat mudah tumbuh. Jadi jangan dibuang dalam parit takut jadi invasive, masa kemaskan jadikanlah ia sebagai bahan kompos.
  Ikan pickerel takde stok di rumah, jadi kami menggunakan ikan jenis guppy untuk hidup bersama-sama tumbuhan air dalam pasu untuk mengelakkan jentik-jentik. Selalu tugasan menangkap ikan guppy diberikan kepada Tukang Kebun kecil Ilhan Mikhail. Kemudian kami sama-sama ronda dalam kebun mencari bekas ada takungan air untuk diisi dengan ikan guppy.

Jumaat, 10 Julai 2015

Udang Goreng Telur Masin

  Salam Bahagia, hari Jumaat dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini izinkan Tukang Kebun berikan cadangan untuk weekend gardeners yang rancang nak masak-masak hujung minggu ini. Lebih-lebih lagi yang teringin sangat kalau boleh ada dalam masakan tu dari tuaian segar kebun sendiri. Dengan musim panas sekarang ni macam takde je bahan yang boleh dituai rasanya kan. Take a good look. Kalau ada samaada daun kari atau cili burung bolehlah dah manfaat hasil tersebut dengan buat Udang Goreng Telur Masin. Kali ini seronok advantage untuk Tukang Kebun memasak Udang Goreng Telur Masin sebab bahan-bahan seperti telur itik masin, cili burung dan daun kari semuanya dari Kebun Bahagia Bersama sendiri. Telur itik masin yang dearest hubby prepare hampir 3 minggu dah bolehlah mula digunakan dan rasa pun takde masin sangat sebab buat sendiri (related posting klik sini). Batch kali ini rasa masin takde sangat. Apalagi bolehlah manfaat sepenuhnya hasil dari haiwan dan tumbuhan yang membesar di dalam kebun.
  Nak buat pun tidak mengambil masa. Udangnya boleh digoreng dengan kunyit dahulu atau salut dengan tepung jagung yang dicampur dengan black pepper. Tukang Kebun goreng udang salut dengan tepung jagung dengan black pepper yang grinded sendiri. Lepas tu instead of butter atau minyak, Tukang kebun gunakan marjerin kali ini. Semenjak ada GST, harga butter mahal jadi budget sikit, telur masin pun tak perlu beli bolehlah belanja lebih dekat udang. Ilhan Mikhail yang bantu lenyek-lenyekkan telur itik masin yang telah direbus dahulu lepas balik sekolah.
  Hari ini tak boleh celoteh banyak, jadi boleh rujuk resepi posting dari dapur MakcikManggis di Jom masak, jom makan makan (klik sini) atau Di Dapur Bujang YouTube di bawah.
  Syukur Alhamdulillah memang dah boleh menjadi kegemaran sekeluarga Udang Goreng Telur Masin. Sampai terpinga-pinga pula masa tengah berbuka bila papa Ilhan tiba-tiba ucapkan Thank You dan Ilhan pun cakap Terima Kasih Mama. Kenapa terima kasih dekat Mama Ilhan? Mama masak sedap-sedap (apa kena mood bapak dengan anak berdua ni). Selain itu untuk berbuka puasa hari ke-22, Tukang Masak kacang botor goreng kicap dengan ikan bilis yang dituai hari sebelum itu. Memandangkan Tukang Kebun tak sempat buat dessert, bake 2 simple pizza letak cheese dengan salami je. 

  Syukur Alhamdulillah untuk bulan Ramadhan tahun ini diberikan tenaga dan nikmat untuk masak berbuka untuk keluarga. Setakat ini baru 2 hari dapur cuti dalam bulan Ramadhan. 

Untuk yang baru berjinak dalam dunia gardening, yang suka edible garden tanamlah pokok kari dan cili burung.

Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan anak pokok cili burung (RM4/pot) dan kari (RM5/pot).
  Semakin dekat Syawal, bunga kemboja pun makin meriah bunganya untuk persediaan raya tahun ini (Keratan Fragrant Frangipani Blusing Red RM15).
  Hari ini dapat jugalah rezeki jatuh dari pokok ialah setandan pokok kelapa tua. Dapatlah separuh simpan stok untuk santan dan separuh dibelah-belah dan diagihkan ke kandang-kandang ayam. Hujung minggu ini yang berminat nak dapatkan kelapa tua (5bijiRM2) atau kelapa parut (1bijiRM1) boleh self-collect sendiri seperti di bawah ini.

~ Sabtu 11hbJulai 2015 pukul 8:30pagi~9:00pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Sabtu 11hbJulai 2015 pukul 4:30petang~5:00petang di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ Ahad 12hbJulai 2015 pukul 8:30pagi~9:00pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Ahad 12hbJulai 2015 pukul 3:00petang~3:30petang di Saujana Utama.

Pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).

Khamis, 12 September 2013

Anak Pokok Kari


 Pokok kari adalah salah satu pokok yang semestinya ada untuk garden concept kitchen garden atau herb garden di Malaysia. Semasa tukang kebun merantau di Australia, terkejut juga ramai orang Caucasian yang sukakan masakan India atau Malaysia/Indonesia yang menanam pokok kari sendiri di backyard mereka yang boleh menyimpan haba supaya pokok kari mereka boleh survive dalam cuaca sejuk yang kena berhati-hati dengan kedatangan 'frost'. Kadangkala lawatan ke rumah gardeners-gardeners Caucasian yang suka buat kari sendiri, tukang kebun terkejut tengok begitu besar pokok kari mereka ada yang lebih 2 meter tingginya. Kebanyakkan pokok kari mereka ditanam melalui biji benih kerana lebih mudah adapt dengan pelbagai cuaca semasa pertumbuhannya serta pokok adalah lebih kuat tahan goyangan angin sejuk yang kuat kerap kali melanda semasa musim sejuk. Pertama kali tukang kebun rasa buah kari pun di Australia. 
 Sebelum bulan Ramadhan semasa kami menebas salah satu kawasan di belakang dan tukang kebun tengah nak tanam rizom lempoyang pemberian Eila Sepang tiba- tiba satu sudut nampak anak-anak pokok macam daun kari. Eh tapi mana pokok karinya? Rupa-rupanya pokok kari tu tinggi dan dikelilingi oleh pokok-pokok pisang patutlah tak perasan. Sebab biasanya daun kari ambil yang paling dekat je dari rumah tak sedar pula dekat nun jauh di belakang sana pun ada dan yang paling hidup bahagia sihat walfiat. Sangat bahagia pula tengok pokok kari tu hidup bersama pokok-pokok pisang.


~ Pokok Kari (tumbuh dari biji benih) ~

1 pot pokok kari RM5.00.

Boleh campur 3 pokok (RM10.00) , dengan

~ Sayur Manis  (asin-asin)

atau

~ Sayur Raja

Tiada penambahan kos penghantaran jika ada pesanan biji-biji benih atau bulb bunga.