Salam Ramadhan dan terima kasih banyak-banyak kepada Sis A dari Kota Kuala Muda, Kedah selalu menceriakan hari Tukang Kebun dengan perkongsian perkembangan pokok-pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama ke kebunnya. Kekadang ada rasa malas juga Tukang Kebun nak update posting terbaru, tapi bila lihat khabar berita pokok-pokok kiriman ke kebun Sis A yang subur sekali dijaganya rasa naik semangat semula. Nampaknya adik beradik keluarga Clerodendrum si mekar putih panggilan White Butterfly dan si mekar merah jumpa panggilan Rose Glory Bower di belakangnya meriah berbunga.
Bunga Orkid yang tangkai bunganya tumbuh panjang boleh mencapai lebih 1 meter mencari cahaya matahari pun tersenyum mekar di kebun Sis A yang dikenali sebagai spesis Myrmecopila tibinicinis .
Tahun Baru Cina 2018 kami berjalan-jalan di daerah Tambunan, Sabah dan salah satu tempat yang dapat dilawati adalah Air Terjun Mahua. Jika melawat Sabah, malas nak sewa kereta pandu sendiri, boleh juga naik teksi dari bandar Kota Kinabalu. Mana tahu kaki dah lenguh berjalan-jalan, nak enjoy jadi penumpang saja pula. Dari Ranau pun boleh sahaja terus ke Tambunan tak perlu patah balik ke Kota Kinabalu. Ranau dan Tambunan pun berjiran sahaja.
Jika peminat serangga-serangga kecil pasti seronok tengok pelbagai jenis fauna kecil ini di sekitar air terjun Mahua. Lama tak nampak berderat jalan kerengga-kerengga sepanjang ibu jari kaki ni yang punggungnya berwarna coklat. Masa kecik dulu di kampung, malam-malam selalu nampak kumbang blink blink hijau ni. Kupu-kupu di sini pun sayapnya bercorak-corak warna terang. Lebah pun belakangnya berbelang-belang warna kuning. Fauna kecil di sini tak de perasan segan atau nak sorok semuanya warna badan vibrant tak blend dengan background.
Dari tempat kaunter tiket nak ke air terjun tak jauh sangat. Kalau badan tak fit InsyaAllah ok sebab jalannya elok. Ramai anak-anak bawa orang-orang tua mereka berjalan sama-sama. Ada juga tandas. Dalam 15 ke 20 minit berjalan kaki boleh sampai.
Unik betul jenis adik-beradik bonglai atau beehive hidup di kawasan ini seperti gambar di bawah ni. Pokok-pokoknya sama sahaja macam versi lengkuas atau kantan tetapi kon seperti gambar di bawah ini yang timbul dari rizom pokok dan celah-celahnya bunga warna krim kembang. Macam buah nenas merah kena cacak di situ tanpa mahkotanya hehehe...
Dari kaunter tiket baru masuk je berjalan ke arah air terjun Mahua terasa betul suhu dia turun mendadak walaupun belum nampak kelibat air terjun lagi. Begitu beza perubahan cuacanya, macam tiba-tiba masuk dalam bilik ada air-condition.
Banyak juga air-air kecil mengalir dari kawasan tinggi ke bawah melalui celah-celah batu dan pokok.
Rasa macam berada di kawasan movie Jumanji: Welcome to the Jungle pula tiba-tiba feelingnya. Lost World.
Geologist Geek mesti suka tempat air terjun Mahua ni. Unik pembentukkan batu-batu di sini. Boleh kelihatan lapisan di bawah lapisan-lapisan batu ketara macam kuih lapis. Manakala bahagian atasnya lapisan batu lebih tebal dah macam kuih seri muka. Amat tersusun rapi lapisan batu-batu yang di bahagian bawah. Makin bawah makin nipis lapisan batu-batu bertingkat-tingkat antara satu sama lain. Nature Artwork.
Pada cuti am ni, ramai juga yang membawa keluarga berkelah di air terjun Mahua ini. Air pun tak berapa dalam.
Kalau musim kemarau kering, syok juga lepak-lepak kawasan air terjun Mahua ni. Sabah ni sebenarnya banyak air terjun tinggi-tinggi cuma tak de jalan elok nak access. Kena hiking berjam-jam. Bukan sahaja air terjun tinggi tapi yang lebarnya bermeter-meter macam tirai pun ada.
Ada jugalah bawa makanan duduk-duduk nikmati pemandangan suasana air terjun Mahua ni. Siap tapau durian lagi yang dibeli di gerai-gerai tempatan persinggahan (related posting klik sini). Masa jenguk-jenguk gerai tengok ada yang baru keluarkan isi durian D24 masuk dalam bekas. Bila tanya harga? RM7. Cepat-cepat ambil hehehe...dah kalau timbang sebiji RM10 sekilo, baik ambil yang dah siap buka.
Tersenyum lebar pipi merah kami ni memang peminat durian sungguh. Tahniah kepada Dato Sri' Siti Nurhaliza akhirnya dikurniakan menimang si comel pipi merah. Lagu kegemaran Abby , jika berkemundang di radio mesti Abby ikut nyanyi. Penantian yang lama buat Dato Sri Siti. Kami memang kongsi ulang tahun perkahwinan sama-sama dengan Dato Sri Siti, bukan sahaja tarikh tetapi nikah pada tahun yang sama. Bulan Ogos ini akan kami sama-sama sambut ulang tahun perkahwinan ke-12. Pasti semua rakyat Malaysia amat gembira untuk Dato Sri Siti yang sudah bergelar ibu.
Geram betul tengok pokok-pokok orkid liar tanah sepanjang jalanraya ke arah air terjun Mahua ni. Tumbuh meliar di atas tanah merah yang mudah kering jika tiada hujan. Tinggi pokokya boleh capai lebih dari enam kaki.
Pokok-pokok jenis orkid yang renek ini pun dah boleh berbunga. Diperhatikan semut juga suka berkumpul di tangkai atau kudup bunganya. Tukang Kebun tak pasti jenis orkid ini tergolong dalam keluarga mana. Mohon bantuan kongsikan ilmu.
Kami ke Tambunan kali ini cuma balik hari sahaja. Keluar rumah dari KK dalam pukul 8 pagi sampai rumah semula pukul 5 petang. Tapi cepat betul kabusnya muncul, belum pukul 3 bergerak dah mula berkabus di kawasan tinggi. Ini penutup postings jalan-jalan di Tambunan pada cuti Tahun Baru Cina 2018 lalu.
Cuma ada satu hajat tak sampai lawat ke Tambunan kali ini. Hajatnya nak cuba melawat rafflesia centre tapi tutup pula yang tak pasti bila dibuka semula. Dari bulan January awal tahun ini pusat tersebut ditutup (Click Here).
Tertarik pula mata bila ternampak kelibat orkid Golden Shower yang menghuni atas pokok kemuning keluar dari celah-celah daun pokok kemuning. Sehingga bulan April 2018, kami buat promosi 3 moist bare-rooted Golden Shower Orchid plant for RM5.00 .
Selepas tiba di jeti pelancongan bandar kecil Matsushima, destinasi pertama yang kami lawati ialah Kuil Godaido. Turun dari feri Asuka, Kuil Godaido sebenarnya boleh dilihat samar-samar dari jeti sebelah kiri. Memandangkan pokok-pokok keliling Kuil Godaido dah membesar lama tak kena pruning nampak samar-samar atapnya di gambar pertama atas ini.
Jika yang mengejar masa dan nak budget entrance free salah satunya destinasi yang sesuai di Teluk Matsushima adalah ke pulau Kuil Godaido ini. Dari jeti ke Kuil Godaido ini ambil masa dalam 5 minit berjalan kaki di mana anda perlu lalu dua buah jambatan kayu berwarna merah. Dari Stesen keretapi Matsushima Kaigan juga tak berapa jauh dalam 10 minit jalan kaki. Sebelum ke perkarangan Kuil Godaido ada juga kuil kecil ini yang boleh Abby cuba kasi bunyi loceng macam orang Jepun. Selalunya tinggi-tinggi talinya yang sini Abby bolehlah capai.
Walaupun berdekatan dengan persisiran pantai, Kuil Godaido ini terletak di atas sebuah pulau kecil yang dinamakan juga Pulau Godaido. Jambatan yang menghubungi persisiran pantai dengan Pulau Godaido dinamakan Jambatan Sukashi-Bashi. Atau juga dikenali matchmaking bridge. Atas jambatan ini ada dua pelantar kayu sebelah menyebelah yang takde lopong-lopong, jadi bila gadis seram jalan atas jambatan ini akan berpegang tangan dengan si teruna sebelah untuk menyeberang sungai ini. Sumandak kita ni dah tak takut kalau jambatan begini sebab dah biasa dengan jambatan gantung. Kenapa ada kayu-kayu dijarakkan untuk nampak air laut di bawah ialah bila paderi atau pelawat lalu atas jambatan ini beliau boleh fokus dengan meninggalkan pemikiran yang tidak baik atau lupa perkara duniawi sebentar.
Bangunan kuil ini sudah lebih 500 tahun usianya dibina semula oleh pemerintah kawasan ini pada zaman Edo di mana asalnya sudah ada sejak tahun 807.
Depan Kuil Godaido ini adalah antara spot terbaik untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima. Kuil Godaido juga telah menjadi satu simbol pemandangan di Teluk Matsushima ini.
Kelihatan banyak feri-feri pelancong di dalam kawasan Teluk Matsushima ini.
Boleh allocate masa dalam setengah jam sahaja untuk lawatan ke Kuil Godaido bila berkesempatan ke Teluk Matsushima ini.
Minggu ini kami mula buat tawaran istimewa untuk gardeners yang ingin menambahkan koleksi jenis pokok-pokok bunga orkid di kebun mereka. Khas untuk kawasan di Semenanjung Malaysia gunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Kami sendiri akan random buat pilihan 3 jenis orkid yang berbeza.
1 kotak prepaid small size pos laju (RM14) dan 3 jenis orkid yang berbeza jenis (RM11), jadi total RM25.
Jika ada yang nak selitkan pesanan biji benih dalam kotak juga boleh. Jika ada yang berminat nak tambah selit satu anak pokok bunga atau herba juga InsyaAllah boleh sekiranya ada saiz stok yang boleh diselitkan dalam kotak bersaiz kecil. Jika pokok buah-buahan tricky sikit juga bergantung kepada saiz stok yang ada. Jika pesanan dalam bentuk keratan juga mungkin dapat diusahakan dan selit dalam kotak yang sama.
Tawaran ini adalah hingga 7hb Februari sahaja. Manakala promosi ini akan dipos selepas 8hb Februari 2018.
Pesanan minggu lepas kami akan pos InsyaAllah hari Rabu ini ya sebab esok baru kembali di Semenanjung Malaysia. Mohon Maaf ya.
Terfikir pula seketika, kalau Tukang Kebun nak masukkan ikut kategori warna bunga untuk pokok orkid ini di manakah patut Tukang Kebun masukkan? Sebab bunga orkid ini dwi-warna. Patutkah masukkan dalam warna bunga kuning (klik sini) ataupun bunga warna merah (klik sini)? Mohon cadangan dan pendapat pembaca-pembaca sekalian. Kekangan masa sekarang yang kurang dapat menulis blog posting, belum sempat lagi Tukang Kebun buat page khas untuk 'Orkid' yang ada kami bekalkan tumbuh dari Kebun Bahagia Bersama. Bulan Ogos 2017 ini, secara rasmi kami turut bekalkan jenis bunga boat orchid ini. Sekarang ada 7 jenis orkid yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Jadi yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ini dah terdedah dengan dunia luarlah ya sejak kecil bukan duduk dalam greenhouse. Rumah hijau mereka yang asli di bawah teduhan pokok-pokok yang dihuninya.
Jenis boat orkid ini atau nama saintifik nya Cymbidium finlaysonianum adalah jenis orkid yang memang habitat asalnya adalah negara kita. Jika diletakkan di tempat yang tinggi berjurai panjang tangkai bunganya macam langsir. Boleh diikat di pokok ataupun tanam dalam pasu. Pada setangkai banyak bilangan bunganya lebih dari 10 kuntum.
Info lanjut boleh juga baca di blog lama (klik sini)
Masih ramai yang masih mendapat undangan rumah terbuka menyambut Aidilfitri lagi ni kan. Lama tidak dapat bersiaran sibuk dengan pelbagai perkara. Kerja di kebun juga agak terbengkalai lama tak sentuh sejak bulan Ramadhan berlalu. Bulan Ramadhan lalu Syukur Alhamdulillah berkesempatan jugalah mengemas kawasan di bawah pokok-pokok kelapa keliling kebun. Kerja yang ringan-ringan je la masa puasa yang tak gunakan banyak kudarat. Syukur Alhamdulillah sambil kemas buah-buah kelapa dapat jugalah stok baru bibit-bibit pokok kelapa yang buahnya bentuk bujur macam bola rugby.
Info lanjut mengenai pokok kelapa buah rugby yang kami panggil ini boleh juga baca di posting lama kami (klik sini).
Contoh pokoknya seperti gambar di atas dan buah kelapa tua yang sudah gugur sendiri dari pokok seperti di bawah. Buah kelapa tua jenis pokok kelapa ini mudah sedikit nak dikukur isinya berbanding dengan pokok kelapa jenis lain. Jika masak rendang daging ayam 1 kilogram, gunakan 3 biji buah pokok kelapa jenis ini, resepi turun-menurun.
Buah kelapa tua special untuk bulan Julai ini 8 biji RM10.
Kelapa parut pula 3 biji RM5.
Yang ingin cari daun pokok kelapa muda untuk buat sarung ketupat untuk bulan ini juga masih ada.
~10 helai daun kelapa sarung ketupat RM1.00.
Self-Collect untuk bulan Julai 2017 ini:
~ 16/29/30 Julai 2017 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Berdekatan pokok kelapa rugby di atas di bawahnya pula ada pokok gajus. Pucuk-pucuk organik ulam segar dan daun herba segar juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Semuanya 1 ikat RM1.00.
~ Pucuk daun gajus
~ Pucuk daun assam gelugor
~ Pucuk Mata Pelandok
~ Pucuk daun assam jawa
~ Pucuk daun Katak Puru
~ Pucuk Daun Mulberry
~ Pucuk daun Ubi Kayu
~ Sayur Batang Keladi
~ Daun Pecah Beling
~ Daun Kadok
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Pisang
Selepas sorting semua pokok kelapa tua, ada juga pokok buah kelapa rugby yang dibelah kongsi isinya ada tombong bersama haiwan perlihara tersayang di kebun belakang. Dekat angsa si MOMO tu ada pokok kelapa buah rugby yag dibelah sebahagian isi dah habis dimakan.
Ini contoh gubahan hiasan pertunangan Tukang Kebun 11 tahun yang lalu yang bonda gubahkan sendiri. Ada gunakan buah kelapa rugby yang muda betul (bukan mainan) sebagai sebahagian perhiasan gubahan untuk penghantaran kain sampin songket. Kain songket digulung seperti kuntuman bunga mawar yang diletakkan dalam bakul wakit versi kecil hiasan. Kemudian finishing touch setangkai orkid hidup segar yang golden shower diletakkan di atasnya. Mohon maaf gambar tak berapa clear sebab terserempak gambar ini dalam album lama diletakkan di kampung Kiulu, Sabah masa papa Abby layan anak-anak tengok album lama.
Jenis pokok-pokok bunga orkid tersebut juga sudah banyak beranak pinak di Kebun Sungai Buloh dan rajin mewarnakan Kebun Bahagia Bersama selalu. Pokok bunga orkid 'Golden Shower' gelarannya.
~ 2 moist bare-rooted orkid golden shower/dancing lady RM5.00 ~
Info Lanjut mengenai pokok bunga orkid 'Golden Shower' boleh rujuk pada posting lama kami (klik sini).
Tukang Kebun perhatikan cuaca sepanjang tahun 2016 lalu yang jenis orkid Phalaenopsis pulcherrima seperti gambar di atas amat senang hati kerap berbunga. Walaupun tidak dibaja dan dibelai, tidak dibiarkan Tukang Kebun merindui dia, kerap pokok-pokok orkid jenis ini keliling Kebun Bahagia Bersama ini meriah berbunga.
Tukang Kebun suka orkid yang asal habitatnya di negara kita ini kerana ianya lasak dan tak perlu banyak belaian. Malah ianya tahan penerimaan cahaya matahari yang banyak. Lebih banyak cahaya lebih meriah ianya berbunga. Lagipun pokoknya jika kita ikut habitat semulajadinya boleh sahaja kita ikat di pokok-pokok. Kalau di Kebun Bahagia Bersama pokok Phalaenopsis pulcherrima bergantung di pokok jenis pinang, kemboja dan juga pokok buah-buahan seperti mangga. Yang menariknya pokok orkid ini saiz daunnya comel tetapi akarnya tu lebih banyak isipadu serta panjang dari jumlah daun-daunnya. Oleh itu pokoknya tahan lasak pada musim kemarau sebab akar-akarnya boleh mengumpulkan molekul air H2O di udara untuk maintain segar.
Selain daripada itu sebab pokoknya jenis kecil, boleh juga ditanam dalam pasu kecil yang mempunyai media tanah yang sangat poros seperti tanah berpasir atau juga tanah bakar. Walaupun pokoknya kecil sahaja tapi tangkai bunganya tumbuh berapa kali ganda panjang berbanding dengan ketinggian pokoknya.
Gambar di bawah ini adalah pokok bunga orkid Phalaenopsis pulcherrima yang duduk menumpung atas pokok mangga. Kelihatan kali ini ada kantung benih juga yang membentuk di tangkai bunganya.
For novice gardener in growing orchid jenis Phalaenopsis pulcherrima seperti ini boleh juga dapat idea tengok video youtube di bawah ini yang telah dikongsikan oleh penggemar orkid. Semasa pokok orkid baru dipindahkan diikat di pokok boleh juga ikat bersama sabut kelapa untuk kelembapan tahan lama. Awal-awal pemindahan nak ada kelembapan tapi jangan terlampau basah selalu.
Pokok bunga orkid yang klasik berwarna kuning ini adalah antara orkid kegemaran orang kita sejak lalu kerana ianya jenis mudah dijaga dan rajin berbunga. Antara panggilan nama bunga kuning orkid ini dalam keluarga 'Oncidium' adalah 'Golden Shower' atau 'Dancing Lady'.
Bila musim berbunga memang meriah bunganya. Boleh juga hidup tanpa pasu, boleh digantung melekat di pokok-pokok. Di atas pokok jenis batang pinang pun rajin ianya berbunga.
~ 2 moist bare-rooted Golden Shower/Dancing Lady RM5.00 ~
Di Tamu kadang kala pokok bunga orkid dijual dengan membalut bahagian akarnya dengan sabut kelapa. Kadang-kadang ada yang dah tumbuh akar makin panjang dah tembus keluar sabut kelapa. Salah satu cara jika jangka masa anda travelling masih ada beberapa hari masa beli orkid boleh juga dibalut dengan sabut kelapa untuk elakkan akarnya jadi terlampau kering. Kitar semula sabut-sabut yang tidak dipakai.
Sekarang ni beberapa kawasan pantai Barat Sabah ada yang sedang musim mengetam padi awal tahun ini. Jadi lebih mudah nak dapatkan beras kampung baru sahaja dituai sekarang. Tukang Kebun suka makan beras kampung atau beras bukit sebab mudah lawas perut ni. Sesiapa yang nak pesan beras kampung/beras bukit untuk self-collect bulan Februari boleh booking dengan hantar message ke (kebunkmg@gmail.com).
Bibit bawang berlian atau bawang dayak masih available bulan Januari 2017 ini dengan harga promosi RM5 sebekas.
Bibit Sulur Nenas Madu Sabah juga masih harga promosi untuk Januari 2017 ialah 4 for RM10.00 (klik sini).
Self-collect Schedule minggu ini adalah:
~21st/22nd January 2016 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front if Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
Buah-buahan Organik segar available minggu ini:
~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Kadau sesisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Hijau/Serendah/Kapal RM5.00 .
~ Buah Pisang Bantan/Mantan/40hari RM3.00 .
~ Buah Assam Jawa sekilogram RM5.00 .
~ Buah Kuning Telor/Canistel sekilogram RM5.00 .
~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Nam Nam/Katak Puru 5 biji RM2.00 .
~ Buah Nangka Muda sebiji RM5.00 .
~ Buah Kelapa Tua 8 biji RM10.00 .
~ 3 biji kelapa parut RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 .
~ 3 beg tanah bakar RM10.00 (promosi Januari 2017)
Senarai ulam-ulaman atau herba fresh boleh rujuk (klik sini).