Minggu ini rajin sikit Tukang Kebun duduk di luar rumah malam-malam kekadang lebih waktu tengah malam asyik buat kerja dan asyik tengok pokok bunga lidah mertua yang mula musim bunganya. Tak lepaskan peluang sebab pokok lidah mertua ni bukan mudah nak berbunga selalu. Apatah lagi jenis species Sansevieria zeylanica atau dengan nama yang lebih dikenali sebagai Ceylon Bowstring Hemp. Selain dari Asia Tenggara, pokok ini juga berasal dari Sri Lanka. Ceylon tu nama lama negara Sri Lanka.
Cuma kekadang bila asyik nak selesaikan kerja, tiba-tiba dalam waktu tengah malam datang bau harum semerbak jadi naik bula roma. Rasa nak cepat-cepat masuk rumah. Tukang Kebun lupa yang dalam jarak 2 meter je pasu bunga ni dengan portable desk work tempat menaip siapkan kerja. Internet dalam rumah tiada coverage. Kalau nak internet coverage kena duduk tepi kebun buat kerja, malam pun kenalah juga tahan serangga malam. Papa Abby pula tak sanggup nak meneman Tukang Kebun buat kerja kat luar. Jangan ingat yang bunga harum sundal malam dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam je bau semerbak malam-malam. Pokok bunga lidah mertua jenis ini pun tak kalah bau harumnya. Semerbak sangat macam ada benda lalu tiba-tiba. Pokok bunga putih biasanya aroma bau harum kuat malam-malam untuk panggil serengga malam ke dia bagi bantuan pendebungaan. Berlainan dengan strategi pokok yang warna dia terang benderang macam merah, kerana warna mereka dah cukup menjadi tarikan untuk serangga pergi kepadanya.
Jika dah nampak tangkai bunga seperti di atas keluar akan ambil masa lagi 2 minggu untuk mekar berbunga. Kena tunggu flower bud dia membesar macam gambar di bawah dahulu.
Inilah pasu bunga Ceylon Bowstring Hemp Flower yang teman Tukang Kebun buat kerja malam-malam kalau tak tersiap tugasan belah siang.
Yang peliknya pokok bunga Sanseviera zeylanica yang ni je berbunga, yang lain pula tidak. Apa yang berbeza ialah bulan lepas mak ada pesan kat suami Tukang Kebun pindahkan 2 pokok pasu species ini dari bawah teduhan pokok tarap ke tempat yang terima cahaya matahari sepanjang hari. Tapi cuma satu pasu je yang berbunga lepas pindah, bezanya mungkin sebab Tukang Kebun nakal buang selit antara celah pokok tersebut buah limau masak yang dah busuk tak terpakai. Adakah itu sebabnya?
Cantik kan bunga pokok lidah mertua ini?
Sama-sama cantik je macam pokok bunga harum sundal malam.
Selain dari itu, ianya amat mudah dijaga. Biarkan sahajalah terdedah di cahaya matahari dan tak perlu siram. Jimatkan air anda kerana ini adalah water-saving atau drought-tolerant plant. Biarkan hujan yang tolong siram sudah memadai.
18 ulasan:
Eza ingat sebelum ni tumbuhan ni memang tak berbunga. Rupanya cantik bunga dan berbau wangi. Nice sharing awak :)
cantiknya! saya ni kalau pelihara bunga tak pernah menjadi, kecuali bunga kertas dengan kemboja je yang jadi huhu
cantik bunganya sekali dgn daun...bau harum malam2 mmg mendebarkan.,.
wah berani betul ya lihat bunga tengah malam, sendiri pula, sampai terhirup bau semerbak, saya pun bakal bergidik kalo merasakannya
Cantik bunganya. Saya punya pokok lidah mertua ni, tak pernah berbunga. :)
Cantik dan banyak betul bunganya. saya pun first time tengok pokok lidah mertua jenis ni berbunga kat rumah kampung. tapi lupa pula nak bau. wangi rupanya ye. jenis pokok lidah ni tak perlu jaga sangat pun dia hidup suburkan.
Cantik bunganya kak TK..shida pertama kali tgk :)
panggil serengga memalam tape , jangan panggil yg lain :(
Salam Bahagia Eza boom boom,
Cantik bunganya tapi jarang diberikan peluang untuk ditatap.
Salam Bahagia Syaz,
Bunga kertas dan Bunga kemboja pun cantik juga lagi rajin berbunga.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Harum semerbak di waktu malam, siang tak de bau kuat.
Salam Bahagia Mas Intan Sudibjo,
Kekadang siang jika ketika kita sibuk pun tidak sempat nak menikmati mekar Bunga. Barangkali warna putih yang amat contrast dengan hitam kegelapan memberikan kita peluang menikmati keindahan Bunga pada waktu malam.
Salam Bahagia Kak iamaSlowRunner,
Pokok lidah mertua ni kita jaga kena kejam sikit untuk supaya dia nak berbunga. Biasa pokok ni tak usah bagi air walau bukan musim hujan.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Siang bunganya tak berapa kuat bau. Kalau masa tengah malam tu baru perasan semerbak wangi nya. Tak manja pokok lidah mertua ni.
Salam Bahagia Sis Shida,
InsyaAllah ada rezeki nanti.
Salam Bahagia Sis Atie,
Harum macam Minyak wangi pun ada.
laaa..ingatkan pokok ni x berbunga rupanya berbunga ya hehe
mesti wangi kann
Pokok lidah mertua yang saya tanam atas tanah bila musim dia berbunga tetapi yang di dalam pasu tak pernah berbunga.
Catat Ulasan