No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 10 Disember 2020

Penghuni Primate Bilit Kinabatangan

Minggu ni dah pengumuman ada kawasan dah boleh merentas daerah dan negeri. Mungkin ada yang rancang untuk habiskan saki baki cuti untuk bantu ekonomi industri pelancongan tempatan. Kami tiada perancangan apa-apa setakat ini sebab masih kurang yakin dengan situasi sekarang ini. Main reason workload banyak bulan ini. Cuma sorting dahulu sahaja kenangan travel yang lepas belum abadikan dalam blog ni untuk tatapan anak-anak bila dah besar. Kalau trip di Sungai Kinabatangan ini bagi Tukang Kebun sesuai untuk spend masa bawa orang tua bersama-sama kerana kebanyakkannya hanya duduk dalam bot untuk melihat haiwan liar jadi tak guna tenaga sangat. Cuma pastikan keselesaan dengan memakai topi dan membawa baju hujan serta wind breaker sebab awal pagi dan senja suhu cuaca boleh turun beza juga kawasan Kinabatangan ini.
Kali ini semasa kami booking percutian di Nature Lodge Kinabatangan, Kampung Bilit penuh semua bilik dengan pelancong luar negara -fully booked (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kami je pelancong tempatan. Tidak ramai lagi pelancong tempatan berminat pergi ke Sungai Kinabatangan ini walaupun kita enjoy tengok National Geographic cerita pasal Sungai Amazon. Hutan dara Sungai Kinabatangan lagi tua dari Sungai Amazon. Tukang Kebun rasa rugi pula kalau yang dekat tak jenguk dulu sebelum pembangunan moden kacau kawasan seperti ini. 
Awal pagi dan lewat petang berduyun-duyun pelancong turun ke arah jeti untuk menaiki bot dengan guide masing-masing mencari hidupan liar keluar di tepi sungai untuk mencari makanan. Sebenarnya naik bot lebih mudah nak hendap tengok hidupan liar yang suka bergayutan atas pokok tinggi. Lagipun kalau binatang tu bergayutan di pokok yang tak kena tutup pokok lain boleh jadi clear view. Kalau dalam hutan kan tebal susah nak nampak bila dongak ke atas. Ini salah satu advantage tengok dari arah sungai.
Terutamanya macam orang utan yang warna bulunya kekadang boleh nampak sama sahaja dengan pohon kayu.
Biasanya setiap hari kalau keluar naik bot setakat pengalaman Tukang Kebun cuti di Kinabatangan confirm akan terserempak orang utan. Biasanya orang utan ni kalau yang jantan jika bukan musim mengawan duduk solo je atas pokok. 
Kebetulan kali ini terserempak pula mak orang utan dan anaknya yang masih bawah jagaan sesama duduk bergayutan atas pokok yang sedang ranum buahnya. Orang utan jantan tak jaga anaknya. Nampaklah orang utan tu sambil petik buah makan. Lebih seronok tengok orang utan di habitat semulajadinya bebas. Kalau memang ada rancangan nak bercuti di Sungai Kinabatangan tak perlu pergi Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).
Mak orang utan jelas nampak kan? Cuba cari mana anaknya tu bertenggek.
Beginilah keadaan bot berpusu-pusu nak dekat dengan tebing bila spot haiwan liar. Biar bot yang bergerak kita duduk relax je.
Jika silvery lutung kat gambar atas bawah ni tricky sikit nak spot sebab warnanya yang gelap dan dia ni pemalu sikit jarang datang dekat pokok pinggir sungai kalau nampak Homo sapien. Kalau kita cuba datang dekat akan cepat-cepat mereka bergerak masuk ke dalam hutan dan berselindung di sebalik daun yang tebal. 
Semasa trip kami di Kinabatangan Wetland Resort, Abai ada juga kami hendap dulu yang lebih jelas dapat ambil gambarnya (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Memang pemalu biasanya silver lutung tunjuk belakang dia je tak face to face.

Kalau yang species monyet ni yang orang tempatan panggil Bayau atau brand name dia Probiscus Monkey, tenung kita tak kelip-kelip.
Probiscus Monkey ni memang paling mudah nak spot masa setiap kali naik bot dan biasanya dalam kumpulan besar. Paling dekat nak tengok probiscus monkey lah sebab mereka suka bergayutan di pokok-pokok yang betul-betul tebing sungai. Lagipun monyet ni pandai berenang jadi tak risau kalau jatuh ke dalam sungai. Cuma kalau kurang nasib baik ada buaya di bawah nanti jadi sumber makanan buaya.
Paling mudah nak cam siapa Big Boss dalam kumpulan ini kerana ianya yang mempunyai susuk tubuh yang paling besar. Big Boss akan pastikan semua beransur pergi dahulu untuk sorokkan diri ke dalam hutan baru dia pun beredar. Tapi species ni tak lah semalu silvery luntung atau orang utan.
Yang ni species paling tak malu, tenung face to face pun lama tak berkelip-kelip. Kalau orang tempatan mungkin takde rasa over-excited macam pelancong lain. Orang tempatan pun kata monyet RM10. Kekadang tak minta posing pun, dia nak juga posing gaya cute macam-macam. Ada 2 species jenis monyet ini yang dibezakan dengan ukuran ekor dia iaitu: long-tailed macaque dan pig-tailed macaques. Jenis long-tailed macaque pandai pancing ketam guna ekornya di lubang ketam. Yang monyet lebih advanced pula, penduduk tempatan mengadu kacau atau selongkar sangkar perangkap mereka letak di tepi sungai untuk tangkapan hidupan akuatik. Itulah antara conflict antara monyet ini dan manusia.

29 ulasan:

ct aju berkata...

menarik...sronokla blh back to nature

Atie Zieya berkata...

dia pancing ketam funa ekornya ? aduh.. tatau pula dia makan ketam .. pandai betul posing cute ye dia ni

Intan Sudibjo berkata...

saya jadi teringat saat work at Kalimantan, banyak himbauan buat jaga lestarikan alam salahsatunya dilarang tembak monyet dan orangutan

Suria Amanda berkata...

Ini yang SA paling suka..back to nature...sebab tu SA sedang ebrjinak- jinak dengan dunia Hiking

Nur berkata...

Wah, best dapat tengok binatang di habitat asal dia. Yang gambar last sekali tu, siapa? :)

Amie berkata...

Tempat-tempat begini biasanya dipenuhi pelancong asing. Siap bawa kamera canggih dan teropong!

Azhafizah MN berkata...

Macam macam spesis ada ye. Pandai pulak tu beraksi comel. Conflict dengan kehidupan manusia tu suakr dibendung. Bila dah ramai ramai suka menyerang jadi bahaya.

abuikhwan berkata...

Lama dah tak masuk hutan. dulu-dulu sebulan sekali mesti mencari hutan hijau, alur jernih.. suka dengan suasana sebegitu.. terapi minda yang sangat berkesan. tapi sekarang kekangan masa membatas segala-gala.
"Bila la nak ke Sabah lagi.."

NA berkata...

Macam-macam jenis monyet yang bergayut.

Syazni Rahim berkata...

best experience ever ni! doakan agar saya dapat merasa suatu hari nanti hehe

Shida Radzuan berkata...

seronoknya boleh back to nature kak TK :)

Mayuf berkata...

Suka tempatnya bikin adem apa lagi ada penghuni nya ,bikin pengin foto hehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia ct aju,

Best surroundings nature and wildlife.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Adaptation Behaviour. Cerdik monyet boleh terfikir guna ekor tipu ketam hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Diana,

Memang seronok perhati hidupan liar dalam keadaan habitat semula jadi mereka.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mas Intan Sudibjo,

Banyak pengalaman Mas pernah juga kerja di Kalimantan ya. Bagus juga ada larangan begitu. Banyak conflict antara manusia dan hidupan lain.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Suria Amanda,

Sejak PKPB ni terbantut pula aktiviti hiking kami. Sebelum tu tiap minggu cuba pergi juga dalam bulan September 2020.
Moga bolehlah hiking balik tak lama lagi cuma risau area Sabah ni angka positif COVID-19 masih merisaukan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,

Last sekali yang besar tu adik, yang kecil tu anak hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Kan besar-besar peralatan orang asing nak hendap binatang liar hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Adaptation Behaviour duduk cara berkumpulan memang jadi rasa kuat dan upaya. Bagaikan peribahasa bersatu kita teguh tu...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ustaz Abuikhwan,

Kalau ke Kudat mungkin boleh rasa begini juga kalau ustaz berdakwah area sana.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis NA,

InsyaAllah ada rezeki melawat sini memang boleh jumpa sekurangnya 3 species monyet.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Syaz,

InsyaAllah ada rezeki melawat sini.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Best tenang kan kepala dengan percutian begini.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mayuf,

Memang non stop Petik foto nya.

Artificial Intelligence berkata...

Like it

mamapp berkata...

Pndainya dia posingambar yg 2nd last tu.. seronok mama tgk gambar2 kat sini. Nak kensana ntah bila

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

InsyaAllah ada rezeki satu hari nanti.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Parpining,

Tempat yang best.