No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ipomea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ipomea. Papar semua catatan

Selasa, 25 September 2018

Tokyo National Museum

 Malam terakhir kami di tanah Jepun, tempat terakhir yang dilawati sebelum balik ke tempat penginapan (related posting klik sini) ialah Tokyo National Mesuem. Memandangkan cuaca pun makin sejuk nak jalan-jalan di luar Taman Ueno ini, option ialah melawat indoors lah. Kanak-kanak masih aktif riang ria nak ambil gambar depan maskot Tokyo National Museum.
 Salah satu versi patung 'Daikokuten' member 7 lucky Gods dalam Tokyo National Museum, agak berlainan sedikit raut mukanya berbanding dengan versi di Kuil Futarasan Nikko di Negeri Tochigi (related posting klik sini).
 Pemegang bilah pedang ni bermotifkan flora dan fauna. Sebelah kiri, buah padi dan sebelah kanan tupai atas pokok anggur.
 Mula-mula ingatkan ini contoh accesories rambut bermotifkan orkid, bila dibaca balik rupanya accesories pedang.
 Ini sebahagian lukisan yang untuk menunjukkan suasana musim panas di Jepun yang biasanya diwakilkan dengan pokok bunga seri pagi Jepun. Pokok bunga seri pagi jepun biasanya daunnya bertapak jari 3 lekuk. Bila diamati baik-baik ada juga pokok kapas di situ dengan daunnya yang bertapak tangan lekuk 5 jari lain sikit dari seri pagi.
Stok bunga seri pagi ada tinggal beberapa lagi dari Jepun (1 packet RM18).

Ada jenis Fuji mixed color Morning Glory (Contoh Klik Sini),

Ada jenis Morning Glory warna putih.

Ada jenis campur beberapa jenis benih Japanese Morning Glory macam di bawah:
 Tukang Kebun selalu keliru zaman era dalam tamadun Jepun ni. Jadi ambil gambar di bawah untuk mudah refer lain kali.
 Yang Ilhan pegang ni patung zaman Jomon rasanya. Musuem buat replika supaya pelawat boleh rasa dan agak beratnya macam mana sebiji patung tu.
 Yang ni pula contoh duit kepingan emas beberapa era yang berlainan dan nak agak-agak berapa berat sekeping tu mereka buat replika.
 Ini adalah sejenis kerang, di Terengganu ada ni sebab awal February lalu di sebuah restoran steambot di tepi pantai suami kesayangan bawa ada sebagai salah satu pilihan. Di perairan pantai Sabah juga ada di mana lebih dikenali dengan nama Dalus. 
 Dalam bahasa Jepun dipanggil Hamaguri dan salah satu shellfish kegemaran mereka. Ada Tukang Kebun nampak dijual di kedai (Yanaka Ginza) dan Pasar Tsukiji (related posting klik sini). Pada zaman dahulu kerang dalam hamaguri ini dilukis dengan amat indah seperti gambar di atas untuk hantaran kahwin. Ianya adalah set permainan sebenarnya, lebih lanjut kena tonton video di bawah. Hantaran kahwin ini mula dibuat sejak anak perempuan dilahirkan lagi.
 Betapa popularnya Hamaguri kerang ini sehingga ada documentary dibuat hubungannya sampai ke Pasar Tsukiji dan hubungannya dengan kehidupan Orang Jepun dari zaman dahulu hingga sekarang.
Dalam pukul 7:30 malam kami mula bergerak keluar dari bangunan Tokyo National Museum ini. Esok hari awal pagi kami mula bergerak ke Narita Airport untuk pulang ke tanahair. Ini adalah posting terakhir untuk Jalan Jalan Jepun 2017 yang telah direkodkan sebanyak 54 postings. 
Jika diberi rezeki masa dan kesihatan, bolehlah buka cerita kisah pengembaraan lain pula dari members Kebun Bahagia Bersama.

Ahad, 1 Oktober 2017

Sand Shark and Seri Pagi

 Dah lama gambar aktiviti anak-anak ini diambil tersimpan dalam folder masa Rayyan dan Ilhan mengikuti pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh University College Sabah Foundation Green Carnival pada awal tahun 2016 di Teluk Likas, Sabah. Selain dari pertandingan mewarna dijalankan pada sebelah pagi, aktiviti pertandingan buat jerung pasir pun dijalankan. Sambil tunggu abang-abang mewarna, Abby pun sibuk serta main pasir. 
 Walaupun sudah lama tidak hujan, jenis seri pagi yang suka hidup di tepi pantai tanah pasir ini masih segar kembangnya. Kuat betul sulur seri pagi jenis Ipomoea pes-caprae ini merebak menceriakan tepi pantai.
 Ini adalah beberapa hasil imaginasi jerung pasir selepas tamat waktu pertandingan. Zoom in gambar hammerhead shark yang diambil oleh Ilhan.
 Kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna ketika karnival tersebut. Ini pertama kali Rayyan menyertai pertandingan mewarna.
 Setelah selesai pertandingan mewarna, Ilhan dan Rayyan ronda-ronda perhatikan hasil pertandingan jerung pasir.
 Biasa buat sandcastle je kan sebab terikut orang putih. Kali ini antara aktiviti di pantai bolehlah cari idea buat replika pasir binatang marin. Antara aktiviti yang tak memerlukan belanja yang banyak beriadah jika duduk berdekatan pantai.
 Yang ni kreatif jugakan ikan jerung gergasi makan bot macam wayang Hollywood.
 Untuk yang tak menang no. 1~3, ada jugalah saguhati dan sijil diberikan kepada anak-anak semua yang menyertai pertandingan mewarna.
 InsyaAllah jika ada rezeki, hujung bulan November ini ada limited stok biji benih seri pagi Jepun (Ipomoea nil) (RM18) dan ada juga Cypress Vine Color mixed (Ipomoea quamoclit) (RM15) dalam original packaging dari sana untuk gardeners yang berminat. Ada limited stock untuk reservation. Shipping adalah akhir bulan November. 
Japaneses Morning Glory Akatsuki no Mai
(18cm diameter flower)

Japaneses Morning Glory Akatsuki Kurenai 
(18cm diameter flower)

Japanese Morning Glory Akatsui Hikari
(18cm diameter flower)

Japanese Morning Glory Kikyozaki Mixed Color (Photo: more info click here)
(6cm diameter flower)

Isnin, 24 Oktober 2016

Seri Pagi Jepun

 Gambar ini dah lama terperap dalam folder, dah lama nak bercerita pasal topik ini tapi asyik terperap sahaja dek kekangan masa tahun ini banyak travelling. Lagi satu sebab takut sebenarnya nak tunjuk gambar seri pagi yang kembang di taman nanti buat ramai terliur jika stoknya tiada. Untuk seri pagi memang simpan je gambarnya dalam folder. Hujung Disember tahun lepas, masa Tukang Kebun sorting benih-benih simpanan tiba-tiba terjumpa pek pelbagai benih seri pagi jenis Jepun (Ipomoea nil) yang dah lama dibeli hampir 3 tahun tapi lupa nak semai. Belek-belek original packaging yang belum dibuka ini tertulis biji benih seri pagi ini kononnya dah 2 tahun lebih expired. 

  Lalu saja-saja Tukang Kebun bawa balik biji benihnya ke Sabah memandangkan pada hujung tahun kebiasaannya musim hujan jadi bolehlah ditanam terus dan dibiarkan begitu sahaja sebagai trial. Kebiasaannya Tukang Kebun praktik direct sowing sahaja untuk seri pagi memang tak pindahkan anak pokoknya. Di situlah ia bercambah, di situlah ia tumbuh sampai habis riwayat.  Walaupun tanah di rumah Big Boss di Kingfisher keras dan berbatu, syukur alhamdulillah dengan siraman rezeki air hujan begitu mudah biji-biji benih tersebut bercambah dengan kadar peratusan yang baik hampir 100%. Gambar teratas boleh dilihat anak pokok yang baru sahaja bercambah dari biji benih dengan kulit biji benih yang terjatuh dibulatkan dengan warna merah.
 Kemudian gambar no. 2 ini dapat membayangkan peratus percambahan biji-biji benih tersebut yang elok berderet tumbh di tepi pagar bersebelahan portulaca. Jenis seri pagi Jepun kadang kala daunnya ada tompok-tompok putih dalam Bahasa Inggeris dibezakan dengan panggilan variegated leaf. Terbiar sahaja pertumbuhannya masa ketiadaan Tukang Kebun di Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah beberapa minggu kemudian dijenguk kelihatan ada juga yang sudah mula berbunga. Disebabkan cuaca akhir Januari sudah jarang hujan di Kota Kinabalu tahun ini, pokoknya jadi teruja nak berbunga awal. Kalau bunga awal sebelum ia matang penuh akan mengakibatkan musim berbunga menjadi lebih singkat. Jadi Tukang Kebun rasa syorkan untuk menanam seri pagi di Kota Kinabalu, cuba bulan November.
 Seri Pagi Jepun mudah ditanam di Malaysia ini, lebih-lebih lagi kalau masa semaian nya kena sesuai dengan optimum keperluan pertumbuhannya. Faktor persekitaran, suhu, cahaya dan air memainkan peranan penting. Setakat ini dah beberapa jenis tanah Tukang kebun pernah cuba menanam seri pagi dari jenis berpasir hinggalah tanah liat keras berbatu di rumah Kingfisher Big Boss. Dari segi jenis tanah, Seri Pagi tak berapa cerewet. Syukur Alhamdulillah ikut faktor cuaca dan persekitaran dapat jugalah tengok sampai kitaran pokoknya menghasilkan biji benih semula. Benih Seri Pagi jika disimpan dengan baik bertahan lama. Yang Tukang Kebun cuba-cuba ini pun benih dah lebih 4 tahun. Apa yang penting ialah faktor persekitaran yang optimum untuk biji benih tersebut dapat bercambah dengan baik. Terlampau banyak air pun tidak berapa baik untuk biji benih seri pagi bercambah dan membesar dengan baik. Kalau musim hujan tak perlulah rendam biji benih seri pagi dalam air semalaman.

 Yang Seri Pagi akan cerewet ialah dari segi pencahayaan ya. To make Morning Glory become glorious kena banyak pancaran cahaya especially in the Morning lah ya. 

 Tips menanam Seri Pagi boleh juga buat rujukan di page Ipomoea (Seri Pagi & Family).

 Ada beberapa limited stok Seri Pagi Jepun seperti di bawah dibekalkan dalam Original Packaging.
Morning Glory Jepun ~ Heian no Yosoui (variegated leaf)

Morning Glory ~Akatsuki (mirip kepada Aoi Tsuki)

'
Morning Glory Jepun ~ Heian no Haru (variegated leaf)


 Calendula atau juga dikenali sebagai Pot Marigold juga ada stok baru dalam original packaging ada pelbagai jenis. 1 pek berharga RM15 dengan isi kandungan anggaran 4ml.

Info Calendula juga boleh refer kepada posting sebelum ini (klik sini).

(a) Pom Pom

(b) Black Eye

(c) Kiku

(d) Calendula Mixed

Isnin, 9 Mac 2015

Grandpa Ott

 Antara seri pagi yang telah berterusan menceriakan Kebun Bahagia Bersama di sebelah pagi beberapa minggu ini ialah jenis Grandpa Ott (Ipomoea purpurea). Tinggi ia memanjat dah lebih 3 meter ke pokok buah-buahan sebelah. Minggu lepas sudah mula tukang kebun dapat menuai biji=biji benihnya. 

~ Morning Glory Grandpa Ott (Ipomoea purpurea) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Yang juga tak nak kalah menceriakan Kebun Bahagia Bersama juga ialah jenis China Blue beberapa minggu ini (info klik sini). Sama-sama musim menuai biji benih China Blue dan Grandpa Ott.

~ Morning Glory China Blue ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Yang baru sahaja mula musim bunganya minggu ini ialah jenis Heavenly Blue yang duduk melilit menghiasi sangkar 2. Bolehlah itik dan ayam remaja tukang kebun di sangkar 2 tu cuci mata tiap pagi dengan Heavenly Blue. Special tak sangkar PETS pun kena hias dengan bunga seri pagi.
  Kebetulan long weekend cuti Tahun Baru Cina dulu Grandpa Abby (Tuan Tanah) buat projek mengecat pagar sambil babysit adik bongsu tukang kebun di rumah dan anak-anak angkat tukang kebun di dalam sangkar tu. Kebetulan pilihan warna Tuan Tanah kali ini seakan mirip warna Heavenly Blue.
  Tahun ini juga bulan pertama dalam Calendar Cina, seperti tahun-tahun sebelumnya pasti ada bunga lotus yang mekar di frontyard Kebun Bahagia Bersama. Yang dalam gambar ini, yang tukang kebun semai dari biji benih berbunga semula.
 Banyak tema warna biru hari ini, hopefully no one has Monday Blues lah ya.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 11th March 2015, Wednesday at Sungai Buloh from 8:30PM~9:00PM.

Khamis, 11 Disember 2014

HamaGinga

  Antara Seri Pagi Jepun (Ipomoea nil) yang menceriakan backyard Kebun Bahagia Bersama bulan lepas ialah 'HamaGinga'. Sebab malas nak buat khas pancang untuk seri pagi ini jadi tukang kebun direct sowing tumpangkan di sangkar sementara yang mengelilingi patch bendi Mammoth Spineless (related posting klik sini). Kebetulan ada masa minggu semaian hujan kerap turun sebelah pagi jadi tanah sentiasa tidak kering dan pertumbuhan juga tidak terbantut membesar dengan cepat. Cuma bila ada masa nak ambil gambar timing awal pagi asyik hujan mendung je, jadi kembang bunga dalam gambar kelopak dah kena urutan air hujan.
  Seri Pagi Jepun jenis 'HamaGinga' juga sangat menarik kerana pelbagai variasi corak bunganya yang kekadang menghasilkan belang ungu dan putih yang pelbagai. Kadangkala semua kelopak bunganya sekata warna purple sexy. Sekarang dah dapat tuai biji benihnya untuk kitaran musim bunga akan datang untuk 'HamaGinga' koleksi peribadi tukang kebun.
  For 'HamaGinga' kali ini tukang kebun tak dapat bekalkan biji benihnya. Tapi jangan bersedih selagi stok limited di bawah ini masih ada, gardeners lain berpeluang untuk mencuba beberapa jenis Seri Pagi Jepun kembang di dalam kebun sendiri. Biasanya Morning Glory Jepun yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah hasil tuaian biji benih dari kebun sendiri. Itupun kekadang berat hati tukang kebun nak lepaskan kalau boleh semua nak simpan semai di Kebun Bahagia Bersama. 
 Seorang seedsaver macam tukang kebun ni kalau benih yang tuai dari kebun sendiri lagi sayang nak lepaskan . Sebab kita sendiri tahu makin lama baka biji benih yang dah dituai dengan banyak generasi tumbuh di kebun sendiri lebih mudah nak tumbuh bahagia dah serasi dengan perubahan cuaca di kebun ianya membesar. Bulan ini ada offer biji benih seri pagi baka Jepun dalam bentuk original packaging. 

~Seri Pagi FUJI~
 Ini memang kegemaran tukang kebun yang biasanya rajin tukang kebun semai beberapa kali dalam setahun untuk mencuci mata dan menceriakan kebun. Kembang dari pagi hingga senja. Nak tengok contoh gambar sebenar klik sini. Bila dah tengok kecantikkan bunganya tumbuh dari tangan sendiri memang boleh addicted menanam Seri Pagi Jepun ini.

~ Seri Pagi Kikyozaki ~
 Corak bunga Kikyozaki pun unik bentuk kelopaknya berbanding dengan seri pagi yang lain. Juga kembang dari pagi hingga senja. Untuk lihat contoh kikyozaki boleh lawat posting terdahulu klik sini.

~Seri Pagi Kecil Comel Molek~ (SOLD OUT)
  Pek Seri Pagi ini pula jenis pokoknya renek (bushy) sesuai untuk semaian dalam pasu atau di balcony. Ketinggian pokok dalam lingkungan 30cm.

Ahad, 16 November 2014

Jeliti

   Gardeners yang berminat nak cuba reka pokok bonsai sendiri, salah satu pokok yang amat sesuai dijadikan specimen art bonsai adalah pokok jeliti. Pokok Jeliti dengan bunganya yang berwarna putih sangat mudah untuk hidup tanpa banyak belaian. Bagi tukang kebun sangat sesuai untuk beginners sebab pokok ni hard to kill plant. Tak pernah diambil peduli dan disiram ianya masih naik subur cepat sekali terdedah kepada perubahan cuaca di kebun sepanjang tahun. Jeliti duduk dalam pasu kecik walaupun dah besar pun bahagia sebagai rekaan bonsai yang selalu dipamerkan di pesta berhubungkait dengan tumbuhan. Pokok jeliti adalah antara pokok-pokok yang bertapak paling awal sekali di Kebun Bahagia Bersama.

   Kisah asal jeliti di Kebun Bahagia Bersama ialah Big Boss teringin nak pokok bonsai, kebetulan kontraktor berbangsa Cina yang bina kediaman Kebun Bahagia Bersama juga peminat pokok bonsai. Lalu banyaklah anak-anak pokok bonsai disemai oleh kontraktor berjiwa gardener tersebut untuk Big Boss. Sekarang ni rasanya tak terkira berapa banyak pokok-pokok jeliti ada di Kebun Bahagia Bersama. Paling banyak di keliling kolam belakang (@tempat buang big green waste) yang nyata daunnya di sebelah bahagia kanan gambar.  Memang separuh keliling kolam tersebut dipenuhi dengan pokok jeliti. Sekarang ni musim hujan jadi kolam dah penuh air jadi bersukaria angsa-angsa dan itik-itik bermandi manda. Kalau musim hujan akar pokok jeliti tenggelam lama basah dengan air pun masih maintain subur tak lemas.

~ Pokok jeliti ~
1 bekas RM8.00 .

  
Minggu ini antara Seri Pagi yang rajin berbunga setiap hari ialah Grandpa Ott. Warna bunganya sangat pekat.

~ Morning Glory Grandpa Ott (Ipomoea purpurea) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.

Selasa, 4 November 2014

Seri Pagi China Blue

  Hari ini tak dapat borak panjang just a brief note sebab tukang kebun sakit mata tak boleh nak buka sangat. Semalam dah tahap teruk sampai dah mata ikan, puffy sangat. Dah abnormal bengkaknya. Hari ini pun off and on rasa sakitnya bila tahap teruk sampai air tak terkawal terkeluar dari hidung macam air terjun kesan sampingan fluid dari mata yang bengkak ini. Sebab kebelakangan ini makin kerap terjadi sakit mata ni jadi nak pukul 11 malam semalam doktor kasi referral letter nanti esok bawa ke The Tun Hussein Onn National Eye Hospital pesannya kalau hari ini pun macam tak baik je nampaknya. 
  Syukur Alhamdulillah sekarang ni musim pelbagai seri pagi berbunga dengan bercermin mata hitam terhibur jugalah mata tukang kebun tengok walaupun penglihatan tak terang atau half-blind. Antaranya adalah jenis Seri pagi yang dipaparkan hari ini. 
  Tukang kebun lupa namanya jadi untuk mudah, bunga matahari yang berasal dari China ini dipanggil Seri Pagi China Blue. Saiz bunganya tidaklah besar seperti Seri Pagi Jepun (Ipomoea nil) yang biasa tukang kebun tanam. Half the size lebih kurang 1 ~ 1.5 inci kembang bunganya. Dengan rona biru atau biru-keungguan dengan pusat bunganya berwarna putih. Bunganya jenis kembang sebelah pagi sahaja. Tapi tak perlu risau pokok ini tahan dengan cuaca panas. Sejak semai (direct sowing) biji benihnya beberapa minggu lalu tak pernah tukang kebun siram sebab ni duduk dekat backyard. Paip hose air pun tak tercapai, direct hit dengan sun sepanjang hari. 
  Morning glory China Blue ini mudah tumbuh dengan cuaca di tanah rendah Malaysia dalam keadaan terdedah full sun. Suka kan pancaran cahaya matahari yang banyak baru naik semangat. Kalau separa matahari pertumbuhan tak seceria dan secepat seperti di tempat penerimaan cahaya yang banyak.Kalau perbandingan tumbuh sama senang macam Seri Pagi Tiny Bell (klik sini) berbanding dengan jenis Ipomoea tricolor/purpurea/nil. Jadi sesuai untuk beginners. Biji benih koleksi yang segar baru je mula proses tuaian batch kali ini dari minggu lepas dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Seri Pagi China Blue ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .