Dah lama gambar aktiviti anak-anak ini diambil tersimpan dalam folder masa Rayyan dan Ilhan mengikuti pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh University College Sabah Foundation Green Carnival pada awal tahun 2016 di Teluk Likas, Sabah. Selain dari pertandingan mewarna dijalankan pada sebelah pagi, aktiviti pertandingan buat jerung pasir pun dijalankan. Sambil tunggu abang-abang mewarna, Abby pun sibuk serta main pasir.
Walaupun sudah lama tidak hujan, jenis seri pagi yang suka hidup di tepi pantai tanah pasir ini masih segar kembangnya. Kuat betul sulur seri pagi jenis Ipomoea pes-caprae ini merebak menceriakan tepi pantai.
Ini adalah beberapa hasil imaginasi jerung pasir selepas tamat waktu pertandingan. Zoom in gambar hammerhead shark yang diambil oleh Ilhan.
Kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna ketika karnival tersebut. Ini pertama kali Rayyan menyertai pertandingan mewarna.
Setelah selesai pertandingan mewarna, Ilhan dan Rayyan ronda-ronda perhatikan hasil pertandingan jerung pasir.
Biasa buat sandcastle je kan sebab terikut orang putih. Kali ini antara aktiviti di pantai bolehlah cari idea buat replika pasir binatang marin. Antara aktiviti yang tak memerlukan belanja yang banyak beriadah jika duduk berdekatan pantai.
Yang ni kreatif jugakan ikan jerung gergasi makan bot macam wayang Hollywood.
Untuk yang tak menang no. 1~3, ada jugalah saguhati dan sijil diberikan kepada anak-anak semua yang menyertai pertandingan mewarna.
InsyaAllah jika ada rezeki, hujung bulan November ini ada limited stok biji benih seri pagi Jepun (Ipomoea nil) (RM18) dan ada juga Cypress Vine Color mixed (Ipomoea quamoclit) (RM15) dalam original packaging dari sana untuk gardeners yang berminat. Ada limited stock untuk reservation. Shipping adalah akhir bulan November.
Japaneses Morning Glory Akatsuki no Mai
(18cm diameter flower)
Japaneses Morning Glory Akatsuki Kurenai
(18cm diameter flower)
Japanese Morning Glory Akatsui Hikari
(18cm diameter flower)
Japanese Morning Glory Kikyozaki Mixed Color (Photo: more info click here)
(6cm diameter flower)
3 ulasan:
punya lah lama peram gambar ni kak...
kretip2 bdk2 skrg... cantik2 sand sharknya...
Assalamualaikum kak Diana,
best juga bawa budak2 tu join pertandingan mewarna, cantik juga jerung pasir tu ya, memang berbakat la orang yg buat tu..Julie nak book sepeket Japaneses Morning Glory Akatsuki no Maitu, nanti dah ada stok inform Julie ya kak...tqvm kak...
Salam Bahagia.
Pantas betul masa berlalu Dana.
Ini pun tahun ni bukannya tak banyak cerita Dana...travelling banyak juga ni, banyak terperap dalam folder sampai dah lupa nak rekod ilmu yang dapat kalau dah tersimpan lama...lagi-lagi faktor usia ni hehehe...
Waalaikumsalam Julie,
Sejak pertandingan mewarna ni...tak terbawa dah...anak-anak join yang di sekolah je.
Nanti kak simpan untuk Julie morning glory tu.
Catat Ulasan