No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Cosmos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cosmos. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2020

Kegemaran Kelulut Bunga Zinnia dan Cosmos

Lamanya tak jenguk langsung blog ini sejak hilang mood disebabkan masalah password. Tambahan pula keadaan makin bertambah sibuk dengan tugasan tanggungjawab lain. Syawal pun makin dekat. Selama PKP ini kami memohon maaf tidak dapat membalas email ya. Lagipun Kebun Bahagia Bersama pun berehat dalam masa PKP ini dan tiada hantaran dibuat. Terima Kasih kepada semua bertanyakan berita kerana begitu lama Tukang Kebun menyepi dan nak masuk setahun tidak update apa-apa di blog. Syukur Alhamdulillah kami semua berada dalam keadaan sihat walfiat dan kami doakan semua pembaca begitu juga. Tergerak hati hari ni nak update blog rindu juga kepada semua. Di sebelah pagi pula hari ni bermesra dengan Ilhan yang dah nak remaja bermanja dengannya mohon buat video. Inilah hasil video pertama belajar dengan Ilhan. Mohon maaf kualiti tak elok, maklum lah budak baru belajar.

Tukang Kebun pun nak mohon maaf lama tak ziarah kawan-kawan blogger rasa serba salah juga. Maaf kan Tukang Kebun ya. 

Ahad, 29 Mac 2015

Gloria

   Penghujung bulan March ini bermulalah giliran si Gloria pula berbunga. Gloria jenis Cosmos bipinnatus yang berwarna merah jambu terang dan di tengah pusatnya ada lingkaran berwarna merah fushcia. Saiz bunganya juga boleh dikategorikan dalam saiz besar diameternya contoh perbandingan dengan jari telunjuk tukang kebun di gambar bawah ini.
 Sekuntum bunga kembang Gloria ini pula seakan malu-malu pula tukang kebun ambil gambarnya macam 2 tapak tangan tutup mulutnya.

~ Cosmos Gloria (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Cosmos pink dwarf masih berterusan berbunga sejak bulan lepas di tempat yang sedang semak dah lama tak weeding di tempat ini. Kalau Big Boss balik mesti pening tengok tapi sekurang-kurangnya ada distraction cosmos as wildflower hehehe....

~ Cosmos Pink Dwarf (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Buah mulberry juga minggu ini boleh dikatakan tiap-tiap hari ada bahagian boleh dipetik. Tukang kebun tak menyempat nak menyemai anak-anak pokok asin-asin (sayur manis) yang baru jadi jika yang berminat kami offer 10cuttings asin-asin boleh mix dalam promosi page '3 plants mix for RM10'. Kalau anak-anak pokok mulberry ada stock (RM7.00 sepot).
  Kesimpulan tuaian yang kandungan di packing untuk pengeposan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu lepas. Ikut giliran pesanan gardeners yang telah confirm, minggu lepas goodies yang disertakan ialah buah-buah kuning telor, ciku, katak puru dan lemon Tahiti. Pesanan yang akan dipos esok apa agaknya ya selain dari main goodies buah Kuning Telor? Tengoklah rezeki tuaian Tukang Kebun petang nanti. Jika gardeners yang dah lama setia follow posting Kebun Bahagia Bersama biasanya macam dah agak-agak kan ikut perkembangan musim buah di sini.
  Untuk penghantaran Isnin esok dah fully reserved. Slot reservation pesanan Pre-Orders Buah Kuning Telor Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ikut giliran bulan April inilah ya, yang belum confirmation sementara musim buah kuning telor ini. For further info boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

Ingin buat pesanan Pre-Orders Buah Kuning Telor Pasar Online Kebun Bahagia Bersama email to (kebunkmg@gmail.com).

Jumaat, 27 Februari 2015

Very Busy Valentine

  Syukur Alhamdulillah nak masuk bulan March ini masih tak putus-putus musim bunga keembung di  Kebun Bahagia Bersama. Hari ini nak masukkan dalam senarai katalog Kebun Bahagia Bersama jenis keembung bunganya kelopak berlapis-lapis warna merah macam 'heart' Velentine day. Dalam kategori bunga keembung, syukur Alhamdulillah ada sekurang-kurangnya 5 jenis pilihan jenis-jenis keembung yang ada semuanya dituai fresh dari Kebun Bahagia Bersama. Closing summary bulan February ini nampaknya biji benih keembung antara pesanan ranking top yang selalu diterima.

~ Keembung Heart Merah Multi-Layer ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

  Pada Sabtu 14hb February 2015 lalu memarng ramai pasangan yang membuat pilihan untuk membuat majlis akad nikah atau kenduri kahwin. Tukang kebun pun agak sibuk pada hari tersebut kerana mendapat 3 undangan majlis. Sebelah siang kami ke undangan kenduri kahwin jiran sebelah yang dibuat di Dewan dalam kampung kami ini. Pergi awal pengantin pun belum ada lagi sempat ambil gambar pelamin sahaja. Seronok juga tengok ada booth ice=cream dan apam balik juga ada for dessert. Tapi sebab nak mengejar masa bergegas ke kenduri seterusnya makan sahaja lunch. Takut ambil dessert habis baju permata-permata hati dalam kereta nanti.
 Kenduri seterusnya adalah kenduri kahwin anak Mak Long Liza yang ada home=stay di Pekan Pedas Negeri Sembilan (related posting klik sini) untuk anak kedua di area Kajang. Sampai sahaja di dewan ramai sudah sedara-mara dah berkumpul selesai makan berborak-borak. Tukang kebun pun catch up dengan mereka teruslah dengan kehidupan masing-masing perut put masih kenyang lagi. Kasi digest dulu sebab mesti nak makan sebab ni kenduri anak peladang kambing dan lembu ni hehehe....
  Malam kenduri tahlil dan anniversary pula di Shah Alam, dapatlah juga bertemu dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa. Terima kasih kepada Kak Haslina terpaksa tunggu sampai lewat malam di Shah Alam untuk self-collect goodies sehingga anak-anak pun dah keletihan tunggu dalam kereta. 



  Yang masih menceriakan warna pink di Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah Cosmos Pink Dwarf (Cosmos bipinnatus). 

~ Cosmos Pink Dwarf (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

 Malam ini gardeners yang nak self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di area Sunway Pyramid lepas pukul 10 malam. Tapi pesanan confirm sebelum pukul 5 petang ya.

Ahad, 22 Februari 2015

Cosmos bipinnatus Pink Dwarf

  Hujung minggu lepas kita jamu mata tengok pokok-pokok bunga Zinnia (related posting klik sini). Hari ini mari kita jamu mata sambil breakfast atau minum petang dengan pokok bunga cosmos pula. Bulan ini jenis cosmos yang renek atau dwarf pula bermusim bunga. Pokok cosmos biasanya tumbuh tinggi lampai tetapi ada juga yang jenis renek atau dwarf. Bagi gardeners yang suka jenis renek kerana kekurangan ruang ataupun nak tanam atas hanging basket, di sini ada beberapa jenis cosmos yang bukan tumbuh tinggi melampai sebagai contoh pilihan. 
  Minggu ini baru bermulanya Cosmos Renek berwarna pink berbunga disebabkan cuaca panas sehinggakan tukang kebun tak perasan (jadi puteri lilin kejap panas-panas ni) yang ada pokok sudah mula berbunga sampai dah pudar warnanya kerana telah beberapa hari sudah pun kembang dalam semak seperti Gambar No. 2. Bunga yang baru kembang warnanya seperti Gambar No. 1 dan No. 2. 

~ Cosmos Dwarf Pink (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Warna pink cosmos renek tersebut berwarna lembut. Kalau Gardeners yang suka warna terang, pilihlah Cosmos Red Dazzler yang tumbuhnya dalam linkungan renek ke sederhana bagi keluarga cosmos.

Info Cosmos Red Dazzler boleh juga dilihat di laman posting sebelum ini (klik sini). 

~ Cosmos Red Dazzler (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Kebiasaannya Cosmos sulphureus yang berwarna oren jenis tumbuh tinggi lampai tapi yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ialah jenis baka tumbuh renek ke sederhana. Jenis ini menghasilkan bunga yang berlapis-lapis.

~ Cosmos sulphureus vibrant orange ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00.
 Semoga ini dapat membantu gardeners lain nak susun deretan anak-anak pokok cosmos dari yang renek menghadap paling baris depan ke arah matahari, kemudian deretan di belakang saiz sederhana, kemudian yang jenis tinggi lampai. Mesti nampak menarik bila tanam rapat-rapat ada pelbagai warna dalam barisan-barisan tersebut.

Esok ada yang masih ambil cuti panjang ke?

Selasa, 23 Disember 2014

Cosmos Red Dazzler

 Minggu lepas sudah bermula musim bunga Cosmos Red Dazzler (Cosmos bipinnatus) 2nd batch semaian untuk penghujung tahun 2014. Itupun banyak sambil membesar anak-anak pokok cosmos red dazzler tersebut kena 'hit and run' oleh si Tigger yang juga sedang membesar. Dengan cuaca bulan Disember memang lepas dipindahkan tak pernah disiram bergantung kepada rezeki air hujan. Nasib baik pertumbuhannya lebih pantas dari rumput yang mengelilinginya (sejak dipindahkan tak done nak weeding cover area ini). Apa yang menarik dengan jenis Cosmos Red Dazzler ialah perubahan warna merah yang menarik dari mula kembang hinggalah tua. Gambar di atas adalah warna bunga Cosmos Red Dazzler kembang pada hari pertama to dazzle tukang kebun. Warna tersebut akan berubah dimakan usia kepada warna yang dazzling juga seperti yang ditunjukkan dalam posting laman (klik sini).

~ Cosmos Red Dazzler (Cosmos bipinnatus) ~

Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Semalam dari pagi hujan dah mula turun rintik-rintik , kemudian tengahari makin lebat. Yang sempat dituai ialah mulberry sahaja. Tapi sambutan mulberry hambar dari semalam sebab budak-budak ni dok seronok makan rambutan. Yalah mulberry hampir sepanjang tahun diorang ni boleh makan. Rambutan selalunya hujung tahun barulah puas makan. Pampered kids, nak kena puasa mulberry agaknya baru rindu balik hehehe...
 Thank you dear for remembering my favourite biscuits (Kyoto speciality), lovely surprises (mak budak pun kena pampered). 3 tin biscuits equivalent for 3 babies ke? Sweet drops for the kids sebab dearest hubby teringat favourite Ghibli Studio animation movie 'Hotaru no Haka' (Grave of the fireflies). Lepas makan biscuits, kotak tin boleh buat tempat simpan biji benih. Yang merah for Zinnia seeds collection, yang hijau for balsam seeds collection and yang biru for Ipomoea/Morning Glory seed collections. Barulah organize sikit senang nak cari biji benih.
  Teringat masa ehem hangat-hangat bercinta dulu, masa boyfriend (now husband) pergi ke Kyoto, souvenir yang dibawa balik ialah jenis biscuit sama brand ini juga. Cuma corak gambar tin dah berbeza sedikit. Tin biscuit yang lama dulu, tukang kebun buat simpan gambar-gambar. Dulu hobby ambil gambar. Sekarang hobby buat koleksi biji benihkan jadi buat tempat simpan benih pula terutama tahun ini memang banyak self-harvest zinnia, balsam and morning glory seeds. Ambil gambar pun masih hobby juga as you can see tukang kebun punya collection photos of Kebun Bahagia Bersama in this blog. Gardening and photography as one hobby. 

Ahad, 23 November 2014

Cosmos Coming Out

 Minggu ini pokok-pokok bunga cosmos rajin berbunga bersilih ganti tak putus-putus menceriakan Kebun Bahagia Bersama yang sedang rumput meninggi tak terkejar nak memotong masa musim hujan ini. Apatah lagi nak manually merumput tempat yang pemotong rumput tak boleh lalu. Antara jenis Cosmos bipinnatus yang sedang musim berbunga ialah Cosmos White Purity dan cosmos berwarna pink. Yang teringin sangat nak tengok jenis Cosmos bipinnatus mekar di depan mata cuaca bulan ini dan bulan depan adalah musim semaian untuknya yang sesuai di Lembah Klang.

~ Cosmos White Purity (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1pek RM3.00 .

 Gambar No. 3 dan No. 4 pula adalah jenis Cosmos sulphureus di mana yang No. 3 jenis Vibrant Orange dan No. 4 Yellow Sunshine amat mudah ditanam di kawasan Tanah Rendah Malaysia Sepanjang Tahun. Recommended for Novice Gardener. Fresh seeds from Kebun Bahagia Bersama.

~ Cosmos sulphureus Vibrant Orange/ Yellow Sunshine ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Yang juga amat mudah tumbuh ialah ulam raja (Cosmos caudatus) yang juga ada sedang berbunga untuk pastikan bekalan biji benih segar dapat dibekalkan berterusan. Opppsss birthday boy dah keluarkan mesin rumput dah tu sementara tunggu tukang kebun nanti muncung pulak.

 Tukang kebun nak rushing potong rumput di frontyard sekarang.

Have a lovely weekend,


Isnin, 10 November 2014

EyeSight Improved

  Tengok Seri Pagi dari minggu lepas kembang menjadi-jadi tiap hari memang hari ini tak de Monday Blues. Bulan November ini cuaca di Kebun Bahagia Bersama memang kegemaran pokok bunga Seri Pagi. Kalau hujung minggu ini, masih ragu-ragu nak semai biji benih apa dari condition semaian tukang kebun, recommend dalam kelompok Seri Pagi dan Cosmos bipinnatus. Seri pagi dengan cuaca sekarang cepat tumbuh dan berbunga, mungkin meriah bunganya bila Christmas jika disemai dalam sekitar pertengahan bulan ini. Kalau nak saji minuman air roselle warna merah kepada tetamu semasa Tahun Baru Cina semailah biji benihnya pada minggu ini cuaca elok sekali.
 Antara bunga dalam pek campuran Cosmos Sensation (Cosmos bipinnatus) yang sedang mula musim bunganya di Kebun Bahagia Bersama. Dalam pemerhatian tukang kebun selalu perhatikan Cosmos bipinnatus mudah tumbuh masa pertengahan ke akhir musim hujan dan bila timingnya kena bila ada masa hujan rehat (panas kering) sebentar musim bunganya yang baru bermula akan menghasilkan bunga-bunga kembang yang lebih meriah. Biasanya masuk Tahun Baru Cina ada rasa perubahan cuaca kurang hujan sikit. Sebab tu tukang kebun pun mengejar masa nak cuba semai Cosmos bipinnatus bulan ini hingga ke bulan depan.

~ Cosmos Sensation Mixed ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.
 Terima kasih kepada semua berikan good well wishes. Syukur Alhamdulillah mata dah makin normal kembali. Yang lebih memeranjatkan setelah lama tak check mata baru terhegeh nak buat cermin mata sebab tak boleh pakai contact lenses untuk 2minggu, rupa-rupanya mata tukang kebun sebenarnya tak rabun seperti dulu dah impoved banyak. Tukang kebun mula rabun selepas lahirkan Ilhan dan dalam masa pantang kena pergi Medical Check Up untuk permohonan sambung belajar baru perasan penglihatan tak tajam seperti dulu. Disuruh datang semula check mata lepas buat cermin mata. Mungkin sebab lifestyle ketika itu tak elok sebab kerja tiap hari banyak menghadap screen monitor sebagai production planner dan lepas bersalin mungkin physical menurun effect mata kut. Sambung belajar pula banyak tenyeh mata tengok cell dan chromosome kecik-kecik guna microscope dalam bilik gelap pula.
  Syukur Alhamdulillah lepas tukang kebun change career as tukang kebun Kebun Bahagia Bersama rupa-rupanya takdelah serabun dulu. Masa sakit mata lalu baru-baru ini check yang sebelah kanan 125 dan mata kiri yang tengah sakit 225. Selama ini pakai contact lens both eyes 250. Overpower patutlah selalu pening kepala. Yang mata kiri nak kena check semula sebab masa check tu mata masih sakit berair lagi sebelum nak dapatkan contact lens baru nanti. Cuma mata tukang kebun ni tak tahan silau cahaya artificial je (paling tak suka kena drive malam dan berlegar dalam shopping complex besar lama-lama). Sudah jadi nocturnal mammal. Tak sangka pula ya bila sekarang lebih banyak mengisi masa di kebun eyesight menjadi lebih baik.
 Antara Seri Pagi yang disemai bulan lepas sudah mula musim bunganya di Kebun Bahagia Bersama. Lembut sungguh warna birunya sedap mata memandang. Ubat cepat pulih sakit mata hehehe....

Sabtu, 1 November 2014

Cosmos bipinnatus sowing season starts

  Hujung minggu ini, kalau masih tak pasti nak semai biji benih apa jika cuaca sama dengan tukang kebun (Lembah Klang) recommend for edible lovers bendi dan for flower lovers jenis Cosmos bipinnatus. Jenis Cosmos bipinnatus minggu ini tersenyum kepada tukang kebun di tepi kolam. Secara kebetulan pula bila tukang kebun check nota tukang kebun rupanya tahun lepas juga pada minggu yang sama Cosmos juga menyerikan spot ini (klik sini).
   Jenis-jenis pokok bunga cosmos yang biasa ditanam di tanah rendah Malaysia adalah seperti Cosmos caudatus (ulam raja), Cosmos sulphureus, Cosmos bipinnatus. Daun pokok bunga jenis Cosmos bipinnatus amat berbeza dibandingkan dengan Ulam raja (Cosmos caudatus) dan Cosmos sulphureusCosmos sulphureus dan Cosmos bipinnatus group ada pelbagai jenis. Di sini tukang kebun kongsikan sedikit pengetahun untuk kawan-kawan ya dalam pemilihan masa membeli biji benih bunga cosmos. Memanglah rambang mata sebab cosmos ni ada pelbagai warna dan corak bunganya. Tetapi apa yang penting ialah bila masa sesuai nak tanam cosmos ini? Jangan pandang atas warna dan coraknya sahaja ambil perhatian dengan nama botani-nya juga sebab tu dalam Katalog Kebun Bahagia Bersama ada tukang kebun tuliskan dalam kurungan nama botani-nya sekali. 

      Mengikut cuaca di Tanah Rendah Semenanjung Malaysia ini, ranking dari senang tumbuh ke susah adalah seperti berikut:

Cosmos caudatus (ulam raja) > Cosmos sulphureus > Cosmos bipinnatus

Kalau duduk benua Eropah yang cold temperate pula ranking tu akan jadi terbalik pula.
For beginners, tukang kebun nasihat cuba yang mudahlah dulu dari terus lompat ke susah.

 Cosmos bipinnatus tak susah nak tumbuh jika musim masa semaian kena. Macam orang dulu suruh study hard sekarang ni preferably study smart. Sama juga macam gardening, gardening is not hard if you garden smart. Sedangkan orang Eropah semai biji benih cosmos bipinnatus masa spring, maka tropical garden pun kenalah cara musim yang sesuai untuk menanamnya. For Kebun Bahagia Bersama musim menyemai Cosmos bipinnatus ialah bulan November ~ December ini in full sun. Cosmos bipinnatus is a sun lover.
  Hari ini tukang kebun kongsi our small little research peratus percambahan Cosmos bipinnatus dari bulan Ogos hinggalah Oktober tahun 2014 ini. Biji benih yang disemai dalam pasu semua diletakkan dalam posisi dan lokasi yang sama ; full sun; watering once a day jika tiada hujan, jenis tanah sama (tanah KBB). Beginilah results dengan perubahan cuaca dari bulan Ogos sehingga penghujung Oktober mengikut mother nature.

Ogos : 10%
September: 20%
Mid Oktober: 40%
End Oktober: 70%
InsyaAllah November ni peratusan akan bertambah lebih baik dengan cuaca yang kurang panas dan banyak hujan berbanding dengan bulan-bulan yang lain dibandingkan sepanjang tahun.

 Kadangkala nak sedapkan hati, kita salahkan benih tersebut tapi tak pernah pula terfikir yang benih-benih tersebut tidak bangun sebab tidak menepati keperluannya. Maka eloklah kita juga berfikir bahawanya adakah pengetahun yang menyemai pun menepati keperluan biji benih tersebut cambah dengan jayanya. Before you blame others, try to recall the most basic things.

  Cara semaian pun tukang kebun guna cara basic je tak de pun rendam semalaman, memadai semai  biji benih Cosmos bipinnatus atas tanah, cover dengan tanah about 1cm. Lepas tu siram letak in full sun masa musim hujan ni. Transplanting pun tidak sukar lepas tu dan tak perlu khuatir dengan 'transplant-shock' sebab dia dah serasi dengan faktor persekitaran full sun. Tak banyak kerja.

 Minggu ini ada lebih 8 jenis Cosmos dalam stock Kebun Bahagia Bersama. Boleh hantar email (kebunkmg@gmail.com) untuk latest catalog Kebun Bahagia Bersama.

  Seronoknya cuci mata sekarang bila tengok tembok depan sebelah kolam ini dari dalam rumah boleh nampak walaupun hujan. Selain cosmos, zinnia, kemunting cina dan lain-lain, Si FUJI MG pun sejak mula musim bunganya tak putus-putus berbunga setiap hari.

Rabu, 22 Oktober 2014

Happy Diwali

  Team Members Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Happy Diwali kepada semua penganut Hindu pada hari ini, hope you have a lovely time and make beautiful memories with your love ones. Tahun ini Kebun Bahagia Bersama sama-sama timing mekarnya bunga cosmos jenis Cosmos sulphureus yang mula musim bunganya pada minggu Raya Haji dengan Ana di Perak (Kebun Diari Ana) dan Julie di Johor (My Wonderful Timez). Musim bunganya masih berterusan lagi di Kebun Bahagia Bersama menyambut Happy Diwali juga.

~ Biji benih Cosmos Yellow (Cosmos sulphureus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1pek RM3.00.

  Hari ini tukang kebun nak introduce member baru Kebun Bahagia Bersama yang join ini pada 11hb Oktober 2014 lalu. First of all, tukang kebun ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada gardeners yang self-collect goods pada hari itu, made one of tukang kebun little wish came true (enough budget for the new member). Seperti yang semua maklum tukang kebun ada ayam belanda jantan single (selalu menyibuk dekat background gambar tu kan). Dah lama tukang kebun nak dapatkan pasangan untuk dia. 
 Kebetulan masa tukang kebun singgah beli makanan ayam beberapa hari sebelumnya, ada tukang kebun ternampak kedai tersebut jual anak ayam belanda jadi tanyalah harga seekor berapa (RM80). Pemilik kedai pun tanya dekat rumah tu turkey jantan dah besar mana. Tukang kebun katalah dah a big stud already. Pemilik kedai pun nasihatkan baik ambik saiz yang hampir sama, mungkin ada pembekal dia yang ada turkey betina nak mula matang bertelur nanti. Syukur Alhamdulillah adalah rezeki nak dapatkan ayam belanda betina (pengalaman pertama tukang kebun beli ayam belanda). Tak sangka pula beli ayam belanda kena timbang jadi mula-mula budget RM80 macam pemilik kedai katakan (dia pun tak sangka pembekal bawa lebih saiz) sebab this female weight 2.8 kilogram jadi RM100. Rupa-rupanya harga pasaran sekilogram ayam belanda RM50 tapi dapatlah juga murah sikit and tukang kebun don't really mind cos warna yang memang betul-betul teringin dapat juga tanpa disangkakan. Pemilik kedai pun kata ramai juga bertanya nak beli sementara tunggu dearest husband pergi collect berkenan dengan warnanya yang rare.
  Gambar atas masa mula-mula sampai semua semangat nak greet new member termasuklah new member join in last August which is Tigger dan Abby pun nak buat inspection. Please welcome our new fair lady turkey kena duduk dalam sangkar dulu seminggu nak kasi sesuai dengan persekitaran Kebun Bahagia Bersama. Mula-mula tu risau juga sebab nampak macam makanannya tak diusik. Lalu on the 3rd day, tukang kebun paksa si ayam belanda jantan duduk sama-sama temankan dia dan berkenal-kenalanlah ya.
 So here is our handsome Male turkey, amacam secocok tak mereka? Doakan tukang kebun dapat banyak cucu cicit ya. Setelah seminggu mereka berdua dah bebas meronda-ronda Kebun Bahagia Bersama. So turkey I gave you a partner already so don't go and trample trample on my seedlings ya bila nak minta attention from tukang kebun. Masa Tigger baru join in punyalah cemburu, for several weeks ada anak kucing dan turkey besar mengekor tukang kebun buat kerja.
 Gambar di bawah ini yang diambil di MAHA 2012, jika ada yang tak tahu yang ayam belanda pun sebenarnya ada pelbagai warna. Tukang kebun memang dah lama idamkan yang berwarna coklat. Masa zaman remaja, turkey betina pertama yang ada di KBB berwarna putih macam dalam gambar tu. Turkey betina kami dulu tu sangat penyayang giler mengeram, bila takde telur sendiri pun pergi kacau mengeram makhluk lain punya. She was one of the best surrogate mother, tak pernah anaknya species turkey tapi yang mengekornya anak-anak ayam dan itik. Dialah sumber ilham tukang kebun sekarang bila terkenang dia, telur-telur yang merata-rata tu dikutip dan diberikan kepada yang sedang mengeram.
  Musim kemarau lama lalu, banyak adegan pembunuhan berlaku di belakang Kebun Bahagia Bersama mungkin tak cukup makan predator seperti biawak dan musang asyik baham PETS dekat belakang tu. Selalunya ayam yang jadi mangsa sampai tinggal 2 ekor je ayam telur tukang kebun. Bila ayam kurang itik telur pula jadi mangsa jadi tinggal 2 ekor itik telur juga sekarang. Banyak kali juga tengah ronda-ronda atau kemas kebun tiba-tiba nampak berdekatan ada headless duck (nasib tak sakit jantung). Sekarang ni dah lama pendam dalam hati bila ada budget nak juga beli anak-anak ayam dan itik telur nanti. Adalah juga impian nak buat Pasar Online Telur Itik Kebun Bahagia Bersama hehehe....
Tuaian the day before Diwali.

Jumaat, 21 Mac 2014

Cuit-Cuit Cosmos Caudatus

 Bukan semua jenis cosmos boleh dimakan tapi yang amat popular di Malaysia menambat ramai hati orang tempatan ialah Cosmos caudatus yang pucuknya famous sebagai local salad kita. Siap diberi nama ulam raja, raja segala ulam. Apabila musim bunganya tiba, popular menjadi tarikan pelbagai jenis lebah sebagai sumber makanan mereka juga. Posting kali ini adalah untuk mencuba membantu memberikan jawapan yang telah beberapa kali diterima:

Bilakah masa sesuai boleh tuai pucuk pokok ulam raja? 
"Lantas membantu mempercepatkan memperbanyakkan ranting-ranting pokok ulam raja (jadi more bushy bukan meninggi setangkai sahaja) merimbun apabila kerap dituai".

 Tidak perlu tunggu pokoknya tumbuh meninggi, bila dah anggaran 30 cm seperti gambar di bawah boleh sudah tuai pucuk-pucuk muda ulam raja. Untung tanam ulam raja apabila disemai dari biji benih kurang dari 4~6 minggu (ikut faktor keadaan cuaca) dah boleh mula menikmati hasilnya untuk memulakan kepada kehidupan lebih self-sustainable.
 Sebagai contoh: Bulatan berwarna ungu adalah kesan pucuk ulam raja yang telah dituai beberapa hari lepas pada ketinggian pokok anggaran 30cm dan gambar diambil pada 13hbMarch2014.
 Progress pertumbuhan side shoot amat ketara pada 19hbMarch2014 pada pokok yang sama. Beberapa hari lagi nanti bila pucuk muda pada bulatan warna kuning dah membesar bolehlah tuai di situ pula menjadikan pokok ulam raja berterusan menghasilkan ranting-ranting baru (proses branching).
 Minggu ini memang masa amat sesuai untuk menyemai biji-biji benih Cosmos caudatus. Di Kebun Bahagia Bersama sudah beratus-ratus biji benih bercambah sendiri merata-rata bangun setelah hujan bertandang beberapa hari ini. Dalam gambar sebenarnya bukan atas tanah betul biji-biji benih ulam raja bercambah sebenarnya tanah pasir terkumpul sedikit di bawah lereng car park bersimen. Kedalaman tanah di situ pun kurang 2cm dan menunjukkan cuaca sekarang moisture tidak cepat hilang dapat menampung biji-biji benih ulam raja yang sudah lama tidur di situ boleh bangun dan bercambah dengan baik walaupun kedalaman tanah cuma ada 2cm sahaja. Hujan yang turun sekarang adalah bukan secara semulajadi tetapi kena 'induce' sebab sudah darurat air di beberapa daerah dalam Malaysia. Tambahan pula dengan masalah jerebu yang kritikal. Sudah diplan sekitar MH370 hilang sebelum perkara yang tidak diingini ini berlaku oleh Kerajaan untuk projek pelancaran menghasilkan hujan. Tetapi disebabkan misi mencari MH370 terpaksa ditangguhkan supaya cuaca adalah baik semasa belum dapat dipastikan ke arah mana sebenarnya menghala. Setelah dipastikan tiada MH370 di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan maka operasi induce hujan dijalankan bila Perdana Menteri announce hujung minggu lepas. Tukang kebun nak observe dahulu cuaca minggu depan lagi bagaimana rentak hujan jenis yang kena 'induce' ni. Ulam raja InsyaAllah tiada beberapa masalah kalau pada awal pertumbuhannya dah tumbuh dengan baik dalam umur 4~5 minggu selalunya dah stabil dan boleh mengharung pelbagai perubahan cuaca. 

~ Biji Benih Ulam Raja (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek for RM1.00) ~
ataupun yang ingin instant,
~ Anak Pokok Ulam Raja (1 pot for RM4.00/ 3 pot for RM10.00) , yang boleh mix dengan tumbuhan lain dalam page ' 3 plants mix for RM10'.

 Kebun Bahagia Bersama sangat bersyukur kerana salah seorang team members kami mendapat keputusan SPM yang baik baru-baru ini. Tahniah kepada adinda dan kami rasa bangga dengan adinda you did your best mendapat keputusan 9A dalam aliran Sains Tulin serta pelajar paling cemerlang di sekolahnya. Semestinya adinda telah membuat hati big boss gembira sekali dan menarik nafas lega anak bongsunya juga InsyaAllah ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke University (Big Boss di bawah bayu mesti tak tido lena semalam adik). Macam-macam semalam, Ilhan pula kali pertama gigi susunya patah. Nak tahan gelak juga tengok aksi dia. Kenapalah si Ilhan ni lepas kelas Piano balik rumah ternampak ada tembikai yang unclenya dah potong untuk bahagian anak-anak saudaranya selepas dikongsi dengan Sugar Glider perliharaannya atas meja makan. Dia punyalah syok makan duduk dekat meja tiba-tiba air mata mengalir-ngalir tersedu-sedu bila ditanya giginya patah. Depress sekejap sebab dia ingat giginya nanti tak tumbuh lagi. Mama dia ambil kesempatan, itulah Ilhan bila mama ambil dekat sekolah asyik nampak ada manisan dekat tangan buat gigi cepat reput je. Abby pula demam. Sebelum tu Rayyan yang demam. Rumah pula masalah elektrik.

Ahad, 23 Februari 2014

Cosmos Carnival

 First half bulan February yang kemarau ni, pokok-pokok bunga cosmos makin menggalak berbunga pelbagai lokasi di Kebun Bahagia Bersama. Serangga-serangga pun suka sangat melepak atasnya, gambar atas cuba teka 2 jenis serangga apa dan gambar bawah ada apa?
 Pokok cosmos baka ini, tumbuh sangatlah tinggi melebihi bahu tukang kebun, pandangan dari bawah bunga cosmos.
 Nasib baiklah tukang kebun tak potong buang rangka pokok roselle yang dah habis hayat tumbuh sini dahulu. Bahagian pokok tu masih ada rangkanya separuh ditinggalkan sebab malas nak tarik nanti habis pokok-pokok bersebelahannya terganggu. Bolehlah jadi support untuk pokok cosmos yang tinggi lebih 1 meter ini untuk berdiri dan dapat banyak cahaya matahari.
 Ni baru jelas nampak ada ranting-ranting pokok roselle yang dah habis hayat masih berguna untuk menyokong pokok cosmos yang tak putus-putus menghasilkan bunga sejak tahun lepas.
 Sekarang ni setelah si pokok cosmos pula dah berabis pulun berbunga musim kemarau, si FUJI morning glory pula mula memanjat rangka roselle nak tumbuh tinggi catch up dengan pokok bunga cosmos yang juga mendapat sokongan dari rangka roselle. Dah habis season cosmos ni, cuci mata dengan FUJI pula di lokasi ini sambil propagate pokok.
 Rangka roselle ini pun sebenarnya bukan menjadi penyokong kepada COSMOS dan FUJI sahaja, tetapi si terung susu kambing yang tinggi melampai dah mula berbunga. Tak dapat nak tarik rangka juga sebab di kelilingnya ada banyak bawang-bawang bunga yang tumbuh. Pokok Cili Tapurak juga bahagia disebelahnya. Terdapat pelbagai jenis tanaman di keliling rangka roselle, berguna juga tak perlu susah-susah nak cari pancang.
 Pokok-pokok cosmos gloria juga tidak ketinggalan memeriahkan KKB bulan ini.
 Pokok Cosmos Purity White pun pokoknya tinggi elok bagi sokongan (err...tukang kebun panas-panas ni malas) juga galak berbunga (banyak bud bunga tunggu masa nak kembang dalam gambar bulan lepas).
 Kesian dia dahlah tak kena siram musim kemarau, terus terbaring atas tanah tapi masih berhempas pulas beri kembangan bunga (kemarau, hose air tu tak sampai nak menyiram kat sini) dah jadi macam wild flower atas rumput. Tunggu nak kutip benih je.
 Tak ketinggalan cosmos ni pun nak galak berbunga (fresh ulam raja seeds available). Buat sementara waktu jadi natural covering untuk pokok-pokok yang sensitive panas.

~ Fresh Cosmos Sensation Random Mixed Seeds from Kebun Bahagia Bersama ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .