No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 21 Mac 2015

Kek Kukus buah Kuning Telor

   Hari Sabtu ini buat kesimpulan tuaian pada pertengahan bulan Mac minggu ni. Cuaca pun panas dan kering minggu ini rasa malas nak keluar rumah lama-lama. Antara tuaian ialah sayur raja, kapas, ginseng jawa, kacang kelisa dan terung pipit yang tak putus-putus bulan ini.
  Minggu ini pun ada yang memesan ubi bemban untuk ikhtiar mengubati kulit anak. Dah macam pembekal natural supplement dan ubat pula Kebun Bahagia Bersama. Katanya cari satu kampung dah tak de ubi bemban ni macam dah pupus. Ubi bemban ni tukang kebun korek dari saki baki Petak 2 dan pokok yang dah matang dari Petak A. Kemudian tukang kebun tanam semula di Petak A dan Petak B.
 Minggu ini pun nampaknya pokok-pokok asparagus rajin keluarkan pucuk baru dari tanah. Adik-beradik citrus seperti limau kapas, lemon Tahiti dan lemon telur buaya pun adalah juga hasil yang diberi.
 Tangkapan ikan guppy si Ilhan untuk diberikan kepada 18 ekor anak-anak itik telur di Sangkar E. Lumayan betul sumber natural protein mereka untuk cepat membesar.
 Minggu yang panas-panas ini dah mula nampaknya season baru buah kuning telor/canistel/mentega nak bermula. Jadi tukang kebun buka semula Pre-Orders Pasar Online Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama minggu ini ikut giliran batch per batch sementara ada musimnya. Sebenarnya ada dah yang reserved dari bulan lepas nak kena tunggu giliran.

~ Pre-Orders Pasar Online Buah Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama ~

1 kilogram buah Kuning Telor campur dengan hasil segar lain ikut minggu pos dengan jumlah berat keseluruhan goodies hampir 2 kilogram RM7.00 . Shipping cost dalam Semenanjung Malaysia RM13 gunakan prepaid small box Pos Laju Malaysia. Jadi jumlah 1 pek ialah RM20.00 . Boleh buat pesanan dengan email (kebunkmg@gmail.com).
  Minggu ini ada cara baru nak nikmati buah kuning telor yang budak suka makan suam-suam ialah Kek Kukus buah Kuning Telor tanpa gunakan kuning telor (egg yolk) ya. 100% vegetarian food without eggs. Budak-budak sekarang kalau dibuat lepat pula tak pandai nak membuka daun pisang. Nak buat Kek Kukus Kuning Telor pun mudah tak leceh cuma isi buah kuning telor, gula merah, santan pekat, sedikit gandum dan secubit garam blend pekat semua. Tuang dalam bekas dan kukus sehingga pejal. Makan suam-suam dengan teh panas menambah-nambah.
  Dear Kak Hanizah dekat Setapak, Kuala Lumpur kata ada cuba buat pie dengan isi buah kuning telor pun sedap.

8 ulasan:

nasa mulia berkata...

wah macam ini nak kena order buah kuning telur utk buah kek kukus..

Hanizah berkata...

Good morning Diana,
Nampak gaya kena order lagi buah canistel ni. Ada someone from instagram told about ice-cream canistel.Mmang sedap bila buah dah betul2 masak.http://thenakedbite.com/2014/01/31/amazing-canistel-ice-cream/

suka suka berkata...

K Mar book buah canistel,,

Normala Saad berkata...

Kak semai biji canistel yang beli aritu. lambatnya dia nak tumbuh..

Awin berkata...

Saya pun nak book canistel!

Tanpa Nama berkata...

Saya nak jugak buah mentega.lama Dah tak makan last masa sekolah rendah kat melaka dlu.sedapnye..
-nyza sg petani

Juliana berkata...

seronoklah tengok pos ni!! kek vege :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Kukus ni tak remeh campur-campur je blender pastu kukus.

Salam Bahagia Kak Niza.

Ada cita-cita nak buat Ice-cream canistel tak terbuat-buat lagi. Ice-Cream maker pun dah 2 tahun lebih duduk dalam kotak tak rasmi lagi.

Salam Bahagia Kak Mar.

Ada kami email detalis.

Salam Bahagia kak Mala.

Memang tak mudah nak cambah cepat bijinya.

Salam Bahagia Awin.

InsyaAllah nanti tiba giliran Awin kami pos.

Salam Bahagia Nyza.

Ada kata macam ubi kayu tekstur nya pun ada tambah perisa pisang hehehe...InsyaAllah tak lama menunggu buahnya nak dipos ke Kedah.

Salam Bahagia Juliana.

100% vegetarian kek :) .