No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 19 Mac 2015

Batch Itik Telur Lahir 26hbFEB2015

  Sabtu lepas dearest hubby sibuk membersihkan sangkar yang bersambung dengan Petak E. Untuk mudah rujukan lain kali kami panggil sahaja ini Sangkar E. Dah lama sangkar ini bertahun-tahun tidak dipakai. Alang-alang dah ada haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Atas permintaan tukang kebun, dearest hubby tolong buat semula para yang tinggi untuk future projek ayam. Untuk save budget kami kitar semula sumber bahan yang ada boleh didapati dari kebun.
  Hari Sabtu lepas ialah untuk proses pemindahan anak-anak itik yang baru sahaja lahir keluar dari incubator tukang kebun beli dari Jabatan itik berhampiran rumah pada 26hb February 2015 lalu. Tukang kebun perolehi batch kali ini 15 betina (seekor RM2.80) dan 5 jantan (seekor RM1.00). Jumlah RM47.00 kos itik telur. Untuk inventory dan report kepada dearest hubby, tukang kebun kira keseluruhan modal nak bela itik telur ini kira equipment, makanan dan lain-lain in the future, overall cost = RM200.00 untuk batch ini dalam sangkar. So bila dah dewasa bertelurlah banyak-banyak dan ada banyak cucu cicit ya.
  Pada mulanya berkongsi sangkar dengan anak ayam kampung yang beberapa hari kemudian dipindahkan ke Sangkar 4. Seronok Abby setiap hari dikatanya nak tengok weet weet.
  Bila nak masuk 2 minggu, tukang kebun mula campur diet itik telur bukan sahaja dengan dedak atau jagung hancur tetapi dengan ikan-ikan guppy. Pertama kali tengok ikan-ikan guppy dah gelojoh berebut makan tak perlu ajar. Cepat sungguh itik telur ini membesar dalam 2 minggu boleh tengok ketara besarnya. Sekarang musim cuti sekolah bolehlah Ilhan tolong tangkap ikan-ikan guppy dari kolam ikan untuk kasi makan anak-anak itik.
  Batch 5 ekor yang kami bela bulan November lepas pun dah membesar dan masuk bulan March ini kami biarkan bebas berjalan-jalan pada siang hari. Senja masuk balik sangkar nak elakkan dari Mr. Big Bad Wolf. Tukang kebun perhatikan itik veteran lama dah mula kejar yang betina nak mengawan sampai menangis-nangis itik tu berlari. Geramnya tengok sampai terselit masuk kebun mini nanas hari tu, yang lain takut dipersalahkan tukang kebun ada tengok si angsa dan itik big brother putih tu warning patuk-patuk yang mengejar tu suruh control sikit. If you don't behave tukang kebun tak nak belah kelapa baru tau. Jadi hampir tiap hari batch itik telur bulan November 2014 pun salah satu dietnya ialah isi kelapa dan natural food dari persekitaran kebun yang dapat mereka cari. Baka anak ayam gajah kacukan kampung tukang kebun pun dah besar. Cuma anak-anak ayam kampung original dulu rasa keciknya lambat membesar patutlah mahal ayam kampung dagingnya. Dearest hubby kata yang batch November 2014 ayam belum boleh makan itu simpan untuk kasi membiak.
  Air dalam kolam pun dah surut minggu ini yang hujan tak turun tetapi kelihatan itik-itik telur batch November 2015 lepas semua girang bermandi-manda. Syukur Alhamdulillah walaupun percubaan warming up 5 ekor kesemuanya masih sihat walfiat.
  Di background kolam tersebut terdapat deretan asal generasi pokok-pokok jeliti atau anting-anting puteri di Kebun Bahagia Bersama. Pokok jeliti ini tahan lasak, yang di tepi kolam ini walaupun musim hujan penuh air dan musim panas kering kontang silih berganti masih bahagia hidup subur dengan sendirinya. Bulan ini musim bunga jeliti yang meriah sekali.

~ Jeliti / Anting-anting puteri ~
1 pot RM8.00 (kebunkmg@gmail.com).
   Kurang 3 minggu anak-anak itik telur ini dah hampir besar 3 kali ganda disebabkan itu Sabtu lepas priority kami sediakan sangkar besar untuk mereka lebih bebas sambil dapat tengok pemandangan tumbuhan di Petak E. Tengoklah pokok mulberry dan nanas yang ada di situ. Bila dipindahkan ke rumah baru cukup seronok sekali mereka dapat berlegar-legar. Tunggu besar lagi InsyaAllah siang hari bebas meronda-ronda di luar seperti kekanda-kekanda. Malangnya bila dipindahkan 2 ekor dah mati lemas pula dalam kolam kecil yang disediakan untuk minum, sebab tak pandai keluar. Kekanda dulu takde masalah, yang ini tak cekap lagi nak lompat keluar dari bekas jadi tukang kebun buang dah air kolam pasu kecik dari asyik stress dan asyik kena check up on diorang. Biar minum dalam bekas biasa sahaja dulu. Tinggallah 18 ekor lagi dalam Sangkar E.
 Sebab sibuk dengan nak uruskan anak-anak itik telur ini nak menuai hasil tumbuhan pun kebelakangan ini masa terhad mana yang tercapai nampak je. Isi-isi kelapa muda kalau anak ayam daging KFC dapat licin mereka kerjakan.

4 ulasan:

@na berkata...

ni best nya masuk kebun KBB, macam-macam ada, itik, angsa, ayam tak yah cakap la...paling kelakar cerita itik nak mengawan tu la...hehehe

suka suka berkata...

seronok tengok itik pulang petang.. berderet2 balik rumah..

Tanpa Nama berkata...

nice posting ! Enjoyed reading it... so envious of u to have such ample place..

Choi Min

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia @na,

Kesian itik-itik dara tu ketakutan tengok mereka berlari melarikan diri.
Hujung bulan ini usia dah nak masuk 4 bulan itik-itik telur batch November tu dah nak usia matang.
Semoga menghasilkan banyak telur untuk kami sekeluarga.

Salam Bahagia Kak Mar.

Ya berderet-deret jalan dalam kumpulan masuk kandang.
Yang Sangkar E pun tengok pembesarannya InsyaAllah bulan depan dah boleh cuba-cuba lepaskan masa hujung minggu.

Salam Bahagia Choi Min,

But hardly got no free time so much things to do. Clear here other place already start to jadi hutan.