No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Asparagus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asparagus. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Oktober 2015

Terima Kasih Tapioca

  Dah masuk hujung minggu yang baru, masih buat catatan untuk hujung minggu lepas. Antara tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama minggu lepas untuk pesanan khas dari Kak F sekeluarga dari Rawang. Antaranya adalah telur ayam kampung, pucuk muda ubi kayu, ubi kayu dan pisang nangka.
  Syukur Alhamdulillah kedua-dua jenis ubi kayu yang tak putus-putus memberikan bekalan di Kebun Bahagia Bersama setiap bulan. Gambar di bawah, perbezaan ketara antara pokok ubi kayu yang biasa pucuk mudanya diambil membuat sayur/ulam di mana bentuk daunnya adalah lebih tirus panjang seperti jejari (sebelah kiri). Manakala jenis pokok ubi kayu yang biasa dituai untuk ubinya pula, bentuk daunnya lebar-lebar ada purata 5 cabang setangkai daun (sebelah kanan).

  Ubi kayu yang berasal dari benua Amerika Selatan adalah antara makanan utama untuk beberapa negara di bumi ini. Bukan sahaja ubinya membekalkan khasiat tetapi pucuk daun mudanya juga membekalkan khasiat yang banyak juga.

Info untuk khasiat pucuk daun mudanya boleh buat pembacaan selanjutnya di posting sebelum ini (klik sini).

~ Seikat segar pucuk muda ubi kayu RM1.00 (self-collect sahaja) ~

~ Ubi kayu daun jejari panjang tirus bagi pucuk muda 7 keratan segar RM5~

~ Ubi kayu isi putih gebu baka dari Sabah 7 keratan segar RM5 (related info klik sini)~
   Antara projek menanam hujung minggu lepas setelah mengemas bahagian tembok kiri tengah kebun belakang Kebun Bahagia Bersama ialah seperti ubi kayu kedua jenis tersebut dan juga sulur nenas madu Sabah. Sebagai contoh dalam gambar di bawah ini, yang bersebelahan tembok Tukang Kebun tanam keratan ubi kayu untuk tuai pucuk daun mudanya. Dulu pernah juga Tukang Kebun tanam menjadi keluar tunas-tunas lepas tu itik-itik habis kasi gondol banyak kali sampai tak bahagia untuk ubi kayu bahagia lama. 

  Jadi kali ini percubaan Tukang Kebun tanam je dengan keratan-keratan panjang supaya mulut-mulut itik-itik tu tak kesampaian nak kacau tunas-tunas yang baru keluar. Tengoklah rezeki macam mana. Kemudian di bahagian depannya buat dereten nenas madu Sabah pula. Kemudian di bahagian tengah sudut ini seperti dulu (related posting klik sini), tanam keratan-keratan ubi kayu baka Sabah untuk tuai hasil ubinya jika ada rezeki kelak. Ini kali percubaan Tukang Kebun tanam keratan-keratan ubi kayu panjang, kalau tak habis dikerjakan oleh itik-itik telur. Cuma concern Tukang Kebun bila musim angin ribut mudahkah pokoknya yang tinggi halus tumbang. Tapi memandangkan kawasan ini macam sheltered sikit bukan padang terbuka mungkin selamat kut, kita tunggu dan lihat ada rezeki ke tidak je nanti, dari kosong tak de apa-apa buat penat potong rumput je. Kawasan ini dahlah 2~3 kali je biasanya dikemaskan dalam setahun. Sebab merajinkan buat catatan hari ini, mudah nak follow kira anggaran sesuai untuk menuai hasil ubi kayu di kawasan ini tahun depan.
   Minggu ini nampaknya musim asparagus semula rajin keluarkan tombak-tombak keluar dari tanah. Cepat meninggi nampak baru keluar sedikit pucuknya dari tanah, dalam 2 hari dah kena potong tuai.
    Buah kuning telur juga masih available bulan Oktober ini untuk yang berminat.

~ Sekilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 ~

Self-Collect Schedule Minggu Depan:

~7/8 Oktober 2015, 2:00PM~2:30PM di stesyen minyak PETRONAS berhampiran D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam menghadap Stadium Shah Alam.

~ 7 Oktober 2015 Rabu malam, 9:00PM~9:30PM berhampiran Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 10/11 Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi, 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Selasa, 29 September 2015

Jerebu Jailed

  Hari ini untuk kawasan yang mengalami jerebu yang teruk, akhirnya telah kembali semula bersekolah. Moga saki baki jerebu akan hilang tak lama lagi. Kasihan kepada anak-anak kali ini cuti sekolah tidak beberapa dapat bermain di luar akibat jerebu yang memerangkap mereka di dalam rumah hampir sepanjang hari. Kasihan juga tengok kekadang hati mereka semacam meronta-ronta juga nak bermain di luar, dapat jenguk main dengan anak-anak ayam sekejap pun jadilah.
  Kekadang dapat pertanyaaan, Tukang Kebun selalu buat apa dengan daun ginseng jawa? Kalau minat makanan pasta, boleh sahaja campur dalam sos pasta. Kalau suka makanan kampung, boleh je buat goreng sambal belacan.
  Back to school dah ni, kelam kabut juga nak fikir menu simple lunch nak sediakan untuk Ilhan sebelum pergi sekolah kebangsaan. Biasanya yang boleh siap masak dalam 20minit. Tukang Kebun biasanya simpan stok daun segar sayur raja di kebun untuk lunch Ilhan. Ada gardeners suka petik-petik daun sayur raja sahaja. Tukang Kebun lebih gemar sambil pangkas batangnya dan mudah bawa ke dapur tak perlu berjemur lama dengan bahang jerebu. Jika rajin pangkas pokok sayur raja, ianya lebih cepat bercabang-cabang pokoknya.
  Masak simple sahaja ala sup bebola daging campur dengan daun sayur raja untuk Ilhan Mikhail.
  Antara tuaian ever ready di Kebun Bahagia Bersama sepanjang tahun juga adalah seperti buah terung pipit dan daun kari. Tumbuhan-tumbuhan yang mudah hidup seperti anak pokok ginseng jawa, sayur raja, terung pipit dan kari, Kebun Bahagia Bersama buka promosi campur mana-mana tumbuhan tersebut dalam pakej '3plant for RM10'. Untuk campur bersama dengan tumbuhan lain boleh check out page '3 plants mix for RM10'.
   Telur-telur ayam dan itik juga hopefully available semula lebih banyak lepas bebas dari jerebu. Production slow telur sekarang dari kebun, tapi yang berminat boleh sahaja tak perlu malu-malu nak tanya Kebun Bahagia Bersama ada tak telur ayam kampung atau telur itik segar sebelum self-collect. Telur nampak kotor tu bukannya tak segar, tapi segar belum dibersihkan sahaja lagi. Kawan -kawan Gardeners yang biasa berjalan-jalan dengan Tukang Kebun di kebun pun ada yang dah biasa sambil jalan-jalan kita kutip telur itik yang berterabur atas tanah. 
  Antara ayam-ayam kampung betina pembekal telur Kebun Bahagia Bersama yang bebas mencari makan. Telur-telur dari Kebun Bahagia Bersama ialah dari binatang yang bebas atau 'free-range'. Yang paling kiri itu kami panggil si 'Ratu' yang ayam betina penelur paling kecil. Tukang Kebun syak si Ratu ini ayam kacuk phoenix, kakinya berwarna kehitaman dan dari saiz bentuk badannya. Telur yang Ratu keluarkan pun biasanya setengah saiz dari telur ayam biasa. 
  Syukur Alhamdulillah belum sampai setahun sudah dapat mulakan dapat anak-anak ayam dari ayam-ayam kampung betina tersebut. Minggu Raya Haji kami sudah pindahkan batch 'ayam merdeka' ke kandang belakang lebih luas, setelah dipindahkan batch 'ayam pantang' ke kandang lebih besar. Seronok mereka dapat bergolek-golek main pasir. Jika ada rezeki, dapatlah mula hujung tahun ini Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan ayam-ayam kampung kelahiran di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2015 ini atas sokongan semua dapatlah Kebun Bahagia Bersama mula membekalkan telur itik, telur ayam dan daging ayam. 
  Syukur Alhamdulillah permata-permata hati pun dah makin besar dan lebih ambil bahagian bergotong-royong cuti ini menolong dengan kerja-kerja berkaitan di kebun dan juga dalam rumah. Tukang Kebun niat nanti bekalan pertama ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama nak bagi upah kepada Ilhan Mikhail. Ilhan yang banyak tolong jaga anak-anak ayam sejak kami gunakan pertolongan eram pakai incubator. Sebelum pergi sekolah biasanya Ilhan yang keluarkan anak-anak ayam yang umur kurang 2 minggu dari kotak ke sangkar luar dan bagi makan. Balik sekolah agama kalau takde air akan Ilhan yang isi air. Balik petang dari sekolah kebangsaan ayam yang dah lebih 2 minggu dan kurang sebulan tidur di luar, Ilhan yang pasang kelambu. Yang kurang 2 minggu akan Ilhan simpan dalam kotak bawa masuk rumah. Dulu yang baru lahir pun duduk luar, sebab ada masalah semut datang menyerang pada waktu malam jadi terpaksa kami bawa masuk dalam rumah. Itulah routine biasa Ilhan yang Darjah 2 masa hari persekolahan. Sebab tak dapat ke mana-mana cuti sekolah kali ini, papa Ilhan belanjalah oreo cheesecake untuk permata-permata hatinya.
  Kadangkala kalau dah penat sangat buat kerja kebun, makan ulam-ulam seperti ulam raja, daun pucuk muda assam gelugor bersama sambal tempoyak dengan homa-made telur itik masin serta nasi panas-panas sudah cukup menyelerakan. Kebun Bahagia Bersama juga sekarang bekalkan fresh daun pucuk muda assam gelugor yang berminat seikat RM1.

Selasa, 15 September 2015

Desert Rose (Pre-Order)

  Seperti Ros Jepun, Desert Rose juga sekarang pelbagai bentuk dan warna menjadikan tidak bosan untuk menambah koleksi di kebun. Desert Rose atau dikenali sebagai kemboja cina juga mudah dibela kerana keperluan airnya tidak banyak, jadi sesuailah untuk ditanam dalam pasu dan untuk gardener yang selalu outstation. Tukang kebun perhatikan jenis classic desert rose yang Big Boss bela dari kami kecil sampai sekarang masih hidup walaupun terabai tak tersiram duduk dalam pasu dah sendat pun. Jadi bulan ini, terasa nak cuba-cuba tambah koleksi kemboja cina lagi di Kebun Bahagia Bersama memandangkan ianya tidak perlukan banyak perhatian. Gardeners yang juga berminat nak tambah koleksi Desert Rose juga, jenis-jenis berikut antara pilihan yang ada untuk pre-orders:
Double Universe (RM50.00).

Double Shooting Star (RM50.00).

Double Love Me Doll (RM30.00).

 Ribbon Lace (RM50.00).

Pixie (RM50).

Double Forever Sunshine (RM50.00).

Double Golden Pink (RM50.00).

Double Coral Star (RM50).

Double Citrine (RM40.00).

Triple Aphrodite (RM50.00).

Double Butterfly Flowers (RM50.00).

Double Black Crystal (RM50.00).

  Akan dipos dalam bentuk keratan yang sudah berakar seperti gambar di atas. Bila diterima secepat mungkin tanam ke dalam tanah. Tidak perlu dalam pun tidak mengapa pasunya. Kemudian beberapa minggu kemudian akan keluar pucuk-pucuk daun tumbuh. Masa awal-awal tanam dulu, kucing kami asyik berjalan je kat atas pasu ini habis banyak kali terlanggar-langgar sampai Tukang Kebun tak kuasa nak betulkan biar senget je 1 batang tu nampak terbaring. Mood tak larat nak cabut rumpai.
   Pagi ini terkejut Tukang Kebun tengok gambar hasil tangkapan Big Boss di Kingfisher. Tak sampai 2 minggu lepas ular sawa pergi makan ayam-ayam Big Boss (related posting klik sini), hari ini si biawak pula nak cuba pergi makan ayam-ayam Big Boss. Silap masa datang, ada peronda dah detect dulu. Dapatlah ditangkap hidup-hidup biawak ini.
   Bila Tukang Kebun perhatikan sudut kebun Big Boss di KingFisher ini, nampaknya background menunjukkan asparagus yang Tukang Kebun tanam Christmas Eve lalu dah subur hijau rumpun. Banyak sungguh pokok-pokok cili Big Boss. Tukang Kebun perhatikan untuk menjimatkan ruang, Big Boss selit-selit juga tanam bawang dayak antara ruang kawasan di bawah kanopi pokok-pokok cili burung. Cuba perhatikan tanah di Kingfisher ini keras, masih berbatu-batu penuh serpihan construction tapi masih bolehlah juga diusahakan untuk tanam asparagus, pokok cili dan bawang dayak. Tambahan pula KingFisher ini di dalam Kota Kinabalu dekat dengan pantai.
  Kenapa ko nak makan ayam Big Boss juga oh biawak? Makan je lah cili yang banyak tak termakan tu.  Tukang Kebun pun tak seberani Mak (Big Boss) yang badan lebih kecil dari Tukang Kebun. Tukang Kebun setakat acah lari kejar pakai parang, nak tangkap hidup-hidup memang tak berani lagi. Selalunya Big Boss bunuh terus. Kali ini hidup-hidup ditangkapnya siap diikat lagi. Big Boss tangkap sorang-sorang ni tau dengan peronda dia tu gigit ekor biawak. Big Boss pula katanya tumbuk dengan tangan kanan dan kiri, kebetulan ada dawai dekat pagar nak ikat. Biawak under arrest at Kingfisher untill somebody pick it up.

Ahad, 3 Mei 2015

Kerengga Pelbagai Jenis meRusuh pada Hari Buruh

   Pasti cuti hari buruh tahun ini ramai ambil kesempatan untuk berjalan-jalan atau balik kampung sebab cuti kali ini agak lama bersambung dengan cuti Hari Wesak. Bagi yang menyambut Hari Wesak, Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak. Kami tak ke mana-mana pada long weekend kali ini, cuma membuat kerja buruh di belakang kebun.
  Pada cuti buruh 2015 kali ini kami membuat projek hard pruning pokok-pokok besar di belakang yang dah saiz macam pokok hutan. Kebanyakkan semua dahan dahlah berpenghuni. Habis kami suami isteri bermain-main dengan pelbagai jenis kerengga/semut yang merusuh akibat sarang mereka diganggu. Sambil-sambil menetak dahan dengan parang jatuh-jatuh kerengga atas kepala memang mental kena kuat nak selesaikan projek pruning kali ini nak berdepan dengan amarah rusuhan kerengga-kerengga. Bila dah dahan-dahan jatuh ke tanah pula habis tanah yang dijejak dipenuhi dengan kerengga-kerengga yang berkeliaran bingung dengan apa yang terjadi. Biasanya kami tiada spray atau bakar sarang mereka dahulu biarlah mereka mencari tempat baru. Walaupun mereka adalah kecil tapi setiap makhluk Allah ni yang ada surah tersendiri di kitab suci Al-Quran pun ada kepentingan dalam dunia kita duduk bersama ini.
  Pada hari buruh 2 pokok cempedak besar, kekanda Tukang Kebun pruning. Sebagai contoh, pokok cempedak atas ini sebab dah tinggi, lagipun Tukang Kebun cuma tuai buah yang bahagian bawah je yang atas selalu tak rajin tuai pun jadi kami potong jelah batang cempedak besar ini sebatang. Tengoklah besar batang cempedak yang tengah nak dipotong tu, mahu setengah jam nak potong guna parang je. Tukang kebun tukang pegang tangga je, sakit tengkuk lama-lama asyik mendongak je. Apatah lagi yang memotong (takpelah kekanda bagi latihan kuat tangan, mana tahu tahun ini jadi wakil company main bandminton). Lagipun bahagian bawah pokok cempedak ni dah tumbuh banyak ranting-ranting baru dan ada yang dah berbuah. Bolehlah bagi banyak cahaya matahari masuk ke jiran sebelah tembok di mana pokok cempedak ini tumbuh. Cepatlah kering baju jiran rumah sewa ini sekarang.
 Pada hari Buruh sebelah pagi Tukang Kebun cuma tolong pruning pokok rambutan (yang tu je kekanda bagi chance nak exercise tangan). Sebelah petang sambil meneman kekanda membakar, Tukang kebun geram pula tengok pokok rambutan yang menghadap tempat membakar setelah selesai pindahkan anak-anak pokok pisang. Mulalah tangan menggatal sambung pruning pokok rambutan, mulalah kekanda rimas mata memandang katanya terkial-kial nampak. Tempat membakar pula lembap lalu dirampasnya parang dan sambung kerja pruning tukang kebun. Jadi peranan tukang kebun on labour day banyak mengumpul dahan dan tarik masuk ke tempat membakar sampah. Sebelum masuk maghrib lekas-lekas tuai lemon Tahiti untuk dibuat lemonade. Lunch and Dinner labour day minum lemonade sahaja nak elakkan batuk-batuk main luar lama-lama.
  Rasanya hari Jumaat dan Sabtu ada sekurang-kurangnya 5 pokok-pokok rambutan kami pruning. Salah satu pokok bila tumbang dahan besar baru perasan ada sarang kerengga besar. Lalu satu dahan besar ini kami biarkan jelah dulu. Dahlah pokok rambutan ini lebih tinggi dari rumah 2 tingkat.
 Ini jenis kerengga bontot hitam yang menghuni pokok rambutan tersebut.
 Hari Sabtu kami pruning di kawasan ini pula. Sekarang cerah betul kawasan ini. Ingat antara pokok rambutan dan macam jenis pokok mangga ini nak tanam anak pokok durian baka dari Sabah yang benihnya Big Boss kirim raya tahun lepas. Seronok betul tengok kawasan ini bila pokok-pokok yang besar dah dibuat hard pruning sangat cerah menjadikan ruang menanam makin banyak untuk digunakan dengan lebih produktif. Boleh dibuat sekurangnya 2 baris panjang deretan anak-anak pokok pisang untuk interplanting.
  Sebelum masuk rumah perasaan mengada-ngada timbul teringin nak minum air kelapa semalam. Walhal kekanda dah kaitkan 2 buah kelapa gading muda. Perasaan membuak-buak teringin nak merasa buah kelapa muda dari pokok ini juga. Terpaksalah kekanda tolong kaitkan nanti bini muncung sampai tidur.
   Naluri ibu kut 2 biji mana cukup nak untuk anak-anak juga nak minum bersama. Kalau 2 biji ibu je dah boleh habiskan. Petang semalam kebetulan pula Rayyan demam. Sampai 3 kali kami tukarkan baju tido basah kuyup satu badan berpeluh. Setiap kali kejutkan makan ubat dan tukar baju suruh habiskan 1 gelas air campur isotonic walaupun Rayyan tak nak takut dehydrated je. Pagi tadi suruh minum air kelapa banyak-banyak. Rayyan ini pula jenis tak merengek kalau sakit dari dulu lagi selalu duduk diam-diam je. Kalau dalam Jepun boleh dikatakan sifatnya 'GamanTsuyoi'. Sifat anak yang dah biasa duduk lama dalam hospital biasanya tak banyak kerenah banding dengan adik-beradik yang lain. Hari ini walaupun masih panas sikit dah mula berlari-lari macam tak de apa-apa. Malam semalam dah berselubung je dengan selimut.
  Minggu ini pun masih meriah asparagus muncul-muncul tunasnya keluar dari tanah. Stok buah betik pun banyak dalam dapur sekarang.
  Hasil pruning 2 hari baru-baru ini menunggu masa nak membakar. Semalam sambil kekanda pruning, tukang kebun memotong rumput di belakang sambil-sambil tarik dahan masuk tempat membakar. Seronok tengok hasil big big big pruning pada hari buruh walaupun badan sampai ke rambut merayap-rayap kerengga puas hati nampak rapi di belakang.
   Tengahari tadi ada jemputan kenduri kahwin di Kapar. Ini baru nak rush keluar nak intai pokok-pokok di tapak semaian yang boleh dipindahkan ke tempat yang dah dikemaskan these last 2 days. Antara dalam kepala sekarang anak pokok grafted Lemon Tahiti, pokok durian, dan pokok canistel. Tukang kebun belum sempat nak buat proper announcement, tapi jika ada gardeners yang berminat ada limited stock anak pokok grafted Lemon Tahiti (RM25.00 sepot).

Selasa, 21 April 2015

April 2015 3rd Weekend

 Sebelum Tukang Kebun buat catatan weekend chores baru-baru ini, nak kena bagi report dulu kepada penerima-penerima pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang telah dipos semalam kandungan dalam kotak yang InsyaAllah bakal diterima hari ini. Goodies minggu ini yang di dalam kotak adalah Buah Kuning telor, nam nam, terung pipit, lemon tahiti dan limau kapas. Lemon Tahiti lebih bulat bentuknya berbanding dengan limau kapas.
 Untuk bekalan dapur juga seperti asparagus, sayur manis, kelapa tua santan dan betik dituai. Slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu depan dah fully reserved. Kami buka booking slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk awal bulan Mei. Seperti biasa goodies utama ialah Buah Kuning Telor (l kilogram) dan campur dengan fresh harvest of the day di Kebun Bahagia Bersama ikut musim buah. Setiap minggu kerap juga enquiry nak buah nam nam sahaja tetapi buat masa ini Kebun Bahagia Bersama tak terima. Biar adil ikut giliran ikut fresh harvest of the day dibahagi-bahagikan setiap minggu. Kebun Bahagia Bersama Team Members pun boleh buat kerja dengan lebih efficient. 

  Reservation Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk bulan Mei jumlah kandungan berat hampir 2 kilogram (RM7) tambah Shipping Cost dalam Semenanjung Malaysia via Pos Laju (RM14). Jumlah 1 pek RM21. (Pesanan boleh hantar email to kebunkmg@gmail.com).

  Mari kita buat estimation jumlah belanja sebenar jika dibeli di pasar untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama; 1 kilogram kuning telor (Harga Tamu Kundasang RM12.00 sekilogram); 5 biji Nam Nam (Harga Pasar Semenanjung Malaysia RM5.00 sepiring); Terung Pipit (RM1.00sepiring), Harga Limau/Lemon (>RM2.00). Jika melangkah ke luar guna petrol maka belanja anda akan lebih RM20. Pesanan dari Kebun Bahagia Bersama tunggu posmen tolong hantarkan. Harvest dari Kebun Bahagia Bersama tidak menggunakan peraih atau orang tengah terus ke tangan anda all organically grown. 
 Sabtu lepas mulalah projek kelam kabut mengemas sebab Tuan Rumah dan Big Boss akan balik Rabu ni. Sambil Tukang Kebun potong rumput di keliling rumah, dearest husband pruning pokok belimbing besi dan mata kucing berdekatan pagar depan. Kemudian sementara Tukang Kebun pruning pokok cempaka putih, dearest husband pula tolong habiskan kerja potong rumput di bahagian depan dapur. Sebelah petang pula, dearest husband sembelih 2 ekor ayam daging. Hari Sabtu langsung tiada ambil gambar banyak sangat benda nak selesaikan.
  Hari Ahad pula sementara dearest Hubby pruning pokok asam gelugor sebelah parking kereta, Tukang Kebun pula pruning pokok Thailand Powderpuff (info klik sini). Lebah memang sukakan pokok bunga ini.
 Kemudian sudah selesai task yang nak dibuat di depan, dearest husband potong rumput sedikit di kebun belakang sementara Tukang Kebun sibuk sorting senarai goodies yang perlu dipos esok seperti keratan mulberry dan anak-anak pokok. 
 Dah panas sangat rasa nak terjemur potong rumput, dearest hubby pruning pokok rambutan pula. Sambil perhati hubby pruning, itik-itik seronok bermain air berdekatan. Seronoklah hujung minggu bebas bermain di luar. Sehingga hujung minggu ini di dalam Kebun Bahagia Bersama ada 38 ekor itik.