Seperti Ros Jepun, Desert Rose juga sekarang pelbagai bentuk dan warna menjadikan tidak bosan untuk menambah koleksi di kebun. Desert Rose atau dikenali sebagai kemboja cina juga mudah dibela kerana keperluan airnya tidak banyak, jadi sesuailah untuk ditanam dalam pasu dan untuk gardener yang selalu outstation. Tukang kebun perhatikan jenis classic desert rose yang Big Boss bela dari kami kecil sampai sekarang masih hidup walaupun terabai tak tersiram duduk dalam pasu dah sendat pun. Jadi bulan ini, terasa nak cuba-cuba tambah koleksi kemboja cina lagi di Kebun Bahagia Bersama memandangkan ianya tidak perlukan banyak perhatian. Gardeners yang juga berminat nak tambah koleksi Desert Rose juga, jenis-jenis berikut antara pilihan yang ada untuk pre-orders:
Double Universe (RM50.00).
Double Shooting Star (RM50.00).
Double Love Me Doll (RM30.00).
Ribbon Lace (RM50.00).
Pixie (RM50).
Double Forever Sunshine (RM50.00).
Double Golden Pink (RM50.00).
Double Coral Star (RM50).
Double Citrine (RM40.00).
Triple Aphrodite (RM50.00).
Double Butterfly Flowers (RM50.00).
Double Black Crystal (RM50.00).
Akan dipos dalam bentuk keratan yang sudah berakar seperti gambar di atas. Bila diterima secepat mungkin tanam ke dalam tanah. Tidak perlu dalam pun tidak mengapa pasunya. Kemudian beberapa minggu kemudian akan keluar pucuk-pucuk daun tumbuh. Masa awal-awal tanam dulu, kucing kami asyik berjalan je kat atas pasu ini habis banyak kali terlanggar-langgar sampai Tukang Kebun tak kuasa nak betulkan biar senget je 1 batang tu nampak terbaring. Mood tak larat nak cabut rumpai.
Pagi ini terkejut Tukang Kebun tengok gambar hasil tangkapan Big Boss di Kingfisher. Tak sampai 2 minggu lepas ular sawa pergi makan ayam-ayam Big Boss (related posting klik sini), hari ini si biawak pula nak cuba pergi makan ayam-ayam Big Boss. Silap masa datang, ada peronda dah detect dulu. Dapatlah ditangkap hidup-hidup biawak ini.
Bila Tukang Kebun perhatikan sudut kebun Big Boss di KingFisher ini, nampaknya background menunjukkan asparagus yang Tukang Kebun tanam Christmas Eve lalu dah subur hijau rumpun. Banyak sungguh pokok-pokok cili Big Boss. Tukang Kebun perhatikan untuk menjimatkan ruang, Big Boss selit-selit juga tanam bawang dayak antara ruang kawasan di bawah kanopi pokok-pokok cili burung. Cuba perhatikan tanah di Kingfisher ini keras, masih berbatu-batu penuh serpihan construction tapi masih bolehlah juga diusahakan untuk tanam asparagus, pokok cili dan bawang dayak. Tambahan pula KingFisher ini di dalam Kota Kinabalu dekat dengan pantai.
Kenapa ko nak makan ayam Big Boss juga oh biawak? Makan je lah cili yang banyak tak termakan tu. Tukang Kebun pun tak seberani Mak (Big Boss) yang badan lebih kecil dari Tukang Kebun. Tukang Kebun setakat acah lari kejar pakai parang, nak tangkap hidup-hidup memang tak berani lagi. Selalunya Big Boss bunuh terus. Kali ini hidup-hidup ditangkapnya siap diikat lagi. Big Boss tangkap sorang-sorang ni tau dengan peronda dia tu gigit ekor biawak. Big Boss pula katanya tumbuk dengan tangan kanan dan kiri, kebetulan ada dawai dekat pagar nak ikat. Biawak under arrest at Kingfisher untill somebody pick it up.
8 ulasan:
Cantik2 nya koleksi adenium Diana..tak pernah lagi tengok yang fesyen jambul tengah tu...
Biawak tu pula...besarnya dia. Kalau kat kampung jenis ni kami panggil ' bewak gabuk'......
Kat uma sy byk jugak biawak. Suke intai ank kucing. X berani nk tgkp.
Salam Bahagia Kak Mala.
Teringin nak cuba adenium yang berjambul-jambul pula hehehe...
Itulah hitam betul biawak species ini.
Oh sana panggil bewak gabuk ya.
Hari tu masa kolam dekat belakang penuh, terkejut tengok biawak bermandi-manda besar macam buaya, pastu itik-itik tak lari pula duk sunbathing sama-sama.
Suami kata biawak tak kacau itik, kalau ayam ya.
Salam Bahagia We Linnasya.
Memang biawak ni anak kucing pun dimakannya.
Tukang Kebun pun tak de rasa nak pegang atau nak pandai-pandai pergi tangkap kalau sorang-sorang.
Mak Tukang Kebun agaknya dah super geram sebab dah pernah berapa kali biawak pergi kacau makan ayam-ayam yang dibela.
Waaah, Going Adenium crazy too, hehehe. They are lovely and addictive, especially the modern hybrids.
Salam Bahagia Sean.
Adenium nowadays have so many selection compared to portulaca and much easier to maintain for busy gardeners.
Hai.. Saya blogwalking.. Terbaca pasal adenium ni. Dulu saya tanam.. Jenis byk lapis.. Warna merah pekat.. Cantik sgt. Letak atas tembok pagar. Selalu berbunga x henti.. Tup2 lepas setahun ada malaun gi curik dengan pasu skali..kcewa nye...
Cari juga di nurseri yg sama seperti tu. Tapi x jumpa.. =( serius sy x blh pk ada org nk curi pokok bunga..
Salam Bahagia Hanni Hanafi.
Terima kasih sudi singgah di blog kami.
Oh ada juga pelanggan kami dulu bila dah subur bunga gardenianya dah nak berbunga letak dalam pot di luar pagar, ada yang berkenan malam-malam bawa balik.
Kalau dah indah sangat, pokok pun orang sanggup curi.
hitamnya biawak tu
Catat Ulasan