No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Markisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Markisa. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Ogos 2018

To Sendagi Station

  Hari ketiga terakhir di Jepun cuaca cerah di sebelah pagi sesuai untuk ambil kesempatan jemur laundry dan tilam di tempat ada cahaya matahari. Gambar di atas diambil dari apartment AirBNB (related posting klik sini) tempat kami menginap dari balconi kecil. Siapa boleh nampak ada balcony juga yang tuannya suka berkebun ada balcony garden. Pokok jenis memanjat jadi nature work of art di dinding bangunan. Tambah menawan apabila musim luruh pada ketika itu kerana daunnya dari berwarna hijau bertukar ke warna merah mengikut musim. Teringat Tukang Kebun ke pokok daun memanjat menjalar di Kinabatangan yang pelbagai jenis (related posting klik sini).
 Antara bangunan apartment yang kami menginap di Jepun ini ada kuil kecil. Setiap kali keluar bangunan ada sahaja yang singgah untuk berdoa. Orang Jepun walaupun moden, mereka sangat spiritual. Di bawah bangunan apartment ini juga ada kedai sukan.
 Jalan-jalan menuju ke stesen keretapi Sendagi, di depan kedai ternampak pula ada pokok bunga jonquil yang mekar. Kurang pasti samaada ni mekar terlalu awal atau tidak sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Nostalgia sejenak, tiba-tiba teringat pengalaman pertama tengok bawang jonquil yang Tukang Kebun tanam berbunga dulu (related posting klik sini).
 Seronok juga sambil-sambil jalan tengok pokok-pokok gardeners lain tanam di depan kedai mereka. Hehehe sambil teka teki, macam pokok kailan ni kemungkinan pokok broccoli dan cauliflower.
 Wah subur betul pokok keluarga aloe vera ini ditanam dalam pasu sampai tak nampak dah pasu yang asal.
 Jika tak nak pokok berduri tapi nampak sama dan menghijau, boleh juga tanam pokok pandan serani seperti gambar di bawah ini. Jika rajin cantas sikit batang bahagian pucuk, lama-lama akan jadi macam tu juga bercabang-cabang merimbun. Pokok pandan serani juga mempunyai banyak kegunaan.

More info on pokok pandan serani (klik sini).

~ 1 bekas pokok pandan serani RM10.00 ~
 Kebelakangan ini terima banyak pesanan dari balcony gardeners. Di sini Tukang Kebun kongsi gambar lebih jelas bagaimana markisa ditanam dengan suburnya di balcony seperti gambar di bawah.
 Sekadar cadangan sahaja sebab mereka yang berkebun di balcony biasanya ruang di kaki pijak cepat penuh. Untuk lebih kreatif memandangkan ruang di kaki dah penuh, boleh juga penuhkan ruang di dinding sambil sejukkan mata dan suhu di rumah anda di atas langit. Salah satu kekangan balcony gardeners juga adalah berapa lama pencahayaan penuh yang diterima pokok dalam sehari. Jika pokok menjalar sekurang-kurangnya bila dah memanjat tinggi lebih meluas penerimaan cahaya mataharinya berbanding dengan pokok renek. Salah satu tumbuhan yang juga daunnya sejak dulu lagi tradisi kita digunakan untuk perubatan suka menjalar adalah pokok sireh. Ada pokok-pokok sireh berakar banyak dalam bekas masih ada limited stok dari musim pilihanraya lalu yang Tukang Kebun propagate kami boleh tawarkan.

Info Sireh (klik sini).

~ 1 pot pokok sireh kuning RM6 ~

Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan 1 ikat daun sireh dalam 10 helai RM1.00 .
Sambungan jalan-jalan dalam Yanaka Ginza (klik sini) sambil ke Sendagi Station, hari sebelumnya cuma cover separuh. Jika nak berjalan-jalan ke Yanaka Ginza boleh turun juga dari Stesen Keretapi Nishi-Nippori atau Nippori jika ikut Japan Railway (JR)- Yamanote line. Boleh juga gunakan Tokyo Metro atau subway nak ke Yanaka Ginza berhenti di Stesen Sendagi. Jika dari arah Stesen Sendagi nampaklah pintu gerbang ni untuk ke kawasan tumpuan Yanaka Ginza.
 Kalau dari Ginza kawasan highclass di Jepun ini boleh naik Tokyo Metro Chiyoda Line ke Yanaka Ginza. Hehehe...Yanaka Ginza ni kira kawasan the common people of Ginza la tu nickname dia Yanaka Ginza. Hari tersebut pun antara destinasi ialah Ginza tapi cuci-cuci mata sahaja. Ginza tu macam the East 5th Avenue la rasanya sebab tak pernah pergi hehehe....
 Sempat lagi lah singgah beli kuih tradisional Jepun nak bagi anak-anak ni merasa. Ada macam-macam inti rasa yang menarik perhatian. Musim luruh ni pun musim buah berangan.
 Pintu masuk nak ke Sendagi stesen ni pun antara celah bangunan. Dapatlah anak-anak ni merasa naik subway atau underground train kat Tokyo. Banyak keretapi dalam satu jam berhenti dekat-dekat jarak masanya.

Sabtu, 9 Jun 2018

AirBnB area Nishi-Nippori Station

 Setelah tiba di Tokyo dari Kakunodate (related posting klik sini), kami menaiki keretapi landasan Yamanote untuk ke kawasan Nishi-Nippori untuk tempat penginapan kami di Tokyo sehingga kami kembali ke Malaysia. Kami tiba di Nishi-Nippori nak dekat pukul 8 malam sudah.
 Dari Nishi-Nippori Station ke homestay adalah cuma dalam 10 minit jalan kaki pace anak-anak. Hujan renyai-renyai malam tersebut. Ini adalah pertama kali menggunakan platform AirBnB untuk booking tempat penginapan. Bangunan apartmen tersebut adalah sebelah kuil kecil dan groundfloor ada kedai sukan. Kuil ini macam penting untuk kerohanian penduduk tempatan sebab selalu ada sahaja yang singgah untuk berdoa dari budak-budak sekolah hinggalah orang tua.
 Biasalah kalau di Jepun ni biasanya lepas masuk pintu rumah selalu lalu dapur dulu sebelum family room.
 Berbanding dengan penginapan di Hotel yang amat sempit ruang untuk bergerak bagi kami sekeluarga. Bila duduk apartment kecil Jepun ni selesa sikit anak-anak ada ruang nak bergerak.
 Keesokan harinya adalah cuti am di Jepun, apabila keluar sahaja dari bangunan apartment ada macam pesta pula di sepanjang jalanraya.
 Tempat paling dekat dengan apartment tempat kami menginap di bawah porch rumah orang ada tarikan untuk anak-anak bergaya dengan pakaian seragam station master ala Jepun bersama maskotnya si Penguin ini.
 Jalan depan lagi ada pula peluang anak-anak cuba pakaian seragam polis di Jepun pula sambil rasa naik kereta polis.
 Seronok betul anak-anak dapat hari tersebut cosplay station master dan polis Jepun. Mama pun teringin cuba nak try tapi semua saiz kanak-kanak sahaja.
 Bestlah anak-anak dapat berlakon rasa jadi polis Jepun dengan testing main dalam kenderaan polis. Bagus juga strategi polis Jepun ni untuk bermesra dengan normal citizen sertai pelbagai aktiviti komuniti begini. Ada juga kuiz untuk orang-orang dewasa.
 Semasa tunggu anak-anak tukar baju, ternampak pula rumah sebelah ni ada pokok batangnya melilit naik tangga yang sedang berbuah. Memandangkan cuaca yang makin dingin di Tokyo buahnya yang sedang nak masak tu dibungkus baik dengan plastik. Subur pokok ini ditanam dalam bekas pasu sahaja. Pokok tropika buah markisa ni yang jenis buah masak ungu tu tumbuh di cuaca Tokyo. Lebat juga tu buahnya yang bergayutan.
 Di atas balcony rumahnya juga kelihatan pokok markisa melilit dan berbuah. Pasti ini juga pokok markisanya di tanam dalam pasu. Siapa yang ada kawasan terhad pun seperti balcony gardener boleh bela pokok markisa. Daun markisa juga bentuknya cantik membuatkan balcony kita sedap pandangan menghijau dan natural curtain nyaman sikit.
 ~ 1 pot markisa ungu RM8.00 ~

Ahad, 16 Julai 2017

Passionfruit and Jackfruit

 Syukur Alhamdulillah sebelum bulan Ramadhan lalu musim buah markisa di Kebun Bahagia Bersama, lebat juga buahnya. Pokoknya pun yang bukan sendiri tanam. Tumbuh sendiri dari benih-benih bertaburan yang buahnya terkongsi dengan makhluk-makhluk Allah lain selalu singgah di kebun ini. Dibiarkan tumbuh sendiri, ikut suka dia habis melilit naik pokok pinang jenis hiasan yang tinggi. Di kebun belakang pun ada yang naik sendiri melilit dekat pokok nangka.
 Kebun Bahagia Bersama ingin inform anak pokok markisa jenis buah masak ungu sudah kembali dalam senarai katalog kami.

~ 1 anak pokok markisa RM8 ~

 Info lanjut mengenai pokok markisa boleh rujuk juga dekat posting lama kami (klik sini).
 Syukur Alhamdulillah bulan ini juga rancak buah nangka sedang meranum di kebun belakang. Buah-buah nangka ini tidak diberikan baja buatan ya dah bertahun. Semuanya baja asli dari kitaran semula daun-daun guguran dan sebab pokoknya terletak di tepi kolam tempat bakar bahan-bahan organik besar dari kebun mungkin ada debu-debu nutrient juga berterbangan menjadikan sumber makanan ia. Macam 'wood ash' yang juga sumber potash yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok yang baik. 

 Syukur Alhamdulillah salah satu pokok nangka yang selalu mengada-ngada buahnya hasil kat tempat bahagian tinggi yang kami pangkas hampir 2 tahun lalu (related posting klik sini), dah mula berjinak nak berbuah lebat dekat bahagian bawah batang besar je seperti gambar di bawah. Nampak dah banyak pokoknya sedang keluarkan putik bunga. Daun-daun kering tu masa tak cukup tangan, biarkanlah kitar semula jadi baja untuknya. Pokok ini pun letak sebelah tempat bakar organik waste.
 Yang berminat untuk dapatkan buah nangka muda untuk sayur dan buah nangka masak juga boleh dapatkan di Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Kalau buah nangka masak sebiji memang puas makan, berapa keluarga boleh makan tu. Buah nangka muda pun puas bergulai boleh buat potluck masa musim perayaan ini.

~ 1 biji buah nangka muda RM5 ~
~ 1 biji buah nangka masak RM15 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5 ~

Khamis, 13 November 2014

Binjai

  Antara stok anak-anak pokok buah nadir yang Kebun Bahagia Bersama ada sekarang ialah binjai. Stok anak-anak pokok binjai yang ada sekarang ketinggiannya sekurang-kurangnya 2 kaki jadi tak dapat dipos hanya kena self-collect. Baka binjai ini adalah yang biasa ditanam di Sabah.

~ Anak pokok binjai ~
1 pokok RM10.00 .

Minggu ini yang rajin nak drive ke Sungai Buloh boleh Self-Collect pada hari Sabtu ini antara pukul 5:30PM ~ 6:00PM (kebunkmg@gmail.com).

  Beberapa bulan lalu di Sabah musim buah bambangan dan binjai. Kebetulan pula Tuan Tanah ada balik jadi dapatlah pelbagai ole-ole dari Big Boss seperti sambal binjai, jeruk bambangan, beras kampung. Sambal binjai dah lama tukang kebun habiskan. Jeruk bambangan tinggal stok sikit lagi , adik Tukang Kebun tiap hari balik sekolah makan jeruk bambangan dan telur.
  Antara tuaian pada hari Ahad lepas, musim hujan ni pucuk asparagus pun rajin keluar dari tanah. Untuk penghantaran Isnin lalu banyak pula tempahan bawang dayak dari Sabah dan Sarawak jadi tukang kebun gali keluar 2 rumpunan stok bawang dayak dari Petak F. Terserempak pula sebiji telur itik dalam kebun (itik telur pun tinggal seekor). Rasa semangat pula nak dapatkan anak-anak itik telur lagi untuk bekalan telur tahun depan dari kebun sendiri (nak kena pujuk hubby tanya tauke kambing dekat rumah ni atau jenguk Pasar Pagi Ahad di Paya Jaras). Anak-anak itik telur pun dalam seminggu ni nampak ketara pertumbuhannya (makan punyalah banyak kalahkan kacukan anak ayam gajah).
  Markisa di pergola depan rumah nampaknya mula berbunga lagi sekali. Markisa di sebelah belakang kebun pula masih ada rezeki tuaian yang dapat dikutip setiap minggu. Markisa yang ini tukang kebun simpan untuk Big Boss (mama), adik khabar Tuan Tanah (papa) ada singgah sekejap semalam di rumah minggu ini. Dapatlah juga big boss campur dalam jus minumannya yang dibuat setiap pagi. Dearest hubby pula tak sengaja sambil weeding tercabut sekali pokok sengkuang yang tumbuh sendiri. Dapatlah makan sengkuang manis isinya.
 Ahad yang 2 minggu lalu (klik sini) sambil mengemas di belakang, ingatkan telur itik di sebalik rumpunan kaduk. Rupa-rupanya Ahad lepas, Tukang kebun Ilhan kata ayam belanda betina duduk atas telur tu mama. Hah??!! 
  Opppsss tukang kebun tak sangkalah pula Ayam Belanda Betina yang baru join in Kebun Bahagia Bersama dah mula bertelur. Tajam lagi mata Si Ilhan dari mama dia, bentuk pun actually berbeza bila diperhatikan betul telur ayam belanda ni salah satu sudutnya lebih tajam dari telur itik dan seperti berbintik-bintik bak kata Ilhan. Lalu lekas-lekaslah kami pindahkan ke Sangkar Petak 4 yang asalnya dikemas Sabtu lalu konon bakal untuk anak-anak itik dan ayam kampung. Takkanlah nak mengeram bertelur kena cuaca panas dan hujan tak berteduh.
  Dah nak senja kelam kabutlah nak umpan tangkap Si Ayam Belanda Jantan dan Betina nak kurungkan sama-sama dalam Sangkar Petak 4. Seperti biasalah the 2 boys (hubby and male turkey) circle each other macam nak bersabung pula (selalu bergaduh sesama dekat kebun). Turkey jantan ni selalu mengekor tukang kebun like a puppy, ingat nak take cover belakang tukang kebun konon. Apalagi teruslah tukang kebun dakap dan letak dalam Petak 4. Si Jantan ni tak pernah bagi nickname so sentiasa panggil Turkey je. Memandangkan dah ada betina, yang betina tukang kebun panggil Kiki. Yang Kiki pula masa hubby nak tangkap kebetulan lari straight ahead ke arah tukang kebun. Teruslah tukang kebun peluk masuk sangkar 4 (Yes it was quite a sight seeing me just standing there and hug them close so they won't wriggle to let loose). 
   Dalam dilemma ni, patutkah tukang kebun terus harvest telur untuk makan memandangkan Kiki ada telur tiap hari tapi tak duduk mengeram. Tukang kebun pula tengah musykil adakah si Turkey mengawan Kiki tak pernah nampak pun. Ada juga yang telurnya dah pecah mungkin sebab tak elok. Macammana nak ajar Kiki ini supaya belajar mengeram. Angsa dulu tak pandai mengeram dah pandai mengeram. Siapa pula nak jadi role model Kiki to become a mother ni. Surrogate mother pula takde pada ketika ini. 
 Ahad lepas tiada gardening activity sangat sebab leka menuai dah panas terik. Tapi ada jugalah accomplishment hubby sebelah petang siap varnish 1 bench dari lemau 1 hari macam tak buat apa.

Selasa, 28 Oktober 2014

Rezeki Awal Muharram

   Pada Awal Muharram, dapatlah rezeki membasahkan tekak dengan minuman berkhasiat seperti buah kelapa muda di Kebun Bahagia Bersama. Rayyan dan Abby pun dah berani masuk belakang berjalan-jalan (lately turkey tak kacau mereka).
  Nampaknya tupai pun peroleh rezeki buah betik. Banyak juga tengok buah betik yang dah ranum pada pokok-pokok betik di belakang. Kebelakangan ini sibuk jadi tak berapa mendongak ke atas melihat pokok betik. Tak pe rezeki mereka, InsyaAllah Awal Muharram ni lahirlah banyak anak-anak pokok betik baru hasil dari perkongsian buah-buah betik menyambut Awal Muharram. Pokok-pokok betik di Kebun Bahagia Bersama pun kebanyakkan semua tumbuh sendiri.
  Telur ayam pun semenjak ni tak perlu beli adalah juga dapat sekurang-kurangnya 1 biji sehari. Gali stok kunyit yang dah lama tersimpan di dalam tanah dari Petak A. Hujan banyak ni takut reput pula. Hujan lebat dan angin kencang sekarang mengakibatkan banyak buah markisa tergolek-golek.
  Pelbagai jenis pokok citrus juga rezeki diterima. Pokok limau nipis bergugusan buahnya. Kekadang satu tangkai ada buah lebih dari 7 biji. Bila setangkai banyak buahnya jadi saiznya lebih kecil dari tangkai yang ada kurang dari 3 biji.
  Nangka pun dalam setangkai banyak buahnya. Jadi untuk dapatkan buah yang besar dituai beberapa dari setangkai supaya dapat pembesaran buah yang lebih besar.
  Ubi kayu juga dituai untuk sarapan pagi Ahad. Anak-anak suka ubi kayu goreng tak berapa pandai makan ubi rebus. Sebab yang dituai di tempat partial sun jadi saiz ubi kayunya kecil berbanding dengan full sun.
  Buah-buah ciku juga makin membesar tapi tukang kebun rasa kena tunggu lagi nak dekat 2 minggu baru peak season. Tukang kebun baru perasan akan buah yang diberi oleh jambu bol di belakang. Ianya seakan menghasilkan 2 jenis buah. Yang tukang kebun perhatikan ranum kepada merah buahnya lebih kecil dan tidak berbiji langsung. Manakala yang berbiji buahnya besar warna kulit makin cerah ke arah keputihan dan cuma 1~2 berjalur merah apabila ranum dan kadangkala tidak. Adakah ianya cuma sangkaan tukang kebun semata-mata macam 2 jenis jambu bol pula pokok tu produce. Sangat unik sekali pokok jambu bol 2 in 1. Tukang kebun feel like hitting my head on the tree trunk patutlah ditunggu-tunggu yang buah besar tu tak tukar merah rupanya bila masak memang gitu. Next time I know better. Subhanallah. 
  Untuk menyambut Awal Muharram kami tanam anak pokok durian baka dari kampung big boss yang atuk tukang kebun yang tanam. Sungguhnya tahun ini pokok-pokok durian yang dah berusia lebih 50 tahun tu buahnya sungguh banyak sampai anak-anak, cucu cicit arwah atuk tak larat nak perabihkan makan. Atuk tukang kebun meninggal pada usia muda sebelum tukang kebun lahir lagi. Pokok buah-buahan yang arwah atuk tanam banyak tuannya sendiri tak sempat merasa tapi sehingga kini walaupun agak terbiar tak terbaja masih menghasilkan buah. Sebab tak dapat nak kirim buah durian maka big boss pass biji durian sahaja. Syukur Alhamdulillah semua biji-biji durian tersebut bercambah.
 Gambar diambil dari facebook Big Boss. Aisey bilalah anak pokok durian tukang kebun berbuah nanti ya. Tapi big boss ada kirim tempoyak jadi dapatlah juga merasa masa tuan tanah balik untuk meeting. Sedapnya setiap kali makan bertambah-tambahlah trip tambah nasi ada side dish tempoyak. Nasib baiklah dengan working out di kebun tu memang tak perlu control makan hehehe....
 Semoga masuk tahun baru ini, bersama-samalah kita rajin berbudi pada tanah. InsyaAllah tak rugi, bukan cuma rezeki makanan sihat tetapi nak dapatkan rezeki kesihatan juga ada di situ. Keep yourself fit. You work out, you eat good healthy food. Not only that you spend less on groceries but less paying medical fees. Health is an investment especially when you're young you have to also move your body a lot or else you'll be spending your hard-earn money all for medical problems later for not living in a healthy way in the start.

Rabu, 9 Julai 2014

Coconut Station

 Rasanya dah 10 hari kita berpuasa (kalau tukang kebun silap betulkan ya sebab ini posting auto-published takut tersilap kira) mesti pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Biasanya bila dah masuk minggu kedua berpuasa, perut tu dah biasa, bila dah berbuka lebih nak kenyang minum air basahkan tekak. Jika berbelanja pastilah sebahagiannya membeli air untuk berbuka puasa. Kalau nak berjimat pastilah nak memikir apa jenis air boleh kita sediakan sendiri bertukar-tukar dalam 1 minggu. Hari pertama berpuasa kami sekeluarga berbuka dengan air kelapa muda dari kebun sendiri. Tiada keluar belanja cuma keluarkan tenaga nak memetiknya dan mengupasnya. Syukur Alhamdulillah banyak juga kelapa yang dapat membasahkan tekak ketika berbuka adalah lebih 10 biji (Jimat 10 biji X RM4 = RM40). Dekat coconut station, keliling banyaklah mahkluk yang menunggu nak minta kongsikan isi kelapa.
Hasil kumpulkan kutipan buah markisa dapatlah juga buat jus markisa 1 bekas (Anggaran pasaran 3 biji RM2 X 3 tompok = RM9).
 Sekali-kala nak pelbagaikan minuman yang ada untuk berbuka di meja, tukang kebun buatlah juga air telang sebab budak-budak ni suka minum (Anggaran beli sebungkus air di pasar jimat RM2).
 Kalau rajin bolehlah juga buat air soda assam jawa (klik sini). Yang bagus untuk hilangkan rasa sebu dekat perut tu baik standby air serai (klik sini). (Jimat dari beli air sebungkus seplastik RM2).
 Kalau ada rezeki tuaian adik-beradik citrus di kebun, bolehlah buat teh atau air limau kasturi/lemon. Syukur Alhamdulillah ada yang dapat sediakan air minuman limau kasturi untuk berbuka juga dari kandungan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih berikan ilham, tukang kebunnya pun terlupa yang dia ada banyak stock di kebun. Jangan lupa ya buah canistel yang dah masak juga boleh dibuat jus (klik sini).
 Tak lama lagi pula untuk berbuka puasa, dapatlah tukang kebun buat air roselle pula untuk budak-budak. Tukang kebun memang dah cuba nak timing yang roselle ditanam akan mula berbuah masa bulan puasa. Cuma tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kami, tahun ni pada cuaca begini mencabar sedikit, tidak seperti tahun lepas. Baru teringat seperti ada kedondong yang tak dituai-tuai, bolehlah buat jus kedondong asam boi kan.
 Saja syok sendiri kira-kira berapa yang boleh jimat dengan menyediakan air minuman sendiri. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma nak cari ilham, kekadang tukang kebun pun lupa apa yang ada boleh buat minuman. Jadi tukang kebun buatlah nota untuk masa hadapan lebih efficient nak fikir menu nak berbuka, boleh juga kalau kita nak sediakan untuk tetamu masa raya nanti.

 Cuma satu sahaja yang tukang kebun nak juga beli sekali kala ialah air tebu. Air tebu tempat kami biasa selalu beli 1 jug di corner lorong 9 berharga RM3.00 . Syukur Alhamdulillah suami isteri tersebut tidak ambil kesempatan pada bulan puasa ini, harga sama sahaja moga rezeki sekeluarga mereka murah.  Siap isi jug sampai nak penuh melimpah keluar, terharu tukang kebun tengok. Kalau di tempat lain di kawasan kampung tukang kebun duduk ni atau pasar berdekatan RM4.00 . Dulu masa tukang kebun kerja di Johor 8 tahun lalu, sungguhlah terkejut dekat Senai 1 glass RM1.00. Bila balik Sungai Buloh pula masa tu cuma RM2.00 1 jug. Jadi dearest hubby selalu suruh bersabar tunggu balik kampung nanti dia beli berjug-jug tak berbaloi 1 gelas RM1.00 . Elok juga tulis note perubahan harga setiap tahun kan. Tukang kebun dengar di tempat lain lebih mahal betulkah?

Bagaimana pula dengan gardeners lain, apakah jenis-jenis minuman yang yang disediakan dari kebun sendiri untuk keluarga tersayang?