No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Rain Lily. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rain Lily. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2020

How to Grow Apricot Rain Lily in container with clay soil

Pada tahun 2019 memang sangat sibuk sehinggakan bibit-bibit bunga yang Tukang Kebun bawa balik dari Jepun pun tak sempat tanam sehinggakan lupa pun ada. Salah satu pokok bunga jenis bawang bibitnya yang Tukang Kebun biarkan tersimpan dalam kotak ialah bawang bunga pokok rain lily. Kebiasaan warna pokok bunga rain lily yang terdapat di Malaysia adalah berwarna merah jambu dan putih (related posting klik sini). Salah satu warna pokok bunga rain lily yang Tukang Kebun bawa balik dari Jalan Jalan Jepun 2019 adalah berwarna apricot. Setelah setahun lebih membawa balik bibit bunga rain lily apricot ni yang terlupa pada masa musim PKP barulah kami tanam.
Bawang bunga rain lily amat mudah ditanam dan disemai. Mungkin masalah ketika pergerakan terhad semasa PKP ialah untuk mendapatkan sumber tanah atau pasu. Bagi gardener yang menanam dalam container jangan risau boleh sahaja kitar semula botol-botol yang ada sebab pokok bunga rain lily tak perlukan bekas yang dalam. 
Tiada stok tanah di rumah? 
Tidak apa boleh sahaja gali tanah di mana-mana dari longkang pun boleh. Tips yang Tukang Kebun syorkan ialah setengah bahagian bawah dari bekas itu boleh isi padat-padat bahan organik buangan makanan dari dapur atau dari kebun. Kemudian timbus dengan tanah yang dikorek dari tepi jalan atau longkang. Pada permulaannya bawang bunga rain lily memang tidak memerlukan tanah yang subur pun untuk berbunga. Lama-kelamaan proses pereputan bahan-bahan organik ini akan menjadikan tanah liat yang berwarna merah itu kepada kehitaman seperti yang dikongsikan seperti di video bawah.

Video di atas Tukang Kebun kongsikan experiment di mana Tukang Kebun tanam bawang rain lily dengan tanah longkang dan tanah yang dibeli dari supermarket. Hasil kaedah penanaman bunga rain lily yang ditanam dengan tanah longkang rajin berbunga sehingga sekarang. Inipun Tukang Kebun tak jaga biarkan sahaja di atas tembok tinggi kena pancaran matahari sepanjang hari dan bergantung kepada sumber air hujan sahaja.

Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan tanah bakar 1 beg RM5.00 yang memang berat lebih 5kilogram. Cuma bulan ini kami tak bekalkan sehingga keadaan penyebaran Covid-19 terkawal.

Jumaat, 12 September 2014

Cara buat Zinnia rimbun bunga (New stock series this week)

  Bulan Ogos dan bulan September ini memang tukang kebun mengalami 'Zinnia Fever'. Sebabnya cuaca memang agak sesuai untuk menyemai biji benih zinnia tanpa banyak kerja untuk tukang kebun di Kebun Bahagia Bersama. Kalaulah cuaca kebun gardeners lain sama rentak dengan Kebun Bahagia Bersama walaupun dikatakan beginner ambillah peluang musim ini spread your wings (hands) in the garden cuba pula tambah pengalaman. Kalau konsep edible garden pun, pokok zinnia adalah pokok yang bagus untuk companion planting terutamanya keluarga 'Solanacea' (terung/tomato/capsicum/cili). Semai sahaja biji benih (dalam 1~2cm), bagi kena cahaya, tunggu rezeki hujan tumbuhlah anak-anak pokoknya dalam cuaca bulan September ini.
  Cuma cuaca yang kadangkala tak menentu boleh mengakibatkan pokok bunga zinnia tiba-tiba keluar kudup bunga cepat sebelum capai 4~6 minggu lebih. Bila dia keluar kudup bunga sebelum usia matang eloklah potong kudup bunganya dahulu jangan kasi berbunga. Kerana ini akan menganggu pertumbuhan pokok tersebut nanti pokoknya tak cukup tenaga nak membesar jadi terbantut. Kalau dibiarkan berbunga mungkin hanya 1~3 bunga sahaja menjadi tatapan sebelum pokok tersebut habis riwayat. 
  Sebagai contoh gambar di atas ada yang kudup bunganya tukang kebun dah buang sebab belum lagi ketika itu capai 20cm dah memandai nak berbunga. Sekarang dah meninggi pokoknya dan dah ada tangkai baru keluar di celahnya. Pokok zinnia memang cepat berbunga tapi bagilah dirinya matang sekurang-kurangnya 6 minggu lebih sebelum dibiarkan berbunga. Dalam bahasa bunga English kalau pokok belum matang dah nak berbunga dipanggil proses "Bolting". Manakala "Pinching flower bud" pula juga boleh dikatakan teknik nak bagi sesebuah pokok annual macam zinnia merimbun supaya boleh keluarkan banyak bunga. Gardeners yang berpengalaman biasanya akan latih pokok annual zinnia dengan bersabar selalu "pinching flower bud" sampai mereka puas hati yang saiz pokok zinnia tersebut dah sampai tahap potentialnya yang sebenar dah merimbun akan banyak mengeluarkan bunga serentak. 
 So how do you pinch the flower buds? Mudah je kalau kudup gambar di atas tu dah boleh potong dah. Bila dia tak berbunga, adalah tenaga untuk menghasilkan tangkai-tangkai bunga yang lain. Cubit je perlahan keluarkan bunganya. Kalau tak yakin pakailah gunting.
  Kudup bunga zinnia yang dicubit or "Pinching". Biasanya untuk zinnia masa yang elok untuk proses pinching ini terutamanya bila pokoknya mengeluarkan kudup bunga yang pertama. Kalau pokok zinnia baru je ada setangkai mula keluarkan bunga eloklah "pinching" kudup bunganya yang pertama untuk membuatkan pokoknya teruja nak mula merimbun. Kalau dibiarkan sahaja antara sebab nanti jadi pokok Zinnia nan sebatang sahaja melurus tinggi.
  Kudup bunga di atas adalah kudup bunga pertama sebenarnya dari pokok zinnia di gambar bawah. Sekarang di sisi tangkai utama pokok tersebut sudah kelihatan ada tangkai-tangkai baru sudah mula meninggi. Ini pun tukang kebun tengah dilemma (tak sabar nak tengok bunga) nak "pinching" atau picit keluar ke tidak kudup bunga yang sedang terbentuk di tangkai paling tinggi tu. Lagipun pokok ini pun baru masuk sebulan. Sabar, sabar, sabar....
  Minggu ini di merata-rata tempat yang ada pokok-pokok rain lily di dalam Kebun Bahagia Bersama sedang meriah kembang. Minggu ini musim pink rain lily kembang di Kebun Bahagia Bersama.

 Minggu ini ada stock baru beberapa jenis-jenis biji benih Zinnia yang boleh dipilih mana hati berkenan, sebagai contoh:

~ Zinnia Cactus Mixed

~ Zinnia Orange King

~ Zinnia Pink Luminosa

~ Zinnia Yellow Canary Bird

~ Zinnia White Polar Bear

Ahad, 25 Ogos 2013

Habranthus Roseum

Habranthus Roseus

Habranthus juga kadangkala dipanggil Rain Lily seperti juga dalam kumpulan Zephyrantes. Tetapi antara perbezaan Habranthus dan Zephyrantus adalah bentuk bunganya agak berbeza. Di mana bentuk bunga Zephyrantus adalah lebih symmetrical dan  lebih merupai bentuk bintang, bentuk bunga habranthus adalah lebih irregular dan menyerupai bunga hippeastrum. Tidak hairan juga kenapa ianya kelihatan seperti bunga hippeastrum kerana mereka juga tergolong dalam keluarga yang sama (Amarylildaceae).
Habaranthus Roseis

Tukang kebun tanam bawang Habranthus Roseum awal bulan ini, bila minggu ini mula hujan turun, bawangnya bangun berbunga menaikkan mood nak bersihkan kawasannya yang mula semak kembali. Bentuk bunga Habranthus Roseum very pale pinkish white dengan garisan-garisan warna maroon di kelopaknya bersama centre bungnya berwarna maroon.