Antara tuaian pada hujung minggu lepas ialah pisang abu, kelapa tua dan kelapa gading muda. Sementara semalam Tukang Kebun sorting pesanan-pesanan anak pokok yang telah dipos pada awal pagi ini, dearest husband menunggu di kebun belakang sambil petik buah-buah kelapa gading muda. Terkejut Tukang Kebun banyak pula tuaian kali ini, dearest husband rajin kait 3 tandan. Jadi kami merasa 3 jenis yang buah masih amat muda, dah sedang muda, dan dah tua sikit. Yang dah sedang muda kali ini rasanya paling sedap. Eloklah musim jerebu ini minum minuman berkhasiat semulajadi seperti air kelapa. Jerubu-jerubu ini mudah rasa sakit tekak dan selsema. Sebahagian untuk pesanan tuaian dalam gambar ini dah pinggiran USJ booking, kebetulan Tukang Kebun nakal menghantar gambar tengah nak nikmati kelapa gading muda dalam kebun. Minggu ini kelapa muda gading dah not available. Kalau bibit kelapa gading ada stock.
~ 1 bibit kelapa gading RM7.00 ~
Syukur Alhamdulillah jika ada rezeki bulan depan ada juga beberapa tandan pisang abu dapat dituai. Bulan Oktober ini bakal musim pisang abu. Yang berminat untuk dapatkan buah pisang abu organik dari Kebun Bahagia Bersama melalui minggu ini available untuk self-collect juga. Yang ingin diposkan juga InsyaAllah boleh. Anak-anak pokok pisang abu juga available.
~ Buah pisang abu organik sesisir RM5.00 ~
~ 1 anak pokok pisang abu RM7.00 ~
Hujung minggu ini dapat juga kami pindahkan beberapa jenis sulur pisang di tempat yang telah dikemaskan. Setelah selesai tuai setandan pisang abu semalam, dearest hubby, potong-potong batang pisangnya dah diletakkan di sebelah bawah pokok buah-buahan apabila ianya mereput akan menjadi sumber baja untuk tumbuhan tersebut. Sementara itu isi bahagian batang pisang yang lembut boleh dijadikan sumber makanan PETS di belakang itu.
Batang pisang antara sumber makanan bagus untuk itik-itik. Itu yang banyak anak-anak pisang kena makan dengan itik-itik di belakang jika tidak dipagar. Daun pisang pun si angsa-angsa suka makan. Jadi bila anak pokok pisang dah tinggi dari mereka barulah kami keluarkan dari tempat berpagar untuk disusun dalam kebun yang menerima pencahayaan yang baik. Tahun ini kami rajin pindah dan tanam pokok-pokok pisang, sebab selain dari buah pisang yang dibekalkan, seluruh bahagian pokoknya ada kegunaan.
Fresh produce available untuk minggu ini self-collect:
~ Buah pisang abu sesisir RM5.00 .
~ Pucuk ubi seiikat RM1.00 .
~ Ayam kampung segar proses seekor RM25.00 .
~ Buah kuning telor/Canistel sekilogram RM5.00 .
~ Kelapa dah parut sebiji RM1.00 .
~ Daun Assam Gelugor pucuk muda seikat RM1.00 .
Self-Collect Schedule This Week;
~ Rabu malam 30hb September 2015, antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ Sabtu pagi 3hb Oktober 2015, antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, highway Guthrie).
~ Ahad pagi 4hb Oktober 2015, antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, highway Guthrie).
Setelah beberapa hari jadi Tukang Masak, mestilah Tukang Kebun rasa resah nak turun ke kebun pada hari Ahad setelah selamat mengadakan mini reunion bekas pelajar Malaysia Niigata University dan Birthday Ilhan ke-8 Sabtu lepas. Hujung minggu lepas, pengalaman baru buat team members Kebun Bahagia Bersama ialah sembelih itik muscovy belaan sendiri. Nak tengok perubahan mereka masa dari baby boleh visit laman posting sebelum ini (klik sini). Sebelum itu, setiap kali bincang pasal nak sembelih itik daging, dearest hubby asyik fikir-fikir panjang sebab dengar khabarnya itik ni bila sembelih lama nak stop jantungnya, siap boleh jalan-jalan lagi lepas sembelih khabarnya. Nampaknya persediaan mental dan hati diperlukan oleh Tukang Sembelih (1st time lah kan).
Sorry for the picture after sembelih ini Ilhan yang pandai-pandai ambil. Kenangan anak-anak pertama kali makan daging itik. Hujung minggu lepas 2 ekor kami sembelih. Itik daging muscovy ini lebih cepat membesar dari ayam daging. Baru berusia 2 bulan lebih dah lebih 2~3 kilogram bila dah bersihkan semua organ tak de. Tukang Kebun pun tak sangka betapa cepat itik-itik Muscovy ini membesar patutlah kuat makan. Ilhan pun tak sabar-sabar nak rasa pengalaman pertama kali makan daging itik. Tak sampai seekor bahagian itik dibuat ala-ala masak nasi ayam. Bila tanya Ilhan suka tak makan itik? Ilhan kata sedap pula dari ayam. Rayyan pula tak mau makan katanya tak berapa gemar. Kami pun tak sangka pula Ilhan allright pula nak makan daging itik (terkebil-kebil mata mama Ilhan yang tak biasa makan daging itik). Balance daging itik masih duduk dalam freezer lagi. Cadangan dialu-alukan apalah Tukang Kebun nak buat dengan balance yang masih ada lagi simpan dalam freezer. Terkejut ke apa ntah, keesokkan harinya Tukang Sembelih balik dari kerja terus demam penat cabut 2 ekor bulu-bulu itik ke apa dear.
Sementara Tukang Sembelih cabut-cabut bulu itik, Tukang Kebun pula mengemaskan kawasan deretan tembok ini dah jadi gelap lama tak kemas. Pokok species jenis calathea ini pun hidup subur sangat. Jenis calathea ini daun-daunnya boleh digunakan sebagai pengalas nak bakar ikan pun boleh, fungsi sama je dengan daun pisang. Kalau nak buat alas-alas makanan atau hiasan pun boleh. Bila Tukang Kebun fikir-fikir belek daunnya rasa lagi senang nak buat alas dari daun pisang. Terus je potong sehelai daun tak mudah koyak macam daun pisang.
Minggu ini jika ada ruang dalam kotak prepaid yang diselitkan antaranya ialah rizom jenis calathea ini. Ianya juga menghasilkan bunga berwana keungguan. Tukang kebun belum pasti jenis calathea ini dipanggil apa, sekiranya ada yang tahu bolehlah kongsikan bersama. Pokok calathea ini memang sangat sesuai dijadikan sebagai tembok atau pokok pagar.
Berhampiran tempat Tukang Kebun kemas ini juga adalah musim bunga white butterfly bush dan Madonna Lily. Banyak bunga berwarna putih mekar terutamanya awal-awal pagi semerbak baunya memikat banyak pollinators mendekatinya. Kalau anda mempunyai bekas kecil berisi air dengan tumbuhan air amat padan digabungkan dengan Madonna Lily dan White Butterfly Bush di sisinya.
Info Madonna Lily boleh diketahui lanjut dengan klik sini.
~ 1 moist bare-rooted plant RM7.00 .
Info White Butterfly Bush boleh jenguk-jenguk teliti lagi dengan klik sini.
~ 1 pot for RM7.00.
Kemas-kemas sepanjang tembok sampailah ke rumpunan Heliconia Halloween yang bersebelahan buaian. Permata-permata hati sejak bulan ini gemar main buaian di kawasan sini. Jadi untuk pastikan keselamatan mereka, maka Tukang Kebun kasi banyak cahaya area ini dengan cabut-cabut dan pangkas rimbunan pokok-pokok yang berlebihan supaya tak dapat mahkluk Allah lain nak bertapa di sudut ini. Nampak perubahan ketara dengan gambar yang ditunjukkan minggu lepas, walaupun sudut yang sama (related posting visit here).
Hujung minggu ini boleh self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh antara pukul 5:30petang~6:00petang pada hari Sabtu. Telur itik juga available this week (sebutir 70sen).
Masuk tahun 2015 ini perubahan Kebun Bahagia Bersama yang ketara ialah kami dah mula fokus bela ternakan sendiri untuk isi perut sendiri. Tak disangka juga sebenarnya sebab its not our 2015 resolution. Tapi Syukur Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi OlehNya, hati ini terdetik nak mencuba-cuba. Agaknya nak hadapi GST ini yang memang membebankan rakyat. Sama juga macam mula jejak dalam gardening ketika itu rasa dunia gelap bingung, hidayah mula nak cuba berkebun itu diterima hampir 6 tahun lalu. Walaupun pada mulanya secara jujurnya Tukang Kebun amat rasa nervous dan tidak yakin diri nak bela pelbagai jenis ternakan ini.
Hari ini Tukang Kebun nak kongsi cerita mengenai our adventure struggle nak dapatkan anak angsa secara pengeraman semulajadi yakni bukan memakai incubator. Nak beli incubator berharga beratusan ringgit tu takde budget lagipun bukannya ada beratus-ratus telur dalam sebulan nak kasi menetas pun. Takpe start slowly, have more experience and pratical learning first. Nak beli anak angsa memang takde budgetlah. Kalau anak angsa angsa kelabu sepasang harganya sekarang boleh mencecah sekitar RM150. Kalau baka anak angsa putih sepasang RM250. Di Sabah lagilah anak angsa kelabu sepasang RM600. Itu baru harga untuk anak angsa, belum lagi angsa dewasa, semakin umurnya meningkat, harganya pun meningkat. Big Boss yang menetap di Sabah pun tak sanggup beli walaupun hati Big Boss teringin sangat.
Al-Kisah, awal Tahun lepas kami dikejutkan dengan perjumpaan 2 telur saiz yang besar dari biasa (related posting klik sini) bersepah dalam kebun. Kami pun teragak-agak ini ada kemungkinan telur angsa ke. Kebetulan Fluffy <Baka ayam telur betina>(Gambar No.1) tengah mood mengeram telur jadi kami tumpangkan sekali. Telur Fluffy kami ambil sebab ianya tak akan menjadi sebab takde ayam jantan. Syukur Alhamdulillah telur tersebut fertile dan sebiji berjaya menetas secara semulajadi dan keluarlah anak angsa berwarna kuning (related posting klik sini) yang kami panggil Febbie. Malangnya beberapa hari selepas itu biawak saiz kecil boleh menyisip bawah pintu reban datang makan anak-anak angkat Fluffy.
Untuk memudahkan jalan cerita, mari Tukang Kebun perkenalkan angsa-angsa yang ada dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang. Ada 3 ekor, yang seekor betina badan paling kecil kami panggil 'Lady', Ada jantan 2 ekor, seekor kami panggil 'Rocket' dan seekor kami panggil 'Kuning'. Kenapa 'Kuning'? Sebab cuba perhatikan salah satu angsa bonggol di kepala dia tu bukan berwarna hitam seperti angsa kelabu asli tapi ada hint berwarna kuning/jingga di kepalanya tu. Mula-mula kami hairan, kenapa Febbie keluar warna kuning? Sebab biasanya anak angsa baka kelabu, anaknya keluar warna kelabu. Kalau anak angsa kuning biasanya baka angsa putih. Bila tukang kebun buat research tengok-tengok ciri-ciri jenis angsa, Tukang Kebun suspect si 'Kuning' ni mesti baka campuran angsa kelabu dan angsa putih berdasarkan warna bonggol di kepalanya dan warna badannya pun tidak segelap seperti 'Rocket' dan ' Lady'. Jadi Febbie memang anak si 'Kuning'.
Meruntun hati Febbie dan Penguin kena makan biawak. Sebab ini pun break record kali pertama Anak Angsa berjaya lahir di Kebun Bahagia Bersama setelah berbelas tahun pengalaman bela angsa di KBB sejak kami pindah ke sini. Macam mana Tukang Kebun tak tumpang bahagia sangat sebab berjaya dapatkan anak angsa walaupun yang lain masa tu tak percaya je dengan cadangan Tukang Kebun biar je Fluffy tolong jadi surrogate mother. Asyik-asyik cakap tak jadi kena pakai incubator. Masa Febbie keluar main-main, si Lady pun memang cam itu anaknya dok sayang-sayang walaupun Febbie ingat Fluffy maknya (Gambar No.2).
Kekadang terfikir ya betapa binatang pun sayang anaknya walaupun anaknya telah diberikan kepada ibu lain untuk dijaga. Walaupun anak tak kenal ibunya, ibu yang sebenar (biological mother) tetap kenal anaknya. Daripada dibuang anak-anak tepi jalan tak tahu apa akan terjadi, lebih baik kita cari keluarga yang baik teringinkan anak yang dapat jaga dengan penuh kasih sayang dan beri didikan yang baik untuk dijadikan anak angkat.
Agaknya bila tengok Febbie, hati si Lady teringin nak mengeram sendiri kut. Kali Kedua si Lady bertelur, telurnya tak bersepah dan terkumpul dalam satu tempat. Mungkin Lady baru mula nak belajar dok perhatikan si Fluffy mengeram macam mana. Tukang kebun trick Lady suruh masuk ke Sangkar 6 dan kurung dia. Beberapa hari selepas tu baru nampak dia dok mengeram sampailah telur menetas. Lepas 2 minggu Lady mengeram, Big Boss balik dibuka Sangkar 6 membebel nanti Lady tak cukup zat asyik terkurung sambil mengeram. Bahagia tengok 3 ekor anak angsa kelabu di celah-celah ibunya secara pengeraman semulajadi. Si Kuning pun amat gembira sangatlah sayang dekat si Lady.
Sebab rasa belas kasihan maka kami tak kacaulah keluarga ni dan tak ambik simpan anak-anaknya. Biarkan mereka jaga. Seminggu lebih lepas tu tukang kebun tengah propagate pokok dengar dalam Sangkar 6 riuh. Lalu tukang kebun jenguk, terkejut tengok scene si Kuning dan si Rocket sedang bergaduh sakan. Pertama kali Tukang Kebun tengok mereka bergaduh begitu sampai bergigitan. Tukang Kebun pun tak berani nak masuk sorang-sorang nak redakan keadaan sebab tengok gaya macam mereka follow its 'Animal Instinct'. Cepatlah menjerit panggil dearest hubby suruh tolong leraikan si jantan-jantan tu sambil Tukang Kebun ambil anak-anak angsa tu. Masa mereka gaduh tu dah tak ingat apa dah sampai Lady dan anak-anak kena pijak.
Meruntun hati lagi kali ini anak-anak angsa tak survive kemungkinan internal bleeding. Tukang Kebun agak si Rocket tak tahan kut giliran dia pula nak mengawan. Hai Rocket si Lady tu kira masih baru nak berpantang kut. Si Kuning beberapa hari tak dekat dengan Tukang Kebun lepas tu sebab tau buat salah agaknya dah kena sepak dengan dearest Hubby berperangai begitu. Hai nak buat macam mana sebab they just follow their 'Animal Instinct'. Inilah masalahnya bila ada 2 jantan dan 1 betina je jadi berebut-rebut betina.
Kali Ke-tiga Lady bertelur dia tinggalkan dalam Sangkar 4, dia tak de mood dah nak mengeram trauma agaknya. Lalu sekali lagi Tukang Kebun bagi Fluffy jadi surrogate mother. Telurnya menetas tapi baby di dalam tidak sempurna jadi mati dalam beberapa jam selepas itu.
Mac 2015 lepas Lady bertelur Kali Ke-Empat dalam Sangkar 6. Kali ini dipaksa mengeram lagi sekali kena kurung dengan Rocket sesama. Tukang kebun tengok si Rocket lebih dominant sekarang sebab sebelum itu Tukang Kebun dah tengok aksi yang si Kuning kalah dengan Rocket. Nampaknya Lady gemar mengeram dalam Sangkar 6. Lepas 2~3 hari kena kurung baru dia duduk mengeram. Si Kuning memang sayang dengan Lady, Kalau Lady bunyi je mesti si Kuning berlari duduk luar sangkar. Si Rocket pun tak nak keluar dari Sangkar 6 walaupun dah berapa kali Tukang Kebun tolak keluar pintu tak mahu bergerak. Angsa jantan very protective dengan pasangannya. Si Rocket ni garang, kalau Tukang Kebun lambat masuk dalam Sangkar 6 kasi makan nanti dia gigit kaki Tukang Kebun. Kekadang bukan masalah bagi makan lambat je, nak minta belai pun ya, manja lebih, adakala mood dia nak kita tadah dulang makan dekat dia pulak. Angsa ni macam anak kita perangai berbeza. Kalau si Kuning pula gentle tak pernah gigit Tukang Kebun, kalau tau macam kena marah dia tak datang dekat.
Sabtu lepas masa Tukang Kebun ronda-ronda pagi macam supervisor tengok betul ke dearest hubby ni dah check semua sangkar punya makanan dan air, terkejut tengok ada anak angsa dah di sebelah Lady. Bahagialah hati Tukang Kebun. Bukannya Tukang Kebun seorang je yang excited, veteran PETS lain pun asyik datang menjenguk di pintu macam si Big Brother Itik Putih, Turkey dan Ayam-ayam mutiara. Semua welcome baby baru, teruja lama takde kelahiran dalam Kebun Bahagia Bersama. Dah mulalah si Kuning asyik tolak terbuka pintu Sangkar 6 berapa kali dalam sehari. Mulanya dalam hati niat dalam 1~2 hari bagi Lady manja dengan anak-anaknya barulah Tukang Kebun ambil jaga tak nak kisah stampeding berulang lagi. Hai bila si Kuning asyik ceroboh masuk banyak kali, tak sedap hati petang tu juga Tukang Kebun ambil anak-anak angsa tu bawa keluar. Itupun kecoh jantan-jantan tak nak kasi ambik silap-silap tukang kebun kena gigit, dearest hubby kena pegang leher Rocket dan sepak si Kuning keluar dari Sangkar 6.
1~2 hari si Lady nampak depressed jugalah Tukang Kebun ambil anak-anaknya duduk nak mengeram balik. Tapi telur lain pun dah pecah tengok tak jadi sifat tak penuh (dah minta dearest hubby tanam). Takpelah Lady dalam sebulan lebih lagi nanti, InsyaAllah anak-anak duduk sangkar belakang boleh jenguk jaga. Nanti dah besar remaja boleh dah lepas jalan sama-sama. Dari kena makan biawak dan terpijak oleh bapak-bapak yang tak sabar tu tak boleh control nafsu. Beranak pinak banyak lagi Lady, InsyaAllah bila dah banyak, diberi peluang Lady pula jaga. Kalau dah banyak rombongan angsa di belakang, biawak pun tak berani sangat nak masuk. Tukang kebun kira-kira, angsa betina kitaran musim telurnya dalam setahun bolehlah sekurang-kurangnya 3 kali.
Hari ini genap seminggulah umur si 'Momo' dan 'Koko'. Jantina tak tahu lagi masih kecil. Sekarang ini 'Momo' dan 'Koko' kongsi sangkar dengan 10 ekor anak ayam. Dah sebulan juga lamanya Tukang Kebun takde beli apa-apa ternakan dah kena banned oleh dearest hubby.
Bila nampak je anak-anak angsa dah menetas terus selepas breakfast kami singgah beli anak-anak ayam sebab memang dearest hubby kata dulu kalau anak angsa dah menetas baru boleh beli PETS baru. Terkejut tukang kebun kali ini seekor anak ayam baru lahir harga RM4.00 dah. Aik takkan anak ayam pun ada kena mengena dengan GST kut. Setahu Tukang Kebun baru-baru ini beli makanan ayam sejak ada GST di kedai lain harga maintain sama je. Ini yang boleh dikatakan peniaga atau pembekal yang ambil kesempatan. Nak kena check harga di tempat lain juga. Sebab Tukang Kebun ambil 10 ekor dapatlah harga RM3.80 seekor. Lagipun tauke tu pun tau Tukang Kebun kalau biasa ambil pun bukannya seekor dua. Batch kali ini jenis ayam kampung jenis kacukan. Yang seronoknya, akhirnya Tukang Kebun dapat juga jenis 'Ayam Botak'. Dah lama teringin sebab masa Tukang Kebun remaja dulu Big Boss rajin juga bela jenis ayam botak. Tapi yang ini tak pasti baka pure ataupun Ayam Kampung campur dengan Ayam Botak. Alasan kali ini beli anak-anak ayam sebab nak temankan anak-anak angsa tidur malam sama sangkar takdelah sejuk.
Lihatlah kenakalan si Panther bila tukang kebun alihkan anak-anak ayam ini ke dalam sangkar. Nak cuba ambil anak ayam. This is cheating Panther, nak belajar memburu pergilah ke kebun belakang tangkap tupai. Tukang Kebun dah pesan dekat si Tigger teach Panther not to eat live chicken ya suruh buru benda lain. Tigger dok monitor si Panther.
Ahad lepas pula Tukang Kebun borong 6 ekor anak ayam belanda berumur 2 minggu pula, mentang-mentang dapat green light semulakan. Disebabkan ambil banyak seekor RM15.00. Anak ayam belanda ni kalau umur dah sebulan biasanya dijual dengan harga antara RM30~RM40. Anak angsa ni macam cepat membesar je, nanti nak kena pindahkan kongsi sangkar dengan ayam belanda pula. Untuk April ini sahajalah shopping ternakan Tukang Kebun kut. Ini kira 1 batch untuk April 2015 bila dah besar akan kongsi sangkar bersama-sama.
Belanja beli live ternakan untuk Bulan April 10 ekor anak ayam (RM38) dan 6 ekor anak ayam belanda (RM90). Jumlahnya masih murah lagi jika kena beli sepasang anak angsa kelabu. Syukur Alhamdulillah ada rezeki timang anak-anak angsa kelabu bulan ini. Hopefully Momo and Koko hidup bahagia lama di Kebun Bahagia Bersama. Setahun lebih nak bersabar nak dapatkan anak-anak angsa secara pengeraman semulajadi dan nak perhati layan perangai-perangai angsa. Macam berkebun, ternakan ni pun it takes practice nak tambah pengalaman untuk berjaya. Bukan semuanya ada dalam buku. Lebih-lebih lagi kita nak troubleshooting sesuatu yang tak kena, jadi pemerhatian adalah penting. We learn while they are growing (anak/plants/pets).
Hari tu ada Tukang Kebun cerita anak-anak itik Muscovy jadi giler kan (related posting klik sini). Tukang kebun dah troubleshooting dan sekarang ini mereka dah 'docile' normal itik balik. Now in their best behaviour. Terima kasih banyak-banyak kepada Sha di 'Falraisi Growing Garden' kerana bagi bantuan tips untuk Tukang Kebun flashback apa punca utamanya. Punca utama adalah pertukaran diet Itik Muscovy yang Tukang Kebun kenakan membuatkan mereka hyper kerana 'Sugar Rush'. Tukang kebun gave them too much sweet candy.
Walaupun Itik ini membesar dengan cepat nampak sihat tetapi mereka malnourished tak cukup nutrient kerana diet tidak seimbang jadikan mereka giler. Sebelum mereka mula gigit antara satu sama lain tu dalam seminggu tu sebab dedak habis dan nak cut cost down food, tukang kebun hanya bagi makan jagung. Wah cepat membesar because all of that sugar. Ada juga Tukang Kebun letak kelapa, tapi masalah dengan itik depa ni tak pandai makan isi cuma makan tombong sahaja. Kebetulan stok kelapa yang ada ketika itu semua tak de tombong, anak-anak ayam duduk sama sangkar tak de masalah sebab suka patuk-patuk isi kelapa cuma Itik Muscovy ni yang tak pandai nak meratah isi kelapa.
Masalah anak-anak itik Muscovy ini pula bila dibebaskan awal-awal pun tak berapa pandai nak cari makan. Jadi bila tukang kebun ke belakang, jika mereka lapar mesti mengekor Tukang Kebun. So Tukang Kebun tukar diet 50% dedak dan 50% jagung. Lepas dah beberapa hari pandai mula makan daun ini itu. Diorang tak nampak hyper lagi dah. Sekarang ni pun bila potong kelapa, yang tombong besar simpan untuk itik, yang kecik bagi ayam, kena selective. Itik-itik muscovy ini pun dah gemar makan tombong kelapa. Tukang kebun pun ajar makan buah-buahan macam jambu, bila lapar habis juga makan. Anak-anak itik muscovy ini pun dah senyap je tak macam itik telur yang kadangkala memang perangai bising. Tapi anak-anak itik muscovy bila duduk bebas di luar badan jadi susut sikit berbanding bila duduk dalam sangkar. Dah duduk balik dalam kandang baru beberapa hari ni nampak naik badan balik.
3 hari lepas terpaksa Tukang Kebun kurung semula Itik-itik Muscovy ini sebab rupa-rupanya sebelah petang bila Tukang Kebun takde di kebun ada yang datang jenguk itik-itik Muscovy ini. Patutlah seekor-seekor hilang tiap hari bila Tukang Kebun nak simpan semula masuk dalam kandang. Dah mula datang balik rupanya setelah tahu ada free food dalam Kebun Bahagia Bersama ini. Tukang Kebun pun dah agak mesti biawak ada datang ni sebab dengar pagar besi kekadang berbunyi macam ada yang melarikan diri kelam kabut langgar ketika Tukang Kebun ke belakang waktu petang nak ambil sesuatu.
Tukang Kebun hairan kenapa angsa-angsa ni bising dekat belakang pada suatu petang minggu ini, bergegas Tukang Kebun tengok sambil capai parang rasa tak sedap hati ke kebun belakang. Mula-mula tak perasan rupa-rupanya biawak besar macam buaya duduk di bawah pokok ciku dan angsa-angsa berdiri bising mundar mandir dekat belah depannya lagi nak bagi warning dekat kawan-kawan lain be careful ada predator. Mula-mula tengok tu adalah juga rasa takut, hai tapi bila fikir 3 ekor itik muscovy yang hilang dah dibaham tu dengan yang anak-anak itik muscovy lain masih ada bermain di luar geramnya hati.
Dah tak fikir panjang macam Red Indian with a long ponytail angkat parang CHARGE!!! Berlari laju kejar biawak buaya tu sampai dia pun terkejut lari lintang pukang terlanggar tembok belakang beberapa kali nak larikan diri. Never show your fear towards the enemy. Lekas-lekas anak-anak itik Muscovy disuruh masuk kembali ke kandang. Pasti akan datang lagi selagi dia rasa ada makanan di situ setiap hari. Sobsobsob tinggallah 11 ekor je anak itik Muscovy tukang kebun.
Dah agak dah the next day datang jenguk lebih awal pula sampai Tukang Kebun yang terkejut sebab tak perasan masih tengahari buta lagi baru nak masuk rumah. Sambil Tukang Kebun buang bahan-bahan kayu yang dah pruning ke dalam kolam. Tiba-tiba opposite kolam di mana banyak pelepah kelapa layu dikumpul atasnya ada biawak besar lagi dia pun terkejut juga sebab Tukang Kebun tengah baling kayu. Nasib baik terus biawak tu lari without me having any weapon for defense. Hujung minggu je lah kasi keluar anak-anak itik sementara biawak ni kerap datang semula. Bila kena kurung semula anak-anak itik Muscovy ni nampak naik badan semula lebih cepat.
Itulah dugaan Tukang Kebun bela ternakan ni, siang si biawak menunggu, malam pula si musang menunggu. Antara sebab angsa-angsa ni penting ronda-ronda di belakang kebun. 'Momo' & 'Koko' pun dah setiap malam asyik tido dengan adik beradik angkat lain juga bakal jadi security guard di belakang kebun jaga yang lain-lain. Hope you have a gentle heart.
Mulai dari minggu lepas tukang kebun jadi over-stress tengok gelagat itik-itik Muscovy yang baru genap masuk sebulan umurnya hujung minggu lepas. Gambar atas contoh pembesaran itik Muscovy yang baru masuk sebulan umurnya. Anak-anak itik sebenarnya mudah jaga sebab tak mudah demam atau kena serangan penyakit cuma punca utama biasanya kemalangan atau kecederaan yang kritikal sahaja. Ini pengalaman pertama tukang kebun membesarkan jenis itik-itik Muscovy dari baru lahir. Itik-itik muscovy pure ini adalah baka yang asalnya diimport dari France oleh pembekal.
Begitu pesat pembesaran Itik-Itik Muscovy berbanding dengan PETS yang juga lebih kurang sebaya umurnya di dalam Sangkar D (Gambar baby klik sini). Minggu sebelum itu, tukang kebun hairan juga tengok kenapa itik-itik ini menggigit kepak yang sedang nak tumbuh berbulu antara satu sama lain sampai berdarah. Tengah gatal ke rasa kepak sebab nak tumbuh sayap bulu. Gigi itik muscovy ini sakit tau, makin besar makin terasa sakitnya dia menggigit tapak kaki tukang kebun siap kali masuk. Masuk minggu lepas tukang kebun stress tengok kenapa itik-itik Muscovy ini menggigit bukan sahaja di kepak tapi di bahagian bontot sampai berdarah-darah. Makanan tukang kebun perhatikan masih lagi banyak di bekas jadi tidak mungkin mereka kelaparan.
Sampai hari Jumaat lepas, ada seekor itik Muscovy antara yang kecil bontotnya berlubang kena serangan gigitan. Akhirnya 2 ekor itik muscovy mati akibat serangan sesama mereka petang Jumaat. Ayam-ayam pula yang jenis ayam kampung kacuk dan ayam mutiara tidak kena serangan. Cuma Ayam daging ada juga yang menjadi mangsa bontot sampai berlubang. Sebab dah over-stress dan kepala pun dah tepu, agaknya dekat raut muka pun nampak depress semacam je, dearest husband balik kerja malam kata takpe esok pagi dia tolong pergi tengok dulu. Sebab tukang kebun nak mentally prepared nak tengok horrifying scene sesama mereka menggigit-gigit bulu sampai takde dan berdarah sampai lemak pun tercabut nampak daging belah dalam.
Jadi Sabtu pagi mana yang itik Muscovy dan Ayam daging dah cedera parah, dearest husband sorting tumpang dalam Sangkar C yang belum dikemas sempurna sebab kes emergency. Semua bontot kena tuang ubat gamat. Kemudian semua itik Muscovy dearest husband keluarkan dari Sangkar D pindahkan kejap ke Sangkar F belum kemas buat sementara waktu nak tengok gelagat mereka. Memang ada 1~2 ekor memang saiz ketara lebih besar, yang itu kuat betul attack bulu-bulu kawan yang lain. Yang itu terus ditangkap dan dikeluarkan dari sangkar terus dibiarkan bebas. Ingatkan dah okay sekali tengok ada yang lain-lain juga mula menggigit yang lain bila yang besar takde. Dari mereka duduk dalam sangkar susah nak melarikan diri lalu semuanya dikeluarkan bebas macam gambar di bawah buat pertama kalinya sampai angsa pun macam: "Are you sure they are ready for this outside world"? Tukang kebun : "Horrifying ducks eating each other butts!!! What should I do? So you help me look after them too okay." Si angsa pun awal-awal supervise diorang ni tak kasi pergi jalan jauh-jauh, area dekat je nanti dia halau kalau pergi jauh suruh duduk dekat area sangkar. Sampai hari ini so far 2 ekor dah mati sebab cedera parah kena gigit bontot sampai lubang, maka tinggallah 15 ekor yang masih buat perangai sama sehingga hari ini buat sakit kepala, trauma jadinya tukang kebun,
Salah satu gambar contoh how horrifying this juvenile Muscovy duck is when they reached a month old. Ini belum parah lagi tapi tengoklah itik yang dekat belakang tu sebenarnya tengah menggigit bontot yang itik depan. Nampak tak dah ada kesan darah-darah. Ini masih consider cedera mild ada yang lagi teruk. Apa yang mengejutkan lagi bila tukang kebun buat observation minggu ini, itik yang paling parah sampai dah tak de bulu dan lemak di bontot yang kami isolate di Sangkar C bertukar-tukar masuk dengan itik yang cedera lain tiap hari, lepas beberapa hari murung sekarang sihat agaknya, dia pula mula menggigit bontot itik-itik lain walaupun lebih besar darinya. Pening, so apa sebenarnya tak kena dengan diorang ni? Makanan cukup. Dah bebas. Mula-mula ingatkan jantan territorial ke apa, beberapa ekor mungkin jantan. Tapi ini semua perangai macam ini. Masa kecik nampak cute je, now causing terror in our kebun. Help please.
Sabtu lepas sambil kami buat pemerhatian dekat itik-itik muscovy ini, tukang kebun baru teringat ada 2 minggu pokok pisang tumbang tapi tak teralih-alihkan lagi. Ingat nak kemas frontyard rancangannya Sabtu lepas. Tiba-tiba niat di hati berubah pula, jadi projek mengalih-alihkan pokok-pokok pisang yang ada possibility nak tumbang jika ribut kalau pokoknya yang jenis terapung atas tanah akarnya tak mencengkam tanah seperti dalam gambar di bawah. Kena gali lubang dalam-dalam masukkan bahagian berakar dalam tanah untuk mengelakkan tumbang.
Biasanya kita alih-alihkan anak-anak pokok pisang, kami pula buat projek pindahkan pokok-pokok pisang yang dah tinggi. Kalau dulu pasti dearest hubby kata mana boleh pindah pokok-pokok yang dah besar nanti mati. Tapi Sabtu lepas tukang kebun dah standby bukti boleh sebab dah agak mesti dia kata tak boleh. Tidak lagi bila tukang kebun dah buktikan yang pokok pisang kapal dah nampak matang, tukang kebun alih dan pindahkan semula bila ia tumbang February lalu (related posting klik sini), sekarang dah keluar jantung pisang dan nampak nak ada peluang berbuah seperti gambar di bawah sebagai bukti tukang kebun.
Pada awal masa tukang kebun pindahkan pokok pisang kapal memang lepas tu daunnya semua jadi layu, lalu dipangkas yang dah kering. Kemudian sekarang ini dah mula keluar daun hijau baru dan siap dah keluar jantung pisang lagi. Yang nak buat renovation, kalau tempat tu ada pokok-pokok pisang dah besar teragak-agak, boleh je gali keluar pindahkan ke tempat-tempat lain. Gardeners yang nak kemas kebun nak buat layout baru pun boleh je pindahkan pokok-pokok pisang dari ditebang begitu sahaja dibiarkan mati pun sayang juga. If not buatlah guerilla gardening, pinjam je kawasan perumahan mana yang kosong, kalau dah tinggi takkan kontraktor bandaran tak kenal pokok pisang nak potong kut. Kalau dah besar pokoknya tak lama dah menunggu berbuah berbanding nak mencari anak-anak pokok pisang baru ditanam semula. Pokok yang ditanam pun akan menghasilkan anak-anak pokok baru di sebelahnya.
Sebagai contoh, dah besar memanjang pun antara pokok-pokok pisang yang dipindahkan seperti gambar di atas ada 4 pokok dipindahkan di sini Sabtu lepas (instant kebun/tree). Antara barisan pokok pisang ini, dearest hubby selitkan keratan-keratan ubi kayu. Rumpai-rumpai tu biasalah cepat tinggi musim hujan ni. Rasanya ada juga 20 pokok pisang kami pindahkan pada hari Sabtu lepas.
Sambil-sambil pindahkan pokok pisang baru perasan ada betik dah kena tebuk. Cepat-cepatlah tuai lama tak dapat makan betik sebab kongsi rezeki dengan mahkluk Allah lain. Lama tak makan betik untuk dinner, pagi esok lawas betul perut ini asyik menggelora je kasi cuci.