No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 6 Februari 2014

Chinese New Year Celebration Best Gift

 Angpau tak ternilai diterima Kebun Bahagia Bersama pada minggu pertama Tahun Baru Cina tahun kuda ini, dengan kelahiran member baru di KBB. Hasil dari kejutan hadiah yang diterima pada Tahun Baru Kristian yang baru lepas. Gambar di atas adalah hubungan ibu dan anak yang akrab baru mereka bertemu kira-kira 2~3 hari lepas. Ayam betina ini mengeram di bekas reban bersebelahan petak No. 1 di KBB. Kelmarin tukang kebun menebas-nebas sedikit dahan pokok cotton di petak No. 2, bila dah rasa malas yang dahan tinggi-tinggi ingat nak minta my superhero buat later hehehe...ingat nak petik roselle di petak No. 1. Terkejut tukang kebun tengok kelibat kuning bersebelahan ibu ayam yang mengeram tu. Cepat-cepat anaknya sorok ke bawah bulu-bulu gebu ibunya, again I thought my eyes were playing tricks again. 
 Alahai, pemalu sungguh anak si ibu ayam tu susah nak tengok dia keluar bila dia ingat tukang kebun ada berhampiran. Terpaksa tukar mode ambil gambar paparazi sekejap dari jauh. Gambar pertamanya di atas sebagai kenangan mungkin berusia 0~2 hari. Memandangkan cuaca sekarang panas, tukang kebun bawakan bekalan air dan makanan untuk ibunya pun dia malu-malu sorok bawah ibunya. 
 Lalu tukang kebun ambil kesempatan untuk check betul ke sangkaan tukang kebun species anak yang mana satu keluar dulu ni? Ya Allah yang Maha Pencipta, cepatnya sungguh telur angsa menetas mendahului telur itik-itik yang lain, rasanya baru sebulan sahaja dari telur keluar dari ibu asal. Nampaknya ada satu telur itik dah terbuka kulit tapi nampak tak menjadi. Hati ni serba-salah nak tolong alihkan telur yang ada mayat tu atau tidak. Tapi dari pembacaan research dahulu, ayam akan makan telurnya sendiri yang tak menjadi kerana ianya mempunyai sumber protein untuk dirinya dan mengelakkan pembaziran tenaga di kala ianya sedang proses mengeram. Keesokkan harinya bila tukang kebun check dah takde telur fetus yang tak menjadi tersebut. 
 Sebenarnya ramai ahli KBB tak put faith yang telur-telur angsa yang tukang kebun bagi ke Si ibu ayam ini akan menjadi sebab konon-kononnya dengar orang kata telur angsa akan mengambil masa terlampau lama untuk menetas berbanding dengan telur ayam dan itik. Tapi tukang kebun tekad ambil peluang rare chance ini (don't care, seeing is believing, tak cuba sendiri tak tahu sendiri), sebab ini kali pertama angsa-angsa batch yang ada sekarang bertelur (merata-merata) dan tukang kebun pun tak pasti ada proses mengawan atau tidak, tak pernah ada tayangan free pula. Itik-itik tu dah biasa nampak adegan tersebut tapi tidak angsa. Sedangkan owner KBB pun tak pasti ada jantan atau betina antara 3 angsa-angsa yang masih ada di KBB. Di KBB tiada ayam jantan, cuma tinggal 2 ekor ayam betina selepas musang mengganas. Kebetulan ibu ayam ini baru mula bertelur dan nampak dia nak mengeram telurnya sendiri, jadi tukang kebun ambil kesempatan kutip telur angsa dan itik yang merata-rata tu selit dekat bawah punggung dialah. Telur ayam tu tukang kebun ambil sebab takkan menjadi anak. Syukur Alhamdulillah tidak disangka ada rezeki nak timang anak angsa. Big boss pun excited, dia kata break record KBB kelahiran pertama anak angsa di sini selama ni terpaksa beli anak-anak angsa. Big boss pun teringin juga nak anak-anak angsa untuk kebun dia di Kiulu, dah husha harga agaknya katanya mahal jangan main seekor je RM180 dekat tamu. Ayah mertua pun lama teringin nak bela angsa di Terengganu katanya seekor pun dah lebih RM100. Tak disangka bagaikan bulan jatuh ke riba, he/she is no ugly duckling but a gorgeous gosling. So cute, love at first sight. Lepas recover from shock di kebun tengok anak angsa, pada mulanya ingat hallucination ke apa, harap-harapnya jiran tetangga tak ingat tukang kebun went crazy again terbahak-bahak di Petak No. 1 tengahari buta OMG OMG OMG.
  Ibu ayam tu macam muka bengang je banyak benar menyibuk ambil gambar. Febbie bagi nama Febbie malas nak fikir sempena lahir bulan Febuari dan senang sikit nak ganding dengan Abby bakal kawan baik. Ada telur angsa lagi satu belum menetas moga ada rezeki dan kawan baik Febbie membesar bersama-sama. Walaupun anak si ibu ayam begitu beza dengan fizikal dirinya, kasih sayangnya tetap sama tak mengenal rupa. Bila Febbie besar bagaikan juara, si ibu ayam inilah hanya ibunya yang seorang sahaja. Semalam Febbie dah tak malu-malu lagi dengan tukang kebun sebab panik dibuatnya tukang kebun sebelum nak ambil Ilhan, tengah buang kompos di backyard tiba-tiba dengar Febbie menangis-nangis dah terpisah dengan ibunya. Puas tukang kebun cari Febbie, heart attack rasa takut kena buli dengan yang pet lain-lain sebab mereka tak kenal Febbie lagi, Febbie dah berpusing-pusing bawah pokok asam jawa. Jauhnya Febbie sesat nasib terjumpa terpaksalah pegang fluffy Febbie bawa balik ke ibunya. Terpaksa tutup kandang sementara waktu Febbie membesar supaya tak sesat. Ibu Febbie lapar agaknya cari makanan semalam tapi Febbie tertinggal. 
 Walaupun ibu ayam Febbie tak pandai berenang, Febbie sudah mengikut nalurinya sendiri testing berenang dalam bekas air sambil ibunya minum air. Nun jauh di background mungkin ibu sebenar Febbie dah jenguk-jenguk tengok Febbie. Tak pe banyak je uncle dan auntie di KBB boleh tolong ajar Febbie berenang walaupun ibu ayam Febbie tak pandai. Cepat-cepatlah Febbie besar bagai juara dapat jadi bodyguard ibu Febbie dari serangan musang.
 Lantern-lantern buah markisa pun banyak berjuntai dari kanopi pokok mangga menyambut Tahun Baru Cina, bilalah nak tukar warna ranum. Pokok-pokok markisa di KBB sekarang tak perlu sediakan pancang mereka menjalar sendiri atas pokok mangga, pokok bidara, pokok kemboja, pokok belimbing buloh pandai-pandai sendiri.

9 ulasan:

sud@is berkata...

Febbie boleh tolong jaga adik adik angkat sekali...membalas jasa
cute nya

muka petak petak berkata...

Subhanallah...tahniah..mesti rasa mcm dpt ank sendri..hehe...teringat saya cerita kartun dinasour yg sorang adik nye jenis lain, n xle terbang..heheh...

Sean L berkata...

Comelnya anak angsa dgn ibu ayam! The surrogate mother looks happy & proud of her duckling. The reverse surrogate i.e. mother goose with chicken egg is usually bad because the mother will bring the chick to swim!

gina marna berkata...

Mcm baca cerita dongeng plak...sooo cute :)

Lynna Ghani berkata...

comelnya Febbie...:)

Awin berkata...

dok bayangkan Diana keadaan diana di petak 1 masa jumpa febbie

amazze berkata...

Tahun Kuda sudah datang,
Tukang kebun dicabar pantang,
Mengeram telur angsa oleh ibu ayam behari malam panjang,
Anak angsa lama ditunggu juga datang,
Semoga rezeki tukang kebun berpanjang,
Peluh, usaha dan azam sinar menjadi bintang.

Farah berkata...

Subhanallah sangat indah gambar ni... anak angsa dijaga ibu ayam. comel anak angsa tu berenang dlm mangkuk minuman ibunya...sedangkan ibunya pun tak pandai berenang, siap ibu sebenar memerhati dari jauh...nice pic!!

TukangKebun berkata...

Sudais ~ Febbie sekarang dah pandai mengajak penguin berjalan-jalan dah.

Muka petak petak ~ Hehehe...macam timang anak sendiri betul-betul, rajin sikit nak pergi belakang panas-panas ni nak check ada air ke tidak. Si Penguin suka pula berenang-renang dalam pot minum tu. Macam pernah tengok cite kartun dinasour tu gak.

Sean ~ Reverse surrogate mother will be bad macam manalah nak bawa anak ayam swimming. Febbie and the duckling naturally pandai berenang sendiri.

Gina ~ Kasi fresh mata sat baca cite dongeng di KBB sambil buat kerja.

Lynna ~ Febbie tu dah manja sangat.

Awin ~ Huhuhuh memang seronok sakan.

Amazze ~ Wah panjangnya syair untuk tukang kebun. Terima kasih ;) .

Farah ~ Cuba-cuba juga belakang pagar ambil gambar kenangan.