Minggu lepas pada musim kemarau ini ada hujan membasahi KBB sekali (ingat sudah over kemarau, tertipu tukang kebun), buah-buah markisa yang tinggi banyak di atas pokok tak tercapai tu yang sudah ranum dengan pertolongan hujan maka gugurlah dia bersama kuasa gravity. Antara tuaian markisa tersebut adalah seperti di dalam bakul atas. Walaupun mereka adalah sama baka dan telah ranum, tapi rona kemerahan pelbagai. Salah satu faktor utama adalah penerimaan cahaya matahari tersebut mengakibatkan saiz dan rona warna menjadi beza. Kesemuanya sudah ranum bila tukang kebun potong-potong check nak buat jus kecuali yang hijau sebiji tu tukang kebun tak pasti masih dibiarkan dalam basket tengok apa terjadi.
Musim kemarau ni kalau buah markisa yang sedang membesar terdedah dengan cahaya matahari terik terutamanya pada waktu petang, maka tak hairanlah bila bulat gemok tiba-tiba jadi mengecut buahnya. Dari tahun lepas hingga sekarang, tukang kebun perhatikan kalau ada jangka masa cuaca panas dan kering buah markisa yang terdedah kepada cahaya terik berhari-hari berterusan menyebabkan buah yang gemuk jadi mengecut. Walaupun disiram banyak air masih mengecut buahnya,kecuali pada musim kemarau ini diberi perlindungan dari cahaya terik si matahari terutamanya pada sebelah petang. Tambahan pula, bila buahnya disengat lebih cepat buahnya mengecut disebabkan kehilangan moisture yang lebih pantas berbanding dengan yang tidak disengat.
Walaupun buah disengat tapi buah markisa mempunyai daya upaya sendiri untuk mengubati lukanya. Cuba belek-belek buah markisa kekadang nampak kesan ditebuk tapi dah tertutup lubang tersebut. Kulit buah markisa juga tebal, jika cuaca biasa-biasa bukan musim kemarau biasanya dengan sistem pemulihan rawatan sendiri pada lubang sengatan, buah markisa upaya ada daya kuasa 'rejuvenate' pembentukan kulit baru sebelum moisture di dalam hilang mengakibatkannya mengecut. Mungkin boleh dibuat markisa sebagai sample kajian di makmal untuk menambahkan pengetahuan bagaimana proses kulit isi baru 'rejuvenation' ini terbentuk untuk cosmetics industry ataupun pharmaceutical. Manalah tahu lepas ni kulit markisa pula mempunyai nilai yang tinggi dari isinya (hehehe...ada lab nak ambil tukang kebun jadi researcher tak?). Bila dah tanam secara organik, kalau buah tu berlubang kena sengat tu perkara biasalah. Tapi selalunya kalau cuaca biasa-biasa kurang sikit kena sengat sebab kemarau ni mereka mencari minum atau tempat berteduh sebab duduk dalam buah macam gua sejuk sikit. Bila belek-belek buah itu yang tukang kebun perasan kadangkala sudah ditebuk banyak kali tapi lubangnya sudah heal dengan sendiri tertutup dan isi buah pun masih elok boleh dipakai. Buah markisa sebenarnya setelah jatuh atau dituai dari pokok akan mengecut buahnya dan bertambah manis (More shrivel, much sweeter). Kalau tak cukup buahnya nak pakai dan nak tuai sendiri, nak agak-agak yang dah ranum bila dipusing tangkai buah akan mudah terputus tanpa menggunakan banyak tenaga macam eh jatuh kat tangan je. Kalau ditarik-ditarik tak putus sendiri mungkin belum penuh masak pakailah gunting. Buah markisa boleh juga dituai separuh masak kalau nak peram tapi potong buah dari tangkai jarak 5 cm.
Antara tuaian di KBB minggu ini yang utamanya adalah buah markisa, lemon, papaya, roselle, belimbing buloh (antara kebarangkalian goodies untuk minggu ini ataupun minggu depan tengok rezeki) yang dapat dinikmati oleh kami di musim masih kemarau ini. Kadar penerimaan cahaya memberikan kesan ke atas saiz buah markisa yang pelbagai di KBB.Rasa-rasanya saiz buah markisa yang paling besar kami tuai di lokasi bagaimana ya? Lain musim lain resultnya di lokasi berbeza. Saiz buah markisa pada musim kemarau ini sebenarnya yang gemok-gemok dari lokasi yang kurang mendapat cahaya matahari yang direct agak terlindung dari sinaran terik terutamanya pada sebelah petang. Ada tukang kebun tunjukkan salah satu lokasi pada Tahun Baru Cina dahulu ialah pokok markisa yang tumbuh bersebelahan dengan pokok mangga yang dijadikan tempat bergantung (gambar klik sini). Cahaya matahari secara direct sebenarnya tak kena sebelah pokok mangga yang menghadap sebelah sini, tapi buahnya pun bukanlah dalam full shade masih kawasannya cerah jadi buah-buah markisa masih dapat membesar dengan baik. Kesimpulannya pada musim kemarau ini, tak perlu buah-buah markisa nak membesar kena sinaran direct dari Si matahari asalkan kawasannya masih cerah. Kalau sinaran pagi tiada masalah musim kemarau ini cuma sebelah petang masa dah terik memang boleh effect pembesaran buah-buah markisa. Masa musim biasa-biasa ada hujan, buah markisa in full sun boleh tahan production. Musim kemarau ni, buah betik tak boleh tunggu masak penuh, ada je dah santap dulu. Kalau dah lebih separuh buahnya oren nak kena ambil untuk Abby yang gemar sangat makan betik.
Kalau mood tak rajin macam tukang kebun, boleh je buat pokok-pokok lain jadi tempat Si Markisa memanjat. Si Markisa ni tak perlu nak latih-latih memanjat, sangat cekap mencari tempat untuk bergayut. Satu pokok markisa yang tukang kebun tanam bersebelahan pokok kemboja boleh je sesuai hidup bersama. Pokok-pokok markisa di Kebun Bahagia Bersama semuanya tumbuh dari benih, jadi mereka adalah lebih lasak dan tanpa siraman setelah matang boleh hidup bahagia. Pokok markisa akarnya tak dalam jadi kalau tut takut ianya pada musim kemarau ni akarnya tak berapa pandai nak menjalar jauh ke dalam tanah, tak balance sebab lebih kepada nak berbuah tuning pokok tut tersebut. Lagipun tiada banyak perbezaan mula musim berbuah berbanding dari yang tut dan semaian biji benih hanya beberapa minggu. Tambahan pula pokoknya bukan jenis berbatang kayu besar sesuai untuk ditanam dalam pot dan dengan biji benih jika semua keperluan mencukupi dalam 7~8 bulan dah mula berbuah.
~ Anak Pokok Markisa ~
1 pot RM8.00 .
5 ulasan:
tak sabar nk tunggu ranum markisa baka dr KBB..ada 4 biji tgh membesar
InsyaAllah Nadia. Buahnya ambil masa juga nak ranum.
Masih ada biji benih markisa ni?saya ingin tanam..ubahmarimar@rocketmail.com
Masih ada biji benih markisa ni?saya ingin tanam dari biji
Salam Bahagia Madelin Ubah,
Untuk masa sekarang, kami hanya bekalkan anak pokok markisa. Jika berminat boleh email (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan