No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 7 Februari 2014

Asparagus Seedlings

 Musim-musim kemarau ni tukang kebun selalu perhatikan yang sebenarnya pokok-pokok asparagus yang dah membesar adalah sebenarnya tanaman yang drought-tolerant. 2~3 hari tak siram pun masih segar berbanding dengan tanaman lain. Lebih-lebih lagi kalau akar 'Crown' dalam tanah tu dah banyak dan gemuk. Asparagus bahagian yang penting nak jaga sebenarnya ialah akarnya sebab di situlah punca-punca bahagian 'tombak' yang kita nak tuai dan makan tu muncul. Daunnya serabut ke apa kat atas tu tak pe . Asparagus juga boleh hidup dalam lokasi partial shade. Bulan Disember lepas, tukang kebun semai biji benih Asparagus jenis Mary Washington yang sama batch dengan yang dibekalkan sekarang di Kebun Bahagia Bersama, peratus percambahannya lebih kurang 70% without any special treatment. Condition: Lokasi percambahan bawah kanopi pokok durian , partial shade dan tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama sendiri; Loose soil dan ke arah berpasir tanahnya; Air- Rezeki Rain Water. Syukur Alhamdulillah bulan Disember banyak rezeki hujan, sekarang masuk musim kemarau Febuari anak pokok asparagus dah makin gagah walaupun hampir tak dihiraukan (toughen them up). Untuk pokok asparagus cuba jangan siram tiap hari, tapi selang satu hari untuk latih akarnya jika di lokasi partial shade (kenapa? bila ada masa akan dibicarakan minggu ni sibuk timang cucu-cucu). Memandangkan ada anak-anak pokok asparagus yang dapat dikongsikan bulan ini (selagi stok masih ada dan selagi tukang kebun tiada masa nak pindahkan ke permanent location) untuk gardeners yang struggle grow asparagus dari seeds sowing bagi peluang buat short-cut.

~ Mary Washington Asparagus Seedlings (D.O.B = Disember 2013) ~

1 pokok (RM10) + kos penghantaran (RM10) = RM20.

OR

3 pokok (RM27) + kos penghantaran (RM13) = RM 40.

~ Mary Washington Asparagus Seeds ~

Approximately 20 seeds per-packet RM3.00

 Semalam menyambut kelahiran adik si Febbie pula yang amatlah ketara sangat saiznya berbanding dengan Fluffy Febbie. Nampak macam penguin pula anak itik ber-ibu ayam. Nak panggil Peggy ke Penguin yang ini? Dari belang muka si Peggy/Penguin ni boleh agak mana satu biological parent dia di KBB.

9 ulasan:

Bangchik and Kakdah berkata...

oh... good looking little ducklings... :)

Farah berkata...

Alalaa...cute-miutnya budak 2 orang...adik-beradik lain mak ayah, tapi seibu angkat...

Ratu berkata...

naaakkkkkk tukang kebun..nak 3pokok..baru nak beli biji benih..dah tukang kebun ofer pokok lagi bagus!

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah rezeki sempena masuk tahun kuda Bangchik dan Kakdah.

Farah, hehehe cute-mute kan, dalam sehari entah berapa kali check on them...macam godmother pulak. Sekarang ni greedy pula tak sabar nak tengok telur lain menetas.

Ratu ~ Boleh tukang kebun ada simpankan.

Tanpa Nama berkata...

Pls reserve 3 plants for me. Angel 😊

TukangKebun berkata...

Reserved for you Angel.

nurrul berkata...

Tukang kebun,ada lg x..klu ada extra sy nk 3 pokok..please..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nurrul,

Minta maaf stok sudah habis.
InsyaAllah kalau ada rezeki akan kami cuba bekalkan lagi.
Biji benihnya masih ada jika nak cuba .

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nurrul,

Minta maaf stok sudah habis.
InsyaAllah kalau ada rezeki akan kami cuba bekalkan lagi.
Biji benihnya masih ada jika nak cuba .