Semasa mencari rancangan kanak-kanak yang berhubungkait dengan mengenali organ struktur tanaman, tukang kebun terserempak dengan video clip pendek ni. Tukang kebun tertarik dengan kata-kata Otai dalam memelihara species-species tumbuhan native di Hawaii. Seperti yang Otai tu berkata bila kita mendengar sesuatu tumbuhan tu ada potensi untuk merawat AIDS atau pun cancer maka initiative dibuat untuk memelihara tumbuhan tersebut. Manakala terdapat banyak lagi tumbuhan yang belum dikaji dan ada kebarangkalian mereka akan pupus begitu sahaja jika tidak diperlihara. Banyak lagi tumbuhan yang belum dikaji secara terperinci mungkin ada penawar yang lebih mujarab, selamat dipergunakan dan lebih sesuai. Tukang kebun pun bahagia dengan pokok-pokok yang ada di Kebun Bahagia Bersama tidak mengira apakah fungsi masing-masing, mereka adalah bagaikan keluarga sama-sama bertambah usia memerhatikan kami menguruskan kerja seharian.
Salah satu tanaman yang bernasib baik tidak pupus kerana popularity makin naik ialah pokok mahkota dewa, ramai yang ingin menjadinya sebagai koleksi di kebun. Anehnya, pokok ini di kawasan asalnya, penduduk di sana tidak makan buah ini ataupun menggunakannya sebagai ubatan tradisional. Orang luar yang mencuba kebolehan buah mahkota dewa di mana di kawasan asalnya hanyalah sebagai pokok hiasan. Buahnya yang merah menyala-nyala seperti memanggil untuk dipetik tapi awas buahnya beracun. Makhluk dalam Kebun Bahagia Bersama yang suka mencuba pelbagai jenis buah pun tak sentuh buah ini dibiarkan sahaja. Untuk orang yang mengandung elak dari mengambil hasil proses buah mahkota dewa dalam apa bentuk. Memandangkan banyak sumber telah menulis manfaatnya tukang kebun tak sentuh topik tersebut cuma nak rekodkan pemerhatian.
Pokok mahkota dewa tukang kebun perhatikan sentiasa ada kerengga bertapak di situ semasa berbunga dan berbuah. Sama juga dengan pokok lemon yang tidak putus-putus buah sepanjang tahun. Kebiasaannya pokok yang rajin berbunga dan berbuah kerengga rajin menapak di situ. Walaupun bagi kita macam ngeri je tengok kerengga berkerumun, tapi sebenarnya tetamu ini memberikan rezeki kepada kita. Biarkanlah dia,kedatangan mereka kekadang memberikan kejutan yang baik untuk kita. Pokok buah mahkota dewa ni tak pernah tukang kebun siram tapi masih hidup bahagia tak berhenti-henti menghasilkan buah di partial shade. Tengoklah berkerumun si kerengga.
Semasa ketiadaan big boss, buah mahkota dewa yang masak-masak tidak dimanfaatkan oleh team members Kebun Bahagia Bersama yang lain. Jika ada yang ingin tukang kebun sertakan buah-buah mahkota dewa yang dah ranum dalam pack goodies Pasar Online Kebun Bahagia Bersama bolehlah merisik.
Tukang kebun nak ucapkan terima kasih dekat adik Azwan dari Ipoh sanggup singgah di Kebun Bahagia Bersama borang kelapa tua untuk santan. Mula-mula tukang kebun terkejut juga tiba-tiba dearest hubby beritahu ada orang nak datang rumah nak beli kelapa tua. Kalau urusan kelapa tua biasanya dearest hubby yang uruskan, dia pun terpinga-pinga mula-mulanya sebab tiba-tiba ada permintaan kelapa tua. Memandangkan hubby masih berada di luar kawasan rumah terpaksalah tukang kebun kumpul-kumpul dulu yang dah berguguran check yang masih boleh digunakan dan kumpulkan ke satu tempat dulu sambil-sambil kemaskan area bawah pokok kelapa. Syukur Alhamdulillah dapatlah capai target no. permintaan Adik Azwan. Tukang kebun kagum adik Azwan masih muda-muda generation Y ni dah ada azam nak buka kedai bekal santan sendiri di kawasan kediamannya. Adik Azwan sekarang mencari pembekal kelapa untuk santan, jika ada sesiapa yang boleh bekalkan kelapa di sekitar kawasan Ipoh bolehlah contact adik Azwan (azwanbiz91@gmail.com). Kebun Bahagia Bersama mendoakan supaya perniagaan adik Azwan berjaya berkat usaha gigih.
5 ulasan:
betul kalau ada kerengga..bkn takat berimbun-rimbun buah...malah rasa buah pun lazat tak terkata manisnya..seperti jambu air atau mangga
masa kat kampung dulu pokok jambu air depan rumah memang banyak sangat kerengga dia. nak petik pun susah..tp buahnya kemain manis
Nadia ~ Mangga dan jambu air memang favourite si kerengga begitu juga species pokok-pokok tersebut di KBB. Tambahan pula di lokasi yang redup sikit rajinlah mereka buat sarang.
Bunga Tulip ~ Ya banyak kerengga susah nak kutip buahnya tapi memang manis-manis buah jambu air tu kan.
Masalah pokok sudah 7-8 tahun..dah besar..tapi daunnya saja
lebat..bunga ada,buah tiada..tak jadi buah langsung..kenapa yaa...
Pokok rambutan sudah tua usia 7-8tahun..tapi masih x berbuah.berbunga tapi tak ada buah...mohon penjelasan...
Catat Ulasan