No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 19 Februari 2014

Peruvian GroundCherry (Physalis peruviana)

 Pada mulanya tukang kebun walaupun lalu-lalang dan ambik stok anak-anak pokok untuk shipment berdekatan di mana pokok Peruvian GroundCherry (Physalis peruviana) tumbuh tanpa sedari rupa-rupanya pokok tersebut dah bertambah besar kembali dan berbunga. Rasanya pokok Peruvian GroundCherry ni bangun semula semasa cuaca nyaman sekejap di Lembah Klang January lepas. Pokok Peruvian GroundCherry ini disemai pada Disember 2012  dan kalau tak silap ini kali kedua ianya berbuah dan pada bulan yang sama juga. Pokok Peruvian Groundcherry seperti pokok markisa adalah pokok yang dikategorikan sebagai short perenniel jadi boleh hidup sekurang-kurangnya 3 tahun. 
 Memandangkan popularitynya belum setanding pokok buah strawberry, tetapi rasanya yang dah ranum pun manis juga. Boleh buat asam sambal belacan lagi yang hampir masak masam manis jadi substitute untuk buah tomato. Cuma untuk berkongsi sahaja, supaya tidak tersilap pokok Peruvian Groundcherry ataupun dikenali dengan Cape Gooseberry (Physalis peruviana) dengan pokok tomatillo (Physalis philadelphica). Mereka adalah spesis yang berlainan tapi duduk dalam genus Physalis yang sama. Ternampak ramai yang tersilap (tukang kebun pun takut menegur nanti kecil hati) tapi dalam hati rasa tak eloklah kalau tak kongsi pengetahuan biar sama-sama berkembang, tersilap mana satu dengan cape gooseberry dan tomatillo bukan sahaja yang menanam, tapi pembekal yang menjual bibit pun selalu tersilap gunakan gambar tunjuk tomatillo tapi bagi nama lain dan vice versa. Salah satu yang boleh diperhatikan ialah bentuk daun kedua-dua jenis tanaman tersebut adalah berlainan. Daun pokok Peruvian GroundCherry bila dipegang rasa berbulu sedikit. Pokok Cape Gooseberry meninggi macam pokok tomato jenis menjalar, boleh nak sediakan pancang nanti meniarap batang-batangnya atas tanah.
 Pokok cape gooseberry yang digambarkan kali ini ditanam dalam pasu kena full sun dikelilingi tapak semaian kecil KBB. Dah sekarang ni makin ianya berpesta menjalar sini sana, tukang kebun biarkan sahaja ia menghimpap atas pokok-pokok dekat tapak semaian kasi buat ala-ala kanopi teduhkan pokok-pokok lain. Itu yang tak perasan dia dah berbuah, bila nak pilih-pilih pokok baru perasan. Ini generasi kedua biji benihnya dikumpul di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah dapatlah merasa fresh strawberry dan Peruvian GroundCherry dari kebun di lokasi tanah rendah Klang Valley ini dalam bulan ini.
 Antara jenis tuaian rezeki dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini yang diperolehi. Buah markisa tergolek-golek banyak di tanah sekarang, masak sendiri kalau tidak dikutip hero-hero berdua tu buat baling-baling ke atas pokok macam bola bila ingat mama-nya tak nampak. Yang mengejutkan tukang kebun, radish heirloom white icicle yang disemai bulan January pada musim kemarau hanya mampu disiram seminggu sekali ada menghasilkan juga akar untuk dituai. Radish white icicle jenis tahan musim kemarau setelah diuji kebolehannya.
 Minggu ini masuk biji benih baru dalam list, sayur turnip Jepun yang akarnya jenis memanjang, bahagian atas satu pertiga warna merah dan akar yang lain berwarna putih. Nama turnip tersebut ialah Hinonakabu (日野菜蕪) dan jenis turnip yang sesuai untuk cuaca panas (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek untuk RM1.00). Beetroot, Carrot, Radish, Turnip jenis akar cylinder yang memanjang adalah lebih mudah sesuai ditanam di kala cuaca panas dan kekurangan air untuk gardeners yang tidak dapat beri komitmen beri siraman air setiap hari.

 Masih dituai-tuai lagi biji benihnya, jadi tukang kebun tak pasti berapa ramai yang nak cuba menanam. Tukang kebun minat masuk dalam mulut je. Ada tukang kebun email gardeners yang ada tinggalkan pesanan di kotak komen dahulu (kalau minggu depan tiada jawapan bolehlah tukang kebun offer pada gardeners yang lain).

~ Pre-Order Fresh Peruvian GroundCherry (Physalis peruviana) Seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard ~
Approximate 30 seeds per-packet for RM3.00.

Untuk pre-order kalau boleh tinggalkan di kotak komen ya (jangan lupa email) supaya mudah tukang kebun nak follow reservation yang mana satu dahulu.

14 ulasan:

sud@is berkata...

truja tengok tanaman disini....markisa, strawberry dan.....

Normala Saad berkata...

kak tertarik dengan tomatillo ni. Confused juga sebab kat tepi2 rumah ni selalu tumbuh sendiri pokok yang seakan, tapi kak panggil letup kelambu.Agaknya serupa tapi tak sama kut...

Tanpa Nama berkata...

salam, saya nak 1 pek cape gooseberry. afiqahliyana90@yahoo.com

azim berkata...

salam kak, saya nak book 2 pek. aimc_86@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

kakak..saya nak book terung susu kambing. -haslinda

TukangKebun berkata...

Syukur alhamdulillah panas-panas ni ada juga benda nak dituai Sudais.

TukangKebun berkata...

Yang tu struktur daunnya sama dengan tomatillo. Musim hujan pun banyak tumbuh merata panggil letup2 ke ketup2 take ingat pula kalau di sini Kak Mala. Yang ni bukantomatillo tapi Cape gooseberry.

TukangKebun berkata...

Salam Afiqah dah email ya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Azim.
InsyaAllah minggu depan kami email sudah ads bahagian Azim.

TukangKebun berkata...

Ada kami ingat pesanan nota Haslinda. InsyaAllah dalam seminggu 2 Ada.

Ratu berkata...

tukang kebun saya nak 2pack ye...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ratu, InsyaAllah ada rezeki lebih tukang kebun simpankan. Tadi beberapa ketul dah selamat masuk mulut.

Mimi berkata...

Salam. Sy nak order benih cape gooseberry. Email: akmarhassan@yahoo.com

Wassap: 0173080355.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mimi,

Benih cape gooseberry tiada stock sekarang.