Lama sudah tukang kebun tanam bawang gladioli jenis Gladiolus dalenii ini, kalau tak silap awal bulan Ogos tahun lepas sehingga memang tak teringat lagi yang sebenarnya tukang kebun ada tanam (completely wipe out from TK memory). Sebenarnya banyak distraction or benda yang exciting discovered each week dalam Kebun Bahagia Bersama jadi boleh lupa yang tangan sendiri ada tanam very rare precious bawang gladioli yang even tukang kebun kena pujuk gardener tersebut pos ke Malaysia sudah dah lama mengidam dari rare speciality bulb from home nursery garden. Kebiasaannya bawang-bawang gladiolus yang ditawarkan secara komersial sekarang adalah gladiolus hybrid yang telah cross breed dengan nenekmoyang mereka seperti moyang Gladiolus dalenii. Gladiolus dalenii berasal dari benua Afrika dan antara nenekmoyang untuk cultivate gladioli yang dijual secara komersial sekarang. Gladiolus dalenii juga dikenali dengan nama Parrot Lily. Walaupun tumbuh secara liar di tempat asalnya, ia juga ditanam secara kecil-kecilan oleh penduduk sana kerana ada nilai sebagai perubatan tradisional. Keluarga gladiolus terkenal sebagai tumbuhan bunga untuk hiasan (ornamental), tapi Gladiolus dalenii adalah antara species sebilangan kecil dalam keluarga gladiolus mempunyai nilai perubatan dan bawangnya juga boleh dimakan. Orang selalu laporkan babi hutan suka makan bawang Gladiolus dalenii. Mengikut beberapa sumber, Gladiolus dalenii dikatakan dapat membantu merawat sembelit, malah juga menjadi penawar untuk gigitan ular. Penggunaannya juga ada direkod untuk merawat cirit-birit dan demam selsema (Watt & Breyer-Brandwijk 1962, Jacot-Guillarmod, 1971). Dalam sumber yang boleh didapati dari Pubmed secara lab study, ada kandungan unsur dalam Gladiolus dalenii boleh dijadikan anti-depressant (Ngoupaye et al 2013). Kalau yang rajin, daunnya yang kering tu bolehlah buat tali, bolehlah manfaatkan keseluruhan pokoknya.
Alkisah berbulan-bulan bawang Gladiolus dalenii duduk tidor dalam Kebun Bahagia Bersama, bila dia bangun pun tukang kebun pada mulanya tak sedar (lupa tanam kat mana), ingatkan jenis-jenis gladiolus yang buat hiasan sahaja yang bangun dari tidor. Yang ketaranya hampir serentak Gladiolus dalenii di sebelah parking kereta tinggi bangun dari tido pada bulan November 2013 (tanam bulan Ogos 2013). Cuma tukang kebun mula-mula macam tertanya-tanya bila ada kemunculan tangkai-tangkai bunga pada pokok yang sama. Biasanya gladiolus yang biasa tu satu bawang menghasilkan satu tangkai sahaja. Berlumba-lumbalah nak berbunga dengan Si Kembang Bugang.
Bila akhirnya mula kembang, menyanyi-nyanyi sorang-sorang tukang kebun depan dia, siap Sean kena kacau share excitement. Bunga pertama yang kembang kalau tak silap bulan Disember beberapa hari selepas kunjungan dari Sean. SubhanAllah, rupanya si Gladiolus dalenii, sleeping beauty dah lama tidor tu dah bangun rupanya.
Untuk kepuasan hati sendiri, tukang kebun sudah pasang niat untuk tanam bawang Gladiolus dalenii tanpa bantuan apa-apa walaupun percubaan trial yang pertama. Biarkanlah dia bangun bila dia dah bersedia yang sesuai bagi dirinya. Antara sebab utama ialah Gladiolus dalenii akan dijadikan bahan experiment untuk menentukan sowing guide di KBB dibandingkan dengan musim di mana Gladiolus dalenii juga mula bangun di tempat asalnya akan memudahkan tukang kebun ber-experiment dengan tumbuhan jenis lain yang mempunyai keperluan sifat seperti Gladiolus dalenii dari segi faktor cuaca, suhu, tanah, cahaya dan lain-lain. Gladiolus perlukan sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari dalam sehari. Lokasi yang tukang kebun tanam Gladiolus dalenii ni actually hotspot terutamanya terkena sinaran panas sehingga lewat petang. Tapi sebab musimnya sesuai semasa pertumbuhannya secara semulajadi bulan November hingga pertengahan January untuk KBB adalah kurang panas berbanding dengan bulan-bulan lain (wet season) jadi pokoknya boleh tolerate full day sun.
Gambar di atas, pokok Gladiolus dalenii yang kedua seterusnya mula nak kembang (background boleh nampak pokok kembang No.1). Berbeza dengan Gladiolus yang biasa didapati secara komersial boleh nampak tangkai bunganya sangat panjang dan lebih banyak bud bunga yang terhasil serta satu pokok menghasilkan lebih dari 1 tangkai menjadikan musim bunganya lebih lama boleh enjoy. Diperhatikan tangkai pertama akan mula berbunga dahulu, baru diikuti dengan tangkai yang lain sedang membesar.
Yang ini pula pokok ketiga Gladiolus dalenii mula kembang bunga, macam-macam gaya ada. Seperti yang telah dikongsikan pengalaman dahulu, tukang kebun dapati pokok ulam raja dan gladiolus sesuai hidup di lokasi yang sama menggambarkan bahawa mereka memerlukan penerimaan cahaya yang sama, jenis kesuburan tanah yang sama dan lain-lain. Jadi boleh gunakan pokok ulam raja as a cheap/free indicator kalau was-was nak agak-agak mana lokasi sesuai nak tanam gladioli di tropical garden kita ni kan.
Kaedah menanam gladioli ada pelbagai ikut each gardeners ada style mereka, untuk tukang kebun kena saling hormat-menghormati teknik yang lain dan bukan cara kita sahaja yang betul. Selalunya kalau tukang kebun tanam sesuatu tumbuhan atau percubaan nak tanam sesuatu yang baru, tukang kebun akan kenalpasti dahulu tumbuhan tersebut asal dari mana, native mana. Kemudian tukang kebun akan bayangkan geography asal tumbuhan tersebut. Sebagai contoh, Gladiolus dalenii native kepada benua Afrika dengan sedikit pembacaan ianya dormant atau tidur bila cuaca sangat sejuk atau sangat panas. Tapi rajin bangun bila cuaca sederhana dan rezeki hujan banyak. Sebelum itu, gladiolus juga terdiri pelbagai spesies, ada yang jenis kembang masa musim winter pun ada, jadi kena pastikan betul-betul mana jenis gladiolus yang menjadi pilihan. Salah satu yang perlu diingat ialah pokok-pokok yang jenis bawang berasal dari benua Afrika adalah sensitive dengan kandungan air yang diserap atau mengelilinginya kalau yang bukan jenis tumbuh di persekitaran air. Jadi nak kena alert sedikit mengenai air, bukannya keperluan airnya banyak, takut terlampau banyak habis reput bawangnya. Kalau boleh semasa menanam bawang gladioli elakkan tanah jenis clay atau tanah liat. Gladioli lebih sesuai kepada loamy ~ sandy soil, tanah yang poros airnya tak mudah bertakung jika tanam dalam pasu pastikan saliran air adalah baik. Baja? Memadai dengan sebelum menanam bawangnya, gemburkan tanah dengan baja tahi binatang apa yang ada yang dah reput bukan fresh tapi elok elakkan yang mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi. Home-made kompos pun boleh apa salahnya. Dalam pengalaman tukang kebun tanam gladioli tidak pernah sekali pun tukang kebun rendam bawangnya dalam air memadai dengan siraman 1 hari sekali. Kekadang kita jadi panik lambatnya lah bercambah, takpe pokok yang tumbuh dari bawang-bawang ni lain sikit sifatnya dari biji-biji benih. Kekadang diorang tak gemar kut cuaca sekarang jadi diorang stay tidur je sampai rasa-rasa nak bangun dengan persekitaran luar yang disukainya. Tiada masalah biarkan diorang tidur dalam tanah yang tidak bertakung air tu. Sedangkan tukang kebun pun kena tunggu kira-kira 3 bulan si sleeping beauty Gladiolus dalenii bangun secara semula jadi dan memang berbaloi it was a stunning show and glorious sight to behold walaupun tak dapat jejak kaki menjelajah ke Afrika lagi. Tetapi, terasa seperti I have something from Afrika in KBB.
Nasiblah juga kebetulan pokok-pokok ulam raja dah meninggi sama-sama jadi natural support untuk si Gladiolus dalenii. Kalau nak pasang pancang, sediakan awal-awallah ya takut nanti ada yang kekadang dah susah nak support takut terpatah pokoknya macam pokok yang terakhir kembang ni berbunga tertiarap atas tanah. Bilalah cukup modal nak ganti jaring-jaring sementara ni bagi petanda untuk yang memotong rumput yang deretan ni dah banyak tertanam tumbuhan tumbuh dari bawang (banyak yang tido/dormant) sampai tukang kebun pun tak ingat apa dan mana. Kalau beloved husband tau actual quantity dah garu kepala boleh imagine berapa banyak duit dia dah kena belanja senyap-senyap shhhh......
Untuk tahun ini, tukang kebun tak bekalkan Gladiolus dalenii.
Masih dalam pemerhatian tukang kebun lagi, tapi berdasarkan 2 tahun rasanya di KBB Sungai Buloh, bulan November/Oktober adalah salah satu bulan musim menyemai paling bagus untuk tumbuhan yang dari sub-tropical atau warm-temperate. Sebagai permulaan Tahun Baru Cina, ambillah peluang tahun kuda ini mengenali kebun masing-masing, no garden is the same. Walaupun kita duduk di kawasan tropika, semua tempat ada micro-climate menjadikan suasananya berbeza. Sedangkan di KBB setiap sudut adalah berlainan dan cara tukang kebun gunakan setiap tempat pun berbeza kecualilah kalau kita ada green house, suhu boleh control, cuaca pun tak de kena-mengena. Buatlah tinjaun bagaimana perubahan cuaca di kebun anda sepanjang tahun , the failure and the success semuanya ada gunanya untuk kita belajar cara paling baik berkebun. Langkah pertama ialah tengok pergerakkan cahaya matahari sepanjang hari, dengan pengetahun ini boleh kita memaksimakan ruang kita dengan susunan tumbuhan di dalam kebun kita. Musim Gladiolus dalenii berbunga di KBB mungkin hujung tahun, tapi di negeri lain mungkin musim bunganya berbeza, apa yang dapat tukang kebun kongsikan adalah hanya sebagai rujukan untuk KBB members future reference dan gardeners lain yang sudi membaca. Mungkin tidak berguna bagi sesetengah pihak, tapi ini sahajalah tukang kebun dapat kongsikan ilmu dalam dunia gladioli, tiada rahsia atau tips yang tukang kebun simpan atau sorokkan. Jika ada pertanyaan mengenai gladioli, tukang kebun akan 'Copy' and 'Paste' link ini atau boleh refer kepada arhives label 'Gladiolus', open for all to share and read. Dalam nada merajuk ni, tukang kebun (mengada-ngada) tengah rehat dari bekalkan bawang-bawang gladioli buat waktu ini di atas beberapa sebab.
4 ulasan:
Sangat menarik catatan pemerhatian yang mendalam terhadap pertumbuhan pokok jenis exotic yang jarang dijumpai sebelah sini... :)
Tak banyak buku rujukan ditulis untuk cuaca Malaysia bagi specific tanaman tertentu terpaksalah rekod sendiri BangChik Dan KakDah
Hello. Boleh mintak tanya, kalau bawang gladiolus ini boleh dibeli dari sungai buloh??
Salam Bahagia,
Bawang gladioulus ada stok kembali dan boleh self-collect di Sungai Buloh pada awal April 2019.
Catat Ulasan