Setelah musim kemarau melanda Kebun Bahagia Bersama dah berminggu-minggu masuk tahun kuda ini berterusan, minggu ini kelihatan banyak jenis pokok buah atau bunga sudah mengeluarkan putik-putik bunga yang banyak luar biasa dibandingkan dengan musim lain. Ya, ada juga hikmahnya musim kemarau ini, pokok-pokok bunga jenis yang dah lama tidur tak nak berbunga-bunga tu dah dipaksa oleh mother nature untuk bangun menonjolkan potensi berbunga mereka. Bukannya selama ni mereka tak cukup baja selama ini, agaknya terlebih dimanjakan atau dibelai. Dari desakan mother nature memberikan cuaca yang sebegini sekarang, maka barulah mereka mula nak bangun dari tidur. Tambahan pula, tukang kebunnya pun tak de kuasa nak keluar panas-panas cuaca sekarang. Dari minggu lepas, Queen of the night memberikan bergugusan kuntuman bunga sangat meriah. Apabila waktu malam bunganya kembang kalau dah banyak begini dari jauh pun kalau hidung tersumbat pun memang boleh hidu bau harumannya yang sangat kuat. Mabuk, overdose kalau lama-lama dekatnya begini hehehe....Daun yang kering tu takpe dibiarkan gugur jadi kompos, kitar semula biasanya musim kering sebegini.
Semalam, Fanciful Finery memberikan kembangan bunga N0. 4 , tiada kalah dengan kakak-kakaknya sebelum ini.
Ingat tak kisah, tukang kebun kasar sangat berus-berus dengan jari sendiri nak hilangkan bena -bena ada satu pokok Fanciful Finery terpatah pula 3 bud bunga yang terbesar. Bena dah tiada selepas tukang kebun hanya jirus-jirus air sambil kasi buang bena pakai jari je. Itulah kaedah tukang kebun lupuskan bena-bena tak perlu nak buat resepi organik spray apa-apa. Pakai spray dengan air je sambil buang-buang bena yang bertapak di pokok tersebut. Siapa geli boleh pakai sarung tangan, setelah bertahun tukang kebun dah immune. Bila dah pegang-pegang tu make sure cuci tangan dulu ya supaya tak transfer pula si bena tu kat pokok lain. Cuma nak hati-hati janganlah kasar pula dan tergopoh-gapah sebab dah senja macam tukang kebun. Cara yang cepat nak hilangkan bena-bena yang mula menapak.
Kembang serentak dengan pokok lagi satu semalam, merasalah juga tengok kembangannya dari pokok lagi satu ini. Yang pokok daylily di sebelah sini pun tak pernah beri baja sebab selalu daun dari pokok pink guava (tak ingat nama dalam Bahasa Malaysia?) luruh di bahagian sini dan dibiarkan mereput jadi baja.
Semalam tak posting bukan sebab Monday blues sebab nak selesaikan penghantaran Pos Laju dan regular postage sudah selesai diproses semua semalam. Sekarang sudah ada di tangan Pos Malaysia dan tracking no. untuk penghantaran Pos Laju sudah dimaklumkan.
4 ulasan:
cantiknya Fanciful Finery kuning keemasan
cantiknya bunga kaler kuning
Betul2 panas sgt sekarang pelbagai bunga n uptick pokok berbuah muncul...especially putik pokok mempelam...meriah!
Sudais ~ Hehehe...tak habis-habis tukang kebun tayang fanciful finery takut tak lama lagi semua bosan tengok. Nak mengira sebenarnya season ini berapa kuntuman dia bagi.
Awin~ Suka kuningnya tak terang benderang tapi ke arah pastel lembut gitu.
Nadia ~ Ya dah lama kemarau ni banyak tumbuhan sudah dipaksa berbunga. Betul mempelam pun mula meriah berbunga. Yang pertama kali jenis mangga dan dah lama tak berbuah semua dah bangun. Ada hikmah juga musim kemarau ini.
Catat Ulasan