No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Crepe Ginger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crepe Ginger. Papar semua catatan

Ahad, 27 Ogos 2017

Tabin White Flower Spiral Ginger

 Antara aktiviti yang digemari oleh pelawat ke Tabin ialah Bird Watching. Jadi elok juga bawa binocular bersama-sama. Jika nak pinjam binocular dari Tabin Wildlife Resort harga sewa ialah RM100. Yang suka ambil gambar ada lens yang boleh zoom jauh la ya. Camera Tukang Kebun pun dah uzur ini belum dapat beli pengganti, gambar jauh yang diambil banyak pun credit dari adik Tukang Kebun la. Lagipun tangan kami ini pun tak handsfree lagi banyak nak kena uruskan anak-anak lagi tiada tangan yang dapat pegang gadget sangat, so just enjoy the view.
  Selain dari duduk atas truck mencari kelibat binatang liar, ada juga tempat singgahan menara tinggi untuk lihat keliling jika bernasib baik ada nampak binatang liar. Sambil duduk di bawah kanopi pokok berteduh.
 Kadangkala jika ada rezeki kelihatan ada sekumpulan burung-burung yang terbang di atas kepala. Beberapa kali juga terserempak jenis burung enggang berterbangan sekawan. Di Tabin ini ada sekurang-kurangnya lapan jenis enggang yang boleh diperhatikan. Syukur Alhamdulillah ada sekurang-kurangnya 3 jenis yang kami bernasib baik dapat lihat dengan mata sendiri. Lapan jenis enggang yang terdapat di Tabin ialah:
  1. Bushy-crested Hornbill
  2. White-Crowned Hornbill
  3. Wrinkled Hornbill
  4. Weathered Hornbill
  5. Asian Black Hornbill
  6. Oriental Pied Hornbill
  7. Rhinoceros Hornbill
  8. Helmeted Hornbill

 Ada jugalah adegan the battle of buaian. Tapi macam tak adil kan berbanding size dan umur.
 Berdekatan pula ada macam sepasang Asian Black Hornbill sedang berdating. Yang betina beak hitam dan jantan beak kuning. 
 Duduk diam tak bergerak-gerak beristirehat di balik rimbunan daun yang seakan warna kulitnya terlindung ada si viper. Buah ficus keluarga fig tu banyak nak meranum jika penggemar tak sedar ada penunggu di situ. Ular ini amat berbisa ya, jadi berhati-hatilah jangan ganggu dia. Biasanya ular tak menyerang kecuali rasa dirinya terancam atau terkejut.
 Tukang Kebun perhatikan di Tabin ini di kawasan yang pernah diterangkan dekat dengan ladang kelapa sawit banyak jenis spiral ginger seperti di bawah ini tumbuh subur liar. Di bawah kanopi pokok dalam teduhan juga banyak. Sekali imbas kelihatan macam pokok setawar putih yang lebih biasa dikenali (related posting klik sini). Tetapi bila diamati dengan lebih dekat, lain banyak juga spiral ginger bunga putih ini. Bentuk kembang bunganya berbeza dan warna sepal/acorn juga berbeza iaitu hijau manakala kalau setawar putih/crepe ginger warnanya merah. Ketinggian size gugusan macam acorn tu juga berbeza. Belum lagi dapat Tukang Kebun pastikan sama ada ini memang native kawasan ini atau dari evolutionary aspect a sister species lah. Ataupun an introduce species dan sudah naturalised di kawasan ini. Tetapi pasti ada jenis burung yang ambil benefit untuk dapat makanan dari dalam kelopak bunga ini ikut bentuk paruh mereka. Sebab biji benihnya bertaburan ada tumbuh pokok ini merata-rata di sepanjang jalan dalam hutan simpan Tabin ini.
 Jenis spiral ginger yang berbunga putih atau dikenali setawar putih di tanah air kita ini yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah seperti di bawah.

 Info lanjut Setawar Putih (klik sini).
 Selain dari dapat menikmati bunganya yang indah, bila sudah layu dan kering bahagian sepalnya boleh dijadikan perhiasan dalaman rumah yang menarik.
 Pokok setawar putih ini juga sesuai dijadikan pokok pagar kerana boleh tumbuh lebih tinggi dari tembok pagar rumah seperti gambar di bawah. Di belakang pokok setawar putih itu ialah pokok singkong pulut (related posting klik sini).
 Sempena sambutan bulan Merdeka dan Hari Malaysia, sehingga 30hb September 2017 ada promosi 3 set rhizome setawar putih/crepe ginger for RM10.

Rabu, 9 Disember 2015

Green Mountain Spiral Ginger

   Ada pelbagai jenis halia di dalam dunia ini yang dicipta olehNYA untuk dimanfaatkan kepada makhluk yang dicipta olehNYA. Bila direnungkan kebesaran Maha AdilNYA, jenis-jenis halia seperti halia makan, kantan dan lengkuas yang keseluruhan pokoknya mempunyai pelbagai khasiat berasal di benua Asia. Untuk mereka yang duduk di kawasan tropika benua Amerika pula dikurniakan pula lebih banyak pelbagai jenis sepupu halia dalam bentuk 'spiral ginger' atau juga dipanggil 'costus'. Dipanggil 'spiral ginger' kerana batang pokoknya tumbuh dalam arah lingkaran. Kalau macam kantan dan lengkuas kan batangnya tumbuh menegak ke atas.

  Dengan adanya phenomena globalisation sekarang, beberapa tahun ini kelihatan di Malaysia juga menggunakan pokok keluarga spiral ginger yang berasal dari benua Amerika dalam landskap bukanlah sesuatu perkara yang janggal. Kerana pokok keluarga spiral ginger ini lebih mudah dijaga dan low maintenance. Tambahan pula terdapat beberapa jenis spiral ginger yang amat sesuai ditanam di dalam pasu dan menjadikan hiasan dalaman yang cantik di dalam bangunan. Salah satu faktor ianya sesuai digunakan dalam kawasan bangunan kerana ada juga jenis spiral ginger dapat juga hidup dalam kawasan yang mempunyai kurang cahaya matahari. 

  Sebagai contoh jenis spiral ginger 'Green Mountain' kantung bunganya yang juga boleh dipanggil cone/bract ini tahan lama berminggu-minggu menjadikan ianya juga cantik sebagai hiasan bunga. Cone costus green mountain berwarna merah dengan lapisan hujungnya ada warna kehijauan. Dari kon bunga ini akan terkeluar bud bunga berwarna jingga yang akan makin mengemuk yang kemudiannya akan kembang mengeluarkan bunga berwarna merah berbentuk bibir berlipstik seperti gambar no. 1. Bunga sebenar 'Green Mountain' ini hanya kembang sekejap sahaja dan tidak berbau.
  Yang menarik minat Tukang Kebun dalam mengenali dunia spiral ginger sebenarnya ialah yang ada sesetengah jenis spiral ginger boleh dimasukkan dalam kategori tumbuhan yang boleh dimakan. Bahagian bud bunga yang sedang menggemuk belum lagi kembang bunganya itu boleh dimakan segar begitu setelah dipetik. Rasa bud bunga mengikut jenis spiral ginger juga mempunyai rasa yang berlainan. Tukang Kebun cukup suka bud bunga yang dikeluarkan dari jenis spiral ginger 'Green Mountain'. Sambil meronda dalam kebun, jika Tukang Kebun ternampak ada kudup bunga yang dah besar gemuk akan segera dituai dan terus masuk dalam mulut kunyah-kunyah sambil berjalan menjadi kudapan. Untuk bud bunga 'Green Mountain' rasanya masam-masam manis. A fruity flavor? Lihatlah di mana dalam gambar yang cone terkandung banyak kudup bunga si kerengga pun rajin nak menumpang rasa manisannya.

Maklumat mengenai spiral ginger 'Green Montain' juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

   Kalau gardeners yang suka rasa masam-masam macam pucuk assam gelugor sebagai ulam, bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' boleh dijadikan sebagai pengganti pembuka selera juga. Begitu juga bud bunga 'Green Mountain' boleh dicampurkan dalam campuran hidangan salad untuk menambahkan keceriaan sidedish tersebut atau pengganti buah tomato cuma texture lebih ranggup. Jika nak kekalkan kerangupan bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' ianya lebih elok dimakan segar mentah. Pernah juga Tukang Kebun campurkan dalam nasi goreng jadi layu sudah tak ranggup tapi rasanya menjadi lebih kuat atau orang putih kata more intense. Mungkin sedap juga dicampurkan dalam asam pedas ataupun masak lemak cili api.

~ 1 set rhizome RM8.00 ~

   Seperti halia makan, pokok spiral ginger juga ada yang berizom. Kalau pokok yang simpan tenaga dalam rizom ini bagi orang berkerja yang selalu outstation atau travel tak perlu beberapa nak risaukan takut pokoknya kering mati. Bila disiram akan keluar tunas-tunas baru apabila pokok asalnya sudah mengering, jika rizomnya masih tidak kecut kering disimpan dalam tanah. Untuk balcony gardener atau container gardener yang minat untuk menambahkan kepelbagaian edible food di kebun ala-ala ulam gitu bolehlah mencuba bela spiral ginger 'Green Mountain'. Kebarangkalian lebih mudah nak bela costus green mountain dalam pot berbanding dengan pokok grafted asam gelugor dalam bekas terutamanya jika anda adalah weekend gardener.



   Ini pula jenis spiral ginger yang berasal dari Asia Tenggara atau native kepada tanahair kita. Salah satu nama panggilan orang kita untuk pokok bunga ini ialah Setawar Putih manakala orang barat panggil Crepe Ginger. Seperti ' Green Mountain' kudup bunganya pula yang berwarna putih pun boleh dimakan cuma tak de rasa sangat tawar. Jadi bolehlah juga kalau nak campur dalam salad mix kasi warna warni dengan 'Green Mountain' with your favourite dressings. Ataupun cicah dengan budu atau sambal tempoyak dengan ulam-ulam lain.

Cerita-cerita tambahan mengenai Crepe Ginger juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 set rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih RM8.00 ~

  Pokok-pokok spiral ginger ini senang dijaga sebab tak de sangat masalah serangan serangga. Cuma just to note ini adalah pokok yang selamat untuk PETS. PETS dekat belakang tu suka sangat makan pokok spiral ginger yang muda terutamanya si angsa habis diorang makan. Dari pemerhatian Tukang Kebun PETS lebih suka makan yang tunas spiral ginger 'Green Mountain' dari Crepe Ginger. Habis diratahnya bila kebuluran atau musim kuat makan. Hai nasib baiklah jenis pokok berizom jadi bolehlah selamat dipindahkan ke tempat lain rizomnya.


  Minggu ini tiada self-collect day, tapi ada pengeposan minggu depan InsyaAllah.

   Jika ada yang mengidam fresh organic produces dari Kebun Bahagia Bersama yang available untuk penghantaran dengan Pos Laju minggu depan ialah :

~ 1 ikat pucuk asam gelugor RM1.00 .

~ 5 biji buah nam nam / katak puru RM2.00.

~ 500gram limau mixed RM3.00 .

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .

Selasa, 17 Mac 2015

Setawar Putih

  Kalau tengah fikir-fikir mencari tumbuhan yang sesuai dijadikan hijab untuk beri privacy kepada penghuni rumah di tepi barisan parit luar rumah ialah Setawar Putih. Pokok setawar putih ini mudah bela dan tak perlu banyak belaian kerana ianya memang pokok asal di negara kita. Tumbuhan yang memberikan 4 warna iaitu daun hijaunya, merah, kelopak bunga putihnya dan heart bunga berwarna kuning. Pokok Setawar Putih boleh tumbuh tinggi dari ketinggian tukang kebun yang just 5 feet.
  Ini adalah jenis tumbuhan yang boleh beri makanan isi perut ya. Bud bunga putihnya yang belum buka itu boleh buat ulam cicah dengan sambal/cencaluk/ budu. Kalau jenis setawar putih ini bud bunganya tu tak de rasa sangat berbanding dengan rasa tutty fruity bud bunga costus green mountain (info klik sini).

 Pembacaan lanjut mengenai khasiat Setawar Putih boleh baca di previous posting (info klik sini).
  Hari ini nak menambah cerita mengenai salah satu hasil dapat dari tumbuhan Setawar Putih ialah bila 'bract bunga' macam rupa acorn tu dah kering macam gambar di atas boleh dibuat hiasan. Ini kalau dipetik diwarna cantik-cantik mahal juga boleh dijual macam dekat kedai hiasan SSF tu.
 Ikut creativity masing-masing macam mana nak warnakan bentuk macam acorn dari tumbuhan Setawar Putih. Jangan main-main acorn ini kalau dikeringkan betul-betul dan varnish cat boleh tahan bertahun-tahun tau. Tukang kebun pun baru perasan sebenarnya hiasan dalam seashell besar dalam bilik tetamu (now temporary bilik tukang kebun) tu sebenarnya hasil bentuk acorn dari tumbuhan Setawar Putih. Tukang kebun ada kutip juga acorn dari Setawar Putih ini tapi sekali asyik hilang je rupanya si Rayyan buat main-main fantasy child play dekat luar (berterabur dekat luar balik). Untuk keep the kids busy time cuti sekolah ini bolehlah buat projek nature preserve acorn macam ni buat deco dengan anak-anak kan.
 Antara gandingan yang tukang kebun gemar ialah tumbuhan Setawar Putih dengan background ada Bauhinia Kockiana seakan on fire meriah begini pada musim Tahun Baru Cina lepas.
  Untuk tumbuhan setawar putih boleh dipos 1 Malaysia. Untuk Sabah/Sarawak Kebun Bahagia Bersama bekalkan dalam bentuk rizom. Semenanjung Malaysia tengok saiz stok sama ada anak pokok atau rizom. Kalau Self-Collect seperti Sabtu petang minggu ini (5:30PM~6:00PM) dapat saiz dah matang (tinggi tak muat bonnet kena letak dalam kereta tempat kaki).

~ Setawar Putih ~
1 pot/rhizome RM8.00 (kebunkmg@gmail.com).

Isnin, 21 April 2014

Crepe Ginger

 Bagi penggemar keluarga tumbuhan jenis costus yang duduk di luar kawasan Asia Tenggara, ini adalah koleksi jenis costus yang mesti dimasukkan antara kategori most wanted ataupun my wishlist. Warna bunga costus atau kuncup bunga yang biasa kelihatan dalam keluarga costus ialah berwarna oren yang sekarang juga telah menjadi lebih dominant sebagai tumbuhan landskap di Malaysia. Walhal yang berwarna bunga putih ini dikenali dengan nama tempatan setawar putih/setawar halia/lemba batu adalah warna yang nampak ayu dan lebih unik dalam keluarga costus iaitu berwarna putih suci. Bila tukang kebun tengok bunga ini, terasa rindu terubat dengan tanahair sebab ianya represents budaya orang kita seperti kelembutan wanita Malaysia. Orang Malaysia zaman dahulu mahupun sekarang sangat synonim menyukai bunga-bunga berwarna putih. Malahan ada generasi dahulu gemar namakan anak-anak dengan nama bunga berwarna putih. Orang barat panggil tumbuhan ini sebagai crepe ginger.

 Ini adalah antara tumbuhan jenis costus yang jika ia sesuai dengan persekitarannya boleh tumbuh sangat tinggi melambai-lambai bunganya atas pagar boleh kelihatan. Memadai mendapat sekurang-kurangnya 3 jam sinaran matahari ianya akan bahagia. Pokok Crepe Ginger biasa kelihatan di tepi jalan (sekarang kat bandar payahlah nak nampakkan) atau di tepi parit. Dekat Kebun Bahagia Bersama, big boss tanam dekat luar tembok depan bersebelahan parit. Dah lama tukang kebun nak si putih ayu ini, tapi tukang kebun bersabar takkan lah big boss tak de koleksi yang ini antara keluarga costus yang ada. Big boss bila balik KBB kerja asyik suka mencantas terutamanya di depan tembok jadi tiada choice tumbuhan nak merumpun berbunga dulu untuk tukang kebun buat inventory. Akhirnya musim kemarau lepas rumpunan costus ini mula bermusim bunga. Pelbagai koleksi bunga kertas big boss pun baru diberikan keizinan bulan ini berbunga sekarang sebab tuannya dah lama tak balik.
 Nectar (manisan madu) dari bunga yang baru nak keluar dari celah-celah kelopak merah ini pun manis, menjadi tarikan semut-semut menjadikan makanan mereka. Double happiness juga sebenarnya sebelum dan selepas habis musim bunga yang berwarna putih sebab yang ini juga nampak unik macam bunga warna merah menjadi hiasan dalam kebun kita.
 Pokok costus adalah antara pokok yang mudah dibela kerana hampir tidak kena serangan serangga dan tidak perlu banyak penjagaan. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia berkebun. Keperluan airnya tidak banyak tergolong dalam kumpulan 'water-wise' plant. Kalau tak mampu nak siram kerap pada musim kemarau biasanya rizomnya akan dormant atau tido bila musim hujan tiba pucuk baru akan naik dari rizom dalam tanah tersebut. Kalau nampak haggard masa musim kemarau cantas je pokok ni.
 Pokok Crepe Ginger bukan sahaja pokok hiasan tetapi ianya mempunyai nilai perubatan tradisional dan juga masa datang ekstrak dari bahagian-bahagian tertentu dari pokok ini dapat membantu memberi penawar pelbagai jenis penyakit. Untuk kegunaan yang tidak complicated secara tradisional ialah daunnya boleh dilumatkan kemudian sapu di dahi untuk mengurangkan demam. Alternatif, daunnya direbus dan dibuat mandi untuk meredakan demam. Pokok Crepe Ginger adalah jenis pokok yang mempunyai rizom seperti pokok-pokok jenis halia lain kecuali ekstraknya tidak menghasilkan aroma. Rizom ini mempunyai banyak kegunaan untuk perubatan tetapi kendalian perlulah berhati-hati dan menurut pakar. Orang yang mengandung tidak sesuai. Campuran rebusan rizom crepe ginger boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis masalah dalam pernafasan seperti asma atau pnuemonia atau bronkitis. Ianya juga membantu dalam masalah penyakit kulit. Zaman dulu sebagai ubat traditional untuk melawan penyakit chicken pox/campak/cacar. Penyelidikan juga menunjukkan pokok ini mempunyai pelbagai potensi sebagai agent anti-stress, mengurangkan kandungan gula dalam badan (anti-diabetes), antioksidan dan lain-lain.
  Kumpulan Costus juga makin dijadikan sebagai sebagai sumber makanan yang eksotik. Kebanyakkan spesis dari kumpulan costus bud bunganya sebelum kembang boleh dibuat sebagai sumber makanan yang segar. Kalau mereka yang fanatic costus collecter mereka kata rasa bud bunga antara spesis kumpulan costus ada rasa berbeza. Tukang kebun intai-intai juga bud bunganya dan hati berbelah bagi selalu nak dibiarkan bunganya yang ayu kembang berseri atau nak tuai bud bunga buat masak-masak. Ingatkan hari tu nak tasting celup goreng tepung tempura, ambil isi yang putih sahaja. Tak sempat husband jadi taster dahulu, susah pula tukang kebun nak buat review rasanya bila dah cuba sendiri baru boleh buat review.
 Yang menarik juga pucuk baru (new shoot) yang keluar dari tanah yang masih lembut juga boleh dibuat sayur. Masa tukang kebun melawat Dr. Ghani di Langkawi katanya ada pelancong luar negara dari Eropah komen yang rasanya seperti asparagus. Musim kemarau tempoh lalu, pemikiran tukang kebun tengok tumbuhan dalam kebun switch brain berubah sikit, mulalah yang sebelum ini tukang kebun tengok macam hiasan ku selidik juga boleh ke buat sumber makanan. Beberapa minggu ini posting di Kebun Bahagia Bersama beberapa spesis tumbuhan yang kita ingat senang tumbuh di tepi jalan nampak macam pokok hiasan tapi ada nilai sumber makanan juga di kala darurat. Ini adalah alternatif sumber asparagus easy to grow untuk kita ataupun forage food.
 Tahun lepas bila berkunjung ke Muzium Negara, tukang kebun rasa terkilan dan sedih sedikit apabila melihat landskap di situ terutamatanya bila mata ternampak pokok jenis costus bunga oren ini. Boleh betulkan tukang kebun kalau tersilap tetapi rasanya jenis costus yang berderet menghiasi entrance Muzium Negara ini adalah jenis yang bukan asal kepada kita tetapi pada benua lain. Memandangkan Muzium Negara menunjukkan identiti negara kita yang mendapat kunjungan dari pelawat luar negara maka lebih ideal jika tumbuhan yang menjadi hiasan adalah yang asal usul kepada negara kita. Tambahan pula crepe ginger adalah dikirakan tumbuhan yang sangat esotik pada pengunjung dari luar negara. Kekadang tukang kebun berasa malu dan kagum juga kepada gardeners luar negara yang lebih kenal dengan keunikan 'Crepe Ginger' berbanding dengan diriku yang masih cetek pengetahuan dengan tumbuhan asal di negara sendiri.

 Mind setting juga nak kena berubah bila kita berfikiran untuk buat home-stay atau resort menarik pelancong dari luar negara, kadangkala mereka lebih peka dengan apa jenis tumbuhan yang asal kepada negara kita. Di situ ada juga point tarikan untuk mereka memilih penginapan mereka. Kalau kita ada konsep kitchen garden atau herb gardan di perkarangan home-stay. Mungkin kita boleh buat home-work dahulu, jenis kumpulan tumbuhan yang memang orang Malaysia boleh banggakan atau kata exclusive kebanyakkan asalnya kita punyalah adalah adik beradik halia (Zingiberaceae). Mmm... walaupun ramai yang menghiasi landskap home-stay dengan tumbuhan adik beradik heliconia, kebanyakkan pengunjung luar tahu yang heliconia bukan Malaysia brand tapi benua Amerika Selatan. Mungkin bagi kita pokok-pokok adik beradik jenis halia adalah sangat common seperti kantan, serai acheh dan lain-lain tetapi bunganya adalah sangat esotik bagi pengunjung luar. Tidak ketinggalan lemba batu (Crepe Ginger) punya daya tarikan kepada pengunjung juga. Dalam sistem taxonomy dahulu costus dalam keluarga zingiberaceae tetapi sekarang diasingkan. 

  Tuan tanah Kebun Bahagia Bersama setiap kali balik asyik bercerita tentang impiannya nak create home-stay di Kampung Poturidong, Kiulu, Sabah. Tukang kebun cuma buat masa sekarang angan-angan landskap luar sahaja as contributor yang nak jalankan siapa? Big boss pun macam tak de respond je bila tuan tanah sampaikan hasratnya...the men can talk (sedap je sembang) but without the women at KBB going along and doing most of the work, we don't see how it is going to start...hahaha...at the end big boss punya decision.
 Pokok Crepe Ginger pokoknya boleh tumbuh tinggi jadi kalau nak susun tumbuhan biarkan yang pokok ini duduk di bahagian belakang sekali supaya ianya tidak selindung cahaya matahari untuk tumbuhan lain. Kalau duduk di rumah teres elok letak di luar pagar rumah atau di tepi parit. Kalau nak tanam dalam pasu kena pasu dalam luas besar ya.
Kalau bunga mas ni pun menarik juga sebagai perhiasan dalam rumah.

 Dalam buku klasik 'Karma Sutra' juga ada ditulis didalamnya mengenai tumbuhan 'Crepe Ginger' (Costus speciosus) ini sebagai kosmetik untuk menarik perhatian yang berlainan jantina:
 "An oitment made of tabernamontana coronaria, the costus speciosus or arabicus, and the flacourtia cataphracta, can be used as an unguent of adornment. If a fine powder is made of the above plants and applied to the wick of lamp, which is made to burn with the oil of blue vitriol the black pigment or lamp black produced there from, when applied to the eyelashes, has the effect of making a person look lovely."

~ Crepe Ginger (lemba batu) <Costus speciosus> ~

1 pot for RM8.00 <kebunkmg@gmail.com> .

~ Limited Costus Set for April 2014 only ~

3 jenis costus available dari Kebun Bahagia Bersama set for RM20.00:
Costus, Lemon Ginger (Monocostus uniflorus), dan Crepe Ginger.

Kos Penghantaran RM13.00 (Jumlah RM 33.00).