No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 21 April 2014

Crepe Ginger

 Bagi penggemar keluarga tumbuhan jenis costus yang duduk di luar kawasan Asia Tenggara, ini adalah koleksi jenis costus yang mesti dimasukkan antara kategori most wanted ataupun my wishlist. Warna bunga costus atau kuncup bunga yang biasa kelihatan dalam keluarga costus ialah berwarna oren yang sekarang juga telah menjadi lebih dominant sebagai tumbuhan landskap di Malaysia. Walhal yang berwarna bunga putih ini dikenali dengan nama tempatan setawar putih/setawar halia/lemba batu adalah warna yang nampak ayu dan lebih unik dalam keluarga costus iaitu berwarna putih suci. Bila tukang kebun tengok bunga ini, terasa rindu terubat dengan tanahair sebab ianya represents budaya orang kita seperti kelembutan wanita Malaysia. Orang Malaysia zaman dahulu mahupun sekarang sangat synonim menyukai bunga-bunga berwarna putih. Malahan ada generasi dahulu gemar namakan anak-anak dengan nama bunga berwarna putih. Orang barat panggil tumbuhan ini sebagai crepe ginger.

 Ini adalah antara tumbuhan jenis costus yang jika ia sesuai dengan persekitarannya boleh tumbuh sangat tinggi melambai-lambai bunganya atas pagar boleh kelihatan. Memadai mendapat sekurang-kurangnya 3 jam sinaran matahari ianya akan bahagia. Pokok Crepe Ginger biasa kelihatan di tepi jalan (sekarang kat bandar payahlah nak nampakkan) atau di tepi parit. Dekat Kebun Bahagia Bersama, big boss tanam dekat luar tembok depan bersebelahan parit. Dah lama tukang kebun nak si putih ayu ini, tapi tukang kebun bersabar takkan lah big boss tak de koleksi yang ini antara keluarga costus yang ada. Big boss bila balik KBB kerja asyik suka mencantas terutamanya di depan tembok jadi tiada choice tumbuhan nak merumpun berbunga dulu untuk tukang kebun buat inventory. Akhirnya musim kemarau lepas rumpunan costus ini mula bermusim bunga. Pelbagai koleksi bunga kertas big boss pun baru diberikan keizinan bulan ini berbunga sekarang sebab tuannya dah lama tak balik.
 Nectar (manisan madu) dari bunga yang baru nak keluar dari celah-celah kelopak merah ini pun manis, menjadi tarikan semut-semut menjadikan makanan mereka. Double happiness juga sebenarnya sebelum dan selepas habis musim bunga yang berwarna putih sebab yang ini juga nampak unik macam bunga warna merah menjadi hiasan dalam kebun kita.
 Pokok costus adalah antara pokok yang mudah dibela kerana hampir tidak kena serangan serangga dan tidak perlu banyak penjagaan. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia berkebun. Keperluan airnya tidak banyak tergolong dalam kumpulan 'water-wise' plant. Kalau tak mampu nak siram kerap pada musim kemarau biasanya rizomnya akan dormant atau tido bila musim hujan tiba pucuk baru akan naik dari rizom dalam tanah tersebut. Kalau nampak haggard masa musim kemarau cantas je pokok ni.
 Pokok Crepe Ginger bukan sahaja pokok hiasan tetapi ianya mempunyai nilai perubatan tradisional dan juga masa datang ekstrak dari bahagian-bahagian tertentu dari pokok ini dapat membantu memberi penawar pelbagai jenis penyakit. Untuk kegunaan yang tidak complicated secara tradisional ialah daunnya boleh dilumatkan kemudian sapu di dahi untuk mengurangkan demam. Alternatif, daunnya direbus dan dibuat mandi untuk meredakan demam. Pokok Crepe Ginger adalah jenis pokok yang mempunyai rizom seperti pokok-pokok jenis halia lain kecuali ekstraknya tidak menghasilkan aroma. Rizom ini mempunyai banyak kegunaan untuk perubatan tetapi kendalian perlulah berhati-hati dan menurut pakar. Orang yang mengandung tidak sesuai. Campuran rebusan rizom crepe ginger boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis masalah dalam pernafasan seperti asma atau pnuemonia atau bronkitis. Ianya juga membantu dalam masalah penyakit kulit. Zaman dulu sebagai ubat traditional untuk melawan penyakit chicken pox/campak/cacar. Penyelidikan juga menunjukkan pokok ini mempunyai pelbagai potensi sebagai agent anti-stress, mengurangkan kandungan gula dalam badan (anti-diabetes), antioksidan dan lain-lain.
  Kumpulan Costus juga makin dijadikan sebagai sebagai sumber makanan yang eksotik. Kebanyakkan spesis dari kumpulan costus bud bunganya sebelum kembang boleh dibuat sebagai sumber makanan yang segar. Kalau mereka yang fanatic costus collecter mereka kata rasa bud bunga antara spesis kumpulan costus ada rasa berbeza. Tukang kebun intai-intai juga bud bunganya dan hati berbelah bagi selalu nak dibiarkan bunganya yang ayu kembang berseri atau nak tuai bud bunga buat masak-masak. Ingatkan hari tu nak tasting celup goreng tepung tempura, ambil isi yang putih sahaja. Tak sempat husband jadi taster dahulu, susah pula tukang kebun nak buat review rasanya bila dah cuba sendiri baru boleh buat review.
 Yang menarik juga pucuk baru (new shoot) yang keluar dari tanah yang masih lembut juga boleh dibuat sayur. Masa tukang kebun melawat Dr. Ghani di Langkawi katanya ada pelancong luar negara dari Eropah komen yang rasanya seperti asparagus. Musim kemarau tempoh lalu, pemikiran tukang kebun tengok tumbuhan dalam kebun switch brain berubah sikit, mulalah yang sebelum ini tukang kebun tengok macam hiasan ku selidik juga boleh ke buat sumber makanan. Beberapa minggu ini posting di Kebun Bahagia Bersama beberapa spesis tumbuhan yang kita ingat senang tumbuh di tepi jalan nampak macam pokok hiasan tapi ada nilai sumber makanan juga di kala darurat. Ini adalah alternatif sumber asparagus easy to grow untuk kita ataupun forage food.
 Tahun lepas bila berkunjung ke Muzium Negara, tukang kebun rasa terkilan dan sedih sedikit apabila melihat landskap di situ terutamatanya bila mata ternampak pokok jenis costus bunga oren ini. Boleh betulkan tukang kebun kalau tersilap tetapi rasanya jenis costus yang berderet menghiasi entrance Muzium Negara ini adalah jenis yang bukan asal kepada kita tetapi pada benua lain. Memandangkan Muzium Negara menunjukkan identiti negara kita yang mendapat kunjungan dari pelawat luar negara maka lebih ideal jika tumbuhan yang menjadi hiasan adalah yang asal usul kepada negara kita. Tambahan pula crepe ginger adalah dikirakan tumbuhan yang sangat esotik pada pengunjung dari luar negara. Kekadang tukang kebun berasa malu dan kagum juga kepada gardeners luar negara yang lebih kenal dengan keunikan 'Crepe Ginger' berbanding dengan diriku yang masih cetek pengetahuan dengan tumbuhan asal di negara sendiri.

 Mind setting juga nak kena berubah bila kita berfikiran untuk buat home-stay atau resort menarik pelancong dari luar negara, kadangkala mereka lebih peka dengan apa jenis tumbuhan yang asal kepada negara kita. Di situ ada juga point tarikan untuk mereka memilih penginapan mereka. Kalau kita ada konsep kitchen garden atau herb gardan di perkarangan home-stay. Mungkin kita boleh buat home-work dahulu, jenis kumpulan tumbuhan yang memang orang Malaysia boleh banggakan atau kata exclusive kebanyakkan asalnya kita punyalah adalah adik beradik halia (Zingiberaceae). Mmm... walaupun ramai yang menghiasi landskap home-stay dengan tumbuhan adik beradik heliconia, kebanyakkan pengunjung luar tahu yang heliconia bukan Malaysia brand tapi benua Amerika Selatan. Mungkin bagi kita pokok-pokok adik beradik jenis halia adalah sangat common seperti kantan, serai acheh dan lain-lain tetapi bunganya adalah sangat esotik bagi pengunjung luar. Tidak ketinggalan lemba batu (Crepe Ginger) punya daya tarikan kepada pengunjung juga. Dalam sistem taxonomy dahulu costus dalam keluarga zingiberaceae tetapi sekarang diasingkan. 

  Tuan tanah Kebun Bahagia Bersama setiap kali balik asyik bercerita tentang impiannya nak create home-stay di Kampung Poturidong, Kiulu, Sabah. Tukang kebun cuma buat masa sekarang angan-angan landskap luar sahaja as contributor yang nak jalankan siapa? Big boss pun macam tak de respond je bila tuan tanah sampaikan hasratnya...the men can talk (sedap je sembang) but without the women at KBB going along and doing most of the work, we don't see how it is going to start...hahaha...at the end big boss punya decision.
 Pokok Crepe Ginger pokoknya boleh tumbuh tinggi jadi kalau nak susun tumbuhan biarkan yang pokok ini duduk di bahagian belakang sekali supaya ianya tidak selindung cahaya matahari untuk tumbuhan lain. Kalau duduk di rumah teres elok letak di luar pagar rumah atau di tepi parit. Kalau nak tanam dalam pasu kena pasu dalam luas besar ya.
Kalau bunga mas ni pun menarik juga sebagai perhiasan dalam rumah.

 Dalam buku klasik 'Karma Sutra' juga ada ditulis didalamnya mengenai tumbuhan 'Crepe Ginger' (Costus speciosus) ini sebagai kosmetik untuk menarik perhatian yang berlainan jantina:
 "An oitment made of tabernamontana coronaria, the costus speciosus or arabicus, and the flacourtia cataphracta, can be used as an unguent of adornment. If a fine powder is made of the above plants and applied to the wick of lamp, which is made to burn with the oil of blue vitriol the black pigment or lamp black produced there from, when applied to the eyelashes, has the effect of making a person look lovely."

~ Crepe Ginger (lemba batu) <Costus speciosus> ~

1 pot for RM8.00 <kebunkmg@gmail.com> .

~ Limited Costus Set for April 2014 only ~

3 jenis costus available dari Kebun Bahagia Bersama set for RM20.00:
Costus, Lemon Ginger (Monocostus uniflorus), dan Crepe Ginger.

Kos Penghantaran RM13.00 (Jumlah RM 33.00).

7 ulasan:

nadia rashid berkata...

Unik tk pernah tengok sebelum ni

sud@is berkata...

kudup merah bunga putih berinti kuning cantik dan unik

Normala Saad berkata...

Diana, thank you so much dengan info yang amat3 berguna ini.Selama ini kak tanam setawar ini tanpa tahu betapa ia mempunyai nilai2 tertentu disegi perubatan. Dan yang paling suprise tentulah pasal bud dan 'rebung' nya boleh dimakan macam asparagus.Kat rumah ni kak asyik kerat buang dan bagi dekat kawan.Ish kalaulah orang Langkawi tahu boleh makan, dan tentu habis pucuk2 muda dikorek sebab disini banyak tumbuh meliar di tepi semak.Dan ada satu lagi jenis daun dia putih belang hijau tapi sayang dah lama pupus dalam koleksi.

TukangKebun berkata...

Nadia ~ Dulu tukang kebun pun tak perasan sangat pokok ni, tapi satu hari lalu masa ia berbunga di salah satu main road di jalan kampung kami ni, berkenan sangat.

Sudais~ Dulu menjadi penglihatan yang biasa agaknya, bila pembangunan dah jarang nampak. Mungkin ramai generasi sekarang ingatkan pokok bukan asal kita punya.

Kak Mala ~ Hehehe...mungkin Dr. Ghani lagi arif senang Kak Mala nak tanya sebab berjiran sekampung. Rebung yang muda lembut zaman darurat orang buat sayur. Yang belang-belang 'variegated' jarang nak nampak. Ada juga yang warna kelopaknya ke arah warna pinkish.

TukangKebun berkata...

Nadia ~ Dulu tukang kebun pun tak perasan sangat pokok ni, tapi satu hari lalu masa ia berbunga di salah satu main road di jalan kampung kami ni, berkenan sangat.

Sudais~ Dulu menjadi penglihatan yang biasa agaknya, bila pembangunan dah jarang nampak. Mungkin ramai generasi sekarang ingatkan pokok bukan asal kita punya.

Kak Mala ~ Hehehe...mungkin Dr. Ghani lagi arif senang Kak Mala nak tanya sebab berjiran sekampung. Rebung yang muda lembut zaman darurat orang buat sayur. Yang belang-belang 'variegated' jarang nak nampak. Ada juga yang warna kelopaknya ke arah warna pinkish.

adli fakhrullah berkata...

Stok crepe ginger ader lagi?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Adli Fakhrullah,

Yang ini ada stock.